·٠•●♥ Sahabat fillah rahikumullah....jazakumullah khoir (✿◠‿◠) ♥●•٠·

Hampiri DIA dgn sepenuh cinta

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum wbt...


syukur ALHAMDULILLAH~ syukur kpdNya kerana ana masih lagi diberi nikmat hidup hingga ke hari ini yang tidak ternilai di atas muka bumi ini. Syukur kpdNya juga kerana ana masih lagi dikurnia tubuh badan yang sihat dan sempurna untuk beribadah kpdNya. insyaALLAH. Syukur kpdNya juga kerana ana masih lagi hidup dalam nikmat iman dan Islam disamping orang-orang yang ana sayang . Syukur kpdNya juga kerana ana masih lagi diberi rezeki yang melimpah ruah sepanjang kehidupan ana sebagai muslim ini. Syukur, syukur, syukur Alhamdulillah..terima kasih ya Allah...


Sahabat fillah...

Suatu ketika engkau dapati dirimu sedang kehausan, tekak terasa sgt kering dan amat menyiksakan, seolah-olah diri berada di padang pasir yang tandus. Hampir saja tubuhmu rebah tak kuasa menahannya. Tanpa disedari, engkau bangkit dan berlari untuk mencari air. Ketika air itu menyentuh tekakmu, menyirami kerongkongmu yg sgt kehausan, apa yang kamu rasa?? Nikmat yg tidak terhingga,kan..kenapa?? Kerana ketika itu, saat itu engkau sgt memerlukan air sebagai pelepas dahaga.

Begitu jugalah dgn beribadah kpd Allah. Kita akan merasakan nikmat ketika kita memerlukan Allah, kerana lahirlah rasa cinta. Cinta nikmat manakala kesetiaan teruji. Itulah rahsia di sebalik ujian yg diberikanNya. Agar kita berlari mendekatiNya...lebih dekat...dan semakin dekat...sehingga kita dan DIA tiada jarak...


Untuk mencapai darjat kedekatan hamba pada Tuhannya, memerlukan proses. Ibarat mendaki gunung yg tinggi, jurang yg curam ataupun tangga yg tinggi di mana puncaknya adalah tujuan. Untuk naik dari satu anak tangga ke anak tangga berikutnya memerlukan tenaga yg luar biasa, menuntut pengorbanan seluruh fikiran, segenap jiwa dan setulus hati. Itulah keikhlasan sifat tertinggi seorang hamba untuk memperoleh darjat tertinggi yg bernama taqwa.


"Sesungguhnya orang yg paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antata kamu." (QS. Al-Hujurat 49: 13)


Apa sebenarnya pengertian dari taqwa itu?


Taqwa iaitu menjalankan amanah (kehidupan) yg dipercayakan Allah dgn rasa cinta sehingga melahirkan rs tanggungjawab (responsibility) untuk tidak menodai kesucian cintaNya. Oleh kerana itu, akan wujudlah rasa ihsan san islah


Dan kerana itu juga, seorang yang bertaqwa pada Allah tidak akn merasa berat dan terbeban ketika disuruh memikul tanggungjawab atau berhadapan dgn ujian. Semua itu diterima dgn rasa cinta dan keikhlasan hati, di mana perputaran roda waktu yg dilakukannya hanyalah mengelilingi kerinduan Allah, sentiasa senang jika tiba-tiba dipanggil pulang. Dia selalu muhasabah dirinya untuk memperbaiki segala sesuatu yg tidak disukai RobbNya.


sahabat fillah....


Sesungguhnya kecintaan seorang mukmin pada Tuhannya tergambar jelas ketika dia menghadapi ujian Allah. Seseorang yg mencintai Allah akan sentiasa percaya bahawa di senalik cubaan atau ujian itu ada rahsia hikmah yg hendak diberikanNya. itulah keindahan seorg mukmin sejati hanya dpt diberikan pada mukmin yg mempunyai cinta sejati..


Allah SWT berfirman yg bermaksud:
"Jadilah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yg demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yg khusyu'. Iaitu orang-orang yg meyakini bahawa mereka akan menemui kembali kepadaNya." (QS. Al-Baqarah 2: 45-46)


Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yg sabar, maka bersabarlah dgn kesabaran yg baik. Bagaimana sabar yg baik itu, dan apa makna dari sabar itu?


Sabar adalah sikap tenang seseorg dalam menghadapi sesuatu masalah di mana dia dpt menahan dirinya, tabah menghadapinya, tetap istiqamah dalam beribadah kpd  RabbNya, sentiasa muhasabah diri dgn teliti apa yg menyebabkan terjadinya masalah supaya dpt menanganinya sebaik mungkin. Kemudian, hasil dari segala usaha dan ikhtiarnya itu diserahkan kepada Allah SWT.


Sahabat fillah....


Marilah kita bersabar dalam menggapai taqwa. Sungguh. DIA amat sayang pada kita. Hampiri DIa dengan sepenuh cinta...



bersama muhasabah diri......



~Nurmujahiddah Solehah~

Menanti Esok....

 
Bertafakur di penjuru waktu

Menatap senja berwajah jingga

ada cebis-cebis sinar mentari

masih berbisa

tersimbah jalur keemasan

sejuta warna

berserakkan di ufuk maghrib


semilir angin berbisik

menyusup di celah kelopak

senja kian mekar

meniti sebuah iktibar

senja adalah usia

senja adalah penentu

senja adalah nafas terakhir

menunggu diregut malam

kerana malam itu ajalnya


Tanya pujangga agung Al-Ghazali

yang dekat itu apa?

Lalu bangkitlah puluhan muridnya

dengan menjawab berbeza-beza

Namun satu pun tiada mengena


....yg dekat sekali

ialah mati!!!

Kita terus merapati

dan ia kian hampiri


bertafakur di penjuru waktu

wajah senja semakin kusam

Esok menjengah lagi

cuma senja esok

belum tentu untukku

belum tentu untukmu

kerana wak tu tidak berjanji

untuk bertemu kembali

walau sekadar di penjuru


Pun kita optimis

menunggu mentari esok

Agar azam. cita dan tekad

Tidak sekadar menghangat hasrat

menjadi hamba taat setia

Tunduk patuh pada perintahNya


Menjadi insan tekun berjasa

makmurkan umat dgn peradaban

dan nilai mulia

krn sedkit pun tiada gunanya

membina tamadun melangit tinggi

Jika perangai menyapu bumi



Justeru kita  pun bersedia

menanti esok menjengah

moga masih berbaki nafas

dibening subuh nan baru

di harinya nan baru...


Enam Persoalan Hidup

Suatu hari, Imam Al- Ghazali bertanya, pertama. "Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Al-Imran:185). 







Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. 






Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung,bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".(Al-A'raf :179).Maka kita harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka. 






Pertanyaan keempat adalah," Apakah yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan tersebut hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH"(Al-Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya. 







Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,"Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab Kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan Solat". Disebabkan pekerjaan kita tinggalkan solat, meeting dan sebagainya.






Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini? Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...Benar kata Imam Al-Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".Kerana melalui lidah manusia ia boleh menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.
 


muhasabah diri..........


~Nurmujahiddah Solehah~

Rintihan Taubat Seorang Hamba


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan

Oh Tuhan Yg Maha Kuasa

Terima taubat hamba berdosa…

Ku akui kelemahan diri

Ku insafi kekurangan ini

Ku kesali kejahilan ini

terimalah…

Taubatku ini…

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan

Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan…

Maafkanlah segala kekuranganku, Ya Allah

Engkau Maha tidak memerlukan dari menyiksaku. 

Kerana sesungguhnya semua dosa-dosa ku

tidak merugikan-Mu.

begitu pula semua ketaatanku

tidak menguntungkan-Mu

“Wahai Tuhan, pindahkan aku dari hinanya maksiat kepada kemuliaan Taat!”

Ya Allah, Walaupun aku begitu jauh

dari hamba-hamba Mulia Pilihan-Mu,

Hamba Mohon…

kukuhkanlah kakiku untuk melangkah dijalan-Mu…

teguhkan Jiwa dan hati-ku

untuk menggapai Redha-Mu,

Teguhkan Iman-ku sampai akhir nanti…

YA ALLAH Yang Maha Mulia,

muliakanlah aku dengan ketakwaan…

Ya Rabb…Aku bersimpuh dihadapan-Mu

Aku memohon dengan kemulian-Mu atas kehinaanku

agar Engkau mengasihiku

Aku memohon dengan kekuatan-Mu atas kelemahanku

Ketidakperluan-Mu atas ku dan Keperluanku atas-Mu

Inilah wajah yang pembohong dan pendosa dihadapan zat-Mu

Hamba-MU selainku banyak,

sedang aku tidak memiliki Tuhan selain-Mu

Tak ada tempat kembali

Tak ada yang dpt menyelamatkan ku

Selain penyelamatan dari MU

Aku memohon dengan permohonan orang daif

Aku berzikir kepada-Mu dengan zikir orang yang rendah hati dan Hina

Aku memohon kepada-Mu

dengan permohonan orang yang takut dan sakit

Sebuah permintaan dari orang yang dirinya merendahkan diri pada-Mu

Saat ini aku mengadu pada-Mu

Merintih di ribaan-Mu

Untuk hatiku yang kelam…

Untuk Jiwaku yang sakit…

Untuk dosa-dosaku dimasa lalu,

sekarang dan yang akan datang

Ya Rabb…Ampuni dosa-dosaku

Bersihkan hati ini…. Sucikan jiwa ini…

Tenteramkan batin ini…

Singkapkan tabir antara Engkau dan Aku ..

Ya Allah…Aku takut…. Aku ngeri …

tentang masa depanku…

Aku tidak kuat akn azab-Mu

Bila kelak hari perhitungan itu datang

Saat Engkau menegakkan keadilan-MU

Bagaimana aku menghadap-MU?

Bahu ini tidak akan sanggup memikul dosa-dosa

Akibat kezalimanku

Yaa Rabb…

Andai waktu masih ada

Di sisa usia ini ….Aku bertaubat pada-Mu

Agar ringan kaki melangkah Menghadap-Mu

Aku ingin Engkau tersenyum Menyambutku…

Merangkulku dengan kasih-Mu …

Membelaiku dengan Cinta-Mu

Merindukanku seperti saat ini aku Merindukan-Mu

Senyuman dari Sang Maha Pengasih…

Ya Rabb Hamba kembali….

Hamba kembali ke jalan-Mu

YA ALLAH… Tuhanku, sungguh dosa-dosaku hari ini

dan hari yang telah lalu berlimpah.

Hamba tidak kuasa menghitung

dan menjumlahkannya

Hamba tidaklah kuat untuk menerima azab neraka

Juga tidak mampu bersabar

dan tidak pula tabah atasnya.

Maka lihatlah wahai TUHANKU pada kelemahan hamba dan kehinaan hamba

Jangan biarkan hamba merasakan panasnya neraka pada esok hari (kiamat)

“Ya Tuhanku , tak layak bagiku

menghuni syurga Firdaus-Mu,

namun aku tak kuat bila menempati neraka Jahim.

Maafkanlah semua kesalahanku

dan ampunilah semua dosaku

kerana hanya Engkaulah yang mengampuni dosa-dosa yang besar dan yang kecil.

Ya Allah Seandainya ini adalah hari terakhir hidupku

maka terimalah taubatku ini kerana begitu banyak dosa yang telah kulakukan... 

Ya  Allah…ampunilah hambaMu ini…amiin...

Sesekali terdetik hati ini bertanya kepada diri sendiri, apakah amalan selama ini sudah cukup untuk menjadi bekalan di akhirat sana? Sekalipun cukup, apakah timbangan amal kebajikan itu dapat mengatasi amalan kejahatan? Bagaimana hendak disembahkan amalan-amalan ini kepada Dia…. Apakah Dia sudi menerimanya…?

Astaghfirullahal ‘aziim…, kecilnya diri insan bila menyedari bahawa kita hanya seorang hamba. Sekalipun di angkat darjat sebagai manusia yang menjadi khalifah di muka bumi ini dan dikurniakan akal fikiran, hakikatnya kita tetap kerdil di sisiNya jika kita tidak beriman. Apalah gunanya pangkat dan nama, jika kita sering menzalimi diri sendiri? Bagaimana ingin dipulangkan kembali segala apa yang dipinjamkanNya di dunia ini dalam keadaan sempurna? Malunya untuk berhadapan denganNya dengan keadaan yang penuh dengan dosa ini…..
Tangan ini dikurniakan untuk beramal bakti, tolong-menolong untuk kebajikan, memohon doa kepadaNya, kaki ini diberikan untuk melangkah ke tempat-tempat mulia yang dapat menuju ke SyurgaNya, mata pula dikurniakan untuk melihat dan menghayati segala ciptaanNya dan kemudian menginsafi akan kelemahan diri sendiri. Bibir ini dicipta untuk menyebut asma-asmaNya.Tetapi apakah semua ini digunakan tepat pada jalanNya? Jika benar, mengapa terlalu sukar untuk kita mengalirkan air mata bila melihat kebesaranNya? Mengapa pula sukar untuk tinggalkan kemaksiatan? Apakah kerana terlalu sedikit keikhlasan yang diberikan…atau mungkinkah kita terlalu ego? Mengapa kita membiarkan diri kita terus berada dalam dosa sedangkan kita tahu bahawa segala yang dijanjikanNya adalah benar yakni nikmat dan azabNya itu adalah benar?

Kita tahu akan dosa dan pahala, tetapi sering tidak mengendahkannya. Kita sedar akan adanya kematian, tetapi sering melupakannya. Kita juga sedar dunia ini hanya sementara tetapi hidup seolah-olah untuk selamanya. Bila mendapat kejayaan dan nikmat, jarang sekali mengucapkan syukur kepadaNya seolah-olah kita perolehnya dengan usaha kita sendiri semata-mata. Kita mengaku adanya Tuhan, tetapi sedikit sekali yang beriman.

Bukankah kita terlalu angkuh kepadaNya…..mengapa kita jadi sebegini jahil sedangkan kita ini lemah… tiada kuasa dan daya melainkan dengan pertolonganNya. Sedarlah insan, tiada apa yang membahagiakan di dunia ini melainkan hanya penderitaan semata-mata jika kita tidak beriman kepadaNya. Dekatkanlah diri kita denganNya…..rendahkanlah diri dihadapanNya dalam beribadah, basahilah pipi ini dengan air mata taubat yang sebenar-benar taubat, sinarkanlah wajah ini dengan siraman air wudhuk, bersihkan dan sucikan hati yang selama ini dikotori dosa-dosa dengan wangian keikhlasan dalam segala amal kebaikan dan…pagarilah diri ini dengan benteng keimanan yang utuh dan kukuh dengan keyakinan yang kuat bahawa Allah sentiasa bersama kita biarpun dalam suka mahupun duka.

Bagiku, dunia ini ibarat sebuah neraka kerana di dalamnya dipenuhi banyak orang yang melakukan maksiat, terlalu banyak kerosakan yang berpunca dari manusia sendiri, terlalu banyak fatamorgana yang melalaikan manusia. Tidakkah kita semua menyedarinya? Dan…berada disamping orang-orang yang beriman dan beramal soleh, baik para alim ulama atau insan yang baru hendak mendekatkan diri kepadaNya, asalkan dihatinya ada keinsafan untuk mencari jalan yang dapat menuju ke syurgaNya, hanya itulah yang dapat membahagiakan dan mententeramkan jiwaku. Mudah-mudahan aku juga dapat menjadi seperti mereka dan dapat menjadi seorang ‘Abid di sisiNya suatu masa nanti, InsyaAllah.

“Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah petunjuk kami, maka tunjukilah kami ke jalan yang Engkau redhai dan rahmati, bimbinglah kami dalam meniti perjalanan yang penuh dengan onak dan duri ini, janganlah Engkau membiarkan kami tersungkur tanpa pertolonganMu, jangan Engkau biarkan kami sesat dan terus hilang dari petunjukMu, sesungguhnya kami insan yang lemah lagi hina, tiada tempat untuk kami mengadu melainkan kepadaMu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, tunjukkanlah kami pilihan yang tepat dalam setiap tindakan dan keputusan kami dalam menegakkan agamaMu di muka bumi ini, sesungguhnya kami sedar akan kelemahan kami. Maka tetapkanlah hati kami, hati orang-orang yang beriman supaya tidak berpaling dari agamaMu dan tidak pula membiarkan orang-orang munafiq dan orang-orang yang kufur mempermainkan agamaMu.

Ya Allah Ya Razzaq, setiap nafas kami, hanya milikMu…kerana kami tahu bila-bila masa sahaja jika Engkau berkehendakkan kami kembali kepadaMu, pasti tiada apa yang dapat menghalangMu, Cuma kami memohon…..terimalah kami kembali kepadaMu dalam keadaan yang suci dan bersih dari dosa-dosa yang pernah kami lakukan di dunia ini, sesungguhnya kami sangat malu untuk bertemuMu dalam keadaan yang kotor, kami juga malu atas dosa-dosa yang pernah kami lakukan. Kami memohon perlindunganMu Ya Allah, lindungilah kami dengan perisai keimanan di hati dan seluruh anggota tubuh badan kami. Jangan Kau relakan kaki kami melangkah ke tempat-tempat maksiat, jangan kau biarkan kedua tangan kami saling membantu ke arah maksiat dan kejahatan dan jangan pula Engkau dekatkan kemaksiatan itu menghampiri kami, sebaliknya pimpinlah kami ke tempat-tempat yang dapat mendekatkan kami kepadaMu sama ada secara berjemaah atau hanya berduaan denganMu. Sesungguhnya kami serik akan duniaMu ini, kami serik untuk berjauhan denganMu kerana kami sedar tiada ertinya hidup ini tanpa Engkau di sisi kami.

Ya Allah, dengarlah rintihan kami ini, kami merayu padamu Ya Allah, makbulkan doa kami…..kami ingin mencintai maka kurniakanlah kami perasaan cinta kepadaMu, kami juga ingin dicintai maka cintailah kami sepertimana Engkau mencintai kekasihMu yang juga Nabi utusanMu kepada kami yakni Rasulullah saw, kurniakanlah kami kemanisan iman itu, yakni nikmat dalam beribadah kepadaMu…..sesungguhnya kami pasrah akan ketentuanMu kerana kami tahu bahawa Engkau Maha Arif akan apa yang terbaik untuk hamba-hambaMu, kami pusatkan segala amal kami semata-mata keranaMu, terimalah segala amal kami dan kurniakanlah kami darjat yang tinggi di sisimu, layakkan kami memiliki singgahsana syurgaMu….Amiin”

Daripada seorang hamba kpd Tuhannya…


~Nurmujahiddah Solehah~

Bukan di sini pengakhirnya kehidupan...

 
WAHAI DIRI.....


Malulah engkau kepada Allah dgn sebenar-benar malu.


Janganlah kamu melalaikam masa-masamu.


Janganlah engkau mensia-siakannya.


“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.”
(QS. Al-‘Ashr : 1-3)


Janganlah engkau menyibukkan dirimu dgn mengumpul sesuatu yg tidak dpt engkau makan,


mengangan-angankan sesuatu yg tidak mungkin engkau capai,


membangunkan sesuatu  yg tidak mungkin engkau diami...


kerana semuanya itu akan menghalangmu daripada makam Tuhanmu..


Ingatan kpd Allah selalu menjunam di dalam hati org yg arif.


Sehinggalah mereka melupakan segala sesuatu yg pernah diingatinya sebelum itu.


Apabila hal itu engkau dpt laksanakan dgn sempurna,


maka syurgalah tempat tinggalmu,


iaitu syurgalah yg dipilih di dunia ialah redha kpd qada' Allah,


dekatnya hati kepada Allah, 


bermunajat kepadaNya,


menyingkap tabir yg ada di antaranya dgn Allah.


Ini akan menjadikan milik hati itu


sbg berteman dgn teman Allah di dalam kesunyian, 


tanpa perincian dan tanpa perumpamaan...


renungan dan muhasabah diri....


~Nurmujahiddah Solehah~

Wahai Diri...

 
Wahai Diri...


Engkau hanya mencintai Allah ketika kamu memperolehi nikmat.


Sebaliknya apabila datang suatu bencana atau cubaan kepada engkau...


engkau segera lari seakan-akan Allah itu bukan kekasihmu.


Semestinya  seorang hamba itu akan nyata siapa dia,


ialah ketika menerima ujian atau cubaan daripada Allah.


Sedangkan engkau tetap bertahan dan tabah menerimanya...


Maka engkau ialah orang yang mencintai Allah dgn sebenarnya.


Sebaliknya, jika haluanmu berubah, 


Maka jelaslah kebodohanmu,


musnahlah perbuatanmu yg pertama dan ia berlalu entah ke mana...


Bukan kudrat hamba melawan takdirNya...


Luka di hati memang tidak terucap.


Tidak tergambar, meskipun perasaan ibarat telah mati..


Malangnya jasad masih bernyawa,


nadi masih berdenyut...


Lalu luka itu biarlah aku yg merasainya.


Kehidupan mesti di teruskan..


Dinekadkan hati dgn keyakinan...


bahawa Allah lebih tahu apa yang terbaik utk diriku...


Tidak pula Allah menimpa ujian utk menzalimi hambaNya...


Melainkan utk mendidik dan menyedarkan,


bahawa tidak ada satu di dunia ini milik manusia yg abadi...


meskipun sesuatu itu teramat kita sayangi...


teramat kita kasihi...

Datang dan pergi segala yg ada di dunia ini adalah dgn kehendakNya....


Astaghfirullahal 'aziim...


 “Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,sebab kamu paling tinggi darjatnya,jika kamu orang yang beriman.” (Qs. Ali-Imran : 139)



~Nurmujahiddah Solehah~

Bersyukurlah dgn nikmatNya...

Setiap kedip mataku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang melihat, tetapi buta.

Setiap tarikan nafasku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang mencium, tetapi tidak mampu membau.

Setiap suara yang kudengar Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang mendengar, tetapi tuli.

Setiap desir angin yang kurasa Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang merasa, tetapi kebal.

Setiap degup dan detak jantungku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang hidup, tetapi mati.


Akhirnya Ya Allah,
Jangan Kau cabut rasa syukurku ini dari hatiku,
Yang dapat membuatku buta, bebal, tuli dan mati...


Alangkah beruntungnya kita, disaat sebahagian orang kehilangan penglihatannya sejak lahir, dan hanya bermimpi dan berharap jika suatu saat dapat melihat alam semesta yang mempesona dengan segala isinya ini, Allah SWT menganugerahkan kita sepasang bola mata yang sihat dan indah sehingga kita dapat melihat sesuatu dengan jelas dan indah. Kita reguk semua keindahan alam yang nampak di hadapan dengan sepasang bola mata kita itu...SubhanaAllah...

Alangkah beruntungnya kita, disaat sebahagian orang tidak dapat berfikir dengan sihat dan waras kerana gila, berperilaku layaknya sebagai seorang manusia normal yang berakal sihat, Allah SWT menganugerahkan kita kecerdasan akal dalam banyak bidang ilmu pengetahuan. Banyak perkara dpt kita kaji dan teliti tentang kehidupan dan alam ini berkat akal yang Allah SWT anugerahkan kepada kita. Tak sedikit lahir dari  ilmuwan-ilmuwan yg cerdas, bijak pandai, ternama yang telah memberikan sumbangannya bagi banyak penemuan-penemuan baru yang bermanfaat di bidang ilmu dan teknologi serta ulama-ulama handal yang menjadi rujukan umat.

Alangkah beruntungnya kita, disaat sebahagian mulut terbungkam tanpa suara kerana bisu, ingin berucap sepatah kata tapi tak mampu, Allah SWT menganugerahkan kepada kita sebongkah daging yang bernama lidah, gigi yang putih dan tersusun rapi, namun sayang, terkadang kita tak mampu menjaganya dengan baik dan amanah. Diri kita tak mampu menggunakannya untuk menyejukkan hati orang lain dengan kata-kata..
 
Yang bersedih semakin kita buat sedih. Yang sakit semakin kita kita sakiti kerana ucapan kita. Diri kita tak tergerak untuk menebarkan salam, saling mendoakan untuk keselamatan bagi sesama muslim, saling bertanya khabar satu sama lain, dan berbagi ucapan yang dapat menyejukkan setiap hati-hati yang tengah berduka  nestapa.
 
Benarkah kita menjadi salah seorang makhluk-Nya yang berakhlak mulia, jika segala kesempurnaan anugerah itu tidak semakin mendekatkan diri kita kepada-Nya? Tidak tumbuh kerinduan untuk mengikuti perilaku Rasul-Nya? Layakkah kita menjadi sebahagian dari manusia yang terpuji, jika di hati kita hanya ada rasa benci dan sedikitpun tidak pernah terbit niat dan keinginan menggunakan segala kesempurnaan anugerah itu untuk perkara2 yang Allah SWT cintai dan redhai?

Benarkah kita masih termasuk orang yang sungguh-sungguh mencintai-Nya, mengakui mencintai Rasul pilihan-Nya, disaat sebahagian orang mampu menangis meski sedang berbuat ketaatan kepada-Nya, jatuh bangun dalam usaha meneladani Rasulullah utusan-Nya, namun kita malah tetap tertawa dengan segala keburukan-keburukan diri kita?

Sekarang kita bertanya kepada diri kita, apakah kita sudah termasuk orang yang bersyukur atau masih jauh? Semoga kita termasuk orang yang pandai bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan.


Semoga Allah SWT menurunkan hidayah kepada kita dan melembutkan hati kita semua dengan curahan kasih sayang-Nya...Ameen...


Wallahu a’lam

Wangian Kasih

Biar aku ceritakan sesuatu pada kau. Mana tahu boleh ditokok pengalaman yang sedia bertapak  pada batas riwayatmu. Kau tahu, sehingga saat ini aku nian mengasihi dirinya yang istimewa itu. Sememangnya aku tika seusiamu dulu juga mementingkan keindahan ciptaan Allah hinggakan aku alpa dengan keperluan paling bermakna dalam hidup ini.

Bahagian mana ingin kumulakan. Segala tentangnya amat manis bagiku. Mungkin saja aku hampir menggugurkan kolam mata lelakiku, entah untuk keberapa kali hanya sekadar ingin berkongsi keajaiban yang mewarnai laluanku.

Sejak ibuku meminangnya, aku kurang yakin dengan kemampuannya untuk menyerikan mahligai yang bakal  terbina. Kata itu aku hanya rela dalam paksa. Tidak kuduga, jodoh ini benar-benar meronakan keindahan yang sukar kulontarkan melalui marsum ini. Aneh bukan? Siapa dia di mataku.....

Aku bangga bila mengetahui yang dia seorang gadis yang amat memelihara kehormatan. Sehingga belum pernah mengenali seseorang lalaki pun sebelum aku! Lelaki mana sanggup menolak tuah? Tanyalah mana-mana insan lelaki yang tidak mementingkan keperawanan tulen seorang permpuan. Sungguh dayus jika mereka tidak peduli gadis yang lepas bebas pergaulan. Menafikan hak kewanitaan mereka dengan alasan mengikut peredaran zaman. Benar, aku bukan ustaz, jauh sekali Nabi. Namun sebagai lelaki, tentu kau mampu menyelami kehendak dan citarasa seorang bernama LELAKI.

Kala pertama kali bersua bersua mata, aku melihatnya ketika setelah diijab kabulkan, wajahnya sungguh tenang. Di sebalik kerudung labuh putih santunnya dipugar senyuman tenang mengucup tanganku. Dia memohon agar aku bersedia menerimanya sebagai amanah Allah. Aku membalas sentuhan ikhlasnya dan cuba untuk menjadi pelindung yang menyenangkan hatinya.

Dinihari yang sejuk aku seolah divaksin pelali terus ke bilik air bersuci dan sejurus melabuhkan dahi sujud pada Ilahi. Masih terasa usapan lembutnya yang menuang semangatku bertemu Pencipta. Mungkin berkat tekakku dibasahi segelas susu yang disediakannya sebelum tidur. Katanya ikut sunnah Rasulullah. Aku hanya menurut sedangkan sebelum ini jenama susu memang tidak pernah singgah di tekakku sejak kecil.

Seminggu ku membawanya berbulan madu sekaligus sebagai maharnya ke Tanah Haramain. Aku terkedu tika jari halusnya memotong rapi kuku tanganku, bahkan kuku kaki. Terasa dimanjakan pula! Malah pelipis dan janggutku sentiasa kemas seolah segala milikku adalah haknya juga. Kasihku mula mengakar kuat padanya. Inikah yang dikatakan Rasulullah perhiasan dunia?

Jangan terkejut  jika aku khabarkan yang aku telah meletak jawatan  mendadak sebagai peguambela mahkamah sesyen. Kepada semua kunyatakan yang aku telah digoda kebun ayah yang berekar-ekar milik arwah ayah yang terbiar. Perlu diusahakan segera. Namun yang tersirat dalam perancangan-Nya. Aku hanya mampu memuji kebesaran-Nya yang menganugerahkan aku seorang ‘penyelamat’ yang mencelikkan mata hati dan memahamkan aku tentang kejadian insan di sisi Tuhan.

Kini, aku yakin dengan kerjaya baruku. Tambahan dia sentiasa di samping meniup cinta setia ke dalam jiwaku. Oh Tuhan, izinkan aku bersamanya hingga ke syurga-Mu.

Anak kelima kami lahir kembar. Aku memasang niat untuk menyediakan seorang pembantu bagi meringankan rutinnya. Dia menolak baik cadanganku. Memang aku akui, sekalipun terlalu disibukkan oleh kerenah anak-anak, keperluan dan layanan buatku tetap kelas pertama. Biarpun  permaisuri hatiku ini tidaklah secantik wanita lain, tapi kejernihan wajahnya sungguh menenangkan jiwaku. Mungkin wajahnya sentiasa di hiasi dengan air wuduk dan memberikan ketenangan padaku walau berdikit digigit hambatan usia. Pandanganku di luar rumah terkunci oleh kebijaksanaannya mengurus diri. Sering aku berasa mengecapi saat pengantin baru.

Tidak sempat untukku meletak punggung, sudah tiba air suam bermadu bersama senyuman manis buatku yang keletihan memerah keringat di kebun. Belum nalar sengal-sengal memukimi sendiku, tangan mulusnya tegar menjamah lantas menyahkan tekanan yang kualami seharian diterjah mentari.

Soal mentarbiah anak-anak tidak sepenuhnya kuserah kepundaknya. Demi menyeimbangkan keperluan kasih sayang dan masa depan mereka, aku betah untuk meluangkan masa emasku. Semua ini kulakukan kerana dia telah memperkenalkan dengan hikmah baitul muslim. Alangkah bertuah memiliki dirinya. Dan aku sedayanya menjadikan diriku bererti baginya. Adakala terbetik di hatiku, adakah orang lain merasai apa yang kukecapi?

Selama ini ada juga aku termakan momokan kegagalan rumahtangga melalui fail-fail kes di firma guaman temanku. Lantaran apa yang kualami sekarang menawarkan fobia yang menjelira.

Apabila ku memuji ketaatannnya terhadapku, dia membalas  dengan ucapan yang menyamankan sanubariku. Sungguh!

 “Abang, segala kelebihan dan keiistimewaan itu milik Allah yang dipinjamkan sebagai hadiah buat abang yang baik budi.”

“Semakin sayang Allah pada kita, semakin diuji iman kita kepada-Nya. Namun dirawat-Nya dengan sebaik-baik penawar, ketenangan pada hati.” Kalam yang keluar dari bibir merah itu menginsafkan aku. Betapa taqwa kepada-Nya yang mengikat kukuh cinta kami.

Sesekali kondisi tubuhku lemah, penuh kasih dia setia di sisi  bersama sentuhan saktinya hingga kurasakan tidak perlu ke hospital kerana di mahligaiku sudah ada doktor pakar.

Suatu hari dia meminta agar ku mengambil seorang wanita sebagai pembantu kami. Alasannya semata-mata ingin membantu wanita yang baru kematian suami itu menyara anak-anak yang masih kecil. Kali ini aku akur demi memenanangi hatinya. Bukan sekali dua dia menolak untuk kuhadiahkan sesuatu barang berharga di hari-hari istimewa sebagaimana yang dilakukan oleh teman-temanku terhadap isteri mereka.

Diam-diam aku mengkagumi kemuliaan akhlak yang terpancar dari dirinya. Tidak pernah dia meminta malah sentiasa berterima kasih dengan apa yang telah kusediakan. Katanya, memadailah perhatian dan penghargaanku selama menyintainya sepenuh hati. Ah, masakan tidak wahai kekasihku. Perutku memang diikat dengan air tangannya sehingga  aku tidak betah untuk makan di luar hatta sebungkus nasi lemak dan secawan kopi kecuali diundang rakan.

Kini dia puas kerana dapat membantu kak Jannah. Tugas rutinnya tetap dibereskan. Kak Jannah hanya menolong apa yang perlu. Tetapi upah untuk Kak Jannah tetap dibayar penuh atas permintaannya yang mewah dengan simpati.

Hatiku  dipanah durja bila dia menyuarakan agar aku mengawini Kak Jannah. Kali ini hatiku memberontak. Tidak sanggup untukku membahagikan kasihku biarpun dia rela. Sekali-kali tidak. Itu keputusanku. Namun tidak kusuarakan kepadanya, bimbang melukakan. Di luar sedarnya aku menyusun rancangan.

“Kak Jannah tak jadi pembantu kita selepas ni. Sebab dia telah dilamar Kamal untuk bekerja kilang menggred buah.” Wajahnya berubah tatkala kulontarkan  berita Kak Jannah.

“Jangan bimbang, kerja dia mudah tapi gaji mahal sebab Kamal pun tahu keadaannya.” Kuharap jaminan itu mampu mengendurkan kegusaran hatinya. Riak wajahnya tidak berubah. Maafkan abang Nur! Lega kerana perancanganku berjaya. Biarkan kutelan pahit dusta asal kasihku tetap miliknya seorang.

Kejayaan yang kuraih kini tidakkan terealisasi tanpa sokongan termahal darinya. Projek herba dan buah-buahan yang kami usahakan telah menembusi pasaran. Baginya  rezeki itu kurniaan-Nya. Tiada nilai jika usaha  yang sejemput itu sebagai pertaruhan bahawa ia lahir dari keringat yang tertumpah. Apa yang penting, bakti kepada tanah lebih mengeratkan hubungan sesama mkhluk. Begitu prinsip yang kugenggam selama bersamanya. Mesti kau tertanya-tanya, adilkah aku membiarkan ijazah sarjananya hanya bersimpuh di celah dokumen penting milikku? Nah, dia bebas kulepaskan memanjangkan urusan risalah Nabi. Hujahnya menobatkan lisan Rasul kuterima dengan lapang dada. “Sesiapa mengucapkan lailahaillahallah maka dia adalah pendakwah.” Betapa teguhnya keberkatan ilmu yang diburunya beberapa musim di menara gading.

Kulihat tidak ramai muslimah yang betah keluar menyampaikan ilmu setelah menyandang kerjaya isteri dan ibu. Padanya kutiup kobar dan redha di atas usaha murninya.

Cemburu? Bagaimana perasaan itu akan hadir jika hanya menampakkan dua mata bintang timurnya yang hanya mempesonakan mata dan hatiku sahaja tika penuhi tuntutan mauizah kepada masyarakat.

Perintah Allah dan Rasul sememang telah sebati dalam dirinya. Tidak perlu aku bersusah payah untuk menjelaskannya. Bahkan diriku yang kemarau ilmu Islam lebih terperinci ini tidak jemu didekatinya dengan penuh hikmah. Seingatku hanya sekali aku terlepas kata. Hanya Tuhan yang tahu betapa kesal merempuh egoku tanpa belas. Wanita sebaiknya tidak wajar dikasari.

Aku kembali mengumpul azam. Sekalipun aku pergi dulu, akan kukesani haluan langkahnya ke mana-mana syurga Allah.

Aku pasti dengan sabdaan baginda bagi isteri yang diredhai suaminya, ke atasnya hak memasuki mana-mana syurga yang disukainya.

“Abi, kenapa tak tidur lagi?” Sapaan lembuh Humairah merenggut ingatan manis itu. Dia mengucup mushof di tangan. Masih bersisa air mata di pipi tuanya. Humairah lantas memapahnya ke birai katil.

Mulut basah dengan Asma Allahul Husna.

“Abi, jangan paksa diri baca Quran sampai lemah macam ni.” Sambil tangan Humairah lincah menepuk-nepuk bantalnya lantas mendaratkan duduknya ke sisi.

“Humairah tau, abi kenangkan arwah ummi. Kalau ummi ada tentu dia sedih tengok abi macam ni.”

“Ummi bahagia di sana, abi.” Dia hanya menelan pahit kalam Humairah.

“Humairah mana Zahrah?” Dia mengangkat wajah yang kian lesu dicantas kenangan. Humairah mendapatkan kembarnya. Dia arif emosi abi sejak pemergian ummi enam tahun dulu. Walau sudah puas dipujuk abang-abangnya untuk tinggal bersama, dia tetap di mahligai yang memotretkan nostalgia mahal miliknya dan ummi.

“Abi tak tinggalkan harta dunia buat kamu berdua.”

Sesekali diselangi batuk yang mendesar. Humairah mengurut dada abinya.

“Cukuplah didikan abi dan ummi untuk kamu jadikan pedoman menjalani amanah sebagai hamba-Nya.”

Sejenak dia merenung wajah kembar seiras yang menjalin sepenuhnya kekasih hati yang meninggalkannya.” Apakala tiba saat kamu dikahwini seorang lelaki, taatlah kepadanya.”

“Redha Allah terletak pada redha suami...” bicaranya terhenti di situ. Tidak mampu lagi diungkapkan. Andai diteruskan tangan mulus Nur masih setia menggenggam jemarinya erat tika diasak duka.

Lenanya kini benar-benar menyegarkan. Bibir biru mengukir senyuman terindah seorang suami soleh yang mendambakan pertemuan abadi bersama isteri yang mendahului sekalian bidadari.

Untuk akhirnya, aku memuji kebesaran Allah di atas pertemuan dan perpisahan sementara ini. Aku puas kerana dapat meluahkan pengalamn ini kepadamu walaupun aku pasti, wajarkah tindakanku ini? Ambillah ia sebagai uswah kala memilih teman hidup. Wanita yang menjunjung al-Quran dan Sunnah berada di hadapanmu. Jangan tersilap pilih, kerana bimbang membekas sengsara di negeri kekal.

Sesudahnya titipan doa terakhirku buatnya. Terima kasih tidak terhingga kerana meluangkan cinta-Mu ya Muhaimin untukku yang fakir ini mengasihi seorang wanita hebat lagi terpelihara. Semoga wangian cintaku dan Nur akan kembali menhujani taman-taman jannah-Mu ya Illahi.


~Nurmujahiddah Solehah~