·٠•●♥ Sahabat fillah rahikumullah....jazakumullah khoir (✿◠‿◠) ♥●•٠·

Sentiasa berlapang hati dgn ujianNya

بسم الله ارحمن الرحيم
 

Assalamualaikum wbt sahabat fillah....


Kita hanya mengetahui dan merasakan sesuatu pada saat ia berlaku.. Tapi ALLAH terlebih dahulu mengetahui apa yang perlu dan harus berlaku.. Seiring dengan kehebatan NYA yang tidak akan mampu ditandingi.. Maka redhalah dan relalah dengan apa yang telah diaturkan ALLAH.. Walaupun pada hakikat hati kita ia sepahit dan sepedihnya.. Tapi ALLAH tahu akan kemampuan stiap hambaNya dalam menerima ujian-ujianNya.

Hidup kita ini akan sentiasa diuji. Sama ada kita suka atau tidak kita akan diuji juga, sesuai dengan Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah AlBaqarah : Ayat 214)


Mengapa kita diuji? Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,”  (Surah AlMulk : Ayat 2)


“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Surah AsSyuura : Ayat 30)


Walaubagaimana pun, Allah amat menyintai orang-orang yang sabar menghadapi ujianNya.  FirmanNya, “Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.”  (Surah Aali Imran : Ayat 146)


Dan Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian-ujian yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah.  “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Surah AlBaqarah : Ayat 286)

“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.”   (Hadis riwayat Thabrani)


“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.” (Dari Musnad Firdaus oleh Dailami)


“Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari)


“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.”  (Hadith riwayat Bukhari)


Takdir yang datang sebagai ujian anggaplah ia sebagai tanda kasih Allah kepada kita. Kerana Allah tidak pernah bersifat zalim pada setiap makhlukNya..tetapi kitalah yang sering menzalimi diri sendiri dengan pilihan yang tersasar dari jalanNya.. Ujian dariNya umpama guru yang tidak perlu berkata-kata tetapi ia mampu mendidik jiwa. Sabar, redha dan tawakal..semua itu hikmah jika kita mampu menerima takdir dan ujianNya dengan berlapang hati.


Tidak terhitung dosa kita sebagai hambaNya..dan kadang-kala sengaja Allah hadirkan segala bentuk kesusahan, penderitaan, kesakitan, kehilangan dan pelbagai lagi ujian untuk menghapuskan dosa2 yang menggunung itu.. supaya kita tidak lupa kita ini cuma hambaNya.. agar jiwa yang kontang mampu disuburkan dengan siraman titis2 taubat..tanda kembalinya seorang hamba kepada Pencipta..sebab fitrah manusia yang lemah, hatinya lebih lunak mengingati Tuhan ketika susah berbanding senang..


Daripada Muaz bin Jabal r.a, beliau berkata;
"ketika Allah menguji hamba yang mukmin dengan suatu bencana, Dia berkata kepada Malaikat Pencatat Amal Buruk,"Hapuskan catatan darinya.", dan berkata kepada Malaikat Pencatat amalan kebaikan,"Tuliskan untuk hamba2Ku yang lebih baik daripada apa yang dia perbuat."


Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.


Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa begitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak etentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah.


Nabi saw bersabda;
"Barangsiapa sakit semalaman, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih dirinya daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya.Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh."


justeru..apabila kita menghadapi ujian dari Allah.. belajarlah menerimanya dengan lapang hati.. belajarlah untuk menjadi hambaNya yang ikhlas menerima takdirNya.. belajarlah menjadi hambaNya yang sentiasa positif dan bersangka baik. Jauhilah putus asa..kerana ia tanda kita jauh dari rahmatNya..Allah Maha Adil..segala yang diberi adalah yang terbaik buat kita sebagai hambaNya..tiada musibah bagi hamba yang bila diuji, hatinya kembali semula kepada Allah..


Sabda Nabi Muhammad S.a.w, Ertinya : “Sesungguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan (penuh cubaan), Tawwab (senang bertaubat), dan Nassaa’ (suka lupa), (tetapi) apabila diingatkan ia segera ingat”.  (Silsilah Hadits Shahih No. 2276).


Manusia tidak akan terlepas dari ujian dan cubaan di muka bumi ini. Ada yang diuji dengan ujian yang ringan dan ada yang diuji dengan ujian yang berat. Ada yang sabar menempuh ujian dan ada yang gagal mengawal emosinya lantas kecundang di dalam ujian tersebut. Lain manusia lain bentuk dan kategori ujiannya. Ada yang berat di mata seseorang itu tetapi ringan pula di mata orang lain, dan begitulah sebaliknya terpulang pada penerimaan dan tahap pemikiran masing-masing. Ini kerana manusia mempunyai pemikiran yang kompleks dan tidak sama 100% antara satu sama lain. Sedikit sebanyak akan berbeza juga di mana-mana.


Firman Allah yang bermaksud; “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.”  (Surah AlBaqarah : Ayat 286)


Ujian yang kita terima bergantung kepada tahap pemikiran dan keupayaan kita. Allah tidak membebankan kita dengan perkara-perkara di luar kemampuan kita jika kita sertai dengan keimanan yang jitu kepadaNya. Iman yang lemah boleh menyebabkan ujian yang ringan pun terasa berat. Keyakinan yang jitu kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang akan terserlah lah kesabaran yang tinggi terhadap segala ujianNya insyaAllah. Ingatlah bahawa seorang mukmin itu tidak terlepas dari ujian dan cubaan, semakin tinggi iman kita maka semakin kuat kita akan diuji. Dan manusia yang paling tinggi dan kuat ujiannya adalah para nabi dan Nabi Muhammad S.a.w adalah yang paling tinggi diuji. Oleh kerana itulah kita sebagai umat Islam dianjurkan agar sentiasa berdoa agar kita menerima ujian setakat yang termampu oleh kita.


“Ujian yang paling berat adalah bagi para nabi, kemudian berikutnya dan berikutnya, seseorang diuji (oleh Allah) sesuai dengan kadar agamanya. Maka tidaklah musibah menimpa seseorang sehingga ia berjalan di atas bumi dan tidak ada dosa padanya.”  (Hadith riwayat Bukhari)


Nabi Muhammad s.a.w sejak dari kecil dijaga dari melakukan dosa, dipelihara oleh Allah dari bermain-main seperti kanak-kanak lain, mempunyai sifat amanah yang tiada tolok bandingnya, dan segala sifat yang baik ada pada nabi. Mahupun baginda tiada dosa, baginda masih tetap diuji dengan tahap ujian tertinggi. Sejak dari kecil nabi diuji dengan kematian orang-orang yang baginda sayang, dari emaknya, bapa saudaranya, datuknya hinggalah ke zaman baginda sudah dewasa dengan kematian anak-anaknya yang masih kecil belaka dan diikuti dengan kematian isteri tercintanya Khadijah dan sebagainya. Ujian-ujian yang baginda terima semasa menyebarkan risalah Islam pun dasyat, dengan tentangan, hinaan, serangan-serangan dari orang-orang yang kufur dan sebagainya.  Inilah pengajaran yang dapat kita ambil untuk semakin sabar dalam menghadapi ujian. Nabi yang tidak melakukan dosa walau sedikit pun diuji dengan ujian berat, apatah lagi kita yang selalu melakukan dosa sama ada kita sedar atau tidak, yang kalau dikumpul-kumpulkan ntah tinggi mana dah dosa kita ni. Jika kita muhasabah diri kita ini, amat patutlah kita dibalas dengan diberi ujian-ujian yang berat kerana kita pun sudah mendapat terlalu banyak nikmat dari Allah S.w.t. Dan jika kita yakin begitu, insyaAllah kita akan dapat sabar menempuh ujian dari Allah.


“Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan” , pepatah ini boleh kita guna pakai untuk mengetahui betapa Allah sayang kepada hamba-hambaNya yang beriman padaNya. Untuk meningkatkan lagi keimanan pada Dia, seorang mukmin itu akan diberi kesusahan sama ada kesusahan dari segi mental mahupun fizikal. Dengan kesusahan itu lah manusia itu akan dapat merasa bahawa diri ini terlalu lemah dan perlu bergantung hanya pada Allah zat yang Maha Berkuasa. Jika manusia itu sentiasa dibuai dengan kemewahan dan tidak merasa kesusahan, nescaya manusia itu tidak akan ada sifat kasihan belas, memahami keadaaan orang-orang yang susah, sayang-menyayang antara satu sama lain, berusaha untuk menyelesaikan masalah orang, merasa tidak perlu bergantung pada Allah dan sebagainya. Hanya orang yang pernah melalui kesusahan yang faham erti kesusahan. Hanya orang yang lemah merasai erti kelemahan.


Nabi ada menganjurkan agar umatnya bergaul dengan orang-orang miskin dan orang-orang susah. Dia sendiri pun biasa bergaul dengan orang-orang miskin dan susah walaupun dia seorang nabi yang dipandang mulia dan seorang pemerintah yang agung. Bergaul dengan orang-orang miskin dan susah akan membuatkan kita merasa betapa kita sudah mendapat banyak nikmat, memahami hati orang-orang miskin, tidak terlalu mengejar dunia, tidak hasad dengki dengan orang lain kerana sentiasa merasa diri ini cukup dan sebagainya. Hanya dengan kita melihat ke bawah barulah kita dapat merasa ketenangan yang sebenar. Kerana jika kita hanya bergaul dengan orang-orang kaya, mewah dan berpangkat, boleh menjadikan kita merasa iri hati, hasad dengki, ingin mengejar cita-cita menjadi kaya, hingga menyebabkan tiada ketenangan dalam diri. Ini bukanlah bermakna kita tidak boleh berkawan langsung dengan orang-orang kaya, tetapi jangan semata-mata berkawan dengan orang kaya. Perbanyakkanlah pergaulan dengan orang-orang miskin dan susah, insyaAllah kita akan merasa serba cukup (qana’ah).


Manusia mendapat kesusahan dan kemiskinan di dunia bukanlah bermakna Allah tidak sayang pada manusia itu. Semua itu adalah ujian Allah untuk menguji keimanan manusia. Maksud hadits,“Sesungguhnya makhluk yang sangat dikasihi oleh Allah ialah orang yang fakir miskin, sebab manusia yang amat dikasihi Allah ialah para nabi, maka Allah menguji mereka dengan kefakiran dan kemiskinan.”  (Riwayat Abdullah bin Umar).


Nabi Sulaiman a.s pun yang walaupun dianugerahkan kepadanya sebuah kerajaan yang amat besar dan harta melimpah ruah, tetapi dia hanya berlagak sebagai seorang miskin. Rakyat-rakyatnya diberi makan makanan yang enak-enak tetapi dia hanya makan roti kering sentiasa, masyaAllah. Itu lah contoh yang amat bagus yang perlu diikut oleh seorang yang bergelar pemimpin. Bukan seperti manusia pada hari ini yang berebut-rebut untuk menjadi pemimpin, sedangkan tanggungjawab seorang pemimpin sangatlah berat untuk dipertanggungkan di akhirat nanti. Para sahabat nabi dalu takut dan berebut-rebut untuk tidak menjadi pemimpin, tetapi manusia zaman sekarang berebut-rebut untuk menjadi pemimpin.


Adalah Nabi Sulaiman bin Daud a.s apabila di pagi hari, dia memerhatikan muka orang-orang kaya dan orang-orang berpangkat. Kemudian dia datang kepada orang-orang miskin, lalu duduk bersama mereka dan mengatakan, “orang miskin bersama orang-orang miskin”. (Ihya’ Ulumiddin)


Nabi Isa a.s adalah satu contoh manusia yang paling zuhud pada dunia, begitulah pada Saidina Umar alKhattab r.a yang hanya berpakaian yang bertampung tetapi bersih walaupun dia menjadi seorang pemerintah. Tiada apa untuk dilagakkan di dunia ini kerana manusia hanyalah sebatang tubuh yang sentiasa membawa najis. Kenapa manusia sentiasa membawa najis? Kerana di dalam tubuh manusia ada mengandungi najis yang sentiasa perlu dibuang. Tengoklah di rumah-rumah kita, rumah siapa yang tidak mempunyai tandas? Sehinggakan istana raja yang begitu indah pun mempunyai tandas. Sebab itulah Allah  berfirman yang bermaksud “Dan tidaklah kehidupan di dunia itu melainkan kesenangan yang menipu”. Jika kita sudah yakin bahawa kesenangan hidup di dunia ini hanya satu tipu daya, maka insyaAllah hati kita akan bertambah cekal dan sabar untuk menghadapi apa-apa musibah yang bakal mendatang. Setiap penyakit yang kita terima itu adalah penghapus dosa, setiap ujian yang kita terima adalah penghapus dosa di samping Allah mahu mengangkat darjat kita pada pandangan penduduk langit dan Allah sudah menyediakan kehidupan yang bahagia yang kekal abadi untuk kita di akhirat nanti. Itulah syurga Allah yang hanya disediakan bagi orang-orang yang disayangi oleh Allah. Oleh itu sama-sama lah kita bersabar dalam menempuh apa sahaja ujian dari Allah. “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar”.


Sudah menjadi tabiat manusia yang lemah imannya, jika sekiranya dia diberikan kesenangan, dia merasakan yang Allah telah memuliakan dia di dunia ini, manakala jika dia diberikan kesusahan dan kesakitan, dia merasakan bahawa Allah telah menghinanya dan wujud rasa tidak bersyukur di hati mereka, na’uzubillah.


Firman Allah yang bermaksud, “Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: “Tuhanku telah memuliakanku”. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku”. Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim. dan kamu tidak saling mengajak memberi makan orang miskin, dan kamu memakan harta pusaka dengan cara mencampur baurkan (yang halal dan yang bathil), dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan.” 
(Surah Al Fajr : Ayat 15-20)


Sama-samalah kita menganggap bahawa ujian dan cubaan dari Allah adalah bekal tambahan bagi kita sebagai persediaan untuk menuju ke negeri abadi nanti. Dan dengan ujian dapat mengajar kita sifat ingin sentiasa bertaubat dan kembali pada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Jika kita sentiasa bertaubat maka akan terzahir lah sifat Allah Al Ghaffur (Yang Maha Pengampun). Jika kita tidak istighfar dan bertaubat maka tiada apa dan sebab untuk diampunkan dosa-dosa kita yang bertimbun banyaknya itu. Sabda nabi yang bermaksud, “Setiap anak Adam itu bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang-orang yang bertaubat”.

Ya Allah..
hamba ini cuma hambaMu..
Sesekali ujianMu menyapa lembut hati ini..
namun..
belum tentu teguh lagi hati hambaMu..
kuatnya hamba jua dari kekuatanMu..
rezekikan hamba
dengan hati yang ikhlas..
dan jiwa yang redha..
menerima takdir dan tarbiyyah dariMu....
Aminnn...

 
Wallahu ‘aklam bissowaf


~Nurmujahidah Solehah~


Taubat!!!! Tunggu apa lagi....jom....




  بسم الله ارحمن الرحيم
 

Assalamualaikum wbt sahabat fillah....

Wahai pemuda pemudi..
sedarlah diri..                                                                                        
Tuhan Arasy sedang melihatmu..


Tahukah kamu, apakah balasan pada orang yang selalu buat dosa dan maksiat?

Neraka Sa’ir mengaum memanggil dengan suara yang penuh dahsyat,
Menerkam marah penuh murka ubun-ubun manusia yang berbuat jahat,
Buatlah maksiat semahu-mahu..nanti badanmu api menjilat

Dengarlah nasihatku..maksiat jangan didekat,
Ingatlah kesalahan-kesalahanmu yang sudah banyak kau buat,
Jiwamu telah tergadai jika engkau tidak segera BERTAUBAT..

********************************************************

Tuhan…
Masihkan  ada ruang untukku bertaubat
Meniti MahrifatMu
Mendapat keberkatan  DariMu
Memohon  Nur  CahayaMu

Tuhan..
Dosaku  ibarat  pasir di lautan
Yang tidak dapat dihitung
Kejinya hambaMu ini disisiMu...Ya Allah…

Ya Allah..
Ku pohon ampun dariMu
Hanya padamu kuserahkan segalanya
Leburkan segala dosaku
Agar aku tidak mendapat siksa di akhiratMu
Amiinn....

Hari demi hari berlalu, dosa demi dosa kita perbuat, kemaksiatan demi kemaksiatan menorehkan luka menganga dan noda-noda hitam di dalam hati kita, Maha Suci Allah!! Seolah-olah tidak ada hari kebangkitan, seolah-olah tidak ada hari pembalasan, seolah-olah tidak ada Zat yang maha melihat segala perbuatan dan segala yang terbesit di dalam benak fikiran, di gelapnya malam apalagi di waktu terangnya siang, innallaha bikulli syai’in ‘aliim (Sesungguhnya Allah, mengetahui segala sesuatu).
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحاً عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ                         
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabb-mu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah (syurga) yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: ‘Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah Kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
(Qs. At Tahriim: 8) 

Allahumma....betapa zalimnya diri ini, bergelumang dosa dan mengaku diri sebagai hamba, hamba macam apakah ini? yang tidak malu berbuat maksiat terang-terangan di hadapan pandangan Rabb ‘azza wa jalla, wahai jiwa… kenalilah kehinaan dirimu, sedarilah keagungan Rabb yang telah menciptakan dan memberikan nikmat tak berhingga kepadamu, ingatlah pedihnya siksa yang menantimu jika engkau tidak segera bertaubat.

Pepatah Melayu ada menyatakan: “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.” Acapkali di dalam hidup seseorang insan dia akan menempuh situasi penyesalan setelah segala-galanya terlambat dan tidak mampu dirubah lagi. Namun begitu apa yang sepatutnya kita semua fikirkan secara mendalam adalah penyesalan pada hari penghitungan ketika berada di Padang Mahsyar di mana segala amalan semasa kita hidup di dunia akan dihisab dan kemudian ditentukan sama ada kita akan ke syurga mahupun neraka. Ya, apabila ditunjukkan kepada seseorang hamba ALLAH segala keburukan ketika di dunia dahulu, maka akan timbul penyesalan kerana takutkan balasan yang pedih di neraka, maka terdetik di hatinya agar dilewatkan ajalnya ataupun dia dihidupkan semula ke dunia supaya dapat dia bertaubat atas segala kesilapannya dahulu. Namun sayang seribu kali sayang, penyesalannya itu hanya sia-sia kerana ketika di Padang Mahsyar pintu taubat telah tertutup rapat. Maka akan timbul dibenak fikirannya alangkah baik sekiranya aku di dunia dahulu tidak melakukan segala dosa-dosa tersebut. Namun begitu tiada apa lagi yang mampu hendak dilakukan melainkan menanti sahaja hukuman serta azab ALLAH S.W.T. atas kesilapannya yang lalu. Senario sedemikian rupa telah dirakamkan di dalam al-Qur’an melalui firmanNya:

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang KAMI berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai TUHANku! Alangkah baiknya kalau ENGKAU lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ". Dan (ingatlah), ALLAH tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan ALLAH Amat Mendalam Pengetahuan-NYA mengenai segala yang kamu kerjakan. (QS. Al-Munaafiquun 63: 10-11)

Bagi seseorang manusia yang banyak melakukan dosa seboleh-bolehnya pasti akan meminta untuk dilewatkan ajalnya walaupun hanya seketika demi untuk bertaubat kepada ALLAH S.W.T. dan mengerjakan amal-amal soleh tatkala hadirnya Malaikat Maut untuk mencabut nyawanya. Namun begitu permintaan tersebut tentunya akan ditempelak oleh Malaikat Maut kerana waktu datangnya ajal itu telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T. tanpa awal mahupun lewat walaupun sesaat. Seorang ulamak tafsir ketika mengulas firman ALLAH S.W.T. di atas telah berkata:


Manusia yang lalai itu apabila sudah tiba saat kematiannya lalu berkata kepada Malaikat Maut: Hai Malaikat Maut, sudilah kiranya tuan lewatkan kematianku ini sebentar sahaja, sehari pun jadilah, agar saya berkesempatan untuk bertaubat kepada ALLAH pada hari itu serta beramal soleh kematianku ini.

Jawab Malaikat Maut: Itu tidak mungkin terjadi, sebab hari-hari yang lalu sudah kau buang sia-sia sahaja. Jadi tidak boleh ditambah sekalipun hanya sehari.
Katanya pula: Jika demikian sesaat sahaja pun cukuplah.

Jawab Malaikat Maut: Dahulu sudah berjuta-juta saat yang kau sia-siakan. Jadi sesaat pun tidak dapat dipenuhi permohonan itu.

Setelah itu, lalu ditutup pintu taubat untuknya. Kemudan nafasnya tercungap-cungap beberapa kali sehingga akhirnya hilanglah nafasnya dan meninggal dunia dalam keadaan penyesalan.

Apatah lagi sekiranya orang yang ingkar kepada perintah ALLAH tersebut ketika hidupnya begitu sombong terhadap peringatan yang diberikan kepadanya. Kononnya kehidupan yang dilalui dengan berpakaian mendedah aurat, bercouple bersama pasangan yang bukan muhrim, minum arak, seks bebas, menjadi pengunjung tetap di kelab-kelab malam dan lain-lain lagi merupakan kehidupan yang sesuai pada zaman serba moden lagi canggih ini. Golongan yang cuba membawanya ke arah kebenaran ditempelak sebagai golongan yang jumud lagi ketinggalan zaman dan mengganggu hak asasinya untuk hidup sebagaimana yang dirasakan sesuai bagi dirinya. Pasti penyesalannya ketika di hari penghitungan akan lebih mencengkam jiwanya. Pasti terdetik di benak hatinya alangkah baik sekiranya aku dahulu menuruti nasihat mereka yang ingin mengembalikan aku ke jalan yang lurus serta diredhai ALLAH S.W.T.. Tentu juga terdetik di dalam hatinya alangkah baik sekiranya aku diberi kesempatan untuk kembali ke dunia agar aku boleh menjadi insan yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Namun segala-galanya sudah terlewat. Kesempatan yang ALLAH S.W.T telah berikan kepadanya telah dipersiakan dan kini dia sudah tidak memiliki jalan untuk berpatah ke belakang melainkan meletakkan untuk nasibnya di atas kehendak ALLAH S.W.T.. Senario sebegini juga telah digambarkan oleh ALLAH SWT melalui firmanNya:


"Atau berkata semasa dia melihat azab: “Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!” (Kata-kata yang tersebut ditolak oleh ALLAH dengan firman-NYA): "Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjuk-KU (melalui Rasul-KU), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!" Dan pada hari kiamat, engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap ALLAH (dan yang menyatakan kesedihan itu) - muka mereka hitam legam; bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong takbur?      (QS. al-Zumar 39: 58-60)

Cepatlah kembali tunduk kepada Ar Rahman, sebelum terlambat. Kerana apabila ajal telah datang maka tidak ada seorang pun yang dapat mengundurkannya barang sekejap ataupun menyegerakannya, ketika maut itu datang… beribu-ribu penyesalan akan menghantui dan bencana besar ada di hadapan; siksa kubur yang meremukkan dan gejolak membara api neraka yang menghanguskan kulit-kulit manusia, subhaanAllah, innallaha syadiidul ‘iqaab (sesungguhnya Allah, hukuman-Nya sangat keras). Padahal tidak ada satu jiwa pun yang tahu di bumi mana dia akan mati, bila waktunya, dapat jadi seminggu lagi atau bahkan beberapa detik lagi, siapa yang tahu? Bangkitlah segera dari lumpur dosa dan songsonglah pahala, dengan sungguh-sungguh bertaubat kepada Rabb tabaaraka wa ta’ala.


Peringatan Bersama :
Hidup ini tidak lama..Bahkan kematian itu teman yang paling dekat dengan kita.. Sentiasa letakkan jiwa dan hati dalam taubat padaNya.. Berdoalah semoga kita terus istiqamah dalam perjuangan Islam.. Berdoalah semoga kita terus tsabat berada di jalan Allah.. Berdoalah semoga Dia menjemput kita dalam husnulkhatimah..

Sama2 kira renungkan dan muhasabah diri…


~Nurmujahiddah Solehah~