·٠•●♥ Sahabat fillah rahikumullah....jazakumullah khoir (✿◠‿◠) ♥●•٠·

Tahajjud Krunch


 بسم الله الر حمن الرحيم

Assalamualaikum wbt…entry kali ini ana nak kongsi tentang ‘Tahajjud Krunch’. Mgkn dh ada yg pernah bc...saje ana share dr bk kecil krafhati.blogspot.com yg ana bc...simple tp menarik :)



Tahajjud krunch pembekal tenaga di waktu pagi untuk kesegaran sepanjang hari!

PAGI: Inilah masa terbaik untuk membekalkan badan dengan tenaga, sebagai persediaan untuk menempuh hari baru dari menyempurnakan amanah sebagai HAMBA ALLAH dan KHALIFAHNYA.


Dapatkan tenaga yg anda perlukan daripada
 
semangkuk bijirin TAHAJJUD KRUNCH  yang penuh dengan KEBAIKAN!

  TAHAJJUD KRUNCH bukan sahaja LAZAT!
Ia mengandungi



NUTRIEN PENTING
 
 
                                     



 Demi menempuh 
HARI GEMILANG SEORANG KHALIFAH CEMERLANG!
Tahajjud Krunch diperbuat daripada


BIJIRAN KEIKHLASAN
KEMANISAN TAWAKKAL
PADA YANG MAHA KUASA
KESUCIAN AIR MATA KEINSAFAN,
 KEENAKAN RAMUAN TAQWA, dan
HIASAN SEBUAH PENGOBANAN

RAMUAN-RAMUAN ini
Membekalkan KETABAHAN dan KEKUATAN
Demi memulakan
HARI BARU
Dengan penuh
INSPIRASI


Kerana hakikat sekolah kehidupan memang penuh onak dan duri, kerana jalannya licin dan berlumut, basah dan berselut, kerana di sini tiada perhentian buat berehat, kerana dunia bukan tempat melepas penat….


Maka KHALIFAH BISTARI
Yang berjuang demi bahagia di kampung abadi
Amat memerlukan
Vitamin dan mineral KETABAHAN dan KESABARAN


Bijirin sarapan TAHAJJUD KRUNCH bukan mengandungi 1, malah pelbagai jenis vitamin dan mineral penting yang membekalkan tenaga waktu pagi untuk kecergasan sepanjang hari!

KALSIUM Tahajjud KRUNCH membantu membina “TULANG”
Yang kuat demi menyokong kehidupan yang sangat memerlukan KETABAHAN

Semangkuk Tahajjud Krunch setiap hari, dengan secawan air mata keinsafan, dan ketenangan mengingati Tuhan, membekalkan “kalsium harian” yang anda perlukan!

ANDA pasti TERSENYUM TENANG!

Hari-hari sepanjang kehidupan bukan selamanya diiringi episod suka dan ketawa…

Kerana syurga terlalu mahal untuk orang yang hidup sambil lewa di dunia, apatah lagi yang mencintai dunia yang sementara. Syurga itu hadiah buat mereka yang bersusah payah menunaikan amanah.

Walaupun SUKAR dan PERIT, janji untuk menjadi hamba yang TAAT dan mengurus dunia ini dengan keimanan harus ditunaikan. Biar rebah tersungkur, biar luka berdarah…KITA HARUS TERUSKAN!!!


Ramai yang hanya mengerti untuk meminta agar dipermudahkan jalan apabila diuji. Mengapa tidak meminta agar diperkuatkan jiwa dan ditabahkan hati demi menghadapi dugaan dan cabaran? Mengapa kita lupa kepada TAHAJJUD? Bersihkan diri dari noda, dekatkan diri dengan Pencipta, insyaAllah ALLAH janjikan anugerah yang lebih besar daripada yang diberikan buat mereka yang sempat meminta…

TAHAJJUD. SUNGGUH!
IA SATU ANUGERAH!


Ia penghibur, penawar duka. Kepada siapa lagi harus kita adukan suka duka ketawa derita? Kepada siapa lagi kalau bukan Pencipta Raja Sekalian alam!

Hanya dengan menjadikan ALLAH sebagai inspirasi, kita akan memperolehi KETENANGAN SEJATI.
TAHAJJUD. Sungguh! Ia bekal sebuah ketabahan.

Sahabat fillah…
Sesungguhnya kita pada siang hari mempunyai urusan yang panjang dan meletihkan. Maka bangun di malam hari, merintih dan mengadu kepada pencipta yang kita cinta sepenuh jiwa…
ITULAH UBATNYA!

Bangunlah di malam hari dan bacalah Al-Qur’an dengan tertil. Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepadaNya dengan penuh ketekunan...

 
Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (QS. Al-Israa’: 79)

Jangan lepaskan peluang selagi kesempatan masih ada…tunggu apa lagi, jom ‘tahajjud’ :)


·٠•●♥✿ Nurmujahiddah Solehah♥●•٠·

Peganglah Api Bila Teringatkan Zina

Assalamualaikum..entry kali ni nk kongsi pasal satu crt yg ana bc dr satu artikel ni...sgt menarik rsnyer utk dikongsi bersama dgn sahabt2 semua.


Ada seorg soleh yg sangt patuh kpd perintah agamanya. Dia sentiasa menjaga diri drpd segala rupa maksiat dan kejahatan.

Sehinggalah pd suatu malam terlintas di dlm hatinya hendak berzina dgn seorg wanita jelitawan disebabkan pesona dari wanita tersebut.

Kebetulan pd waktu itu di sampingnya ada sebuah pelita yg baru saja dinyalakan untuk menerangi rumah orang soleh itu.

Maka dia pun menajamkan pandangannya kearah liang-liuk api pelita tersebut. Dia mengecilkan anak matanya, dia memandang tepat ke arah nyalaan api di atas sumbu itu.

Kemudian pemuda soleh itu pun berbisk ke hatinya: “Engkau mengajak aku kpd perbuatan terkutuk dgn wanita itu?! Baiklah! Aku akan letakkan jariku ini di atas sumbu pelita yg menyala itu. Kiranya ia tahan  akan panasnya, nescaya aku akan turutkan kemahuanmu itu.”

Maka pemuda soleh itu pun meletakkan jarinya di atas sumbu pelita. Kemudian dia cuba  menahan diri daripada kepanasan, sehingga dia merasakan seolah-olah nyawanya hampir tercabut kerana tidak tahan akan haba kepanasan yg dideritanya itu.

Lalu segeralah dia berteriak: “Wahai jiwa, tahniahlah engkau! Rupanya engkau tidak tahan. Ini baru drpd kepanasan api dunia, engkau sudah tidak tertahan. Pada hal api dunia ini telah disejukan oleh Allah SWT 70 kali ganda agar manusia boleh bertahan dgnnya lalu mendapat manfaat drpdnya. Kalau sudah lagidak tahan, apatah lagi untuk menghadapi api neraka, yg panasnya 70 kali ganda lebih dasyat drpd api dunia ini.


Lalu orang soleh itu pun berpaling drpd niatnya yg mahu berzina tadi. Sejak dr itu hatinya tidak pernah diganggu lintasan buruk tersebut.

IZINKAN AKU BERZINA


Imam Ahmad telah meriwayatkan dari Abu Umamah, bahawa ada seorang pemuda dating kpd Rasulullah SAW, seraya berkata, “Wahai Rasaulullah, izinkan aku untuk melakukan zina.”

Maka sejumlah orang terus menghampiri pemuda itu dan memarahinya, mereka berkata: “Diam kamu!”

Maka berkata Rasulullah SAW, “Dekatkanlah pemuda itu (kepadaku).”

Lalu baginda berkata kepadanya, “Duduklah."

Maka pemuda itu pun duduk, “Apakah kamu suka seseorang berzina dgn ibumu?” Tanya Rasulullah SAW.

Pemuda itu menjawab, “Demi Allah, tidak. Semoga Allah menjadikanku sebagai tebusanmu.

Rasulullah SAW bersabda, “Begitu pula orang lain, tidak ada yg suka ibunya berzina dgn orang lain.”

“Apakah kamu suka seseorang berzina dgn anak perempuanmu?” Tanya Rasulullah SAW lagi.
Pemuda itu menjawab: “Demi Allah, tidak. Semoga Allah menjadikanku sebagai tebusanmu.”

Rasulullah SAW berkata: “Begitu pula orang lain, tidak ada orang suka anak perempuannya berzina?”


“Apakah kamu suka seseorang berzina dengan saudara perempuanmu?” Tanya Rasulullah SAW.

Pemuda itu menjawab: “Demi Allah, tidak. Semoga Allah menjadikanku sebagai tebusanmu.”



Rasulullah SAW berkata: “Begitu pula orang lain, tidak ada orang suka saudara perempuannya berzina dengan org lain.”

“Apakah kamu suka seseorang berzina dengan saudara perempuan ayahmu?” Tanya Rasulullah SAW.

Pemuda itu menjawab: “Demi Allah, tidak. Semoga Allah menjadikanku sebagai tebusanmu.”


Rasulullah SAW bersabda: “Begitu pula orang lain, tidak ada yg suka saudara perempuan ayahmu berzina dgn org lain. Apakah kamu suka seseorg berzina dgn saudara perempuan ibumu?”

Pemuda itu menjawab: “Demi Allah, tidak. Semoga Allah menjadikaku sebagai tebusanmu.”

Rasulullah SAW bersabda: “Begitu pula org lain, tidak ada yg suka saudari ibunya berzina dgn org lain.”

Lalu Rasulullah SAW meletakkan tangan baginda ke atas tubuh pemuda itu sambil berdoa: Ya Allah ampunilah dosa-dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya.” Perawi berkata: “Setelah kejadian tersebut, pemuda itu tidak lagi menoleh kpd sesuatu apa pun (yg diharamkan)." (HR. Ahmad, disahihkan oleh Syaikh al-Arna-uth)

Doa Mohon Hati utk Taat  dan Menjauhi Maksiat:-
“Ya Allah, aku mohon kepadaMu terbukalah hati ini untuk membuat kebajikan dan menjauhi kemungkaran, menyukai org-org mukmin dan mengharapkan keampunanMu.

Apabila Engkau menimpakan sesuatu ujian kpd satu golongan umat, maka hindarkanlah aku dari ditimpa ujian itu.

Aku tetap mohon kasih sayangMu dan kasih sayang kpd org-org yang suka  padaMu dan menyukai org yg mendekatkan diri kepadaMu"…amin Ya Robbal ‘alamin.

Wahai saudara yg seaqidah dgnku..smg kita dpt mengambil iktibar dr crt yg tlh disampaikan ini dan igtlah jika pernah terlintas utk melakukan kemaksiatan dan kemungkaran, maka peganglah api..adakah mampu kita menahan kepanasan api dunia yg telah Allah sejukkan sebanyak 70 kali ganda berbanding dgn kepanasan api neraka 70 kali ganda panasnya dr api dunia...wallahu ‘aklam bissowaf.

Sama2lah kita renung dan muhasabah diri…



·٠•●♥✿ Nurmujahiddah Solehah♥●•٠·

Rintih hati Mencari Ilahi


Jika hati keras dipujuk dosa
Kenangan seketika seksa neraka
jurang dalam hitam yang menyala
sumur nanah dan telaga bisa
jilatan membakar kobaran menggila
kau takkan tega di sana

Jika jiwa gelap dibujuk mazmumah
sentuh kulitmu yang tipis
mampukah kiranya menahan cairan besi
dapatkah ia bertahan di relau nan membuak
panas...panas...panasnya
70 ganda berbanding api duniaa

Jika dirimu liar dirasuk nafsu
bayangkan kau dipasung jahannam
teriak, tangis dan dengus berapi
dihembus dari lidah yang hangus
nafas berasap dan kau tercungap
hampir mati, kau dihidupkan kembali
begitulah....berulang kali

Assalamualaikum kpd pembaca budiman yg sudi singgah ke blog ana ini...dah lama benar tidak menulis di sini, kini kembali ingin berkongsi sedikit ilmu yg ada sebagai peringatan buat diri dan sahabat yg dikasihi krn Ilahi..

Cuba bayangkan, jika kita berusia 40 tahun ketika ini dan mula mengerjakan solat sejak akil baligh (9-15 tahun), bermakna kita sekurang-kurangnya telah memohon jalan yang lurus sebanyak 155,125 kali.

Apakah ALLAH tega mensia-siakan permohonan yang sebanyak dan sekerap itu? Atau kitakah yg mensia-siakan jawapan yg telah diberikanNYA? Pasti ALLAH tidak akan mensia-siakan doa hambaNYA.
FirmanNYa:
"Berdoalah nescaya akan KAMI perkenankan"

Jika pengemis yg meminta berulang-ulang kali di hadapan rumah kita, dgn wajah dan kelaparan, kita juga akan jatuh kasihan dan menunaikan permintaannya. Apatah lagi ALLAH yg Maha Pengasih lagi Maha Pemberi, pasti mengabulkan permintaan para hambaNYA.

ALLAH tidak zalim, tetapi kitalah yang menzalimi diri sendiri. Kitalah yg mengabaikan jalan mujahadah itu. Dalam hubungan sesama manusia kerap berlaku apa yang diungkap when you ask, listen!-maksudnya bila anda meminta suatu pandangan, nasihat dan tunjuk ajar, maka dengarlah jawapannya. Jangan hanya pandai meminta nasihat tetapi mensia-siakan apabila nasihat itu telah diberikan.

Dalam hubungan dgn ALLAH, kerap juga berlaku yg sedemikian. Kita selalu meminta kepadaNYA, tetapi apabila telah ditunjukan...kita sendiri yg tuli dan mensia-siakannya. Inilah berlaku apabila kita memohon jalan yg lurus. Jawapan ALLAH tidak kita dengar. Jalan yg ditunjukiNYA tidak kita ikuti. Teladan yg ditetapkan telah kita pinggirkan.

Semua ini berpunca daripada sifat keegoan. Hanya mulut yg meminta, tetapi hati tidak begitu. bila kita meminta sesuatu daripada pihak lain ertinya kita kekurangan, pihak yg lain itu yg punya lebihan. Kita lemah, pihak yg kita pinta itu yg kuat. Kita pinjam, ALLAH pemilik segala-galanya yg kita inginkan. Itulah rasa yg sewajarnya ada dalam hati para peminta (hamba) berbanding dgn Pemberi  (ALLAH).

Dalam erti kata lain, hanya jalan ALLAH sahaja yg benar. Kita wajib melalui jalan itu. Jangan cuba merentang jalan yg lain. Manusia hanyalah 'tetamu senja' yg mesti melalui jalan itu dalam tempoh yg sangat singkat.

Umur kita tidak lama...umpama musafir singgah sementara di pohon yg rimbun dalam satu kembara yg panjang. Begitulah jangka manusia yg datang ke dunia - satu hari di akhirat samalah dgn 1000 tahun di dunia. Dan alangkah celakanya jika dalam masa sesingkat itu kita tersesat?

Sayangnya jalan mujahadah yg lurus itu sudah tidak lurus lagi pd pandangan kita.mengapa? Ini semua gara2 butanya mata yg ada di dalam dada.

Firman ALLAH:
"....kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada" (QS. Al-Haj: 46)

Buta mata tidak nampak jalan di dunia, manakala buta hati tidak nampak jalan ke akhirat. Padahal kita adalah warga akhirat. Bukankah datuk kita Nabi Adam a.s dan nenek kita Siti Hawa berasal dari syurga? Kita ingin kembali ke sana...Buta mata kerana tidak ada cahaya tetapi buta hati kerana bertuhankan nafsu hingga kita tidak sanggup lagi bersusah payah di jalan mujahadah!

Orang yg buta hati, hanya nampak kesenangan yg sementara dan melupakan kesenangan selama-lamanya.

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Kejahatan itu menyeronokan pada awalnya, tetapi pasti ada penyesalan apabila kita lakukan pada akhirnya. Kebaikan itu menyusahkan pada permulaan, tetapi pasti ada kemanisan bila dilakukan. Justeru, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan dosa.

Percayalah, keletihan melakukan kebaikan akan hilang tetapi pahalanya akan terus berkekalan. Manakala keseronokan melakukan kejahatan akan sirna, tetapi dosanya akan kekal sampai bila-bila. Dan dosa itu bererti neraka dan neraka itu bererti seksa! Nauzubillahh.

Teman....
Bayangkan laut itu neraka
Bayangkan udara ini bara
Bayangkan bumi seluruhnya api
Kayu-kayuan, pepasir dedaun sepanas mentari
Balasan penghuninya yang berdosa
Maya pada ini bertukar menjadi neraka

Bayangkan...
Neraka itu lebih dasyat
Daripada apa yang dapat kau bayangkan
Marilah kita terima kesukaran ini
Demi mencapai kesenangan abadi
Biarlah bersusah di dunia yg sementara
Asalkan tak terjun ke neraka yang selamanya!

Wallahu 'aklam bissowaf...


·٠•●♥✿ Nurmujahiddah Solehah ✿♥●•٠·