·٠•●♥ Sahabat fillah rahikumullah....jazakumullah khoir (✿◠‿◠) ♥●•٠·

ANDAI AL-QUR'AN DAPAT BERBICARA





"Al-Qur'an adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yg meyakini " (QS. Al-Jatsiyah 45: 20)

Waktu engkau masih kanak-kanak, 
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudhu’ aku kau sentuh dalam keadaan suci
Aku kau pegang, kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih ataupun keras setiap hari
Setelah usai engkaupun selalu menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa…

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku…
Apakah aku bacaan usang yang tinggal sejarah…
Menurutmu barangkali aku bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu lagi..
Atau menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji saja?

Sekarang aku engkau simpan rapi sekali hingga kadang engkau lupa dimana menyimpannya

Aku sudah engkau anggap hanya sebagai perhiasan rumahmu
Kadang kala aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti hantu dan syaitan
Kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian dalam kesepian
Di atas almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.

Dulu…pagi-pagi…surah-surah
yang ada padaku engkau baca beberapa halaman..
Petangnya pula aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau…..
Sekarang… pagi-pagi sambil minum kopi…engkau baca surat kabar atau menonton berita di TV
Waktu lapang..engkau sempatkan membaca buku karangan manusia
Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Yang Maha Perkasa.
Engkau campakkan, engkau abaikan dan engkau lupakan…

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku (Basmalah)

Diperjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset/CD yang berisi ayat Allah yang terdapat padaku di laci keretamu
Sepanjang perjalanan radiomu selalu tertuju di siaran radio kesukaanmu
Aku tahu kalau itu bukan siaran Radio yang sentiasa melantunkan ayatku

Di meja kerjamu tidak ada aku untuk kau baca sebelum kau mulakan kerja

Di Komputermu pun kau mainkan muzik kesukaanmu
Jarang sekali engkau perdengarkan ayat-ayatku melantun
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kadang kau abaikan..
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu..
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar melupakanku

Bila malam tiba engkau tahan berjaga berjam-jam di depan TV

Menonton pertandingan Liga Italia, Liga Inggeris, Muzik, Filem atau Drama silih berganti Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah

Waktupun cepat berlalu…aku menjadi semakin kusam dalam almari
..
Mengumpul debu dilapisi abu dan mungkin dimakan kutu..
Seingatku hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku..
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terbata-bata dan kurang lancar lagi setiap membacaku.

Apakah Surat kabar, TV, radio, komputer, dapat memberi pertolongan buatmu?

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Hanya dengan ayat-ayat Allah yang ada padaku engkau dapat selama melaluinya.

Sekarang engkau begitu mudah membuang waktumu…

Setiap saat berlalu…kuranglah jatah umurmu…
Dan akhirnya kubur sentiasa menunggu kedatanganmu..
Engkau dapat kembali kepada Tuhanmu
Apabila malaikat maut mengetuk pintu rumahmu.

Bila aku engkau baca selalu dan engkau hayati…

Di kuburmu nanti….
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan
Yang akan membantu engkau membela diri
Bukan surat kabar yang engkau baca yang akan membantumu
Dari perjalanan di alam akhirat
Tapi Akulah “Qur’an” kitab sucimu
Yang sentiasa setia menemani dan melindungimu

Peganglah aku lagi . .. bacalah kembali aku setiap hari

Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat suci
Yang berasal dari Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui
Yang disampaikan oleh Jibril kepada Muhammad Rasulullah.

Keluarkanlah segera aku dari almari atau lacimu…

Jangan lupa bawa kaset/CD yang ada ayatku dalam laci keretamu
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu
Agar engkau sentiasa mengingat Tuhanmu...

Sentuhilah aku kembali…

Baca dan pelajari lagi aku….
Setiap datangnya pagi dan petang
Ciumilah aku lagi…
Seperti dulu….dulu sekali…
Waktu engkau masih kecil, dan polos…
Di surau kecil kampungmu yang damai
Aku rindu ciumanmu…

Jangan biarkan aku sendiri….

Dalam bisu dan sepi….


Maha benar Allah, yg  Mahaperkasa lg Maha Bijaksana..
"Bacalah Al-Qur'an...kerana dia akan dtg pada hari Kiamat sebagai 
juru syafaat bagi pembacanya." (HR. Muslim)

Sahabat Fillah Rahikumullah..
Belum ada kata terlambat untuk berubah..
JOM!!!
—————-
Keterangan :
Al Qur’an akan menjadi saksi yang di hari akhir dapat berbicara dan memberikan persaksian kepada masing-masing individu muslim, apabila sentiasa dibaca dan diamalkan akan menarik orang yang mengamalkan ke arah kebaikan dari Allah demikian sebaliknya apabila Al qur’an jarang dibaca dan diamalkan maka akan menarik ke arah kemurkaan dari Allah.

Semoga bermanfaat sbg renungan dan muhasabah kita bersama...

(✿◕‿◕)

·
٠•● nuriahhamsah ●•٠

PANASNYA API NERAKA!!!



Dari Hadits Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan MAKSIATsedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandung lautan racun yang hitam pekat.
Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Al Qur’an dengan jelas telah menggambarkan tentang neraka termasuk ucapan2 penghuninya.

Jelas sekali bagi penghuni syurga akan terbiasa kebahagiannya tinggal di dalam syurgaNya.
Sebaliknya penghuni neraka..banyak sekali penyesalan2. Mereka mengakui perbuatan dosa semasa hidup di dunia.

Rata-rata mereka ingin kembali hidup di dunia untuk memulakan perbuatan-perbuatan yang baik.
Nak tahu tak…apa yg mereka katakan?

Ni ada dalilnya;

“Mereka menjawab, ya Allah..Engkau telah mematikan kami dua kali lalu kami mengakui kesalahan dosa2 kami.Maka adakah sesuatu jalan(bagi kami) untuk keluar dari neraka?
(QS.Al Mukmin;11)

“Ya Allah, keluarkanlah kami darinya dan kembalikan kami ke dunia. Jika kami kembali (jg kpd kekafiran)sesungguhnya adalah org2 zalim.” (QS.Al-Mumin)

Betul ke kalau neraka itu sangat luas dan terdiri dari beberapa pintu dengan penghuninya beragam?

Yup…Neraka itu memang mempunyai banyak pintu. Dan penghuninya bermacam-macam juga..

Dalilnya?

Jom ..kita tengok hadist dan al Qur’an yang menggambarkan pintu2 neraka dan penghuninya.

Berdasarkan keterangan yang ditulis dalam kitab "As-Sab'iyatu Fi Mawa'idzil Birriyat", bahawa sesungguhnya Allah menciptakan neraka pada hari ahad. Di situ disebutkan pula bahawa neraka itu mempunyai tujuh pintu atau tujuh tingkatan.

Yazid Ar-Raqqsyi meriwayatkan dari Anas bin Malik…

“Malaikat Jibril datang kpd Rasulullah pada waktu yang tidak biasa dengan raut muka yg berbeza dari biasanya.

Rasulullah bertanya: Wahai Jibril, kenapa aku melihat raut mukamu berbeza?

Jibril menjawab:
“Wahai Muhammad,aku datang kepadamu pada saat Allah memerintahkan supaya api neraka dinyalakan.Tidak pantas jika orang yang mengetahui bahawa neraka, seksa kubur dan seksa Allah itu sangat dasyat untuk bersenang sebelum dirinya merasa aman dari ancaman2 itu.

Rasulullah menjawab: Wahai Jibril..lukiskanlah keadaan neraka itu kepadaku.

Jibril berkata:
Baiklah..Ketika Allah SWT menciptakan neraka, apinya dinyalakan seribu tahun hingga berwarna hitam pekat, nyala dan baranya tidak pernah padam.

Demi DZAT yang mengutus engkau kebenaran, seandainya neraka itu berlubang sebesar lubang jarum,niscaya segenap penghuni dunia akan terbakar kerana panasnya.

Demi Dzat yg mengutus Engkau dengan kebenaran sebagai Nabi, seandainya ada baju penghuni neraka itu digantung di antara langit dan bumi,niscaya semua penghuni dunia akan mati kerana bau busuk dan panasnya.

Demi Dzat yg mengutus Engkau kebenaran sbg Nabi, seandainya sehasta dari mata rantai sebagaimana yg disebutkan didalam al Qur’an diletakkan di puncak gunung,niscaya bumi sampai ke dalamnya akan meleleh.

Demi Dzat yang mengutus Engkau kebenaran sbg Nabi, seandainya ada seorang berada di ujung barat dunia ini di seksa, niscaya org yg berada di ujung timur akan terbakar kerana panasnya.

Neraka itu mempunyai 7 pintu dan masing2 pintu dibagi2 untuk lelaki dan perempuan.

Rasulullah bertanya;
“Apakah pintu2 itu seperti pintu kami?”

Jibril menjawab;
“Tidak.Pintu itu selalu terbuka dan pintu yg satu berada di bawah pintu yang lain. Jarak pintu yg satu dgn pintu yg lain sejauh perjalan 70 tahun.

Pintu yang di bawahnya lebih panas 70 x lipat dari pintu yg di atasnya.
Musuh2 Allah diseret ke sana dan jika mereka sampai di pintu itu malaikat Zabaniyah menyambut mrk dgn membawa rantai dan belenggu.

Rantai itu dimasukkan ke dalam mulutnya dan keluar dari duburnya, sedangkan tangan kirinya dibelenggu dengan lehernya, dan tangan kanannya dimasukkan ke dalam dada hingga tembus ke bahu.

Setiap orang yang derhaka itu dirantai bersama syaitan dalam belenggu yang sama, lantas diseret wajahnya tersungkur dan dipukul oleh malaikat dengan palu. Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, niscaya mereka dikembalikan ke dalam neraka."

Rasulullah bertanya, "Siapakah penghuni masing-masing pintu itu?"

Jibril menjawab,
"Pintu yang paling bawah namanya Hawiyah”

Pintu neraka Hawiyyah ini adalah pintu neraka yang paling bawah, yang merupakan neraka yang paling mengerikan. Pintu neraka ini ditempati oleh orang-orang munafik, orang kafir termasuk juga keluarga Fir'aun, dalam neraka Hawiyyah.
Sebagaimana dalam firman Allah yg bermaksud ;"Maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyyah" (QS.Al-Qari'ah :9).

Pintu kedua namanya Jahim.

Iaitu pintu neraka tingkat ke 6. Tingkatan neraka ini di atasnya neraka Hawiyyah. Di dalamnya ditempati oleh orang-orang musyrik yang menyekutukan Allah.
Hal ini sebagaimana arti firman Allah ini :"Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat" (QS.Asy-Syu'araa :91).

Pintu ketiga namanya Saqar tempat arang-orang shabi'in.

Merupakan pintu neraka pada tingkat ke 5. Di dalam pintu itu ditempati oleh orang-orang yang menyembah berhala atau menyembah patung-patung yang dibuat bangsanya sendiri.
Tingkatan pintu neraka ini, terletak di atasnya pintu neraka Jahim. Tentang neraka ini, Allah telah berfirman yang artinya :"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)" (QS. Al-Mudatstsir : 42)

Pintu keempat namanya Ladza
Berisi iblis dan orang-orang yang mengikutinya, serta orang Majusi.
Merupakan pintu neraka pada tingkat yg ke- 4.

Di dalamnya ditempati Iblis laknatullah beserta orang-orang yang mengikutinya dan orang-orang yang terpujuk rayuannya. Kemudian orang-orang Majusi pun ikut serta menempati neraka Ladza ini. Mereka kekal bersama Iblis di dalamnya. Tingkatan pintu neraka Ladza ini diatasnya pintu neraka Saqar.

Dalam hal ini Allah telah berfirman :
Sekali-kali tidak dapat, sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergejolak". (QS. Al-Ma'arij : 15).

Dengan demikian, dapat disimpulkan bahawa Iblis dan para pengikutnya akan dimasukkan ke dalam neraka Ladza. Seperti apa yang dikatakan oleh Malaikat Maut (malaikat Izrail) ketika Iblis hendak dicabut nyawanya, maka malaikat maut itu berkata, bahawa Iblis akan diberi minum dari neraka Ladza.

Pintu kelima namanya Huthamah tempat orang-orang Yahudi.

Merupakan pintu neraka pada neraka tingkat ke 3. Di dalamnya ditempati oleh orang-orang Yahudi dan para pengikutnya. Pintu neraka Huthamah ini, tingkatannya di atas pintu neraka Ladza yang dihuni para Iblis.

Tentang neraka Huthamah ini, Allah telah berfirman dalam Al-Qur'an :
"Dan tahukah kamu, apa Huthamah itu? (yaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan". (QS. Al-Humazah : 5-6).

Pintu keenam namanya Sa'ir

Merupakan pintu neraka pada neraka tingkat ke 2.
Di dalamnya ditempati oleh orang-orang Nashrani dan para pengikutnya. Pintu neraka ini berada di atas tingkatan pintu neraka Huthamah. Mengenai neraka ini, Allah Ta'ala telah berfirman :"Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)".(QS. Al-Insyigaq : 12).

Jibril terdiam kerana merasa segan kepada Rasulullah Saw.
kemudian Rasulullah bertanya,
"Kenapa engkau tidak memberitahukan penghuni pintu yang ketujuh?"

Jibril menjawab, "Namanya pintu neraka Jahanam Merupakan pintu neraka yang paling atas (pertama).
Di dalamnya berisi umatmu yang melakukan dosa-dosa besar dan tidak bertaubat sampai mereka meninggal dunia."


Rasulullah pengsan mendengar penjelasan Jibril tersbt.
Jibril meletakan kepala Rasulullah di pangkuannya sampai Baginda sedar kembali.

Rasulullah bersabda:
"Betapa besar cobaan yang menimpaku dan aku merasa sangat sedih.
Jadi, ada di antara umatku yang akan masuk neraka?"

Jibril menjawab,
"benar, iaitu umatmu yang mengerjakan dosa-dosa besar.

Kemudian Rasulullah saw. menangis, dan Jibril pun juga ikut menangis. Rasulullah Saw. lantas masuk ke rumahnya dan menyendiri. Baginda hanya keluar rumah jika hendak mengerjakan solat dan tidak berbicara dengan siapa pun. Dalam solatnya baginda menangis dan sangat merendahkan diri kepada Allah Ta’ala.

Pada hari yang ketiga, Abu Bakar r.a. datang ke rumah baginda dan mengucapkan, ”Assalaamu’alaikum, yaa ahla baitir rahmah, apakah aku boleh bertemu denganmu ya Rasulullah SAW. ?”
Namun tidak ada seorang pun yang menjawabnya, sehingga Abu Bakar menangis tersedu-sedu.

Umar r.a. datang dan berdiri di depan pintu seraya berkata, ”Assalaamu' alaikum, yaa ahlal baitir rahmah, apakah aku boleh bertemu denganmu ya Rasulullah Saw.?"
Namun tidak ada seorang pun yang menjawabnya, sehingga Umar lantas menangis tersedu-sedu.

Salman Al-Farisi datang dan berdiri di depan pintu seraya berkata,
”Assalaamu'alaikum, yaa ahla baitir rahmah, apakah aku boleh bertemu dengan junjunganku Rasulullah Saw.?"

Namun tidak ada yang menjawab, sehingga meraka pun menangis dan terjatuh.
Kemudian Salman bangkit dan mendatangi rumah Fathimah. Sambil berdiri di depan pintu ia berkata, " Assalaamu' alaikum, wahai putri Rasulullah Saw”
sementara Ali r .a. sedang tidak ada di rumah.

Salman lantas berkata, "Wahai puteri Rasulullah Saw ., dalam beberapa hari ini Rasulullah Saw. suka menyendiri. Baginda tidak keluar rumah kecuali untuk solat dan tidak pernah berkata-kata serta tidak mengizinkan seseorang untuk masuk ke rumah baginda."

Fatimah lantas pergi ke rumah baginda (Rasulullah). Di depan pintu rumah Rasulullah Saw. Fatimah mengucapkan salam dan berkata, "Wahai Rasulullah, aku adalah Fathimah."

Waktu itu Rasulullah Saw. sedang sujud sambil menangis, lantas mengangkat kepala dan bertanya, ”Ada apa wahai Fathimah, Aku sedang menyendiri. Bukakan pintu untuknya."
Maka dibukakanlah pintu untuk Fathimah.

Fatimah menangis semahu-mahunya, kerana melihat keadaan Rasulullah yang pucat lesi, tubuhnya tampak sangat lemah, mukanya sembab kerana banyak menangis.
Fatimah bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah yang sedang menimpa dirimu wahai ayahku?"

Baginda bersabda, "Wahai Fatimah, Jibril datang kepadaku dan menggambarkan keadaan neraka. Dia memberitahu kepadaku bahawa pada pintu yang teratas diperuntukkan bagi umatku yang mengerjakan dosa besar. Itulah yang menyebabkan aku menangis dan sangat sedih."

Fatimah bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana mereka masuk ke neraka itu?"

Baginda bersabda, "Mereka digiring ke neraka oleh malaikat. Wajah mereka tidak hitam, mata mereka tidak biru, mulut mereka tidak disumbat, dan mereka tidak dibelenggu ataupun dirantai."
Fatimah bertanya," Wahai Rasulullah, bagaimana sewaktu mereka digiring ke neraka oleh malaikat?"

Baginda bersabda, "Lelaki ditarik janggutnya, sedangkan perempuan dengan ditarik rambut ubun-ubunnya. Banyak di antara umatku yang masih muda, ketika ditarik janggutnya untuk digiring ke neraka berkata, ”Betapa sayang kemudaan dan ketampananku.

”Banyak di antara umatku yang perempuan ketika ditarik ke neraka berkata, ”Sungguh aku sangat malu.”

Ketika malaikat yang menarik umatku itu sampai ke neraka dan bertemu dengan Malik, Malik bertanya kepada malaikat yang menarik umatku itu, “Siapakah mereka itu? Aku tidak pernah melihat orang-orang yang tersiksa seperti mereka. Wajah mereka tidak hitam, mata mereka tidak biru, mulut mereka tidak disumbat, mereka tidak disamakan dengan golongan syaitan, dan mereka tidak dibelenggu atau diikat lehernya?”

Malaikat itu menjawab, "Kami diperintahkan untuk membawa mereka kepadamu dalam keadaan seperti itu.”

Malik berkata kepada mereka, ”Wahai orang-orang yang celaka, siapakah sebenarnya kalian ini?” (Dalam hadis yang lain disebutkan, bahawa ketika mereka ditarik oleh malaikat, mereka selalu menyebut-nyebut nama Muhammad. Ketika mereka melihat Malik, mereka lupa untuk menyebut nama Muhammad SAW. kerana seramnya Malaikat Malik).

Mereka menjawab,
“Kami adalah umat yang diturunkan Al-Quran kepada kami dan termasuk orang yang mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan.”

Malik berkata, "Al-Quran hanya diturunkan untuk umat Muhammad Saw .”

Ketika mendengar nama Muhammad, mereka berteriak seraya berkata, “Kami termasuk umat Muhammad Saw” .

Malik berkata kepada mereka, “Bukankah di dalam Al-Quran ada larangan untuk mengerjakan maksiat-maksiat kepada Allah Ta'ala?”

Ketika mereka berada di tepi neraka dan diserahkan kepada Malaikat Zabaniyah, mereka berkata,

”Wahai Malik, izinkanlah kami untuk menangisi nasib kami.”
Malik mengizinkannya, dan mereka lantas menangis dengan mengeluarkan darah.

Malik lantas berkata,
”Alangkah baiknya, seandainya tangis ini kamu lakukan sewaktu berada di dunia. Seandainya sewaktu di dunia kamu menangis seperti ini kerana takut kepada siksaan Allah, niscaya sekarang ini kamu tidak akan masuk neraka.”
Malik lalu berkata kepada Zabaniyah,
”Lemparkan, lemparkan mereka ke dalam neraka.”

Ketika mereka dilempar ke dalam neraka, mereka berseru secara serentak mengucapkan kalimat: Laa ilaaha illallah...., sehingga api neraka langsung menjadi padam.
Kemudian Malik berkata, ”Wahai api, sambarlah mereka!”
Api itu menjawab, ”Bagaimana aku menyambar mereka sementara mereka mengucapkan kalimat: Laa ilaaha illallaah.

Malik berkata lagi kepada api neraka, ”Sambarlah mereka”.

Api itu menjawab, ”Bagaimana aku menyambar mereka, sementara mereka mengucapkan kalimat: Laa ilaaha illallah.”
Malik berkata, ”Benar, namun begitulah perintah Allah Arasy”.

Kemudian api itu pun menyambar mereka. Di antara mereka ada yang disambar sampai dua telapak kakinya, ada yang disambar sampai dua lututnya, dan ada yang disambar sampai leherya.
Ketika api itu akan menyambar muka, Malik berkata,

"Jangan membakar muka mereka, kerana dalam waktu yang cukup lama mereka bersujud Kepada Dzat Yang Maha Kuasa".

**********************
Dalam Al-Qur'an, Allah telah menggambarkan neraka Jahannam sebagai berikut :"Sesungguhnya neraka itu melontarkan bunga api sebesar dan setinggi gunung".(QS. Al-Mursilat : 32)
"Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya.
(QS. Al-Hijr : 43)

Sahabat2 fillah rahikumullah…

Sama2lah kita muhasabah diri…smg kita tidak tergolong hamba2Nya yg menghuni neraka yg paling teratas...nu'uzubillaminzalik..

Waallahu ‘aklam bissowaf…

~Nurmujahiddah Solehah~ (nuriahhamsah)