Assalamualaikum wbt...entry kali ini nk share pasal
tangan...mesti ramai tertanya2 ada apa dengan tangankan...apa2pun jom baca
dulu, semoga bermanfaat...
Dalam al-Qur’an banyak sekali ALLAH menyandarkan tingkahlaku
manusia kepada tangan. Antaranya adalah firman ALLAH:
“Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan
(atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan perbuatan tangan kamu dan ALLAH
memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu.” (QS. Asy-Syura 42: 30)
Juga firmanNya: “Pada suatu hari Kamu tutup mulut
mereka; tangan-tangan mereka bercakap kepada Kami (menceritakan kesalahan
masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah
usahakan.” (QS. Yassin 36 : 65)
Mengapa selalu tangan?? Para ulama’ tafsir menjelaskan
bahawa tangan paling banyak melakukan dosa berbanding anggota badan yang lain. Ia
mampu memukul, mengambil, mengundi, mengklik, mengshare dan sebagainya. Kaki sekadar
bersaksi kerana ia hanya membawa tangan ke temapat berlakunya dosa.
Oleh itu, gunakanlah tanganmu sebetulnya mengikut
kehendak ALLAH. Jangan sampai tangan itu menjadi pendakwa raya yang akan
mendakwamu di mahkamah ALLAH kelak!!
Nantikan tiba saatnya,
Di mana mulut terkunci,
Tangan bicara dan kaki bersaksi...
Renung-renungkanlah...dan selamat beramal :)