·٠•●♥ Sahabat fillah rahikumullah....jazakumullah khoir (✿◠‿◠) ♥●•٠·

Tampilkan postingan dengan label Renungan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Renungan. Tampilkan semua postingan

Mengapa Selalu Tangan??



Assalamualaikum wbt...entry kali ini nk share pasal tangan...mesti ramai tertanya2 ada apa dengan tangankan...apa2pun jom baca dulu, semoga bermanfaat...


Dalam al-Qur’an banyak sekali ALLAH menyandarkan tingkahlaku manusia kepada tangan. Antaranya adalah firman ALLAH:
“Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan perbuatan tangan kamu dan ALLAH memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu.” (QS. Asy-Syura 42: 30)

Juga firmanNya: “Pada suatu hari Kamu tutup mulut mereka; tangan-tangan mereka bercakap kepada Kami (menceritakan kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.” (QS. Yassin 36 : 65)

Mengapa selalu tangan?? Para ulama’ tafsir menjelaskan bahawa tangan paling banyak melakukan dosa berbanding anggota badan yang lain. Ia mampu memukul, mengambil, mengundi, mengklik, mengshare dan sebagainya. Kaki sekadar bersaksi kerana ia hanya membawa tangan ke temapat berlakunya dosa.

Oleh itu, gunakanlah tanganmu sebetulnya mengikut kehendak ALLAH. Jangan sampai tangan itu menjadi pendakwa raya yang akan mendakwamu di mahkamah ALLAH kelak!!

Nantikan tiba saatnya,
Di mana mulut terkunci,
Tangan bicara dan kaki bersaksi...

Renung-renungkanlah...dan selamat beramal :)


~Nuriah Hamsah~

.:: Ahlan Wasahlan ya Ramadhan 1434H ::.



Kehadiranmu dinanti, Pemergianmu ditangisi..


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh sahabat fillah..smg kalian semua sentiasa berada dalam naungan-Nya..

Hadirnya bulan Ramadhan selalunya disitilahkan sebagai bulan madrasah, bagaimana kita dapat mengaplikasikan sepenuhnya Ramadhan sebagai satu madrasah yang betul-betul dapat mendidik serta mengajar kita untuk benar-benar dapat bergraduasi sebagai hamba yang sebenar-benar taqwa.

Tiada beza dalam Islam warna kulit atau bangsa, yang membezakan hanyalah ketaqwaannya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, puasa diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas umat sebelummu, agar (dengan puasa itu) kamu menjadi insan yang berTaqwa” (QS. al-Baqarah : 185)

Madrasah Ramadhan menjanjikan gandaan pahala yang berlipat kali ganda. Mari kita hitung pahala di bulan ini berbanding bulan lain:

Firman Allah SWT:- 'Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya .(QS. Al-an'aam: 160)

Allah SWT memberikan kelebihan khusus hanya untuk Ramadhan dengan setiap amalan diganda 10, jika, dalam surah Al-An'aam menyebut secara umum menunjukkan bahawa bulan selain Ramadhan telah ditetapkan gandaan kepada setiap kebaikan adalah 10, maka, di bulan ini pahala amalan kita ialah 1= 100 kebaikan. Percuma Allah SWT bukakan untuk hambanya yang benar-benar mencari ketaqwaan. Jadi, mengapa kita masih bermalasan, sama-sama kita rebut peluang ini berserta niat lillahi ta'ala. 'maksimumkan amalan, tingkatkan kesabaran'. Tapi, jangan pula kita just struggle di bulan Ramadhan saja datang raya terus kembali perangai macam dulu. Di mana istiqamah kita pula. Ingat target yang ingin dicapai madrasah ramadhan adalah melahirkan graduan yang bertaqwa, istiqamah, soleh serta muslih…

Pejam celik pejam celik, Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan dariNya untuk berada di bulan yang penuh berkah ini…bagi orang-orang yang beriman masa inilah yang ditunggu-tunggu….pelbagai persiapan awal dilakukan bagi menyambut Ramadhan yang mulia….bagi pendakwah-pendakwah Islam yang tidak jemu-jemu menyampaikan ilmu Islam kepada masyarakat, rata-rata mereka sudah mula bercakap-cakap tentang kedatangan tetamu yang agung ini….ohhh sungguh mulianya bulan yang penuh keberkatan ini….tidak kurang pihak masjid mahupun jemaah Islam sudah mula merancang program-program yang akan dilaksanakan sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak dan Ihya’ Ramadhan itu sendiri…semuanya adalah untuk mengajak umat Islam untuk merasai aura kedatangannya dan sama-sama mengambil keberkatan yang ada di dalamnya nanti….semoga usaha-usaha ini akan dinilai oleh Allah sebagai amal kebajikan yang baik disisiNya…..

Ya Ramadhan telah pun hadir….namun persoalannya adakah kita masih diberi peluang untuk menjadi tetamu agung ini hingga kepenghujungnya?? …adakah kita masih terpilih untuk menjadi salah seorang dari pelajar madrasah ramadhan??…dan kalaupun diberi peluang untuk berada di dalamnya, mampukah kita ‘gred’ dengan cemerlang setelah sebulan menerima tarbiyyah ramadhan??…terasa diri amat kerdil dan lemah bila teringatkan amalan-amalan yang pasti banyak kecacatannya….namun, kita pasti ingin menjadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa…

"Bantulah kami ya Allah untuk kami merasai kemanisan beribadah kepadaMu…bantulah kami Ya Allah untuk kami merasai kenikmatan menyintaiMu…limpahkanlah rasa cinta kami kepadaMu Ya Allah…walaupun kerap kali kami meninggalakn dan melupaiMu namun Engkau masih menyayangi hamba2Mu ini…sungguh banyak dosa-dosa kami ini Ya Allah…dan sungguh kurang rasa syukur kami kepadaMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…Ya Allah, bantulah kami yang amat lemah ini….."

Sahabat fillah.. hari ini milikmu.. gunalah dengan sebaiknya.. ibarat kalam Imam as-Syafie..

“yang paling jauh bukannya bulan, bintang mahupun matahari.. tetapi adalah masa yang berlalu dan tak akan kembali.. kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan.. yang ada hanyalah hari ini dan akan datang.. gunakan hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita.. sedangkan semalam telah pergi buat selama2nya..”

Sahabat fillah, apakah beza dahulu dan sekarang? Terpulanglah pada niat kita..dulu.., mungkin masa kecik2..everyone puasa sebab nak duit..ada juga yang puasa sebab takut tak dapat nak raya.. tapi bila dah besar, niat kita dah jadi matang sikit.. everyone nak rebut Mardhatillah.. fitrah manusia, selalu lalai bila dibuai persekitaran..

Sahabat fillah… refresh niat di permulaan amalan.. kita sering terfikir nak booking tiket awal2..tapi yang peliknya, jarang yang terfikir nak booking tiket untuk Syurga Allah.. fikirkan sahabat fillah, pilihlah 2 jalan dihadapanmu..menghargai Ramadhan dengan penuh penghayatan atau membiarkan ia berlalu tanpa sebarang perasaan..

Marilah sama-sama kita berdoa semoga kita dipilih oleh Allah untuk sampai kepenghujung Ramadhan kali ini dan mendapat tarbiyyah Ramadhan sehingga kita menjadi salah seorang dari hambaNya yang bertaqwa….

Aamiin…Aamiin Ya Rabbal ‘alamiin..

.:: Pelangi Indah dariNYA ::.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Kita sering bersedih apabila sesuatu yang kita inginkan tidak dapat kita miliki..
kita juga sering bersedih apabila sesuatu yang sudah kita miliki terlepas dari genggaman kita..
malahan apabila hajat kita tak dipenuhi pun kita mesti bersedih..
apabila dihujani dengan pelbagai musibah dan dugaan kita juga mesti bersedih dan kadang kala merungut dan menyesali diri..

Namun, pernahkah kita terfikir bahawa ada hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku itu..??
Tidak ramai antara kita yang menyedari akan hikmah yang bakal muncul pada kemudian hari..

Pada waktu itu kawan2 dan insan yang berada dekat dengan kita la yang akan memainkan peranan untuk memberikan ketenangan dan kata2 semangat..
kita pun mula tersedar bahawa kita sepatutnya bersyukur dengan dugaan yang menimpa kita kerana ia akan membuatkan kita lebih bersyukur sekali gus meningkatkan tahap kematangan kita..Berkat semangat yang ada kita bangkit daripada kegagalan dan keluar daripada kepompong kesedihan dan terus berusaha serta menjalani kehidupan seperti biasa.

Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, mengharapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda.

Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. Ingatlah bahawa ALLAH tidak akan memberikan kita dugaan dan ujian sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk menghadapinya..ALLAH juga ingin memberikan kita sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah kita miliki itu dengan memberikan ujian dan dugaan terlebih dahulu..dan janganlah kita lupa sekiranya kita sedang dalam kesusahan, masih ada lagi insan yang berada dalam keadaan yang lebih susah di luar sana dengan dugaan yang lebih dahsyat daripada apa yang kita alami.. bersyukurlah dengan setiap yang berlaku dan nikmatilah kehidupan yang serba indah ini..

Aku minta pada ALLAH, setangkai bunga segar
DIA berikan kaktus yang berduri..
Aku minta pula kupu-kupu
DIA berikan ulat..
aku sungguh kecewa dan bersedih..
namun tak lama kemudian...
kaktus itu berbunga indah sekali..
dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang sangat cantik.....

Kadangkala Allah hilangkan mentari...
Kemudian DIA datangkan guruh...
Puas kita menangis...
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan pelangi yang indah untuk kita...SUBHANALLAH..

Sabarlah duhai insan, insyaAllah akan ada kemanisan disebalik kepahitan...
Mungkin hari ini, kita tak dapat apa yang kita MAHU, tetapi hari kemudian rupa-rupanya Allah memberikan apa yang kita PERLU.

Itulah bentuk ujiannya.
“Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ‘ Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ” [Surah At Taubah : Ayat 59]

Tak semestinya yang cantik dan menarik itu indah dan gembira. Ia mesti dicalit sedikit kekecewaan, kesedihan, kerugian dan kelemahan. Lalu terukirlah hasil seni yang dinamakan kehidupan.

Heh, inilah dia kehidupan.

Sejauh mana kita bertahan dengan hakikat seni ini.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” [Surah Al-Baqarah : 216]

Begitulah ALLAH mengasihi kita...
kadang-kadang ALLAH tak berikan kepada kita
apa yang kita nak
kerana ada yang lebih baik untuk kita...
......Wallahua'lam....

~Nuriah Hamsah~