·٠•●♥ Sahabat fillah rahikumullah....jazakumullah khoir (✿◠‿◠) ♥●•٠·

Tampilkan postingan dengan label Curhat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Curhat. Tampilkan semua postingan

Tidak Semudah Lafaz Sakinah

Assalamualaikum wbt sahabat2 fillah...Entry kali ni terasa nak tulis pasal kahwin pulak...mana taknyer dalam bulan ni ramainyer yg kahwin dkt kawasan rumah sewa ana..lebih2 lagi br hbs praktikal di KUA (Kantor Urusan Agama). Sebenarnya dari rentetan ini, baru ana tahu, lafaz nikah ni bukanlah senang...maka tak hairanlah ada yang angkat nikah sampai banyak kali.. :)

Bila dah dengar je SAH, maka dari situ bermulalah satu tanggungjawab besar sang suami memandu arah hidup isterinya ke arah kebaikan...dan ana berharap semoga suatu hari nanti ada insan yang hadir dalam hidup ana serta mampu menjadi imam, memimpin ana ke jalan yg diredhaiNYa...amin Ya Rabb....tapi...jangan ingat kahwin ni boleh buat main suka-suka je...tapi sebenarnya, tanggungjawabnyer besar kerana ingin membina ‘baitul muslim’. 

Syurga dalam rumah tangga bukanlah bermaksud rumahtangga tersebut amaaannn je tanpa perselisihan, namun syurga itu dibina atas 3 dasar- iman,syariat dan akhlak… yang dimana,gabungan 3 elemen tersebut akan melahirkan satu keharmonian yang mengawal suasana rumahtangga agar sentiasa berada dalam lingkaran ketaatan pada Allah walau dalam apa jua keadaan pun.

Ana dapat rasakan mcm mana gementarnya time akad nikah ni...sampai berpeluh-peluh dahi si pengantin lelaki, tak kurang sama si pengantin perempuan, kerana tak lama lagi akan bergelar seorang isteri..kalau dilihat lafaz nikah ni mcm senang je, tapi rupanya taklah semudah ABC..Antum semua tahu tak apa maksud di sebalik lafaz nikah??

Lafaz dlm bahasa Arab

قَبِلْتُ نِكَاحَهَا وَتَزْوِيـْجَهَا بِالْمَهْرِالْمَذ ْكُوْرِ نَـقْدًا

Selesainya lafaz akad nikah...

Aku terima nikahnya si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM.."
Bunyi macam senang?
ini erti sebenarnya:

"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku."

Bukan semudah lafaz yang diucapkan ketika akad nikah...dalam membina satu rumahtangga muslim yang ideal memerlukan banyak pengalaman, didikan, disamping mujahadah untuk meruntuhkan perangai diri sendiri yang masih-belum-biasa-hidup-berdua.Banyak pasangan boleh tampak intim dan romantik pada pandangan masyarakat..segala gambar dan ucapan sweet sahaja di facebook. Namun tak banyak pasangan mampu menjadi intim,romantik dan harmoni pada pandangan Allah. Neraca rabbani, ingat kan?

Apa agaknya yang Allah nak dari sepasang suami isteri ye?, kahwin je ke.. buat anak.. lepas tu? Tak mungkin itu sahaja expectation Dia, punca penyatuan dua insan.

Susahnya….kalaulah boleh tanya Allah directly.

Oh mengarutlah ana ni…. Nak jawapan dari Allah.. rujuklah al-Qur’an

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu".. (QS. At-Tahrim 66: 6).

Tugas yang berat. Menyelamatkan keluarga dari api neraka.. suami menyelamatkan isteri dari api neraka, isteri menyelamatkan suami dari api neraka, ibu bapa menyelamatkan anak-anak, anak-anak menarik ibu bapa ke syurga, keluarga sendiri lagi,keluarga mertua lagi.. keluarga masyarakat lagi.. anak-anak usrah lagi..keluarga anak usrah lagi…

Hehe..and the list goes on and on… jangan fikir keluarga kita ada 6 ahli, maka yang perlu kita selamatkan adalah 6orang itu sahaja. Sedangkan saat satu pasangan diijab kabul, mereka menjadi salah satu entiti dalam masyarakat..dan masyarakat itu telah menjadi keluarga mereka! Allah…

Kemudian, belum cerita mendidik anak lagi. 

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu" (QS. Adz-Zariyat 51;56). 

Cuba kita faham ayat ni cara lebih spesifik- Dan ingatlah, Aku tidak menciptakan anak kamu melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.. kan kalau Allah cakap direct macam tu pada kita, sesungguhnya takkan penuh la labour room tu dengan ibu bersalin setiap hari T__T, bersalin luar nikah lagi tak perlu sebut T__T.  Pasti setiap ibu bapa akan teragak-agak nak menghasilkan zuriat, iyelah.. nak memastikan mereka sentiasa berada dalam lingkaran peribadatan dan penyembahan pada Allah?

Buat pendamba dalam mihrab cinta...hiasi diri dengan taqwa..moga dambaan mu diterimaNya..


Tajuk: Saat Lafaz Sakinah
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Lihat satu-persatu bait-bait lirik diatas..bukan ku pinta menghayati sehingga hati mu alpa...tapi lihatlah tugas dan amanah yang perlu digalas...
saat lafaz aqad termeterai, maka terlepaslah amanah sang ayah yang selama ini menjaga, mendidik anak gadisnya, kini beralih tugas itu kepada sang suami yang telah menyunting anak gadisnya...

dalam bahagia menggalas beban
dalam tangis menggunung sebuah harapan
taqwa dan iman menjadi siraman
agar rumahtangga tenang dan aman

P/s: "Jika si isteri hanya beranggapan akan berubah hanya apabila memiliki lelaki yang soleh untuk menjadi suaminya, maka alangkah ruginya si isteri kerana masa yang banyak akan di luangkan untuk mengajar si isteri, sedangkan sepatutnya masa si suami harus di habiskan di jalan Allah.”

Fikirlah wahai diri…..Muahasabah diri….semoga ALLAH permudahkan…(T__T), amin Ya Rabb..

p/s: tersedih sekejap bila dengar lagu ini... 

p/s 2: kepada sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan, semoga Allah permudahkan urusan rumahtangga yang bakal di bina, semoga berkekalan hingga akhir hayat dan berkekalan di jannah... semoga Allah menghadiahi dengan anak-anak yang bakal menjadi mujahid dan mujahidah agama... ameen...


 ·٠•●♥✿ Nurmujahidah Solehah ✿♥●•٠

BICARA RINDUKU BUATMU (K. NIAH MAN)

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt akk..izinkan Nur abadikan momen2 indah yg pernah kita lalui di blog ini..Berulang kali Nur renung bait-bait mesej pendek yang akak selalu kirimkan lewat sms. Walau hari berganti siang dan malam silih melabuh tirai, ungkapan mesej yang sama tetap Nur tatap seolah-olah baru sahaja menerimanya, walau cukup ringkas but so meaningful for me apatah lagi jika dikenangkan kembali tentang “dirimu”. Terasa bagai baru semalam gelak tawa dan tutur kata bergema di telinga, menceriakan suasana.…Cukup Nur hargai kehadiranmu walau keakraban sebenar hanya mula bercambah sesaat pertemuan pertama di LCCT. Sengaja Nur titipkan entry kali ni khusus buat dirimu, kasihnya adik buat seorang kakak, ikhlasnya hati untuk bersahabat apatah lagi bila dipertemukan dengan insan sebaik dirimu. Indah sungguh berukhwah andai semuanya kerana Allah, senang diungkap dengan basahan lidah namun sukar diterjemahkan kembali dalam perilaku harian jika diri berseorangan tanpa bantuan teman sefikrah.


Dia yang ku kenali, bukanlah sesiapa. Bukan niat mengagungkan kerana dia juga yang diciptakan, tetapi sebagai bukti mahalnya kasih dan cinta dalam persahabatan. Mata memandang sama tapi bagiku ada beza. Dia wanita biasa namun tak serupa. Walaupun bukan selalu bersama, mengutus perkhabaran melalui sms sudah menjadi biasa. Dalam tak sedar banyak perkara yang mula ku pelajari selama mengenal dirinya. Wajah yang tenang, bersifat keibuan, berperwatakan tegas tapi cukup baik hati membuatkan diriku terasa damai sekali. Terima kasih buat dirimu kerana sehingga saat ini diriku” masih lagi diberi kesempatan dan penghargaan untuk merasai kasih sayang dan memilikinya sebagai sahabat dan juga kakak sepertimu..


Nur akui, hasil nurkilan pena bukanlah tandingan bagi menceritakan kembali gugusan semalam yang telah berlalu bagai semanis madu. Pada 21 Oktober 2010 itulah pertemuan pertama kami di lapangan terbang LCCT…Akak datang menemuiku semata-mata ingin bertemu bertentang dua mata…SubhanaAllah, Nur menghargai pergorbananmu biapun hampir sejam setengah akk sesat, mengaharungi liku jalan ke LCCT yg pertama kali dijejakinya..Biarpun pertemuan hanya seketika cuma, tapi betapa besarnya hikmah sebuah pertemuan itu…Nur akui, persahabatan kita semakin akrab selepas pertemuan di LCCT…mungkin betul kata pepatah, ‘tak kenal maka tak cinta’… smg ikatan ukhuwah itu terus mekar dan kekal hingga ke jannahNya…


Apa lagi yang Nur harapkan darimu sebagai sahabat, melainkan agar dirimu sentiasa bahagia dan bersyukur atas kurniaanNya, walau jauh diri melangkah ingatlah diriku yang jauh dirantauan ini. Moga Allah memberkati kita dan memanjangkan jodoh pertemuan antara kita untuk bersahabat selamanya walau jarak dan masa menjadi pemisah. Ku kirimkan doa dari kejauhan agar dirimu diberi kekuatan hadapi apa jua rintangan, istiqamah dalam mengharungi mehnah kehidupan serta dijauhkan daripada sebarang ketidakinginan.. Biarlah Nur jauh di negeri orang, tapi masih bumi Tuhan. .


"Nikmat paling manis apabila ALLAH TAALA mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian.. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melalui RABITAH HATI.."


UKHUWAH........ Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan... Ukhuwah... Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut... kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah... ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA ALLAH...... Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami...


Akak.... Nur mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga. …Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TAALA RABBUL IZZATI YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…..


Nur mengenalmu lewat JIWA,, bukan lewat MATA
Nur jadikan kamu SAUDARA lewat HATI,, bukan sekadar BASA-BASI
Nur tak tahu seperti apa Nur dalam pandanganmu,, selayak apa Nur dalam ukhuwahmu,,
tapi yang Nur tahu,,
meski dengan keTERBATASan dan berbalut keKEKURANGAN
Nur menulis NAMAmu di HATIku
Sejak awal
kita dalam balutan ISLAM UHIBBUKIFILLAH...


Andai saja akak tahu,,
Engkaulah sahabat jiwaku,, meski raga tiada pernah bersua dan jarak terbentang di antara kita,,
Engkaulah saudaraku, ,walau darah kita tak sama dan terlahir dari rahim yang berbeza,,
Tiada terlewat namamu dalam lirih doaku,,
Tiada terungkap besarnya kasih ini padamu,,


Sahabat dan juga kakakku… MAAFkan Nur,,
Moga keceriaan kan slalu menghias wajah indahmu dan ketenangan sentiasa menyelimuti jiwamu.,,


Akak, cinta dan kasih sayang ini kerana-Nya,,
Smoga Allah pertemukan kita dalam indah mihrab-Nya dan memberi kita naungan manakala kelak tak ada naungan selain naungan-Nya,, AMEEN… 

Jalinan ukhuwahmu membuatkan Nur teringat pada bait-bait ayat ini.


"Duhai wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada Tuhan sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik bagimu."


Dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata, UKHUWAH atau persaudaraan Islam. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya. Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti. Hal ini sangat bersesuaian dengan penjelasan nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw iaitu :


"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."


Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." (HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)


Marilah kita sama2 lunakkan hati, tenangkan perasaan...Lihatlah ke seluruh penjuru alam. Di mana saja mata menjurus di sana ada keagungan Tuhan..Dongakkan kepala kelangit biru, tundukkan wajah ke bumi yg hijau. Saksikan kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. Langit yg bersaksikannya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang..Usah kita terlena di buai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran..


"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allah datangNya, dan bila kamu ditimpa kemudharatan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." (An-Nahl: 53)


Semg kita sentiasa dibimbingNya dalam mujahaddah menjadi org yg terbaik...oleh itu akk sayang, marilah kita sama2 muhasabah diri...kembali diri...smg kita tergolong di kalangan wanita yang solehah...ameen...


Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, Nur akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.


Akhir kata, andai kita bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang Nur tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.


Terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan sahabat dan juga kakakku yg teristimewa ini.....sayang akak kerana Allah semata-mata...



~Nurmujahiddah Solehah~

Maafkanlah!

      "Minta maaf" tak menjadikan kita "HINA"
       "Memberi maaf' tak menjadikan kita "BANGGA"
tp, "Saling memaafkan" yg membuat kita "MULIA"

  Bukan ku pinta lahir ke dunia, tidak kuduga cacat begini...” (petikan dari lagu-nyanyian Saleem)..Lahirnya manusia ke dunia ini bukanlah atas kehendak manusia sndiri melainkan ketetapan Allah jua..Allahlah yang memilih kita untuk lahir ke dunia ini..dalam berjuta sperma hanya satu yang terpilih...ada kata-kata seorang arifbillah “ia lahir ke dunia ini pun tak pernah kita pinta”...maksdunya adalah kehendak dan ketentuan Allahlah yang menjadikan kita terpacak di dunia ini. Bukanlah atas kudrat kita semata melainkan takdir yang telah ditetapkan oleh DIA. Zahirnya kita lahir dari perut seorang ibu, namun hakikatnya Allah jua yang menjadikannya begitu. Andai bukan kita yang terpilih untuk lahir, sudah pasti ada insan lain yang menggantikan kita..

         Kerana kecacatanlah maka disuruh kita mencari kesempurnaan agar apabila kita kembali kita tidaklah cacat lagi. Kehendak dan ketentuan Allahlah yang menjadikan kita terpacak di dunia ini, maka sempurnakanlah tanggungjawab kita, jangan ada terlintas difikiran kita bersikap putus asa menuju matlamat kita menjadi insan yang sempurna terutama sempurna di mata Allah. Jangan dinafikan kelahiran kita dari perut ibu kerana itulah tempat yang terbaik disisi Allah. Jangan kita berfikiran jika tidak ada, aku maka akan ada orang yang lain akan melakukan kerana takut nanti dimurkai oelh tuan yang menjadikannya kerana bersifat malas untuk menerima tanggungjwab yang diberi...

          Lebih dari seperempat abad sudah ana menjalani hidup ini. Suka duka silih berganti menemani. Namun terkadang masih ada tanda tanya di hati, "Mengapa masih ada orang yang boleh berlaku tidak berperikemanusiaan terhadap orang lain?? Bagaimana kalau dia yang diperlakukan sedemikian?

        Ketika itu ana masih di bangku sekolah rendah lagi, ana sering diejek dengan teman-teman sekolah. Bila diingatkan memang terasa sangat sakit dan sedih sangat ketika itu. Maklumlah, ana masih budak hingusan, tidak mengerti akan erti kehidupan. Ketika menginjak kaki ke sekolah menengah, teman-teman sekolah juga sering mengejek ana. sehinggakan ana ingin mengambil keputusan untuk berhenti sekolah. Ibulah yang memujuk ana untuk kuat hadapi semua ini...Terima kasih ibu...

           Ana merupakan seorang yang pendiam di kelas. Ana lebih suka menyendiri.Entah mengapa seorang teman sekelas ana ni, suka mencari-cari kekurangan ana. Suatu hari, ketika mata pelajaran kosong kerana cikgunya tidak datang, kawan ana tiba-tiba berdiri di hadapan kelas sambil memalukan ana. Hanya Allah saja yang tahu perasaan ana ketika itu, sedih, sebak dan sakit yang teramat. Hanya air mata yang mampu menemani. Kerana fizikal ana yang kurang sempurna menjadi ejekan. Ana juga punya hati dan perasaan dan bukan pintaku lahirnya seperti ini...semuanya adalah ketentuanNya..dan ana redha....Astaghfirullah...ana sedih sekali diperlakukan seperti itu. ....Ana hanya mampu diam dan berusaha tidak memperdulikannya. Sementara dia terus mentertawakan ana di hadapan teman-teman yang lain.
          
        Cerita sedih ana tak hanya sampai di situ. Namun jika dikenang-kenang satu-satu hanya menimbulkan luka yang perih di hati. Jika luka-luka itu dibiarkan terus terbuka, barangkali boleh menimbulkan penyakit, sehingga membuat kesengsaraan bagi diri ana. Bersama berjalannya waktu, akhirnya ana beroleh satu kesimpulan, betapa menyenangkan jika semua luka itu diubati dengan memaafkan kesalahan orang lain, bukan melahirkan dendam yang menyebabkan semakin mendalam.

         Luka itu jadi semangat peringatan bagi ana. Jika ana merasakan sakit manakala diperlakukan demikian, tentunya ana tak akan sanggup untuk menyakiti orang lain. Maka lahirlah nasihat diri di bawah ini...

         Apakah jika kau dihina, dicaci maki, ataupun diremehkan orang, engkau akan membalasnya balik? Jika demikian, apa bezanya kau dengannya? Bukankah jika dibalas  sama ertinya kau membuang waktumu dengan percuma, kerana itu maafkanlah!

          "Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." (QS. Ali-Imran 3: 134)

          Cukuplah Allah yang menilai siapa kita. Pujian atau hinaan orang tak akan merubah sedikit pun diri kita di hadapanNya. Hanya Allahlah yang berhak memuliakan atau menghinakan seseorang....wallahu 'aklam bissowaf...


BUKAN KU PINTA LAHIR KE DUNIA


Senyumku tak seghairah
gerak gaya tidak selincah
mataku tak seayu
kicau burung pun tak semerdu
namunku punya hati
juga gayaku perasaan
hidupku yg begini
kadar waktu di izinTuhan
tidakku pinta lahir kedunia
tidakku duga cacat begini
bukanku minta kasih dan sayang
bukan ku rayu bantu simpati
maafkan wahai teman
kumenumpang disudut dunia
mencari ketenangan
sampai masa ku pergi jua............. 


~Nurmujahiddah Solehah~

Kasih seorang ibu...luasnya Rahmat Ilahi.

Tanpa terasa butiran kristal bening jatuh dipipiku. Sudah lama butiran-butiran bening itu membeku, terkubur bersama keegoisan diri. Ingin rasanya anakanda berlari memelukmu ibu. Ibu yang telah mengandungku sembilan bulan dengan taruhan nyawa. Ibu, anakanda rindu padamu. Rindu anakanda titipkan pada angin.

Hati ini merintih. Mata ini menangis. Ragaku sujud di atas sajadah lusuh.Wajahku tertunduk dalam buaian lantunan doa-doa panjang yang terpancar dari mulutku. Ikhlas kuserahkan jasad dan ruhku pada Sang Khaliq. Dalam sujud yang panjang. Terbuai oleh lantunan doa, damai dan kaku....

Ya Allah, aku mohon padaMu..
Sampaikan sejuta sayangku untuknya
Ku terus berjanji takkan khianati pintanya

Ibu dengarlah,

Betapa sesungguhnya aku mencintaimu
Selaksa do'a kuucapkan. Kala mengenang segala bakti. Secawan air mata kusembahkan. Di kala rindukan sentuhanmu. Ingin menangis di pangkuanmu. Kala temukan segala rintangan. Ingin ku rebah dalam pelukanmu. Di kala rindukan kedamaian..

Ibu,  wajahmu yang dimamah usia, namun tampak tegar dan bahagia. Ikhlas, memancarkan selaksa cinta penuh makna yang membias dari guratan keriput di wajah. Jemari itu memang tak lagi lentik, namun selalu fasih menyulam kata pinta, Indah... semua begitu indah dalam alunan cintamu, menelusurr lembut, membasahi lorong hati dan jiwa yang rindu kasih sayangmu.


Duhai ibu...
Maafkan jika mata ini pernah sinis memandang, dan lidah yang pernah terucap kata-kata yang tidak berkenan hingga membuat luka hatimu. Maafkanlah pula kalau kesibukan menghalangi untaian doa terhatur untukmu. Ampuni diri ananda yang tak pernah bisa membahagiakanmu, ibu.

Sungguh, jiwa dan jasad ini ingin terbang ke angkasa lalu luruh di pangkuan, mendakap tubuh sepuh, serta menangis di pangkuanmu. Hingga terhapuskan kerinduan dalam riak menganak sungai di ujung mata. Rengkuhlah anakanda dengan belai kasih sayangmu bagai masa kecil dulu. Mengenangkan indahnya setiap detik dalam rahimmu dan hangatnya dekapanmu. Buailah dengan doa-doa hingga anakanda pun lelap tertidur di sampingmu.


Duhai ibu...

Keindahan dunia tak akan tergantikan dengan keindahan dirimu.
Sorak-sorai pesona dunia pun tak dapat menggantikan gemuruh haru detak jantung saat engkau memelukku. Indah... semua begitu indah dalam alunan cintamu, menelusur lembut, membasahi lorong hati dan jiwa yang rindu kasih sayangmu.

Sungguh aku sayang dan rindu Ibu… nantikan kehadiran anakanda yang ingin berada di pangkuan dan pelukan Ibu …

Berbicara tentang ibu, subhanaAllah, hebatnya pengorbananmu ibu.  Tidak mampu kungkap dengan kata-kata. Begitulah seorang ibu, Allah memberikan mereka ‘rahim’ kerana mereka kaya dengan kasih sayang . Dalam belaian mereka kita bernafas, dalam kasih mereka kita bernadi dan dalam pengorbanan mereka kita ada pada hari ini.

Hukum alam mewartakan, ketika kita sedang berada di puncak putaran hidup, mereka pula meratah usia kian tua. Mereka tidak lagi bernafsu untuk makan atau hiburan lain sepertimana kita, kegembiraan begitu tercatu buat mereka pada usia begini.

Namun mereka punya memori indah dengan kita. Kita yang dijaga, dibelai dan dimanja sewaktu kecil sehingga  kita tidak merasa kesunyian. Ketika demam mereka tidak tidur sepanjang malam berjaga. Ketika ketakutan mereka memeluk erat menenangkan kita sehingga boleh melelapkan mata. Ketika dalam proses membesar, kita meminta itu dan ini. Kita mungkin mendapat semua atau sebahagiannya, tetapi kita tidak pernah tahu cerita di sebalik semua itu mungkin ada kesukaran yang tak diceritakan .
Itulah yang mereka ada, memori indah bersama kita.

Tetapi malangnya memori itu hanya di pihak mereka sedangkan kita tidak mengingatinya lagi kerana sedang sibuk dengan urusan dunia yang tak pernah habis-habis.

Di titik perselisihan inilah menjadikan mereka terabai. Mereka melalui hari-hari yang kosong tanpa ingatan anak-anak, melalui malam-malam sepi tanpa sinar belaian cahaya mata dan mereka berada di penjuru dunia yang terasing membilang saki baki hari dengan butir tasbih sunyi sebelum berangkat pergi ke daerah barzakh di alam lain buat selama-lamanya. Peritnya mereka di penghujung usia sedang warna hidup kita meriah sekali dengan derai tawa ria rakan-rakan dan limpahan kesenangan yang gemerlapan. Marilah dengan jujur bertanya,

Bilakah kali terakhir kita menghubungi mereka?
Bilakah kali akhir kita mendoakan mereka setulus hati?
Bilakah kali akhir kita menuturkan sayang dan rindu pada mereka ?
Bilakah kali akhir kita ambil berat tentang masalah mereka ?
Bilakah kali akhir kita berjenaka dan mereka ketawa ?
Bilakah kali akhir mereka bercerita sedang kita mendengar dengan tekun dan mereka seperti tidak mahu mengakhirinya kerana pendengar itu sangat berminat untuk mendengar ?
Bilakah kali terakhir kita bersalaman untuk pulang, mereka memeluk dan di dalam hati mereka ada getar begitu sukar melepaskan kita pergi?

Carilah jawapan dalam selaut rasa, biarkan hati yang berbicara bukan sesiapa memaksa, semoga nanti kita menghargai sesuatu yang paling bernilai...hati seorang ibu dan perasaan seorang bapa!

(Apakata... selepas membaca  di blog ini kita hubungi mereka dan tuturkan sayang dan rindu, ketika waktu masih mengizinkan untuk itu...)

Di sebalik semua ini adalah mencari redha mereka, di sana ada redha Ilahi dalam jambangan ketenangan yang hakiki.

Bagaimana mungkin redha Ilahi diraih sekiranya syarat mendapat redhaNya tidak dipenuhi? Bagaimana mungkin Allah menilai sayang kepadaNya sedangkan kepada insan yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi kitapun tidak kita endahkan? Bagaimana Allah akan memberi keredhaanNya dalam hidup ini sedangkan airmata seorang ibu tidak pernah kering mengalir, luka hatinya tidak pernah sembuh disayat sembilu?

Jawapan kepada semua persoalan itu adalah sebuah pemburuan yang menentukan perkara yang terpenting di dalam hidup ini; Sebuah keredhaan Allah sebuah ketenangan hakiki!


Orang kata ana lahir dari perut mak ..
(bukan org kata...memang betul)       
 
Bila dahaga, yang susukan ana.....mak                             
Bila lapar, yang suapkan ana....mak                               
Bila keseorangan, yang sentiasa di samping ana.. .mak              
Kata mak, perkataan pertama yang ana sebut....Mak                  
Bila bangun tidur, ana cari....mak                               
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak                         
Bila nak bermanja, ana dekati....mak                             
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak                           
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak                         
Bila nakal, yang memarahi aku....mak                             
Bila merajuk, yang memujuk ana cuma....mak                           
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak                   
Bila takut, yang tenangkan ana....mak                             
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak                           
Aku selalu teringatkan ....mak                                 
Bila sedih, ana mesti talipon....mak                             
Bila seronok, orang pertama ana nak beritahu.... .mak                       
Bila bengang.. ana suka luah pada..mak                             
Bila takut, ana selalu panggil... "mmaaakkkk! "                         
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak                         
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak                         
Bila buat hal, yang marah aku ana....mak                           
Bila ada masalah, yang paling risau..... mak                           
Yang masih peluk dan cium ana sampai hari ni.. mak                       
Yang selalu masak makanan kegemaran ana. ...mak                         
kalau balik ke kpg, yg selalu bekalkan makanan kegemaran ana...mak
Yang selalu berleter kat ana...mak                               
Yang selalu puji ana....mak                                   
Yang selalu nasihat ana....mak                                 

Renungan:   
"Kalau sudah hbs bljr & bekerja..blhlah kau kirim wang utk mak? mak bukn nk byk, RM50 sebln pun cukuplah. Berderai airmata dan luluh rs ht jika mendengarnya...

           
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK....RINDU MAK.... RINDU SANGAT....     
 
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya......
berapa ramai yang sanggup membuat ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup behenti kerja utk menjaga ibunya....
dan akhir sekali, berapa ramai yg sembahyang JENAZAH ibunya..... 


Seorang anak mendptkan ibunya yg sedang sibuk menyediakan mkn mlm di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yg bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yg dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17..00 


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yg sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos  menyediakan makan minim, pakaian dan keperluanmu-PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Airmata si anak berlinang setelah membaca apa yg dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, 
"Saya sayang ibu." Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah dibayar pada mukasurat yg sama ditulisnya.

Buatmu Ibu...

Selagi  ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kpdnya, bkn bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya. Ingatlah "SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU", penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya...

“Saya Sayang Ibu”

~Nurmujahiddah Solehah~

~ Epilog Seorang Hamba ~



بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbir alam. Mengatur seluruh isi alam dan hanya Engkau Yang Maha Berkuasa. Salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah…… Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui. Apa yang terbaik untukku hanyalah DIA yang lebih Mengetahui…kerana aku yakin tiada yang sia-sia...

Tegarlah diri membina keyakinan..hadirlah ketenangan dan keyakinan dengan iringan kasih sayangNya..insyaAllah..janji Allah itu benar..pastikan terjadi, yakinlah!

Ya Allah!...
Kubuka lembaran catatan ini dalam mencari cinta kepadaMu. Telah kudaki puncak derita sengsara tatkala Kau tiada dihatiku. Telahku jatuh tersungkur ke lembah hina bila hatiku jauh daripadaMu. Telahku terapung di langit kecewa bila hilang namaMu dari jiwaku...

Ya Allah!...
Maka sehinanya sifat kehambaanku ini...restuilah perjalananku ini mencari cintaMu...
Dalam meraih cintaMu. Agar tidak sesat diriku ini di penjuru waktu...

Ya Allah!...
Tiada serinya hidupku ini meskipun melimpah kasih insan datang tiada pula kasihMu dihatiku. Andai tiada juga kasihku untukMu di hatiku maka restuilah perjalanan batinku ini....
di dalam mencari jalan untuk pulang kepadaMu dengan cinta yang suci...  

....Kadang-kadang aku keletihan diperjalanan ini....Namun kadang-kadang aku begitu bersemangat meniti harapan masa depan....

Ya Rabbi....
Aku berjalan melewati permukaan bumi yang tinggi, yang rata dan kubawa bersama hatiku ke mana sahaja. Tetapi mengapakah sering kali aku lupakan diriMu. Sedangkan yang kulewati tiada sebesar zahrah pun yang bukan ciptaanMu. Maka tanpa sedar....tanpa adanya layak untuk diriku memijak bumiMu ini....
Masih jua Engkau sambungkan nyawa dan rezeki buat diriku."

Ya Allah!...
Aku mencari di mana hatiku, di mana tumpuanku dan di mana tuju kasih sayangku. Kepada siapakah telah aku terbangkan rindu ini...lalu mencarilah aku seperti orang yang tersesat jalan. Sesekali aku yakini bahawa jalan yang kupilih itu adalah benar, tetapi kenapa tidak ketemui tanda-tanda kebenaran di sepanjang jalan yang kulalui itu? Di manakah tanda-tanda itu atau akukah yang tersalah memilih arah? Jika begitu di manakah pula jalan untukku kembali??"

Ya Rabbi...
Demi kelembutan cintaMu, aku memohon untuk sujud hanya di bawah limpahan rahmat dan ampun kasihMu. Tidak aku melihat akan sia-sia Engkau ciptakan jasadku ini. Pun bukan hanya untuk bergembira.

Ya Allah....
Meskipun kerap kali aku rasakan betapa tak layaknya diri ini untuk memijak walau sebutir pasir di bumiMu, apalagi untuk meneguk dinginnya air pada kala tekakku kehausan, namun berilah aku kekuatan dan keampunanMu untuk kukembali berdiri menyuci diri dan hati. Untuk kembali mentaati dan melaksanakan amanahMu yang terpikul di bahuku. Maafkanlah kealpaanku dan kelalaianku pada waktu dahulu. Terimalah daku untuk kembali kepadaMu."



 
Daripada seorang hamba kepada TuhanNya......Ameen...