·٠•●♥ Sahabat fillah rahikumullah....jazakumullah khoir (✿◠‿◠) ♥●•٠·

Tampilkan postingan dengan label Informasi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Informasi. Tampilkan semua postingan

Kepada Wanita, berhati2lah anda...

HATI2 DENGAN 'CERMIN' DI HADAPAN ANDA BILA MENCUBA PAKAIAN BARU DI DALAM BILIK SALIN PAKAIAN DI KEDAI2 ATAU SHOPPING KOMPLEX ATAU ANDA BERADA DI TANDAS2 AWAM DAN HOTEL2

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin dua arah?.Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya dua arah tapi untuk di kawasan tumpuan awam :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI) Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat). Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI".
Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan diri anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !

Para wanita : Khabarkan pada teman-teman anda yang lain. Para lelaki: beri tahu isteri, anak perempuan atau teman wanita anda mengenai tips ini! 'SILA KONGSIKAN INFO INI DI WALL ANDA'- 'mencegah lebih baik dari mengubati'...utk kemaslahatan kaum wanita....

Inilah manusia di akhir zaman...tidak takut melakukan kejahatan demi kejahatan...

Ibnu Abbas memberitahu, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan-golongan manusia yang berwajah manusia berhati syaitan. Mereka diibaratkan seperti serigala buas, hati mereka tidak mempu...nyai sedikit pun belas kasihan. Mereka tidak suka menjauhi segala yang buruk dan mereka lebih suka melakukan pertumpahan darah. Kalau engkau ikut mereka, mereka akan mendekati kamu, kalau engkau jauhi mereka, maka mereka akan mengumpat kamu. Kalau engkau memberi amanat kepada mereka, mereka akan melakukan khianat padamu”.

“Kalau meminta sesuatu dari mereka adalah kemiskinan. Hukum di kalangan mereka adalah bid”ah dan bid”ah di kalangan mereka adalah sunnah dan tatkala itu orang menganggap sunnahku sudah usang dan memperbaharui bid”ah. Maka barangsiapa mengikut sunnahku pada waktu itu, dia akan menjadi asing dan tinggal seorang diri dan barangsiapa mengikut bid”ah, dia akan mendapat lima puluh orang teman atau lebih”.

Para sahabat bertanya, “Apakah mereka melihatmu Jawab Nabi, “Tidak”

Para sahabat bertanya lagi, “Apakah turun wahyu kepada mereka?” Nabi menjawab, “Tidak” Para sahabat bertanya lagi, “Bagaimana keadaan mereka?” Jawab Nabi, “Seperti ulat dalam cuka”.

Para sahabat bertanya lagi, “Ya Rasulullah, bagaimana mereka menjaga agama?” Jawab Nabi, “Seperti bara api di tangan. Kalau diletak dia akan padam dan kalau diambil dengan tangan dia akan terbakar”.

Benarlah kata lirik lagu dr k umpulan Mawaddah ini...

Album : Terimakasih Tuhan
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com/
 
Bila Tuhan tak ditakuti macam - macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan halal hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana - sini …..

*copy n paste dr note fb Nurmujahiddah Solehah- 20/10/10

~ Kesan Dari Radiasi Telefon Bimbit ~

Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telur telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah:

Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:



15 minit - tiada apa yang berlaku.
25 minit - telur mulai panas.
45 minit - telur telah panas.
65 minit - telur telah masak.

Gambar telur tersebut dipaparkan di atas:

Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.

Ana mengingatkan diri ana dan pembaca sekalian agar jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.

Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri?

MENGUKUR KADAR RADIASI

Mengikut Persatuan Industri Telekomunikasi Selular, satu cara menentukan sama ada radiasi yang dipancarkan oleh sebuah telefon bimbit itu sampai ke paras bahaya ataupun sebaliknya ialah dengan mengesan dan menentukan kadar penembusan radiasi itu (dipanggil specific absorption rate, SAR) kepada badan manusia.

Mengikut Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC), kadar SAR paling maksimum yang dibenarkan ialah 1.6W/kg (1.6 watt bagi setiap satu kilogram). Jika sebuah telefon bimbit itu mengeluarkan kadar radiasi yang lebih tinggi daripada kadar tersebut, ia tidak lagi dikira selamat kerana kadar radiasi yang lebih tinggi itu boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna.

Mengikut satu carta yang disediakan dalam sebuah laman web tajaan CNET, 10 jenis telefon bimbit di Amerika Syarikat yang dianggap hampir ke tahap merbahaya (tapi masih lagi di bawah paras maksimum yang ditetapkan oleh FCC) adalah seperti berikut -

(a) Ericsson T28 World - kadar SAR 1.49

(b) Nokia 5170i - kadar SAR 1.49

(c) Nokia Digital 5160 - kadar SAR 1.45

(d) Nokia 5170 - kadar SAR 1.45

(e) Denso TP 2200 - kadar SAR 1.44

(f) Samsung Uproar - kadar SAR 1.437

(g) Nokia 6162 - kadar SAR 1.42

(h) Nokia 6185i - kadar SAR 1.41

(i) Qualcomm QCP - 1960 - kadar SAR 1.41

(j) Kyocera QCP-6035 - kadar SAR 1.41

Alangkah baik sekali jika Kementerian Komunikasi dan Multimedia negara kita ini juga dapat mengeluarkan maklumat terperinci tentang kadar radiasi yang dipancarkan oleh beberapa jenis telefon bimbit yang ada dipasarkan di negara ini.

Dengan maklumat itu, kita boleh tahu apakah telefon bimbit yang kita miliki sekarang ini masih berada di bawah paras bahaya yang dinyatakan oleh FCC itu atau sebaliknya.

Sementara kita menunggu data sedemikian itu diumumkan oleh kerajaan kita, wajarlah sebagai langkah awalan kita gunakan alat telinga setiap kali kita berbual panjang menerusi telefon bimbit..

'Mencegah Lebih Baik dari Mengubati'

Nurmujahiddah Solehah: Copy n paste