·٠•●♥ Sahabat fillah rahikumullah....jazakumullah khoir (✿◠‿◠) ♥●•٠·

Detik Terakhir...

بسم الله الر حمن الرحيم

Assalamualaikum wbt...Syukur alhamdulillah, sgl nikmat yg Engkau kurniakan buat diri ini, Engkau masih memberi kesmpatan untuk ana berkongsi sedikit ilmu, walaupun agak bz sikit dgn tugasan kuliah.  Smg ilmu yg ana kongsikan ini dpt bermanfaat buat sahabat fillah dan buat diri ana sendiri...:)


Kiranya inilah detik terakhir
Kita pun pamit tiba-tiba
Tanpa sangka kita berpisah
Ajal datang
Kita dijemput kematian

Akan adakah lagi pertemuan
Atau perpisahan berkekalan
Yang di dunia
Hanya mimpi
Yang kita lalui bagaikan ilusi
Aku, kau dan kita….
Bagai sejalur fatamorgana

Sesungguhnya detik terakhir ini
Adalah satu permulaan
Pada satu perjalanan
Yang tiada akhirnya!

Mari kita kembara seketika untuk mengungkap cebisan rahsia kematian dan kehidupan yang hakikatnya adalah ujian bagi setiap insan.

Apakah kaitan antara hidup dan mati? Apakah rahsia di sebalik kata-kata bahawa mati itu adalah tunang kepada kehidupan? Marilah kita ‘kembali’ sebelum pergi menemui kehidupan yang abadi!

Kata-kata yang sungguh dalam dan tersirat maknanya. Ia bermaksud, hanya apabila seseorang itu telah mati barulah hakikat atau realiti kehidupan ini tersingkap dengan sejelas-jelasnya.

Pedek kata, mati adalah program realiti yang benar-benar realiti. Setelah roh berada di alam barzakh (yakni alam kubur yang menjadi sempadan antara dunia dan akhirat), barulah kebanyakan manusia sedar apakah perkara yang benar-benar bernilai dalam hidupnya ketika hidup di dunia. Bila mata yang ada hancur dimamah bumi, maka ketika itulah mata hati yang alpa selama ini tersentak....terbeliak, lalu ketika itu barulah terserlah yang mana ‘intan’ dan yang mana ‘kaca’?

Menjelang kematian, setiap hari diri akan akur betapa bernilainya kebaikan dan kebajikan. Itulah hakikatnya intan yang selama ini dianggap kaca. Dan pada saat itu barulah kita sedar betapa intan yang selama ini kita puja hakikatnya hanyalah kaca yang tidak berharga. Itulah perbuatan dosa dan perkara yang sia-sia. Alangkah ruginya ketika hidup di dunia. Kita tersentak!!

Manusia seringnya tersedar apakah hakikat kehidupan yang sebenar setelah kematian. Dan lebih malang lagi, hanya ketika itu barulah manusia menyedari bahawa mati sebenarnya bukanlah satu pengakhiran, tetapi adalah satu permulaan bagi satu kehidupan yang tidak ada mati-mati lagi (hidup di akhirat kekal abadi).

 Manusia telah diingatkan bahawa di alam roh kita telah mengenal ALLAH. Firman ALLAH:

“Bukankah aku ini TUHANmu? Maka semua (roh manusia) menjawah: “Benar, KAMI (Engkaulah TUHAN kami) menjadi sakdi.” (QS. Al-A’raf: 172)

Bahkan telah mengakui sebagai rob yang sebenar (TUHAN kita). Mengenal ALLAH ertinya mencintai ALLAH. Ini kerana sesiapa sahaja yang mengenali ALLAH, pasti akan jatuh cinta kepadaNYA.

Namun, alangkah sedikitnya manusia yang benar-benar mengenal ALLAH. Kebanyakan manusia hanya mengetahui tetapi tidak mengenaliNYA. Mengenal dan mengetahui itu jauh berbeza. Mengenal dgn hati, mengetahui dgn akal. Mengenal hanya memahami, tetapi mengenali akan merasai. Kebanyakan kita hanya mengetahui ALLAH Maha Melihat. Dan kerana itulah kita masih tega dan tergamak melakukan kemungkaran walaupun kita tahu ALLAH Maha Melihat.

Pepatah Arab ada mengatakan, manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintainya. Jadi, bila cinta itu sudah tersalah, maka tersalah jugalah ramai manusia meletakkan sifat kehambaannya. Hidup beralih arah, daripada menghambakan diri kpd ALLAH kepada ‘menyebah’ hawa nafsu.

Firman ALLAH: “Terangkanlah kepadaKu tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai TUHANnya, maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?” (QS. Al-Furqon: 43)

Akibatnya, tujuan hidup telah tersasar. Ini kerana hanya manusia yang menyedari adanya TUHAN dan memperhambakan diri kepadaNYA sahaja akan mempunyai tujuan hidup yang tepat dan jelas. Manusia tidak akan tahu apa tujuan hidup kerana manusia tidak pinta dihidupkan. ALLAH yang menghidupkan kita, maka ALLAH jua yang Maha Mengetahui untuk apa manusia dihidupkan. tanpaNYA, tidak akan ada tujuan hidup.

Setelah terhantuk (mati), barulah dia terngadah (sedar. Rupa-rupanya apa yang diburu selama ini hanyalah kepalsuan manakala apa yang dihindari adalah kebenaran. Ahh...betapa tersasarnya langkah selama di dunia, setelah mati baru terjaga! Pada ketika itu jugalah ramai yang mengharapkan agar dapat pulang ke dunia semula. Minta untuk dipanjangkan umur, bagi menukar perbuatan buruk selama hidup di dunia dahulu dgn amalan kebaikan.

Di alam kubur, ketika debu-debu tanah menjadi bumi dan langit kepada kita, barulah kita terjaga dari buaian mimpi selama ini. Tiba-tiba arus kesedaran melanda. Cahaya ilmu menerpa dgn tiba-tiba. Lalu tersentaklah dia bahawa hakikatnya hidup ini adalah untuk memperhambakan diri kpd ALLAH, beribadat kpdNYA. Rasa ingin bertaubat singgah tiba-tiba. Terasa dosa yang dilakukan begitu banyak, bagaikan buih dilautan.

Sayangnya segala-galanya sudah terlambat. Apa gunanya sedar di alam kubur krn pada saat itu kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi untuk memperbaiki keadaan. Jadi, kesedaran itu mesti dirasai semasa hidup di dunia lagi, barulah mempunyai makna dan berguna. Apabila hidup di dunia dilalui dgn penuh kesedaran akan hakikat kematian, maka barulah seseorang manusia akan berlumba-lumba melakukan kebaikan dan kebajikan.

Sebaliknya, jika kesedaran itu hanya berlaku di alam kubur, maka segala-galanya sydah terlambat. Jadi bertaubatlah sebelum terlambat, kembalilah ketika masih sempat! Mereka yang ingat mati inilah hakikatnya orang yang hidup. Merekalah orang yang berani, dan orang yang berani tidak pernah mati – the brave never die!


Firman ALLAH:
“Ketahuilah dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang.”(QS. A-Ra’du:56)

Sama2lah kita renung dan bermuhasabah diri...

Wallahu ‘aklam bissowaf

 Copy & paste: note fb Nurmujahidah Solehah 19/4/12

·٠•● Nurmujahidah Solehah ●•٠

Perumpamaan2 di dalam Al-Qur'an

 
بسم الله الر حمن الرحيم

Assalamualaikum wbt...Syukur alhamdulillah, sgl nikmat yg Engkau kurniakan buat diri ini, Engkau masih memberi kesmpatan buatku untuk mencoret lagi di sini. Smg ilmu yg ana kongsikan ini dpt bermanfaat buat semua pembaca budiman...:)


Bagi manusia yang lalai dan tidak bertanggungjawab terhadap potensinya serta tidak menyedari atau memahami potensi yang diterimanya, ia akan mendapat kerugian yang besar. Di antara akibat kelalaiannya adalah diumpamakan Allah dengan binatang dan tanaman hingga ia serupa dengan binatang atau makhluk lainnya yang lebih rendah.

Apabila potensi ini digunakan dengan baik melalui ibadah dan amal saleh, maka ia akan berbahagia. Sebaliknya jika potensi tersebut tidak digunakan, maka mereka akan mendapat penghinaan dan status yang tidak bernilai di hadapan Allah SWT. Mereka diumpamakan dengan monyet, anjing, babi, kayu, batu, labah-labah, lalat dan keldai.

Al-An’am (Bagaikan binatang ternak)


Manusia diberi hati, mata dan telinga untuk mengenal tanda-tanda Allah tetapi jika tidak digunakannya maka sama sahaja tidak mempunyai potensi tersebut. Binatang tidak mempunyai potensi seperti yang dimiliki oleh manusia, maka wajar Allah berikan perumpamaan terhadap manusia seperti binatang ternak.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat kebesaran (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telingan (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seumpama binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” 
(al-A’raf, 7: 179 )

Manusia sering menuruti hawa nafsu sehingga menjadikan nafsu sebagai Tuhan sehingga lalai dengan tidak mendengar dan tidak memahami firman Allah.
“Terangkanlah kepadaKu tentang orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya. Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar dan memahami, mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya dari binatang ternak itu.” (Al-Furqan, 25: 43-44)

Al-Kalb (Bagaikan anjing)


Allah berikan hawa nafsu kepada manusia agar kehidupan manusia menjadi dinamik. Dengan nafsu, manusia mempunyai cita-cita, keinginan untuk berkahwin, bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan, makan dan minum dan sebagainya.

Nafsu perlu dikendalikan dan dikawal bukannya dituruti sepenuhnya seperti binatang yang tidak mampu mengendalikan nafsu. Allah memberi perumpamaan seperti anjing apabila manusia terlalu menurut hawa nafsu mereka.

“Dan kalau Kami Menghendaki sesunggunya Kami Tinggikan derjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkan lidah dan jika kamu biarkannya dia menghulurkan lidahnya juga. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Cerita-cerita demikian bermaksud agar manusia memikirkannya.” (al-A’raf, 7: 176)

Al-Qird (Bagaikan kera)

Mereka yang tidak beramal saleh dan fasik mendapat balasan yang lebih buruk iaitu dikutuk dan dimurkai oleh Allah. Ayat 160 daripada surah al-Maidah menyebut tentang perumpamaan terhadap orang fasik (yang disebut pada ayat sebelumnya dalam surah tersebut) sebagai kera dan babi.

“Katakanlah (Muhammad), “Apakah akan Aku Beritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang fasik) disisi Allah? Iaitu orang yang Dilaknat dan Dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah thagut.” Mereka lebih buruk dari tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.” (al-Maidah, 5: 60 )

 Al-Khinzir (Bagaikan babi)

Dalam ayat 160 surah al-Maidah seperti di atas juga menyebut perumpamaan seperti babi terhadap orang-orang fasik. Babi adalah makhluk yang diharamkan oleh Allah untuk memakannya sebagai ujian kepada manusia, dan ia memiliki berbagai karakter yang tidak baik. Manusia bagaikan babi adalah manusia yang memiliki pelbagai karakter yang tidak baik.

Maksud hadith;
Dari ibnu mas’ud RA beliau berkata, “RasulAllah SAW ditanyai mengenai kera dan babi, apakah ia merupakan binatang yang dialihrupakan oleh Allah?” beliau menjawab, “Allah tidak membinasakan suatu kaum”, atau beliau mengatakan, “Allah tidak mengalihrupakan suatu kaum lalu menjadikan mereka berketurunan dan beranak cucu dan bahawasanya kera dan babi ada sebelum itu” (HR Ats-Tsauri)
 
Adz-Dzubab (Lalat)

Semua kita pasti tahu apa itu lalat!. Seekor makhluk ciptaan ALLAH SWT yg dikenal suka hinggap di tempat-tempat yang kotor, dan banyak membawa penyakit mahupun kuman. Walaupun begitu ia ada disebutkan di dalam Al-Qur’an dan juga hadis nabawi.

Lantas, apa keistimewaannya, sehingga Allah SWT menyebut dan menyinggungnya? Adakah hikmah di balik itu? Bagaimana kedudukannya di dalam hadits Nabi SAW? Adakah pernyataan ilmiah yang menunjukkan keistimewaannya? Melalui halaman yang singkat ini, Insya Allah subhanahu wata'aala kita akan menyinggung secara ringkas tema-tema tersebut.
Lalat di dalam Al-Qur’an atau dalam bahasa Arabnya ‘Adz-Dhubab’ disebut dalam satu ayat iaitu ayat 73, surah Al-Hajj.

Allah SWT yg bermaksdu:  "Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun. Walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah." (QS.al-Hajj: 73)

Al-Hijarah (Bagaikan batu)

Mereka yang keras hatinya sehingga ingkar dan tidak mahu menerima perintah Allah diumpamakan seperti batu bahkan lebih keras lagi. Perkara ini dirakamkan dalam al-Quran yang menyifatkan sikap bani Israil yang degil dan ingkar arahan Allah melalui rasulNya, nabi Musa.

“Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-sekali tidak lengah daripada apa yang kamu kerjakan.” (QS. l-Baqarah, 2: 74)

Al-‘Ankabut (Bagaikan labah-labah)

Manusia sering angkuh dan sombong dengan kebolehan dan potensi yang Allah kurniakan. Mereka berbangga dengan pencapaian dan kuasa yang mereka perolehi di dunia hingga menganggap tidak ada perkara yang boleh membinasakan mereka.

Firaun begitu angkuh dan mendakwa dia adalah Tuhan yang boleh menentukan hidup dan mati. Namun ternayata dia tidak dapat melindungi diri apabila ditelan oleh laut yang ketika mengejar nabi Musa. 

Hanya Allah merupakan pelindung yang paling berkuasa dan tidak mampu ditandingi. Jika manusia mencari pelindung selain Allah, ternyata ia amat sia-sia kerana makhluk tidak mempunyai kekuatan dan amat lemah.

“Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui.” (QS. Al-‘Ankabut, 29: 41)

 Al-Himar (Bagaikan keldai)

Orang yang mendustakan ayat-ayat Allah diibaratkan seperti keldai. Mereka telah diberikan panduan tetapi tidak mengambilnya. Suatu kerugian yang besar bagi manusia yang telah mengenal Allah tetapi kemudian mendustakannya.

“Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruk perumpamaan kaum yang mendustkan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.” (al-Jumu’ah, 62: 5)

Al-Khasyab (Bagaikan kayu)

Manusia sering bersikap tidak jujur dan hipokrit. Mereka hanya mengejar dunia dengan kemewahan, keseronokan dan kecantikan yang bersifat sementara. Nilai ini dianggap penting dan dipandang tinggi oleh manusia tetapi ianya bukan suatu yang bermakna di sisi Allah SWT sehingga Allah umpamakan seperti kayu.

“Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata, kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah mush yang sebenarnya maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan dari kebenaran?” (QS. al-Munafiqun, 63: 4)

Firman Allah Ta’ala yg bermaksud “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi silih bergantinya malam dan siang bahtera yg berlayar di laut membawa apa yg berguna bagi manusia dan apa yg Allah turunkan dari langit berupa air lalu dgn air itu Dia hidupkan bumi setelah matinya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yg dikendalikan di antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda bagi kaum yg berakal.”

Haiwan-haiwan yg bertebaran di muka bumi ini sangat banyak dan bervariasi serta penuh dgn tanda-tanda kekuasaan Allah. Semuanya penuh dgn segala manfaat dan hikmah bagi manusia. Wallahu 'aklam bissowaf....

SubhanaAllah-Maha SuciMu Ya Allah...


 ·٠•●♥✿ Nurmujahiddah Solehah ✿♥●•٠

Keadilan ALLAH di antara yang Kaya & Miskin


 بسم الله الر حمن الرحيم

Assalamualaikum wbt...Syukur alhamdulillah, Allah masih memberi kesmpatan buat ana untuk mencoret lagi di sini...dh agak lama ana tidak menulis di blog ini, kesihtan yg tidak mengizinkan dgn tugasan yg banyak...nikmat sakit adalah ujian drNYA agar ana lebih menyukuri nikmat sihat...kesibukan memang tidak akan pernah berakhir...kitalah yg kena bijak memanagekan masa...

Muhasabah buat diri ini... 

Bila ditimpa sakit, kita harus sedar bahawa sakit yang kita alami ini datang dari Allah SWT “Tiada sesuatu pun bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu bergembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi menyombongkan diri.” (Al-Hadid:22-23)   

Hidup ini tidak lama..Bahkan kematian itu teman yang paling dekat dengan kita.. Sentiasa letakkan jiwa dan hati dalam taubat padaNya.. Berdoalah semoga kita terus istiqamah dalam perjuangan Islam.. Berdoalah semoga kita terus tsabat berada di jalan Allah.. Berdoalah semoga DIA menjemput kita dalam husnulkhatimah..insyaAllah, aamiinn...


Sebenarnya ana nak share tentang kaya dan miskin..ada sahabat ana tanya keadilan Allah dia antara yang kaya dengan miskin..



Sifat bijaksana Allah SWT sangat jelas terlihat ketika DIA berfirman:

“Dan Allah melebihkan sebahagian kamu atau sebahagian yang lain dalam rezeki.” (QS. An-Nahl: 71)

Setiap orang ada rezeki. Orang yang sakit, yang cacat dan orang yang ditimpa kesusahan pun semua memiliki rezeki masing-masing. Tidak dapat dinafikan bahawa harta, anak-anak dan isteri yang solehah, kecantikan, ketampanan, kehormatan dan keturunan itu semua adalah rezeki. Dan Allah SWT sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits ketentuan-ketentuanNYA lima puluh ribu tahun sebelum DIA menciptakan langit dan bumi.

Allah SWT Yang Maha Memiliki telah mengatur semuanya sesuai dengan keperluan hidup manusia secara sempurna. Dalam erti kata lain, bahawa Allah tidak memberi seseorang dengan mengambil bahagian atau rezeki manusia yang lain. Sebab jika teori demikian, maka andai kata keinginan seseorg hamba dipenuhi seratus %, pasti ada yang tidak memiliki apa-apa. Maka teori Allah adakalanya memberi seseorang hamba dengan sesuatu yang lain. Adakalanya Allah memberinya banyak benda, kerana hikmah yang tidak diketahui kecuali oleh DIA sendiri. Sedang hamba yang Allah uji dengan ujian yang dasyat juga dengan hikmah yang hanya DIA saja yang tahu.

Sebagaimana dikatakan sebahagian ahli tafsir, ketika Allah menciptakan Adam dan Hawa serta lahirlah keturunannya, Adam lalu mandapat anak keturunannya sebahagian mereka ada yang sakit (cacat), buta, pincangdan sebagainya. Adam bertanya, “Ya Rabb, kenapa Engkau ciptakan anak-anakku itu seperti ini dan tidak Engkau ciptakan anak-anakku itu seperti saudara-saudara mereka?” Allah menjawab, “Agar mereka menjadi nasihat bagi anak-anakmu yang sihat, wahai Adam.”

Jadi kehadiran orang-orang tidak sempurna atau cacat di sekitar kita ini adalah nasihat dan peringatan bagi yang sempurna (sihat). Kalau ditainjau, berapa ramai orang yang cacat? Berapakah jumlah orang yang sakit? Jumlah mereka sanagt sedikit jika dibandingkan yang sempurna, sebab kehadiran mereka adalah sebagai ujian bagi yang sihat dan sempurna...maka bersyukurlah dengan apa yg Allah kurniakan kepadamu..

Sebenarnya, asal penciptaan Allah adalah sempurna. Asal mula ciptaan Allah adalah tanpa cacat. Tapi Allah menjadikan kecacatan itu kerana ada hikmah yang tidak diketahui kecuali DIA dan agar menjadi nasihat bagi orang-orang yang sempurna dan sihat sehingga mereka mahu bersyukur menunaikan hak kewajipan kepada mereka orang-orang yang tidak sempurna.

Mari kita sama2 perhatikan firman Allah ini:
“Apakah mereka membagi-bagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia dan Kami telah meninggikan mereka sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberepa darjat, agar mereka dapat memanfaatkan sebahagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (QS. Az-Zukhruf: 32)

Sahabat fillah...

Boleh jadi lelaki yang kita nilai tampan, beristeri cantik, kaya, memiliki jawatan tinggi ini adalah yang nampak pada pandangan kita. Tapi hakikatnya kita tidak mengetahui sedikit pun tentang keadaan yang tersembunyi. Seringkali orang yang kita lihat bahagia, namun batinnya sebenarnya tersiksa. Betapa ramai lelaki yang tampan memiliki isteri yang cantik, tapi tidak ada keharmonian rumah tangga mereka. Di sisi lain, orang yang kita pandang serba kekurangan, miskin dan sengsara, boleh jadi sangat bahagia dalam hidupnya kerana mereka tidak memiliki persoalan besar seperti persoalan yang biasa dihadapi orang-orang kaya dan berpangkat.

Selain itu, apa yang harus kita fahami bahawa orang yang diberi kelebihan di dunia maka tentu juga akan mendapatkan pertanyaan dan beban yang lebih di akhirat. Orang yang kaya, pasti akan diminta segala pertanggungjawaban terkait dengan hartanya. Tapi orang miskin tentu lebih ringan pertanyaan Allah kepadanya. Orang yang buta, tidak akan mendapat pertanyaan tentang mata dan pandangannya. Orang yang bisu tidak akan ada pertanyaan tentang ucapan dan kata-kata. Dan seterusnya, begitulah keadilan Allah S.W.T...SubhanaAllah-Maha SuciMu Ya Allah...

Marilah kita sama2 muhasabah diri...tidak ada yang harus kita bangga di dunia ini kerana tidak ada satu pun yg kita miliki. Semuanya milik Allah...Jadilah orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat2NYA...

Adakah anda nampak perbezaan kubur orang kaya & kubur orang miskin?

Tiada perbezaan sama sahaja...

Jangan bangga pada status...

Jangan pandang hina pada orang miskin...

Kita semua sama disisi Allah S.W.T...

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Q.S. Al-Hujurat 49: 13)

Wallahu 'aklam bissowaf...

 
 ·٠•●♥✿ Nurmujahiddah Solehah ✿♥●•٠