·٠•●♥ Sahabat fillah rahikumullah....jazakumullah khoir (✿◠‿◠) ♥●•٠·

Saat itu pasti akan tiba...

BismillahirRahmirRahim
Assalamualaikum Warah MatuAllahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, segala puji bagiNYA...Dia Yg Maha Penyayang masih memberi kesempatan utk diri ini menikmati sgl keindahan ciptaanMu..SubahanaAllah..
Sudah lama coretan tinta tidak dinukilkan diblog ini...kesibukan tugas yg tdk mengizinkan...smg dgn sedikit peringatan dan muhasabah yg ingin ana kongsikan ini dpt memberi manfaat buat diri dan juga sahabat2 fillah.

Kadang2 kita rasa kita sgt sihat, kadang2 kita rs kita dah amalkan diet yg seimbang. Pernah tak kita terfikir sejenak suatu hari yg kita akan dapat penyakit yg kita sendiri tidak pernah jangka? Apa perasaan kita ketika itu??

Tapi bagaimana, alhamdulillah...bersyukur sesiapa yg ditimpa penyakit, sekurang-kurangnya dapat mengingatkan kita ttg kematian selalu :)

Apabila malaikat maut dtg menjemput, sesaat tidak di awalkan dan sesaat tidak di lewatkan. Namun.... bersediakah kita utk menghadapi saat tersebut??

Sahabat fillah rahikumullah...
Pernah tak kita bayangkan saat nyawa ditarik, sekujur badan terbujur kaku di tengah rumah. Sahabat handai dtg menziarahi, kaum keluarga menyedekahkan al-Fatihah, alunan bacaan Al-Qur’an kedengaran dan bergema disegenap ruang.

Lantas tubuh yg kaku itu dibawa untuk dimandikan. Ditekan perutnya perlahan-lahan utk mengeluarkan segala kekotoran. Air disiram ke seluruh tubuh secara perlahan-lahan. Bersediakah utk melalui saat itu?

Seterusnya tubuh yg kaku dibawa utk dikafankan. Saat itu roh melihat bagaimana jasadnya diuruskan. Tubuh dibaluti dgn kain yg berwarna putih. Sanak saudara k mengambil kesempatan utk memberi penghormatan terakhir dgn mencium. Namun jasad itu hanya kaku...

Tiba2 terfikir sejenak dibenak ini...ya, hanya kain putih yg membaluti tubuh yg kaku...bukan dari kain yg mahal, bercorak mahupun berwarna...hanya kain putih yg paling murah. Siapa pun dia, tidak kira apa pun jawatannya, raja, perdana menteri, org  bangsawan, mahupun rakyat biasa..hanya kain putih jg yg paling murah menjadi pilihan..muhasahabah seketika...sekaya apa pun dia...hanya kain putih jg yg membaluti tubuh yg kaku itu...masyaAllah...

Teringat pula ketika saat menyambut lebaran...masing2 sibuk mencari baju apa yg sesuai, cantik dan menarik utk di pakai ketika lebaran nnt. Pusat membeli belah menjadi tumpuan..mahal bukan ukuran asalkan hati puas dgn pilihan...tapi,bila saat kematian tlh dtg...semua itu tidak bererti lagi..tidak ada lagi kain yg cantik menjadi sasaran, hanya kain putih jua menjadi pilihan.

Ketika itu hanya org lain yg membaluti kain putih tubuh yg kaku ini..dan jg org lain jua yg akan menyolatkannya. Hanya doa yg diharapkan sbg bekalan saat akhir2 menuju perjalanan kekal abadi. Setelah selesai disolatkan, maka tibalah saat untk dikembalikan kepada yg asal.

Jika blh mendengar rintihan si mati ketika ini, pasti ramai yg akan mengingati akhirat dan tidak memasukkan dunia di dalam hati. Mungin ketika itu roh si mati akan berharap supaya pengurusannya dipercepatkan kerana amalnya yg banyak. Namun jg mgkn roh si mati itu merintih supaya pengurusannya dilambatkan krn amalannya yg sedikit. Nau’uzubillahminzalik..

Saat semuanya selesai, lazimnya bacaan talqin akan bergema. Sungguh indah islam itu. Saat berada di alam liang lahad masih di beri ilmu utk bekalan sepanjg perjalanan. Jom hayati pengertian talqim. Moga2  kita diberi kekuatan utk persediaan ke sana kelak. Namun bukan mulut yg akan menjawab segala pertanyaan, hanya amal dan iman yg akan menjawab segala persoalan malaikat kelak.

Maha Suci Tuhan yg Engkau bersifat dgn Baqa’ dan Qidam, Tuhan yg berkuasa mematikan sekalian yg bernyawa. Maha Suci Tuhan yg menjadikan mati dan hidup utk menguji sesiapa yg baik dan siapa yg kecewa.

Maha Suci Tuhan yg menjadikan lubang  kubur sebesar2 pengajaran utk menjadi iktibar kpd org yg lalai dan sebesar-besar amaran kpr org  yg masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa melainkan Zat Allah Ta’ala, ialah Tuhan yg Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadrat Allah Ta’ala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, Wahai SAYA Bin IBU SAYA, Wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji2 Allah yg mana kamu adalah bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yg disembah dgn sebenar2nya melainkan Allah, dan bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Ta’ala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan kamu?
Dan apakah kalimah kamu bawa bersama?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan2 mereka dengan cermat dan sehabis-habis tenang, tepat dan betul. Janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gopoh, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu menjawab begini:
Allah Ta’ala Tuhanku,
Muhammad Nabiku,
Islam agamaku,
Kitab suci Al-Qur’an ikutanku,
Baitullah itu Qiblatku, malahan solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat, dan mengerjakan haji diwajibkan ke atasku.

Semua org Islam dan org beriman adalah saudaraku, bahkan dr masa hidup hingga aku mati, aku mengucap: “La ilaha IllaAllah Muhammaddur Rasulullah”

Wahai SAYA Binti IBU SAYA. Tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yg paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di padang mashyar.

Insaflah wahai SAYA Binti IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, berkumpul dan berhimpun di padang mashyar adalah benar, dihisap dan dikira segala amalan kamu adalah benar.

Minum di kolam Nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari kiamat tetap akan ada. Begitu juga Tuhan yg Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yg di dalam kubur.

Di akhirat kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu di sisi Allah  Ta’ala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kamu sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta’ala menjinakkan hati kamu yg liar dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yg berdagang seorg diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan yg kamu lakukan.

Ya Allah, ya Tuhan kami..kami merayu dan bermohon kepadaMu supaya tidak diseksa mayat ini dgn kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. subhanaAllah Rabbika Rabiil izzati amma ya sifun wassalamu alal mursalin walhamdulillahi  Rabbil ‘alamin.

Semoga pengertian talqin ini membuatkan kita kembali tersedar dunia hanyalah satu persinggahan. Marilah kita sama-sama menambahkan amalan kita untuk persediaan bertemu Rabbul Izzati.

Cuba kita sebutkan nama kita dalam talqin tersebut...bergetar tak hati kita?

Renung....fikir sejenak....

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah pesanku walau satu ayat...” Sepuluh orang yg mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT.

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur “masing2 selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM< TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.”

Bertanya org kepada Rasulullah SAW: Bagaimana kita dpt mengenali org MUKMIN kelak di hr qiamat? Maka jawabnya Rasulullah SAW “Umat dikenal kerana WAJAH mrk putih disebabkan oleh WUDHU’.”

Bila qiamat dtg maka malaikat dtg ke kubur org Mukmin sambil membersihkan debu di badan mrk, kecuali pada tempat sujud. Bekas sujud tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari Zat yg memanggil. Bukanlah debu itu debu kubur, akn tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mrk. Oleh itu ditinggalkan debu itu sehingga mrk melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang yg melihat para mukmin itu mengetahuinya bahawa mrk adalah pelayanku dan hamba2Ku.

Di dalam satu riwayat yg lain dari Jabir bin Abdullah r,a sabda Rasulullah SAW: “Apabila dtg hari qiamat dan org yg berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah SWT memberi wahyu kpd malaikat Ridhwan: “Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba2Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mrk di dalam keadaan letih dan dahaga” maka ambillah dan berilah mrk segala makanan yg digoreng dan buah-buahan syurga.

“Maka malaikat Ridhwan menyeru wahai sekalian kawan2 dan semua anak yg belum baligh, lalu mrk semua datang dgn membawa dulang dari nur dan berhimpun dkt malaikat Ridhwan bersama dulang yg penuh dgn buah-buahan dan minuman yg lazat dr syurga dgn  sgt banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika malaikat Ridhwan berjumpa org mukmin maka dia memeberi makanan itu kpd mrk sambil mengucap sebagaimana yg difirman oleh Allah SWT di dalam surah Al-Haqqah bermaksud: “Makan dan minumlah dgn sedap disebabkan  amal yg telah kamu kerjakan hari yg telah lalu itu.”

Smg perkongsian ini dpt memberi manfaat kpd kita semua. Ingatlah KEMATIAN itu dtg bila-bila saja. Smg kita semua tidak lalai dan alpa terhadap persediaan utk menghadapNya walaupun sibuk dlm menguruskan sesuatu.

 Wallahu ‘aklam bissowaf..

                                       Jom layan sat.....
 ~Nurmujahiddah Solehah~

Sudahkah Anda Membaca Al-Quran?

BismillahirRahmanirRahim...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. 


Rindu pulak rasanyer dgn teratak ana ni...dh lama ana tak berkongsi dgn sahabat2 fillah rahikumullah..kali ini ana nk share pasal kalam Allah yg mulia...sebnrnyer ana dh share pun dkt fb ana..tp saja nk share lg dkt blog...smg bermanfaat....

ermm, sebelum tu nk tanya dulu...sudahkah sahabat2 membaca Al-Qur'an hr ini? peringatan buat diri ini juga..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi kesempatan buat kita pada bulan yang mulia ini, bulan  Ramadhan al-mubarak. Yang mana di dalamnya tersedia banyak kebaikan dan keberkahan. Padanya, kita memiliki kesempatan meraih pahala yang besar dan keutamaan yang agung serta ampunan dosa-dosa. Sehingga selayaknya, kaum beriman merasa bahagia dengan kedatangannya, berbunga-bunga hatinya, dan semakin bersinar hidupnya.

Selawat dan salam semoga terlimpah kepada baginda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, yang telah memberi teladan dalam memanfaatkan Ramadhan dan menghidupkan siang dan malamnya dengan memperbanyakkan ibadah. Semoga juga, shalawat dan salam itu dilimpahkan kepada keluarga dan para sahabatnya.

Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keutamaan dan keistimewaan. Salah satunya Al-Qur'an diturunkan pada bulan tersebut. Kitab yang mengandung hidayah untuk kebaikan agama dan dunia mereka. Kitab yang menjelasakan kebenaran dengan sangat terang. Kitab yang menjadi furqan (pembezaan) antara hak dan batil, petunjuk dan kesesatan, orang beruntung dan orang celaka.

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
"Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan perbezaan (antara yang hak dan yang batil)." (QS. Al-Baqarah: 185)

Sahabat2 fillah…
Apa yang kalian lakukan ketika ini?, sudahkah kalian membaca Al-Qur'an hari ini? Bacalah keistemewaan hamba-hamba Allah yang hidup bersama Al Qur'an, hati tenang, damai dan bahagia,
"Ingatlah, hanya dengan zikir (mengingat) Allah hati menjadi tenang.”. (Q.S Ar-Ra’d: 28). dan yang paling utama zikir adalah membaca Al-qur'an. Meraih pertolongan hari kiamat, ”Bacalah al-Qur’an, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti memberi syafaat bagi orang yang membacanya.” (H. R. Muslim).

Menjadi manusia terbaik, ”Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Qur’an dan yang mengajarkannya” (H.R. Bukhari). Bersama para malaikat yang mulia, ”Orang yang pandai membaca al-Qur’an akan ditempatkan bersama kelompok para Malaikat yang mulia dan terpuji.

Adapun yang terbata-bata dan sukar membacanya akan mendapat dua pahala.” (H.R Bukhari dan Muslim). Meraih kedudukan mulia, ”Sesungguhnya Allah Swt meninggikan (darjat) ummat manusia ini dengan Al-Qur’an dan membinasakannya pula dengan Al-Qur’an.” (H.R Muslim).

Dibanggakan Allah, ”Tidaklah suatu kaum berkumpul dalam salah satu rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah (al-Qur’an) dan mempelajarinya, melainkan ketenangan jiwa bagi mereka, mereka diliputi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat, dan Allah menyebut nama-nama mereka di hadapan para Malaikat yang ada di sisi-Nya.” (H.R Muslim).

Sepuluh kebaikan, ”Barang siapa yang membaca satu huruf Kitabullah maka ia mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif laam miim itu satu huruf, tapi alif itu satu huruf.” (H.R at-Tirmizi),

Sahabat-sahabat fillah…

ketahuilah kemuliaan dan kehinaan seseorang itu tergantung sifat sikapnya kepada Al-qur'an. Dengarkan sabda Rasulullah, “Sesungguhnya Allah memuliakan derajat suatu kaum, karena kaum itu memuliakan Al-qur'an dan Allah merendahkan suatu kaum, karena mereka tidak memperdulikan Al-Qur’an.” (Riwayat Muslim).

Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya seorang yang satu hari ia tidak membaca Al-qur'an, sungguh hatinya "kalbaitil khorbi" seperti rumah kosong" (HR Tirmidzi). Rumah hati yang kosong dari cahaya hidayah alias gelap, angker, seram, sarang berbagai macam penyakit, seperti sombong, dengki, dendam, amarah, riya, ujub dan sebagainya, dan sangat mudah dimasuki syaitan.

Lantas bagaimana dengan orang yang berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan tidak membaca Al-qur'an, alangkah kotornya, baunya, gelapnya rumah hati orang itu.....

Sahabat2 fillah rahikumullah

Sedarlah, Al-qur'an itu mukjizat terbesar yang Allah jaga sampai hari kiamat, Al-qur'an itu kalamullah, Al-qur'an itu petunjuk cahaya hidup yang menyelamatkan hidup kita dunia akhirat.

Sekarang alasan apalagi yang kalian tidak membacanya kecuali kerana ingin memilih kesenangan menipu dunia sesaat ini!...

Bersungguh sungguhlah untuk memperbanyak bacaan Al-Quran yang penuh berkah, terutama pada bulan ini, bulan diturunkannya Al-Qur’an. pembacaan AlQu’an pada bulan ini memiliki keistimewaan tersendiri. Dahulu Jibril mendatangi dan mengajarkan Al-Qur’an kepada Nabi SAW setiap tahun sekali pada bulan ramadhan. Pada tahun wafatnya Rasulullah shalallahu ‘alayhi wasallam Jibril mendatangi dan mengajarkan Al-Qur’an kepada beliau sebanyak dua kali untuk mengukuhkan dan memantapkannya.

Para salafus shaalih rahimahumullah memperbanyak membaca AlQur’an pada bulan ramadhan, baik di dalam maupun di dalam shalat. Berikut ini adalah beberapa contohnya.
Imam az-zuhri rahimahullahu berkata, pada saat memasuki bulan ramadhan, “Ini adalah bulan pembacaan AlQur’an dan pemberian makanan.”

Ketika memasuki ramadhan, Imam malik rahimahullah meninggalkan pembacaan hadits dan majlis majlis ilmu lalu beliau memfokuskan diri untuk membaca AlQur’an dengan memakai mushaf.

Qatadah selalu mengkhatamkan Qur’an setiap tujuh malam, namun pada bulan Ramadhan, beliau mengkhatamkan Al-Quran dalam tiga hari, bahkan pada sepuluh malam terakhir, beliau mengkhatamkannya setiap malam.

Ibrahim an Nakha’i rahimahullah mengkhatamkan Al-Quran setiaptiga malam dan pada sepuluh malam terakhir beliau mengkhatamkannya tiap dua malam.

Adapun Al-Aswad rahimahullah, beliau membaca seluruh ayat alQur’an setiap dua hari pada setiap bulan.
Maka, jadikanlah orang-orang pilihan tersebut sebagai teladan kita semua. Ikutilah jalan mereka dan pergunakanlah kesempatan pada waktu siang dan malam dengan sebaik-baiknya untuk mendekatkan diri kepada Yang maha Perkasa lagi maha Pengampun. Ketahuilah, umur itu hilang dengan cepat dan waktu itu akan sirna seluruhnya, seolah olah hanya sekelip mata saja.

Ya Allah, berilah kurnia kepada kami untuk dapat membaca kitabMu sesuai dengan cara yang Engkau redhai dari kami. Dengannya tunjukkanlah kami jalan jalan keselamatan dan keluarkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya. Wahai pemilik dan Pengatur alam Semesta, jadikanlah ia sebagai hujjah yang memperkuat kami, bukan hujjah yang mencelakakan kami.

Sahabat2 fillah…

Marilah kita sama2 bercermin kepada kehidupan orang-orang yang soleh. Mereka menjadikan al-Qur’an sebagai buku bacaan hariannya. Mereka tidak pernah bosan dan kenyang dengan al-Qur’an, sebagaimana diungkapkan oleh Utsman bin Affan radhiyallahu ‘anhu, “Kalau hati kita bersih, maka kita tidak pernah kenyang dengan al-Qur’an.”

Orang yang sentiasa membaca al-Qur’an, kita akan mendapatkan banyak kebaikan.

Asy syahid Sayyid Quthub mengatakan dalam muqaddimah tafsirnya, “Hidup dalam naungan al-Qur’an adalah nikmat. Nikmat yang hanya diketahui oleh siapa yang telah merasakannya. Nikmat yang akan menambah usia, memberkahi dan menyucikannya.”
Sungguh banyak keutamaan dan keuntungan yang diperoleh bagi orang yang membaca al-Qur’an. Keuntungan tersebut tidak dimiliki oleh bacaan lainnya seperti surat kabar, majalah dan buku. Di antara keutamaan dan keuntungan orang yang membaca al-Qur’an yaitu;

Pertama: orang yang membaca Al-Qur’an akan mendapatkan syafaat (pertolongan) pada hari Kiamat nantinya berdasarkan sabda Rasulullah saw bersabda: ”Bacalah al-Qur’an, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti memberi syafaat bagi orang yang membacanya.” (H. R. Muslim). Tentunya tidak hanya sekadar membaca, juga mengamalkannya. Namun demikian, tanpa membaca al-Qur’an maka tidak mungkin kita mengamalkannya. Selain Rasulllah saw, tidak seorangpun yang mampu memberikan pertolongan kepada seseorang pada hari hisab, kecuali al-Qur’an yang dibaca selama ia hidup di dunia.

Kedua, Rasulullah saw menegaskan bahawa orang yang terbaik di antara manusia adalah orang yang mau mempelajari dan mengajarkan al-Qur’an, sesuai dengan sabdanya, ”Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Qur’an dan yang mengajarkannya” (H.R. Bukhari). Oleh kerana itu, orang yang terbaik di dunia ini bukanlah orang yang punya memiliki harta yang melimpah, jabatan mahupun pangkat yang tinggi. Namun, disisi Allah SWT orang terbaik itu adalah orang yang mahu belajar al-Qur’an dan mengajarkan kepada orang lain.

Ketiga, orang yang pandai membaca Al-Qur’an akan disediakan tempat yang paling istimewa di syurga bersama para malaikat yang suci. Sedangkan orang yang membaca terbata-bata (belum pandai), maka ia akan diberi dua pahala iaitu pahala mahu belajar dan kesungguhan membaca, sesuai dengan sabda Rasulullah saw, ”Orang yang pandai membaca al-Qur’an akan ditempatkan bersama kelompok para Malaikat yang mulia dan terpuji. Adapun orang yang terbata-bata dan sulit membacanya akan mendapat dua pahala.” (H.R Bukhari & Muslim).

Keempat, kejayaan suatu umat Islam itu dengan membaca al-Qur’an dan mengamalkannya. Namun sebaliknya, musibah yang menimpa umat ini disebabkan kerana sikap acuh tak acuh kepada al-Qur’an dan meninggalkannya.
Rasulullah saw bersabda: ”Sesungguhnya Allah SWT meninggikan (darjat) ummat manusia ini dengan Al-Qur’an dan membinasakannya pula dengan Al-Qur’an.” (H.R Muslim).

Inilah rahsia mengapa generasi awal umat Islam (generasi sahabat, tabi’in dan tabi’itabi’in) menjadi generasi terbaik umat ini sebagaimana dinyatakan oleh Rasul saw. Mengapa demikian? Jawabannya adalah kerana mereka mengamalkan al-Qur’an dan sunnah Rasul saw.

Maka Islam pun berjaya pada masa-masa mereka, sehingga tersebar keseluruh penjuru dunia. Namun, setelah generasi tersebut sampai saat ini umat Islam meninggalkan al-Qur’an sehingga umat Islam menjadi lemah dan hina kerana dijajah oleh orang kafir, bahkan dizalimi dan dibunuh seenaknya oleh orang kafir akibat meninggalkan al-Qur’an.

Kelima, orang yang membaca dan mendengar al-Qur’an akan mendapatkan sakinah, rahmah, doa malaikat dan pujian dari Allah.
Nabi saw bersabda: ”Tidaklah suatu kaum berkumpul dalam salah satu rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah (al-Qur’an) dan mempelajarinya, melainkan ketenangan jiwa bagi mereka, mereka diliputi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat, dan Allah menyebut nama-nama mereka di hadapan para Malaikat yang ada di sisi-Nya.” (H.R Muslim).

Memang, membaca dan mendengarkan ayat-ayat al-Qur’an menentramkan hati kita sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah Swt, ““...Ingatlah, hanya dengan zikir (mengingat) Allah hati menjadi tenang.”. (Q.S Ar-Ra’d: 28). Al-Qur’an merupakan zikir yang paling afdhal (utama). Oleh kerana itu, ketenangan tidaklah diperoleh dengan harta yang banyak, dan pangkat, namun diperoleh dengan sejauh mana interaksi kita dengan al-Qur’an.

Keenam, mendapat pahala yang berlipat ganda. Rasulullah Saw bersabda: ”Barangsiapa yang membaca satu huruf Kitabullah maka ia mendapat satu kebaikan, dan satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif laam miim itu satu huruf, tapi alif itu satu huruf." (H.R at-Tirmizi)


Bahkan, membaca “alif lam mim” saja kita mendapatkan pahala sebanyak 30 kebaikan, maka bagaimana dengan membaca sejumah ayat-ayat yang dalam satu halaman al-Qur’an? Bahkan berapa jumlah pahala yang kita peroleh bila kita mampu membaca 1 juz dengan jumlah huruf ribuan atau ratusan ribu? Tentu pahalanya sangat banyak, bahkan kita tidak sanggup menghitungnya.

Demikianlah berbagai keutamaan dan keuntungan bagi orang yang membaca dan mempelajari al-Qur’an pada bulan-bulan biasa. Maka, terlebih lagi pada bulan Ramadhan sebagai bulan al-Qur’an?! Tentu, pahalanya berlipat ganda dibandingkan dengan bulan-bulan biasa. Maka, sangatlah rugi bagi orang-orang yang tidak mau membaca dan mempelajari al-Qur’an, terlebih lagi di bulan Ramadhan yang dilipat gandakan pahala padanya. Dan keutamaan-keutamaan tersebut tidak dimiliki oleh bacaan lainnya selain al-Qur’an.

Sahabat2 fillah…

Marilah kita manfaatkan hari-hari di bulan Ramadhan kali ini dengan berbagai aktiviti ibadah, khususnya membaca al-Qur’an.


Apa tunggu lagi..jom baca Qur’an :D

·
٠•● Nurmujahiddah Solehah ●•٠

Andai Tiada Esok Lagi Untuk Kita....


Bismillahir-Rahmanir-Rahim .....
Assalamualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh...

Setiap kali bangun tidur dan membuka mata yang terucap adalah kalimah Syukur, ALHAMDULILLAH

Bahawa Allah masih mengizinkan kita kembali melihat fajar.
Merasai hembusan bayu pagi yang menyusup celah jendela dan menemui kembali apa yang kita semalam sebelum mata terpejam.Semuanya masih seperti sediakala,tidak ada yang berubah....

Kemudian melangkahlah dengan iringan doa di bibir untuk meneruskan perjalanan kehidupan....

Dengan bimbinganNya lah kita tidak melangkah ke jalan yang salah.Tidak menjamah yang bukan hak, tidak melihat yang dilarang,tidak menjamah yang tak halal, tidak mendengar yang batil, dan tidak banyak melakukan sia-sia...
Kerana setiap waktu yang dilalui pasti akan ditagih tanggungjawabnya.

Lantaran semua jalan yang dilalui
akan diminta kesaksiannya atas diri kita.
Dan, seluruh indera kita ini akan diminta berbicara tentang apa-apa yang pernah tercipta...

Hari ini, masih ada yang terus lalai.
Masih ada juga lengah sehingga terus mencipta kesilapan...
Walau segunung kuliah pernah didengar,
mulut masih mengucap dusta,
telinga tetap tak mampu membendung irama-irama lalai dan masih saja ada perbuatan yang salah...

Sedangkan, paling kurang 5kali sehari lidah mengucap,tangan ini tengadah,
dan mata menitikkan butir bening,
sekaligus memohon perlindungan dari Allah,dijauhkan dari salah dan dosa.
Tetapi, masih juga langkah ini menuju arah yang sesat....

Setiap hari menangis,
setiap hari meminta keampunan,
tetapi setiap hari juga berbuat salah...

Hari ini mencipta dosa,
esok sibuk bersujud,
meluluhkan air mata,
menyusun kalimah doa,
menganyam permohonan semoga Allah menghapuskannya -

Jangan bertangguh lagi...Kerana, entah sedetik kemudian kita ini tidak lagi sempat memohon keampunan_Nya.
Lupakah kita bahawa waktu begitu cepat berlalu. Lupakah kita bahawa mpenyesalan di akhirat hanyalah sia-sia yang nyata?

Bagaimana jika hari esok tak pernah datang,...Padahal baru saja seharian ini kita berenang di lautan dosa,belum sempat menghapus noda hari ini, kemarin, sebulan yang lalu.

Bagaimana jika Allah tak berkenan membukakan mata kita setelah sepanjang malam terlelap?

Bagaimana jika pertemuan dan keriangan bersama keluarga semalam adalah
yang terakhir kalinya buat kita?

Ketika esok harinya roh ini melihat seluruh keluarga menangisi jasad kita yang terbujur kaku berselimut putih.

Bagaimana jika matahari esok terbit dari barat,tidak seperti biasanya dari timur?

Padahal hari ini kita langsung lupa menyebut nama-Nya. Padahal hari ini, belum sempat mengunjungi satu persatu keluarga, kerabat sahabat handai taulan, tetangga, dan orang-orang yang pernah disakiti hatinya oleh lidah dan tindakan kita...

Sudah terlalu lama tidak mencium tangan orang tua mencari restu mereka,
walau tak terhitung salah diri....

Belum lagi sempat menderma, setelah derma kecil beberapa tahun lalu yang sering kita banggakan....

Dan jika memang esok tidak pernah datang,
sungguh malanglah diri kita ini, benar-benar malang, bila belum sempat mencuci dosa sepanjang hidup, bila belum mendengar ungkapan maaf daripada orang-orang yang pernah kita zalimi,
Bila belum sempat menyisihkan harta yang menjadi hak orang lain, bila belum sempat meminta ampun atas segala salah dan silap yang tercipta...

Maka, saat pagi Allah masih memperkenankan diri kita menikmati fajar, mulakan hari dengan kalimah, "Syukur, wahai Maha Pemurah".

"SEANDAINYA MANUSIA ITU TAHU TENTANG AIBNYA SENDIRI
NESCAYA TIDAK ADA ORANG YANG MAHU MENCELA AIB ORANG LAIN"

Sesungguhnya banyak manusia yang takut kepada Allah setelah melihat dosa-dosa yang dilakukan orang lain.

Tetapi sayangnya…. mereka tidak merasa hal itu saat melihat dosa-dosa
yang dilakukan sendiri...

Wahai sekalian hamba Maha Pencipta,
Siapa di antara kita yang kuat menahan malu,andai kita tahu senarai kesalahan, kederhakaan, kemaksiatan dan pelanggaran yang telah kita lakukan?

Siapa di antara kita yang mampu menahan rasa hina tidak terhingga,
jika kita mengetahui catatan perilaku buruk yang sudah kita lakukan?
Hidup yang kita lalui ini terlalu singkat. Tapi siapa yang kuat menahan
penyesalan akibat keburukan dan dosa yang kerap kita lakukan berulang-ulang?

Wahai sekalian hamba Maha Pencipta,
mari perbaharui taubat, mari perbanyakkan istighfar dan mohon keampunan kepada Sang Maha Pengampun....

Rasulullah S.A.W menggambarkan
bahawa satu dosa itu seperti titik hitam di dalam hati.

 
Semakin banyak titik hitam di dalam hati, maka hati boleh menjadi hitam legam - Tidak lagi bercahaya -. Cahaya tertutup oleh titik-titik hitam yang menjadikannya tidak mampu lagi memandang dan menimbang kebenaran. ..

Wahai sekalian hamba Maha Pencipta,
Segeralah melepaskan diri dari perbuatan dosa,beristigfarlah, dan bertaubatlah dengan sebenar-benarnya taubat, ..
InsyaAlalh hati kita akan cemerlang seperti semula.Tapi bila kita mengulangi perbuatan dosa, maka titik hitam itu akan
bertambah hitam hingga meliputi seluruh hatinya. ...

Wahai sekalian hamba Maha Pencipta,

"KETAATAN TIDAK BERBEZA DENGAN CAHAYA BATIN DAN KEKUATAN FIZIK. KEBAIKAN ITU MEMBERI CAHAYA DALAM HATI, MELAHIRKAN KEKUATAN BAGI TUBUH, SERTA MEMPENGARUHI REZEKI".
- Hasan Al-Bashri -

"SESEORANG DIHALANGI REZEKINYA KERANA DOSA YANG IA LAKUKAN"
- HR. Ibnu Majah -

Wahai sekalian hamba Maha Pencipta,
Mari tadahkan tangan, kita sama-sama berdoa :...

"YA ALLAH, JADIKAN KEDUDUKAN BATINKU LEBIH BAIK DARIPADA
KEDUDUKAN LAHIRKU. YA ALLAH, AKU BERLINDUNG PADA-MU
DARI MENGANGGAP DIRIKU BESAR, TAPI ENGKAU MENGANGGAPKU KECIL

YA ALLAH, AKU BERLINDUNG DENGAN REDHA-MU DARI KEMURKAAN-MU,
AKU BERLINDUNG DENGAN KEAMPUNAN-MU DARI AZAB-MU".

Amin ....

 ·٠•●♥✿ Nurmujahiddah Solehah ✿♥●•٠

Kemuliaan Dalam Menjaga Solat

  بسم الله الحرمن الرحيم

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
Assalamualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh...


Rasulullah SAW. bersabda,
"Barangsiapa menjaga solat, nescaya di muliakan oleh Allah dengan lima kemuliaan" :

1. Allah menghilangkan kesempitan hidupnya
2. Allah hilangkan seksa kubur darinya
3. Allah akan memberikan buku catatan amalnya dengan tangan
kanannya
4. Dia akan melewati jembatan (Shirat) bagaikan kilat
5. Akan masuk syurga tanpa hisab

Dan barangsiapa yang meremehkan solat, nescaya Allah akan mengazabnya dengan lima belas seksaan; enam seksa di dunia, tiga seksaan ketika mati, tiga seksaan ketika masuk liang kubur dan tiga seksaan ketika bertemu dengan Tuhannya (akhirat).

Adapun seksa di dunia adalah :

1. Dicabut keberkahan umurnya
2. Dihapus tanda orang saleh dari wajahnya
3. Setiap amal yang dikerjakan, tidak diberi pahala oleh Allah
4. Tidak diterima doanya
5. Tidak termasuk bagian dari doanya orang-orang saleh
6. Keluar ruhnya (mati) tanpa membawa iman

Adapun seksa ketika akan mati :

1. Mati dalam keadaan hina
2. Mati dalam keadaan lapar
3. Mati dalam keadaan haus, yang seandainya diberikan semua air laut tidak akan menghilangkan rasa hausnya

Adapun seksa kubur :

1. Allah menyempitkan liang kuburnya sehingga bersilang tulang rusuknya

2. Tubuhnya dipanggang di atas bara api siang dan malam

3. Dalam kuburnya terdapat ular yang bernama Sujaul Aqro yang akan menerkamnya kerana mensia-siakan solat. Ular itu akan menyeksanya, yang lamanya sesuai dengan waktu solat

Adapun seksa yang menimpanya waktu bertemu dengan Tuhan:

1. Apabila langit telah terbuka, maka malaikat datang kepadanya dengan membawa rantai. Panjang rantai tsb. tujuh hasta. Rantai itu digantungkan ke leher orang tersebut, kemudian dimasukkan ke dalam mulutnya dan keluar dari duburnya. Lalu malaikat mengumumkan : Ini adalah balasan orang yang meremehkan perintah Allah. Ibnu Abbas r.a berkata, seandainya lingkaran rantai itu jatuh ke bumi pasti dapat membakar bumi.

2. Allah tidak memandangnya dengan pandangan kasih sayang-Nya Allah tidak mensucikannya dan baginya siksa yang pedih.

3. Menjadi hitam pada hari kiamat wajah orang yang meninggalkan solat, dan sesungguhnya dalam neraka Jahannam terdapat jurang yang disebut "Lam-lam". Di dalamnya terdapat banyak ular, setiap ular itu sebesar leher unta, panjangnya sepanjang perjalanan sebulan. Ular itu menyengat orang yang meninggalkan solat sampai mendidih bisanya dalam tubuh orang itu selama tujuh puluh tahun kemudian membusuk dagingnya.

***********************************************************************************

'SOLATLAH KAMU SEBELUM KAMU DISOLATKAN'

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak petok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

p/s: sama2 kita ambil pengajaran..bersyukurlah ALLAH TAK MENCABUT NYAWA ANDA KETIKA ANDA LALAI,LEKA MENINGGALKAN SURUHANNYA

Muhasabah diri....
 
·٠•●♥✿ Nurmujahiddah Solehah ✿♥●•٠