Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Maksudnya: Dan boleh jadi, kamu tidak menyenangi sesuatu,
padahal itu baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu
tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (
Al-Baqarah: 216)
Maksudnya: “apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya
dengan mengatakan, “ Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?(
Al-Ankabut:2)
Dalam ayat yang ana nyatakan di atas, secara terang Allah memberitahu
kepada kita, bahawa setiap sesuatu yang Allah limpahkan,yang Allah berikan dan
Allah timpakan kepada kita semuanya adalah baik untuk kita. Setiap darinya ada
hikmah yang tersembunyi yang Allah sahaja maha mengetahuinya.
Kita pasti akan rasa sedih, kecewa apabila sesuatu yang kita idamkan dan
kita ingini tidak dapat kita peroleh, lalu terdetik dalam hati kita, kenapa
mesti kita yang ditimpakan ujian seberat ini, dan kadangkala kita menyalahkan
orang lain atas sesuatu yang tidak dapat kita kecapi.
Namun sedarkah kita, bahawa setiap yang Allah tentukan untuk kita adalah
ujian dari Allah untuk menguji keimanan kita…Dan setiap yang baik dan buruk itu
adalah yang terbaik untuk diri kita. Ana teringat kata-kata seorang sahabat, “
Biarlah menangis dalam keadaan dekat kepada Allah, daripada ketawa dan gembira
yang melupakan Allah”.
Ana dikelilingi dengan sahabat-sahabat dan rakan taulan yang diuji dengan
pelbagi ujian…Diuji dengan masalah keluarga, diuji dengan masalah akademik
sehingga kadang-kadang mereka hampir jatuh tersungkur….walaupun kadang-kadang
mengalir juga air mata kerana kesakitan, tapi bagi ana menangislah jika itu
akan melegakan. Setiap titisan air mata yang mengalir kerana kesusahan dan
bersabar dengan ujian Allah itu, moga-moga Allah bayar setiap titis air mata
kita di akhirat kelak.
Masya Allah, hebatnya mukmin itu, apabila dia hampir tersungkur, tetapi
jika dia kembalikan segalanya kepada Allah, seakan ada satu aura ketenangan
yang mengalir dalam diri, satu sumber kekuatan untuk dia bangkit kembali…
Bacalah Al-Quran..
Kerana dalam Al-Quran ada penawar bagi segala penyakit, penawar bagi segala
kekusutan dan makanan rohani untuk kita…kerana kadangkala, rohani ini kita ini
sudah terlalu lama kekeringan dan kekontangan, jauh dari Allah…
Dan saat kita diuji itulah…
Tanpa kita sedar…kita kembali kepada Allah…
“ Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu ( Muhammad) tentang Aku, maka
sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia
berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah Ku dan beriman
kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran” (Al-Baqarah:186)
“ iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingat Allah. Ingatlah, dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” (
Ar-Ra’d: 28)
“ Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu palajaran ( A-Quran) dari
TuhanMu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat
bagi orang yang beriman”( QS. Yunus: 57)
Wahai hati-hati yang kekusutan,
Wahai hati-hati yang kekeringan,
Kemblilah kepada pencipta hati itu,
Kerana Dia lebih mengetahui akan ubatnya…..
Ingatlah ayat Allah yang berbunyi, jika kita lupa kepada pencipta kita,
maka Allah akan melupakan diri kita……
Di kala kita sibuk mencari penawar kepada pelbagi krisis jiwa hari ini,
kita memilih untuk menyelak teori-teori barat, sedangkan penyelesaiannya telah
lama Allah titipkan buat kita..iaitu Al-Quran…
Bacalah….
Bacalah…
Bacalah…
Moga hati yang bengkok itu lurus kembali..Amin.
0 Komen tetamu yg baik :-):
Posting Komentar