·٠•●♥ Sahabat fillah rahikumullah....jazakumullah khoir (✿◠‿◠) ♥●•٠·

Jln ke syurga bukan mudah...tp nikmat syurga, SubhanaAllah...



بسم الله ارحمن الرحيم
 

Assalamualaikum wbt sahabat fillah....

Duhai hamba, jalan menuju ke syurga itu tak dihampar dengan permaidani merah, tetapi jalannya penuh lekuk tersendiri dan dipenuhi duri-duri yang menyakitkan.

Jalan ke syurga ini tidak ditaburi oleh

salji-salji yang putih dan lembut...

tetapi oleh ais-ais yg licin

(yg boleh menyebabkan kita jatuh sakit)

“Jalan ini tidak dibentangi dengan

bunga-bunga dan permaidani merah,

tetapi ditaburi dengan duri-duri yang terpacak”

Allah tidak menciptakan syurga hanya untuk mereka yg pandai,
Bukan pula hanya untuk dia yg kaya..
Tidak juga hanya untuk "ustaz ustazah",
Jauh sekali hanya untuk 'alim 'ulama'.
Tidak Allah ciptakan syurga hanya untuk dia yg cantik,
Bukan juga untuk dia yg fasih membaca Al-Quran.
Syurga untuk SEMUA hambaNya yg redha dengan setiap ujian,
Sentiasa berusaha mengumpul taqwa, tidak putus asa untuk mencari ilmu ALLAH, bersyukur dengan kurniaanNYA, & hamba yg senantiasa mencari redhaNYA
~ Peluang untuk ke syurga sentiasa terbuka ~

****************************************************

Di hadapan kita ada dua jalan, pilihlah
Satu ke syurga, satu lagi ke neraka

Kedua-duanya itu jalannya jelas
Tidak ada kesamarannya

Terpulanglah kepada kita memilihnya
Jalan ke syurga ditabur dengan duri
batu kerikil, ranjau-ranjau yang menyusahkan

Jalan ke neraka dihampar dengan
permaidani empuk
Di kiri kanan jalan ada gerai-gerai makanan
yang lazat-lazat rasanya
Melihat sahaja sudah menggiurkan
Belum lagi memakannya
Wah! Lazatnya

Dialu-alukan pula oleh gadis cantik
Melambai-lambai kedatangan kita
Mengiringi perjalanan kita

Sedangkan jalan ke syurga
Tidak ada makanan di kiri kanan
Jauh sekali gadis-gadis manis mengalu-alukan
Apa yang ada, hutan di kiri dan kanan
Tidak ada satu pun yang menarik
Dan yang menggembirakan

Perlu diingat dia telah diberitahu
Di hujung neraka gaung yang dalam
Yang mengerikan dan menyiksakan
Siapa yang menempuh jalan itu
Pasti terjatuh ke gaung yang menakutkan

Di hujung jalan ke syurga pun telah diberitahukan
Ada taman yang indah
Istana mewah, makanan yang lazat rasanya
Gadis-gadis cantik yang menungu-nunggunya

Siapa menempuh jalan ke syurga
Senang dahulu menderita kemudian

Pilihlah mana satu
Kedua-dua jalan terentang di hadapan
kehidupan kita

Kedua-dua jalan sangat jelas
Tidak ada kesamarannya
Terpulanglah kepada kita
Pilihlah mana yang kita suka

(Al-Baqarah : 214). Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

Allah SWT berfiman yang bermaksud, "Didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka. Inilah yang dijanjikan kepadamu, yaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali pada Allah lagi memelihara semua peraturan-peraturan-Nya. Orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang Dia tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami ada tambahannya." (QS. Qaaf: 31-35) 

 "Dan sampaikan berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahwa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rizki buah-buahan dalam surga itu, mereka mengatakan: Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu". Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada istri-istri yang suci dan mereka kekal di dalamnya". (QS. Al-Baqarah 1: 25)




 ~Nurmujahidah Solehah~





0 Komen tetamu yg baik :-):

Posting Komentar