·٠•●♥ Sahabat fillah rahikumullah....jazakumullah khoir (✿◠‿◠) ♥●•٠·

Istiqamah Dalam Mujahadah

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warah matuallahi wabarakatuh...

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Kita baru balik dari peperangan kecil kepada peperangan yang maha besar.”

Para Sahabat bertanya: “Peperangan apakah itu ya Rasulullah?”

Jawab baginda: “Perang melawan nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi) Melawan nafsu (mujahadah) ini memang susah. Rasulullah ibaratkan lebih susah daripada berdepan dengan peperangan senjata. Dalam bab-bab sebelum ini, kita sudah huraikan betapa sulitnya nafsu itu hendak dikesan dan tersembunyi pula. Sebab itu sesetengah orang tidak dapat mengesannya. Sesetengahnya lagi tidak pernah ambil tahu adanya perkara batin ini. Jadi dia tidak pernah berfikir untuk berperang dengan nafsu sendiri. Golongan ini merasa hairan bila diajak melawan hawa nafsu.


Kita seolah-olah hilang kuasa untuk mengawal diri kita sendiri. Semacam ada kuasa yang lebih kuat dalam membentuk dan mengendalikan diri kita ini. Ya, kita sebenarnya sentiasa diburu malah dibelenggu oleh dua musuh yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan.


Musuh itu ialah syaitan dan hawa nafsu.
Bagaimana kita hendak mengalahkan dua musuh ini demi mengembalikan pimpinan diri kepada diri sendiri? Samalah dengan berdepan dengan musuh yang zahir, tidak ada jalan lain melainkan ‘berperang’ dengannya. Cuma berperang dengan musuh batin berbeza dengan musuh zahir, justeru musuh zahir dapat dilihat dan tipu dayanya dapat dinilai dengan akal dan mata. Tegasnya, musuh zahir agak lebih mudah didekati daripada musuh batin.


Perang melawan musuh batin khususnya hawa nafsu dan syaitan ini dinamakan mujahadah. Ia adalah peperangan yang jauh lebih hebat dari peperangan zahir. Mengapa dikatakan demikian?


Ini kerana medan peperangan kedua-dua musuh ini berlaku dalam diri kita. Serangan, tikaman dan ledakannya berlaku dalam diri kita. Walaupun tidak kedengaran dentumannya tetapi bisanya lebih berkesan. Justeru, ramai manusia yang mampu mengalahkan musuh zahir tetapi gagal mengalahkan hawa nafsunya sendiri.


Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya, mereka yang gagah bukanlah mereka yang dapat mengalahkan musuh zahirnya, tetapi adalah mereka yang dapat mengawal kemarahannya.

Namun bukan mudah mengawal kemarahan justeru kemarahan adalah sifat buruk yang didalangi syaitan. Syaitan adalah makhluk yang paling derhaka dan paling banyak menipu daya manusia. Bahkan sangat sedikit manusia yang berjaya mengatasi tipu dayanya. Dalam Al-Quran Allah menjamin orang yang tidak dapat ditipu daya oleh syaitan ialah mereka yang ikhlas.


Begitu juga dengan hawa nafsu, bukan mudah hendak dilawan kehendak dan hasutannya. Ini kerana nafsu itu adalah sebahagian daripada diri kita sendiri. Bermujahadah melawan nafsu bererti berperang dengan diri kita sendiri. Apa yang di sukai oleh hawa nafsu akan disukai oleh diri kita sendiri. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja kita dapat menilai apakah kehendak itu baik atau jahat. Namun setakat tahu buruk atau baiknya belum cukup untuk kita mampu melaksanakan atau meninggalkan. Kita perlu bermujahadah dan terus bermujahadah. Ramai manusia yang tahu tapi tidak mahu. Dan ramai juga manusia yang mahu tapi tidak mampu.


Syaitan tidak pernah tidur. Begitu juga nafsu, musuh yang tidak pernah tahu erti lesu. Sedikit sahaja kita terleka, pasti kita di tipu dan dihasutnya. Bukankah manusia sebaik Nabi Adam pun boleh ditipu oleh iblis hingga terkeluar dari syurga? Oleh kerana kedua-dua musuh itu tidak pernah berehat dari menyerang kita, maka kita sewajarnya tidak berehat untuk mempertahankan diri. Bermujahadah tidak boleh bermusim atau mengikut ‘mood’. Ia adalah satu perjuangan yang tidak henti-henti hinggal malaikat maut mencabut nyawa kita. Malah, hingga ke saat nyawa kita hendak bercerai dari jasad pun, syaitan terus berusaha menipu daya kita. Bahkan pada saat itu, tipu dayanya lebih dahsyat kerana itulah peluang terakhir untuk menyesatkan manusia agar mati dalam keadaan tidak beriman....Na'uzubillaminzalik...

Setiap dosa yang kita buat kerana termakan hasutan syaitan adalah umpama titik hitam pada hati. Makin banyak kita berdosa, makin gelaplah hati. Bayangkan kalau kita bermujahadah sekali sekala sahaja. Ia umpama mencuci pakaian yang sangat kotor sekali sekala. Sudahlah jarang di cuci, kotoran yang terpalit makin banyak hari demi hari. Begitulah hati, jika malas ‘dibasuh’ dengan mujahadah, maka akan bertambah kotorlah ia hingga payah hendak dibersihkan lagi.

Oleh itu, satu prinsip asas dalam bermujahadah ialah istiqamah. Yakni konsisten, terus menerus dan berkesinambungan dalam ‘peperangan’ dengan syaitan dan hawa nafsu. Jika kita hanya bermujahadah tapi tidak istiqamah, maka mujahadah itu tidak akan memberi kesan.

Istiqamah adalah sifat terpuji sama seperti mujahadah. Malah kedua-duanya merupakan gandingan mantap dalam setiap diri yang ingin menuju Allah.

Istiqamah dari segi bahasa adalah tegak lurus. Yakni berdiri teguh di jalan yang lurus, berpegang pada akidah yang tepat dan melaksanakan syariat dengan tekun serta berakhlak baik secara konsisiten.
Firman Allah : " Oleh yang demikian, maka ajaklah mereka dan berdirilah dengan lurus sebagaimana engkau di perintahkan, dan janganlah engkau turutkan kehendak nafsu mereka." (As-Syura :15)
Untuk beristiqamah dalam mujahadah, kita perlukan keteguhan keyakinan (iman), penjagaan lisan dan kawalan tindakan. Ingatlah, syaitan yang kita hadapi adalah makhluk kreatif yang sangat komited dengan azamnya untuk menyesatkan manusia. Hanya senjata mujahadah dan perisai istiqamah mampu berdepan dengan mereka. 

Hidup ini adalah perjuangan melawan hawa nafsu (syaitan). Kadangkala kita menang dan kadangkala kita kalah melawan hawa nafsu syaitan kita. Imam Ghazali menyebut ada tiga bentuk perlawanan manusia terhadap hawa nafsu. Yang pertama, nafsu muthmainnah (nafsu yang tenang), yakni ketika iman menang melawan hawa nafsu, sehingga perbuatan manusia tersebut lebih banyak yang baik daripada yang buruk. Yang kedua, nafsu lawwamah (nafsu yang gelisah dan menyesali dirinya sendiri), yakni ketika iman kadangkala menang dan kadangkala kalah melawan hawa nafsu, sehingga manusia tersebut perbuatan baiknya relatif seimbang dengan perbuatan buruknya. Yang ketiga adalah nafsu la’ammaratu bissu’ (nafsu yang mengajak kepada keburukan), yakni ketika iman kalah dibandingkan dengan hawa nafsu, sehingga manusia tersebut lebih banyak berbuat yang buruk daripada yang baik.

Cuba kita renungkan, termasuk manakah diri kita?

Untuk mengendalikan hawa nafsu, sebaiknya kita melakukan langkah-langkah sebagai berikut:


1. Banyak melakukan ibadah, terutama ibadah-ibadah sunnah (sholat dhuha, tahajud, baca Al Qur’an, dll). Sebab makanan hati yang bersih adalah ibadah.
2. Minta kepada Allah dengan sungguh-sungguh (berdoa) agar keinginan semakin kuat untuk meninggalkan perkara2 yang buruk.

Smg Allah memelihara kita dari nafsu la'mamaratu bissu....dan kuncu2nya...ameen...


·٠•●♥✿ Nurmujahiddah Solehah ✿♥●•٠

Dan ana pun hairan!!!

Assalamu'alaikum warrahmatullahi wabarakatuh

بسم الله الرحمن الرحيم
Ana  hairan pada orang yang yakin akan kematian, tapi hidup bersuka ria.


Ana hairan pada orang yang yakin akan dipertanggugjawabkan segala amal perbuatan di akhirat, tapi asyik mengumpulkan dan menumpuk harta.


Ana hairan pada orang yang yakin akan kubur, tapi masih tertawa terbahak-bahak.


Ana hairan pada orang yang yakin akan adanya alam akhirat, tapi masih menjalani hidupnya dengan bersantai-santai.


Ana hairan pada orang yang yakin akan kehancuran dunia, tapi masih mendambakannya.


Ana hairan pada intelektual, yang bodoh dalam soal moral.


Ana hairan pada orang yang bersuci dengan air, sementara hatinya masih tetap kotor.


Ana hairan pada orang yang sibuk mencari cacat dan aib orang lain, sementara dia tidak sedar sama sekali terhadap cacat yang ada pada dirinya.


Ana hairan pada orang yang yakin bahawa Allah SWT sentiasa mengawasi segala tingkahlakunya, tapi masih berbuat durjana.



Ana hairan pada orang yang sedar akan kematiannya, kemudian akan tinggal di dalam kubur seorang diri, lalu diminta pertanggungjawaban seluruh amal perbuatannya, tapi berharap belas kasih orang lain.


Sungguh.. tiada Tuhan kecuali Aku.. dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Ku.


Wahai manusia !


Hari demi hari usiamu kian berkurang, sementara engkau tidak pernah menyedarinya. Setiap hari Aku datangkan rezeki kepadamu, sementara engkau tidak pernah memuji-Ku. Dengan pemberian yang sedikit, engkau tidak pernah mahu berlapang dada. Dengan pemberian yang banyak, engkau tidak juga pernah merasa kenyang.


Wahai manusia !


Setiap hari Aku mendatangkan rezeki untukmu. Sementara setiap malam malaikat datang kepada-Ku dengan membawa catatan perbuatan burukmu. Engkau makan dengan lahap rezeki-Ku, namun engkau tidak segan-segan pula berbuat durjana kepada-Ku. Aku kabulkan jika engkau memohon kepada-Ku. Kebaikan-Ku tak putus-putus mengalir untukmu. Namun….


sebaliknya, catatan keburukkanmu sampai kepada-Ku tiada henti.


Akulah pelindung terbaik untukmu. Sedangkan engkau hamba terburuk bagi-Ku. Kau raup segala apa yang Ku-berikan untukmu. Kututupi keburukan yang kau perbuat secara terang-terangan.


Aku sungguh sangat malu kepadamu, sementara engkau sedikitpun tak pernah merasa malu kepada-Ku. Engkau melupakan diri-Ku dan mengingati yang lain.


Kepada manusia engkau merasa takut, sedangkan kepada-Ku engkau merasa aman-aman saja.


Pada manusia engkau takut dimarahi, tetapi pada murka-Ku engkau tidak peduli.”


Sahabat fillah, bersujudlah dan bertaubatlah kepada Allah SWT serta menangislah.. betapa banyak dosa yang telah kita perbuat selama ini..lihatlah betapa banyak kelalaian yang

telah kita lakukan selama ini.


“Ya Allah,


kami bukanlah hambaMu yang layak memasuki syurga firdaus-Mu, tidak juga kami mampu akan seksa api neraka-Mu, berilah hamba-Mu ini ampunan, dan hapuskanlah dosa-dosa kami, sesungguhnya hanya Engkaulah Yang Maha Pengampun, Yang Maha Agung.


Ya Allah,


dosa-dosa kami seperti butiran pasir dipantai, anugerahilah kami ampunan wahai Yang Maha Agung, umur kami berkurang setiap hari, sedangkan dosa-dosa kami terus bertambah

adakah jalan upaya bagi kami??


Ya Allah, hamba-Mu yang penuh maksiat ini bersimpuh menghadap-Mu mengakui dosa-dosanya dan memohon kepada-Mu, ampunilah, kerana hanya Engkaulah Pemilik Keampunan, bila Engkau Campakkan kami, kepada siapa dan kemana kami mesti berharap selain dari-Mu”.


“Hisablah dirimu sebelum Allah menghisabmu”.  (Ali bin Abi Talib)

Wallahu ‘aklam bissowaf


 www.nurmujahidahsolehah.blogspot.com

~Nurmujahidah Solehah~

Mana Mampu Ku Hitung NikmatMu



Memberi keinsafan pd diri yg kurang bersyukur...astghfirullah...


Ya ALLAH…. ampunilah kami yang selama ini terlalu banyak dan sering menyia-nyiakan nikmatmu… kami terlalu sering menggunakan anugerahmu untuk hal-hal yang Engkau benci dan Engkau murkai…


Ampunilah kami ya ALLAH..


Jauhkanlah kami dari golongan orang-orang yang selalu berkeluh kesah yang tidak pernah puas dengan yang dimilikinya yang tidak puas dengan pemberian Engkau yang tidak puas dengan segala apa yang ada pada dirinya. Merekalah golongan yang engkau laknat. Jauhkanlah kami dari mereka ya ALLAH………


Ya Allah robbul alamiiin….


Jadikanlah kami sebagai ahli syukur… yang selalu bersyukur dan menyukuri segala pemberianmu, segala anugerahMu segala nikmatMu… sekecil apapun…


Berilah kami kebahagian dalam keadaan apapun yang Engkau ciptakan untuk kami… Jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur ketika nikmat Engkau begitu melimpah…


Dan jadikankalh kami juga orang yang sabar dan bersyukur ketika kami dalam keadaan yang sempit. Sesungguhnya sesempit apapun hidup kami, selemah apapun keadaan kami, kami yakin bahawa Nikmat Engkau masih banyak yang berlimpah kepada kami….


Rabbana auzi’na an nasykura ni’matakallatii an’amta ‘alaina wa’alaa waalidaina wa an na’mala shaalihan tardlohu wa adkhilnaa bi rohmatika fi ‘ibaadikash-sholihin. Irhamna Ya arhamarrohimiin.

BEBERAPA NIKMAT ALLAH :
Diberikan anggota tubuh yang lengkap. Sebagian besar orang baru
menyedari kenikmatan ini setelah dikurangi oleh Allah. Nikmat anggota badan ini, akan dimintai pertanggungjawabannya di hadapan Allah.

Diberikan kesihatan. Nikmat ini tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Jika kita sakit, berlembar-lembar wang kita keluarkan. Dua kenikmatan yang kebanyakan manusia lupa : sihat dan waktu luang. 

Nikmat harta. Orang yang bersyukur kepada Allah akan menggunakan harta sesuai dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
 
Nikmat Keamanan. Orang yang tidak mencampurkan keimanan dan kezaliman maka baginya ‘keamanan’. Dengan nikmat keamanan ini, kita bisa beribadah ataupun menuntut ilmu dengan perasaan
tenang.
 
Hidayah beragama Islam dan nikmat iman. SUBHAANALLAH !!, ini adalah nikmat yang paling besar. Mengapa demikian? Kerana dengan nikmat ini kita boleh membezakan kejahatan dan kebaikan, mana yang diperbolehkan oleh agama atau manakah yang tidak diperbolehkkan.

Namun, kebanyakan manusia itu zalim. Sedikit sekali manusia yang
bersyukur, mereka mengkufuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Katakanlah: ”Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati. (Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur. (Al-Quran Al-Karim Surah Al-Mulk [67]: ayat 23)

Oleh kerana itu, perlu ditumbuhkan perasaan bersyukur kepada Allah sehingga mengantarkan kita untuk bersyukur kepada-Nya..

CARA MENUMBUHKAN PERASAAN SYUKUR :

Merenung (bukan membayangkan).

Lihatlah yang memberi nikmat, bukan besar kecilnya nikmat. Jika engkau mendapatkan nikmat dari Allah, jangan lihat besar kecilnya nikmat, tapi lihatlah yang memberi nik...mat (Rabbul ’alamin).

Lihatlah yang berada di bawah kita (kaitannya dengan nikmat)
 
Ingatlah keutamaan syukur. Orang beriman yakin, jikalau
bersyukur kepada Allah, maka akan mendapatkan keutamaan.

Sedarlah bahawa yang mampu memberikan hidayah untuk bersyukur hanyalah Allah semata.

CARA MENSYUKURI NIKMAT ALLAH :

Hatinya tunduk, dan meyakini bahawa kenikmatan itu pemberian Allah. Hati itu untuk ma’rifah (mengenal Allah) dan mahabbah (mencintai Allah). Tanamkan dalam hati bahawa nikmat itu dari Allah semata.

Lisannya memuji Allah. Jika diberi nikmat, maka hakikatnya itu adalah nikmat dari Allah, maka pujilah Allah. Ucapkan pula, jazakumulloh khoiron kepada orang yang telah memberikan bantuan dan perbanyaklah menyebut nikmat-nikmat Allah. Hasan
al-Bashriy berujar, ”Perbanyaklah menyebut nikmat-nikmat Allah. Sesungguhnya itu adalah kesyukuran.”

Anggota tubuhnya melaksanakan ketaatan kepada Allah. Dalam hal ini anggota badan dijadikan sebagai sarana untuk taat kepada Allah dan mencegah dari maksiat kepada-Nya.

Ketika Abu Hazim ditanya mengenai bentuk syukurnya anggota-anggota badan, maka ia memberikan jawapan-jawapan. Syukurnya dua mata itu, jika melihat kebaikan, sebarkanlah, dan jika melihat keburukan, tutupilah!

Syukurnya dua telinga itu, jika mendengar kebaikan peliharalah, dan jika mendengar keburukan cegahlah!

Syukurnya dua tangan, janganlah tangan itu digunakan untuk mengambil barang yang bukan haknya, juga penuhilah hak Allah yang ada pada keduanya!

Syukurnya perut, hendaknya makanan ada di bahagian bawah, sedangkan yang atas dipenuhi dengan ilmu.

Syukurnya kemaluan, terdapat dalam firman Allah,
Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
(Al-Quran Al-Karim Surah Al-Mu’minun [23]: ayat 5-7)

Syukurnya dua kaki, jika kamu melihat seseorang yang shalih meninggal, kamu bersegera mencontohi amalannya; dan jika jenazah orang yang tidak baik, kamu bersegera untuk menjauhkan diri dari amal-amal yang dia kerjakan, kamu bersyukur kepada Allah!

Sesungguhnya orang yang bersyukur dengan lisannya itu seperti orang yang memiliki pakaian tetapi ia hanya memegang hujungnya, tidak memakainya. Maka ia pun tidak terlindungi dari panas, sejuk, salju, dan hujan.

KEUTAMAAN BERSYUKUR KEPADA ALLAH

Syukur adalah sarana menambah kenikmatan. Ali bin Abi Thalib ra. pernah berkata, Sesungguhnya nikmat itu berkaitan dengan syukur dan syukur itu berkaitan dengan mazid (penambahan nikmat), keduanya tidak boleh dipisahkan, maka mazid dari Allah tidak akan terputus sampai terputusnya syukur dari hamba.

Dan (ingatlah juga), tatkala Rabbmu memberitahukan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan
menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu kufur (mengingkari nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih".
(Al-Quran Al-Karim Surah Ibrahim [14]: ayat 7)

Allah menjadikan tambahan bergantung kapada kesyukuran dan tambahan dari-nya adalah tambahan yang tiada batas, sebagaimana syukur itu sendiri juga tiada batas.

Syukur adalah sebab keridhaan Allah disebabkan pemanfaatan nikmat itu sebagai sarana ibadah.

Syukur menghalangi turunnya adzab. Sebagaimana diterangkan dalam Al-Qur’an,

Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu
bersyukur dan beriman ? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri*) lagi Maha Mengetahui. (Al-Qur’an Al-Karim Surah An-Nisaa’ [4]:ayat 147)

Tatkala iblis – musuh Allah Subhanahu wa Ta’ala – mengerti nilai syukur, bahawa ia merupakan maqam tertinggi dan termulia, maka iblis pun mencanangkan tujuan akhirnya iaitu mengusahakan terputusnya manusia dari bersyukur. Diterangkan bahawa iblis
berkata :

"Lalu aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari samping kanan dan dari samping kiri. Sehingga Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka pada bersyukur (taat)."
(Al-Qur’an Al-Karim Surah Al-A’raaf [7]: ayat 17)

Dalam Surah Saba’ disebutkan bahwa orang-orang yang bersyukur itu sedikit. “Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang pandai
bersyukur.” (Al-Quran Al-Karim Surah Saba’ [34]: ayat 13)

Oleh kerana itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengajarkan doa agar diberikan taufik untuk bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, sebagaimana dalam hadits shahih diriwayatkan Imam Ahmad, Al-Hakim, An-Nasa’iy, dan Imam An-Nawawy, Rasulullah memberikan nasihat kepada Mu’adz :

Demi Allah, aku benar-benar mencintaiMu. Maka di setiap penghujung solat janganlah kamu lupa membaca “Allaahumma a’innii ‘alaa dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibaadatika” (Ya Allah, tolonglah aku agar selalu ingat kepada-Mu,bersyukur kepada-Mu, dan baik ibadahku kepada-Mu).

Wallahu a’lam wa ’afwu minkum


~Nurmujahidah Solehah~


~Nikmat Syurga~

 Allah Rabbul izzati telah berjanji pasti

Siapa taat bakti masuk Syurga jannati

Siapa di alam dunia iman taat setia

Pada Allah Yang Mulia hidup aman bahagia

Malaikat pun turut bergembira menyambut

Hormat berlemah lembut bahagia jangan takut

Syurga dibukakannya elok sangat indahnya

Sedap pemandangannya sukar disifatkannya

Gedung yang permai indah bunga harum dan buah

Sangat lazat dan rendah kehendak tak yang segah

Hawa Syurga pun teduh nyanyian-anyanyian yang merdu

Air sungainya madu susu arak wal hamdu

Pelayan Syurga wildan bawa dulang santapan

Seperti lu’lu’ marjan bersinar bagai bulan

Kelambu tilam tebal seprai guling dan bantal

Bidadari yang jamal manis nikmat yang kekal

Hidup tidak binasa muda sepanjang masa

Mewah aman sentiasa nikmat Tuhan Yang Esa

Sihat setiap saat tak menderita sakit

Hati dada tak sempit hiburan tak sedikit

Macam-macam hiburan bunyian dan nyanyian

Ajaib keanehan mengharukan fikiran

Ruhaaniyyu narrohman ahli qira’at Qur’an

Menghibur ahlal jinan dengan membaca Qur’an

Burung aneka warna bersiul belum pernah

Didengar bersubhana syukur pada Rabbana

Demikian pun juga banyak tidak terhingga

Penyanyi dalam Syurga merdu tidak terduga

Macam-macam hiasan pakaian mas berlian

Baldu sutra intan harum wangi-wangian

Tiap hari berganti nikmat dalam jannati

Apapun diingini pastilah didapati

Wajah bertambah cantik keringat jadi misik

Taman kebun nan asyik harum mudah dipetik

Tidak dengki mendengki tak hasut menyakiti

Suci tak iri hati baik budi pekerti

Jika berjumpa ikhwan gembira jabat tangan

Sama syukuri Tuhan hidup di dunia iman

Seakan-akan baru berjumpa bertemu

Di kerusi meja biru pakaian sutra baldu

Nikmat tidak terbilang tak sifat tak terbayang

Dalam hati seorang nikmat Allah Penyayang

Seluruh disiapkan untuk yang taat iman

Memerangi dan melawan hawa nafsu dan syaitan

Marilah putra-putri Allah kita syukuri

Agama junjung tinggi di pelayaran negeri

Utama yang bernama Rukun Islam yang lima

Itu tiang agama bahagialah utama

Sembahyang tiap hari fardhu Allah Al-Bari

Tunaikan tiap hari jangan lalai tak khiri

Puasa Bulan Ramadhan bagai latihan Tuhan

Bagi orang beriman melawan nafsu syaitan

Haus lapar dan letih disambut jiwa bersih

Redha terima kasih pada Allah Pengasih

Nikmat yang dijanjikan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang beruntung kelak di yaumil akhir. Nikmat kurnia yang tidak akan pernah terbayangkan dan tergambarkan walau hanya selintas dalam benak siapapun. Tidak akan pernah ada kata atau kalimat... yang dpt digunakan untuk sekadar mengungkapkan tentang nikmat syurga. Andai manusia menderetkan kata-kata pilihan untuk sekadar mengantarkan imaginasi tentang nikmat syurga. Seperti kata super indah, sangat luar biasa indah, super spektakuler keindahannya, tidak terkira keindahan dan kebahagiaan surga, keindahan yang tiada duanya dan seterusnya. Tetaplah semua kata itu tidak berarti apa-apa untuk menggambarkan tentang nikmat surga. Dalam sebuah hadits hadits qudsi, Rosululloh SAW bersabda,” Allah SWT berfirman, “Aku menyediakan bagi hamba-Ku yang sholih sesuatu yang belum dilihat oleh mata, belum pernah didengar telinga, dan belum pernah terbersit dalam benak manusia. Jika kalian mau, maka bacalah firman Allah yang bermaksud: ”Seorang pun tidak tahu apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata.” (QS: As Sajdah (32) : 17).

Membicarakan tentang nikmat syurga di zaman yg serba modern ini, merupakan satu topik yang teramat sangat penting. Seperti kita ketahui, dunia kita ini dari hari kehari semakin bersolek indah. Semakin membuai siapapun untuk tenggelam dalam keindahan yang mempesona, seraya melupakan Sang Maha Pencipta. Penglihatan, pendengaran, rasional, akal, hati hingga jiwa, rasanya terus menerus menjadi sandarannya. Manusia semakin leka dan alpa dalam kerakusan menguasai dunia, justru semakin dikuasai. Bahkan sudah ada yang menjadi hambanya. Bukan menjadi subjek yang mengatur, tapi sudah pada tataran diatur. Bagi mereka yang tidak menyedari yang demikian pasti tidak terasa.

Pesona, keindahan dunia memakan korban yang tidak terbilang jumlahnya. Korban-korban itu bertekuk lutut tidak berdaya. Bersedia melakukan apapun dengan suka rela demi mereguk pesona, keindahan dan kemolekan dunia. Demi meraih harta benda, pangkat, jabatan, dan status-status duniawi & lain2nya, manusia bersedia mengorbankan apapun. Tuntunan agama disingkirkan entah kemana. Kewajiban menjalankan ibadah dianggap membuang-buang waktu saja. Kehormatan diri digadaikan dengan harga murahan. Rasa malu sudah lama terbuang. Budi pekerti sudah tercampakkan dari kamus kehidupan. Akal sihat dianggap sudah tidak lagi bermanfaat. Menggelapkan hati sudah biasa demi meraih kekayaan. Mengorbankan dan bahkan menzalimi orang lain demi kepentingan diri.
Dapat kita saksikan korban-korban pemburu dunia di sekitar kita pada hari ini. Mungkin tetangga, teman, saudara atau siapa saja. Atau jangan-jangan korban itu diri kita sendiri. Na’udzubillaminzalik…

Mudah-mudahan pembicaraan tentang nikmat syurga dpt dijadikan seperti brek bagi kenderaan. Menjadi brek bagi siapa pun untuk berhenti dari menenggelamkan diri dalam permainan dunia yang melalaikan dengan cara mengabaikan bimbingan-Nya. Kemudian kembali menjadi hamba yang taat pada Allah dan Rasul-Nya.Marilah kita sama2 merebut atau mengejar syurga yang telah dijanjikan-Nya....Subhanallah....

Renungan dan muhasabah diri



~Nurmujahidah Solehah~

Layakkah kita ke SyurgaNya??


Solat Dhuha cuma dua rakaat, qiamullail (tahajjud) juga hanya dua rakaat, itu pun sambil terngantuk-ngantuk.

Solat lima waktu? Sudahlah jarang di masjid, pilih ayatnya yang pendek-pendek saja agar lekas selesai. Tanpa doa, dan segala macam puji untuk Allah, terlipatlah sajadah yang belum lama tergelar itu.

Lupa pula dengan solat rawatib sebelum maupun sesudah solat wajib. Satu lagi, semua di atas itu belum termasuk catatan: "Kalau tidak terlambat" atau "Bangunnya lambat". Dengan solat model begini, apakah layak mengaku ahli ibadah?

Padahal Rasulullah dan para sahabat sentiasa mengisi malam-malamnya dengan derai tangis memohon ampunan kepada Allah. Sehingga kaki-kaki mereka bengkak kerana terlalu lama berdiri dalam khusyuknya.

Kalimat-kalimat pujian dan pinta tersusun indah seraya berharap Allah Yang Maha Mendengar mahu mendengarkan keluh mereka. Ketika azan berkumandang, segera para sahabat meninggalkan semua aktiviti menuju sumber panggilan, kemudian waktu demi waktu mereka habiskan untuk bersimpuh di atas sajadah-sajadah penuh titisan air mata.


Baca Al-Qur'an sesempatnya, itu pun tanpa memahami erti dan maknanya, apalagi meresapi hikmah yang terkandung di dalamnya. Ayat-ayat yang mengalir dari lidah ini tidak sedikit pun membuat dada ini bergetar, padahal tanda-tanda orang beriman itu adalah ketika dibacakan ayat-ayat Allah maka tergetarlah hatinya. Hanya satu dua lembar ayat yang sempat dibaca sehari, itu pun tidak rutin. Kadang lupa, kadang sibuk, kadang malas. Yang begini mengaku beriman?

Tidak sedikit dari sahabat Rasulullah yang menahan nafas mereka untuk meredam getar yang menderu saat membaca ayat-ayat Allah. Sesekali mereka terhenti, tidak melanjutkan bacaannya ketika cuba menggali makna terdalam dari sebaris kalimat Allah yang baru saja dibacanya. Mereka hiasi mushaf di tangan mereka dengan titis air mata. Setiap titis yang akan menjadi saksi di hadapan Allah bahawa mereka jatuh kerana lidah-lidah indah yang melafazkan ayat-ayat Allah dengan pemahaman dan pengamalan tertinggi.

Bersedekah jarang, begitu juga infak. Kalau pun ada, dipilih mata wang terkecil yang ada di dompet. Syukur-syukur kalau ada duit syiling. Berbuat baik terhadap sesama juga jarang, paling tidak kalau sedang ada kegiatan bakti sosial, yang penting ikut meramaikan. Sudah lah jarang beramal, amal yang paling mudah pun masih kedekut, senyum??  Apa yang susahnya senyum? Kalau sudah seperti ini, layak ke berharap Kebaikan dan Kasih Allah?

Rasulullah adalah manusia yang paling dirindui, senyum indahnya, tutur lembutnya, belai kasih dan perhatiannya, juga pembelaannya bukan semata milik Khadijah, Aisyah, dan isteri-isteri baginda yang lain. Juga bukan semata teruntuk Fatimah dan anak-anak Rasulullah lainnya. Ia sentiasa penuh kasih dan tulus terhadap semua yang dijumpainya, bahkan kepada musuhnya sekali pun. Baginda juga mengajarkan para sahabat untuk berlumba beramal soleh, berbuat kebaikan sebanyak-banyaknya dan sebaik-baiknya.

Setiap hari berbalah dengan tetangga. Kalau bukan sebelah kanan, ya tetangga sebelah kiri. Seringkali masalahnya cuma soal yang remeh temeh, tapi permusuhan boleh berlangsung berhari-hari, kalau perlu ditambah sumpah tujuh turunan. Waktu demi waktu dihabiskan untuk menggunjingkan aib dan keburukkan saudara sendiri. Detik demi detik dada ini terus kesal setiap kali melihat kejayaan orang dan berharap orang lain celaka atau mendapatkan bencana. Sudah sedemikian pekatkah hati yang tertanam dalam dada ini? Adakah layak hati yang seperti ini bertemu dengan Allah dan Rasulullah kelak?

Wajah indah Allah dijanjikan akan diperlihatkan hanya kepada orang-orang beriman yang masuk ke dalam surga Allah kelak. Tentu saja mereka yang berkesempatan hanyalah para pemilik wajah indah pula. Tak inginkah kita menjadi bagian kelompok yang dicintai Allah itu? Lalu kenapa masih terus bermuka masam terhadap saudara sendiri?

Dengan adik tidak akur, kepada kakak tidak hormat. Terhadap orang tua kurang ajar, sering membantah, sering membuat kesal hati mereka, apalah lagi mendoakan mereka, mungkin tidak pernah. Padahal mereka tidak perlukan apa pun selain sikap ramah penuh kasih dari anak-anak yang telah mereka besarkan dengan segenap cinta. Cinta yang berhias peluh, air mata, juga darah. Orang-orang seperti kita ini, apakah layaks berharap syurga Allah?

Dari redha orang tualah, redha Allah diraih. Kaki mulia ibu lah yang disebut-sebut tempat kita merengkuh syurga. Bukankah Rasulullah yang sejak kecil tak beribu memerintahkan untuk berbakti kepada ibu, bahkan tiga kali beliau menyebut nama ibu sebelum kemudian nama Ayah?

Bukankah seharusnya kita lebih bersyukur saat masih dpt mendapati tangan lembut untuk dikucup, kaki mulia tempat bersimpuh, dan wajah teduh yang teramat hangat dan menyejukkan? Kerana begitu banyak orang-orang yang tidak lagi mendapatkan kesempatan itu. Atau harus menunggu Allah memanggil orang-orang terkasih itu hingga kita baru merasa benar-benar memerlukan kehadiran mereka?


Jangan tunggu penyesalan.!!!!


Astaghfirullaah ...

Sama2 kira renungkan dan muhasabah diri...




~Nurmujahidah Solehah~

Ujian & Dugaan, Tanda Allah Sayang


 "Ya Allah kenapa engkau timpakan ujian ini terhadapku" aku tidak kuat ya Allah dalam menghadapinya...itulah ungkapan yg sering diucapkan kepada seorang hamba Allah yg lemah ini. Tetapi ingatlah bahawa setiap ujian yg diturunkan kepada kita pasti ada hikmahnya..mungkin kekadang kita merasakan yg kita sudah berbuat yg terbaik tetapi tetap diuji..Allah akan menguji setiap hambanya yg beriman...


Setiap org menghadapi ujian yg berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya..." la yukallifullahu nafsan illa wus'aha". itulah ayat yg dirakamkan Allah di dalam Al-Quran. Tidak dikatakan beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji..Oleh itu, sbagai hamba Allah yg beriman mmg akan selalu diuji..Ujian yg Allah turunkan kepada kita semua adalah satu peringatan kpd kita supaya kembali semula mengingati Allah yang maha agong..Jangan sesekali bermegah-megah, riak ataupun nampak alim di sisi manusia tetapi hina di sisi Allah...nauzubillahi min zalik..ya Allah jauhkanlah aku dari semua itu..tetapkanlah hatiku ini dengan keimanan yg teguh terhadapmu.."Wahai tuhan yg membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami pada agamamu dab ketaatan kepadamu.." Amin..

Di dalam al-Quran, ujian dan dugaan disebut oleh Allah sebagai البلاء (bala’) serta الفتنة (fitnah). Menurut kamus المحيط (al-Muhit), kedua-duanya berkongsi maksud yang sama. [Al-Muhit, Kaherah, Mesir. http://lexicons.sakhr.com/intro/intro.aspx?fileurl=takdeem.asp]
Menjalani liku-liku hidup sebagai seorang manusia, kita tidak akan dapat lari daripada diuji oleh Allah Azza wa Jalla. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.

Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.

Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.

Ujian yang berbeza untuk mengukur keimanan

Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya. Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. 
( QS. Al-Baqarah: 286)

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan.
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. 
(QS. al-Ankabut: 2-3)

Ganjaran menanti bagi yang diuji

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat Allah Azza wa Jalla serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.

Hadith di atas termasuk dalam bab Sabar (الصبر) oleh Imam al-Nawawi dalam karya beliau dalam bidang hadith; iaitu Riyadh al-Salihin. Di sini dapat dijelaskan bahawa, bagi orang-orang yang beriman dengan Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah bersabar dengan segala dugaan serta mehnah yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Jelas juga, daripada hadith tersebut bahawa semakin besar dugaan yang diperoleh oleh seorang manusia, maka semakin besar ganjara pahala yang akan dia dapati.
Dalam ayat ke-214 surah al-Baqarah, ada dinyatakan bahawa orang yang diuji itu akan mendapat pertolongan daripada Allah serta akan diganjari dengan syurga;

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (QS. Al-Baqarah: 214)

Bentuk-bentuk ujian yang diberikan

Di dalam al-Quran, ada disebutkan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada kaum manusia hambanya. Antaranya adalah;
1. Dugaan yang diberikan kepada kaum Nabi Musa dan Harun adalah dengan anak lembu, yang mana mereka jadikan sembahan. (al-A’raf: 148, Thohaa: 90)
2. Unta betina sebagai ujian buat kaum Tsamud (al-Qamar: 27)
3. Bangunan-bangunan tinggi (yang mewah) buat kaum ‘Ad (al-Fajr: 7-8)
4. Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17)
5. Ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa serta buah-buahan. (al-Baqarah: 155)
6. Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15)
7. Jihad sebagai ujian bagi orang yang beriman (al-‘Ankabut: 6)
8. Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49)
9. Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16)
10. Kehidupan serta kematian sebagai ujian. (al-Mulk: 2)

Nabi Allah juga diuji

Para Nabi juga diuji. Dan ujian yang dikenakan kepada para Nabi adalah lebih berat berbanding manusia biasa. Hal ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam;

إن أشد الناس بلاء الانبياء ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم

“Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.” [al-Silsilah al-Sahihah, al-Albani]

1. Nabi Adam diuji dengan pohon yang terdapat dalam Syurga Allah. (al-Baqarah: 34)
2. Nabi Nuh menghadapi ujian dari anak yang tidak mahu taat kepada Allah. (Huud: 11)
3. Nabi Soleh menerima ujian melalui kaum Tsamud. (al-A’raf:73)
4. Nabi Ibrahim adalah antara Rasul Allah yang menerima banyak ujian, antaranya, penyembelihan anaknya Ismail. (as-Saffat: 102)
5. Nabi Luth diuji dengan kaumnya, (al-A’raf: 80)
6. Nabi Yusuf diuji dengan wanita (Yusuf: 23)
7. Nabi Musa diuji dengan Fira’un yang angkuh. (Thoha: 59-60)
8. Nabi Sulaiman diuji dengan kerajaan yang besar dan mewah. (Sad: 35)
9. Nabi Isa diuji dengan pengikut-pengikutnya. (al-Ma’idah: 112-113)
10. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga Rasul yang dikenakan dengan banyak, antaranya diuji dengan bapa saudaranya, Abu Talib. (al-Qasas: 56)

Bala’ dalam konteks semasa

Mehnah dan tribulasi dalam konteks kehidupan hari ini dapat dilihat di sekeliling kita. Bahawa setiap orang akan diuji dan tiada yang akan terlepas daripada ujian Allah. Perkara yang ringan pada seorang, adalah berat pada satu orang yang lain pula. Dan cara kita berinteraksi dengan dugaan yang mendatang adalah manifestasi keimanan kita kepada Allah. Pada kaca mata orang yang miskin, ujian buatnya adalah dengan kemiskinan. Namun buat orang yang kaya pula, kekayaannya menjadi ujian buat dirinya.

Manusia juga diuji dengan anak-anak. Ada orang yang mendapat anak yang cacat, menjadi dugaan kepada mereka. Ada orang yang mendapat anak yang tenggelam dalam jenayah. Juga menjadi ujian buat dirinya. Ada orang pula mendapat anak yang baik serta bijak. Namun itu juga boleh jadi dugaan buat dirinya.

Lain orang, lain kesusahan yang tertanggung.

Ada orang yang diberikan dengan kesakitan. Sebagai satu peringatan samada dia ingat serta beriman kepada Allah atau tidak. Ada orang pula diuji dengan kesihatan, yang mana jika dia lalai sewaktu sihatnya. Maka itu akan jadi liabiliti padanya. Ada orang diuji dengan kehidupan. Ada orang diuji dengan kematian yang terdekat.

Pendek kata, setiap orang akan, telah, atau mungkin sedang diuji. Namun dengan cara yang berbeza, dengan perasaan yang berlainan. Inilah kebijaksanaan Allah Azza wa Jalla yang menjadikan sesuatu pada takaran yang tersendiri.

Sabar sebagai pelampung bagi orang yang beriman

Orang yang beriman, telah diperingatkan oleh Allah Azza wa Jalla supaya bersabar dalam menghadapi masalah. Telah datang petunjuk buat orang beriman apabila diuji;

يا أيها الذين آمنوا اصبروا وصابروا ورابطوا واتقوا الله لعلكم تفلحون

Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. [Ali Imran: 200]
Menurut al-Baghawi, al-Qurtubi menafsirkan arahan supaya bersabar itu adalah merujuk kepada; bersabar di atas ketaatan kepada Allah.

Kesabaran mesti dijana dengan ketaatan sebagai dasar untuk mengelakkan goyah iman serta berputus asa. Bahkan, kerana ketaatan jugalah, manusia akan menjadi redha atas ujian yang berlaku.

Sabar itu juga adalah sunnah para Nabi dan Rasul. Ini jelas sebagaimana dikhabarkan oleh Allah;

وإسماعيل وإدريس وذا الكفل كل من الصابرين

Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta ZulKifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. [Al-Anbiya’: 85]
Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam menyatakan bahawa Allah menyukai orang yang bersabar. Ini adalah sebagaimana yang datang di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas;

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم للأشج أشج عبدالقيس إن فيك خصلتين يحبهما الله الحلم والأناة

Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam berkata kepada al-A-syaj Abdul Qays; “Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu kesabaran serta lemah lembut.” [Riwayat Muslim]

Kaedah Bersabar

Rasulullah melalui satu hadith mengisyaratkan bersabar itu perlulah pada awal kejadian atau pada kejadian yang pertama.

الصبر عند الصدمة الأولى

Bersabar itu adalah pada pukulan yang pertama. [Riwayat Muslim]

Jika dilihat pada sudut logik akal, manusia ini diukur pada peringkat yang awal. Peringkat pertama adalah yang paling penting dalam menghadapi sesuatu hal. Seandainya dia tidak mampu bertahan pada ujian yang awal. Nescaya, pada yang seterusnya dia mungkin saja rebah. Jadi, di sini, bilamana dikenakan ujian, maka penting sekali untuk kita membina ketahanan diri. Bukan atas faktor ‘alah bisa tegal biasa’, akan tetapi, apabila seorang manusia sudah mempunyai pengalaman pada yang awal tentu sekali dia sudah mula bersedia dan menjadi lebih rasional dalam menghadapi ujian lain yang sama takaran dengannya.

Kesimpulan

Maka bersabarlah. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti aka nada perkara yang lebih baik menanti.

Maka, jadikanlah, atsar dari ‘Umar al-Khattab ini sebagai panduan.

Umar berkata, “Alangkah baiknya mendapat separuh beban pada dua sisi binatang tunggangan. Alangkah baiknya apa yang ada di antara beban dua sisi itu, “iaitu, orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Baqarah: 156-157). Juga firman-Nya, “Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu.” (al-Baqarah: 45) [Riwayat al-Bukhari, http://opi.110mb.com/haditsweb/bukhari/b23_kitab_jenazah.htm]

Wajib untuk kita bersabar, dan selain itu, untuk bersyukur kepada Allah Azza wa Jalla. Kerana orang yang diberikan musibah, atau ujian, pasti akan mendapat ganjaran dari Allah Azza wa Jalla, sebagaimana hadith yang datang pada awal tadi.
Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama-sama orang yang sabar!

يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين

Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]



  Wallahu 'aklam bissowaf....