·٠•●♥ Sahabat fillah rahikumullah....jazakumullah khoir (✿◠‿◠) ♥●•٠·

Rakaman manusia....sehebat mana??


 بسم الله ارحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt sahabat fillah….

sudah agak lama menyepi diri…

sangat rindu rsnyer ingin menulis…

Cuma tidak ada kesempatan waktu yg sesuai… disibukkan dgn  final exam skrg..

betul2 kena bnyk muhasabah diri…

dan jangan jadikan kesibukan2 yg ada yg memg tidak pernah berakhir dan hbs, sbg alasan utk kt tidak ada ruang utk beribadah dan berdakwah (terkena pd batang hidung sendiri)….oppss, berbicara tentang dakwah…sgt gerun rs dihati…apa yg sudah aku lakukan utk jln dakwah ini??…mash adakah sisa2 ruang utkku di jln ini sblm ajal menjemputku?? muhasabahlah wahai diri….


Entry kali ini ana teringin nak kongsi pasal rakaman2 yg dibuat manusia dalam beberapa jam atau minit tentang kehidupan duniawi ini yg tiada kesudahan dan dijadikan perbualan hangat sesama sendiri…..

Rakaman itu hanya beberapa jam…..dibuat oleh manusia,

namun telah sanggup menjadikan isu hangat  negara, menjadikan yang bersalah  tidak bersalah, yang tidak bersalah menjadi bersalah, yang berkuasa boleh diturunkan dari kedudukannya, yang tidak berkuasa boleh menjadi berkuasa, yang bukan siapa-siapa menjadi pusat perhatian, yang menjadi perhatian bukan  siapa-siapa pun atau para ulama’ yg menjadi sanjungan….


Rakaman itu hanya beberapa jam…..dibuat oleh manusia,

namun telah sanggup membuka aib,
hanya dengan sedikit aib namun telah berhasil menyeret ramai orang terlibat dalam permasalahan2 itu...


Rakaman itu hanya beberapa jam, dibuat oleh manusia,

Bagaimana dengan rakaman Allah?


Kadang kita membayangkan malaikat mencatat amal kita seperti kita mencatat perkara2 yang penting di buku, dengan kepantasan menulis kita yang mungkin sgtlah lambat.

Bukan…..bukan seperti itu !!

Bahkan lebih hebat dari spy mana2pun….lebih terperinci dari teknologi CCTV. Ya, akal kita tak kan sampai dan tak sepantas mana jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah SWT.....
Itu hasil ciptaan manusia, canggih tak sehebat mana. Nyata ciptaan-Nya tetap terhebat…


Rakaman Allah yang tidak dapat dicapai oleh akal, didengar dengan indra, dilihat dengan mata

Rakaman Allah yang tidak hanya beberapa jam, namun sepanjang usia kita…hebatkan, SubhanaAllah….

Rakaman Allah yang bukan hanya terperinci setiap hari, setiap jam dan setiap minit, namun setiap detik dan saat…

Rakaman Allah yang tidak hanya tentang suara, namun amat terperinci setiap kegiatan kita, ter perinci setiap lirikan mata kita,  sangat terperinci gerakan ibadah kita, bahkan sgt terperinci akan  lintasan hati kita....


tiada tempat untuk kita lari dan menyembunyikan diri…semua akan menjadi saksi sgl amal perbuatan kita…

Bagaiamana bila rakaman itu kelak dibuka?

Masihkah kita merasa aman?
Berapa usia kita sekarang ?

20 tahun, 30 tahun, 50 tahun, atau bahkan lebih...
 
Sejenak kita merenung, memutar kembali rakaman hidup kita, membuka semua memori hidup…

Rasanya kita memerlukan  waktu yg agak  lama untuk mengingat semua perjalanan hidup kita, begitu rapuhnya ingatan itu tersimpan…

Bagamana dengan rakaman hidup kita yang dimiliki ALLAH ?
 
Yang mana pada saatnya nanti akan ditunjukkan kepada kita..

Pastilah lebih dahsyat lagi, catatan & rakaman itu sugguhlah hebat, tidak ada yg lepas dari pengawasan Allah, walaupun direlung hati yang paling dalam sekalipun
 
kita harus sedar secepat mungkin akan pengawasan Allah atas semua yang kita lakukan
 
Kita harus sedar tidak ada yg terlepas dari ketajaman kamera Allah atas semua perilaku kita
 
Sedarlah wahai diri…bahawa rakaman hidup kita akan diputar & dipertanggung jawabkan kelak

"pada( hari itu) kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap yang telah kamu kerjakan."   (Qs. AlJasiyah 45: 28)
 

Sedarlah bahawa KAMERA ALLAH SELALU MEMANTAU GERAK-GERIK KITA dalam kehidupan ini, semakin kita menyedari bahawa ada yang memperhatikan kita, pastilah kita akan semakin berhati-hati…

Semoga setiap kejadian tidak hanya berlalu dan berlalu..



dan hanya menjadi bahan bualan beberapa hari..

Setiap kejadian dan peristiwa yang sampai kepada kita harus menjadi bahan tafakur kepada kekuasaan Allah. Dialah pemilik kemuliaan dan dariNya-lah kemuliaan. Kemuliaan manusia bukan dari jabatan atau kedudukan namun dari ketakwaannya. Mudah bagi Allah membuka dan menutup segala yang Dia kehendaki.


Katakanlah, "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkau-lah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu" (QS Ali Imran:26)

sama2 kita muhasabah diri...

~Nurmujahiddah Solahah~

0 Komen tetamu yg baik :-):

Posting Komentar