·٠•●♥ Sahabat fillah rahikumullah....jazakumullah khoir (✿◠‿◠) ♥●•٠·

Tidak ada alasan utk tinggalkan Solat...


بسم الله الحرمن الحيم 

Assalamualaikum wbt sahabat fillah....

Alhmdulillah exam dh pun selesai...entry kali ini ana ingin berkongsi tentang solat...kebetulan ada seorg sahabat tanya pendapat ana ttg solat ni, katanya "Allah lbih memahami knp seseorg tu tak solat bkn sengaje nk tggalkn solat, yg pnting dlm sehari ade jgk solat yg dibuat" sbbnye takde tmpt nk solat, trlalu sibuk hgga trtggal solat"...mgkn inilah senario kehidupan manusia sekarang yg diburu kesibukan duniawi sehingga tidak ada masa utk beribadat...padahal, klu difikirkan secara logikal akal, paling tidak 10 minit je pun kita ambil masa utk solat..

Selama kita, seorang muslim yg masih dikurniakan akal yang sihat, dalam keadaan apapun dan situasi bagaimanapun kita punya kewajiban melaksanakan solat. Bahkan sampai pada situasi yang susah macam mana sekalipun.

Sebabnya, agama islam memberikan berbagai rukhshoh (keringanan) dalam pelaksanaannya apabila melaksanakan solat secara normal yg tidak membolehkannya berbuat demikian.

Contoh : Salah satu cara solat adalah dilaksanakan dengan berdiri. Ketika kita sakit dan tidak ada kemampuan untuk berdiri, maka kita diperbolehkan solat sambil duduk. Ini namanya rukhshoh (keringanan). Kalau dengan cara duduk masih tidak mampu maka sholat sambil baring. Begitu parah sakitnya hingga mengeluarkan suara saja tidak mampu, kita tetap wajib melakukan sholat iaitu dengan isyarat. Sekiranya isyarat juga tidk mmpu , solat dlm hati..kalau semuanya dh tak mampu… alamat mintak disolatlah tu...


Itu contoh situasi yang diluar kehendak sendiri org yg sedang sakit. Sekalipun begitu tetap wajib melaksanakan solat. Apalagi kalau situasi dan keadaan yang sedang dihadapi adalah atas kehendak sendiri dan diciptakan sendiri seperti bekerja, hiburan, olah raga, berkenderaan, dan lain2nya, tentu sangat tidak blh untuk dijadikan alasan meninggalkan solat.

Situasi dan keadaan memang kadang membuat kita harus memilih antara tidak beranjak darinya, atau bangkit untuk melaksanakan solat. Di sini iman kita diuji. Dan ujian ini tidak ada siapapun yang akan memberi nilai selain Allah SWT. Lulus atau tidak, manusia nyaris tidak ada yang mengusik. Bagi yang lulus ujian tentu akan memilih meninggalkan akvitinya /tugasannya saat itu dan melaksanakan solat.

Bagi yang tidak lulus, tidak akan begitu mengendahkannya. “alaah cuma solat je…, tak buat pun tak pe” batinnya mungkin begitu. Padahal dia juga tahu kalau solat adalah kewajibannya kerana dia muslim. Dan dia juga tahu kalau tidak solat itu berdosa, kalau tidak solat itu blh di azab di kubur dan neraka. Tapi dia kehilangan rasa takutnya akan semua itu kerana hatinya sudah ditutupi oleh berbagai macam kesenangan duniawi. Semoga kita bukan yang seperti itu...na'uzubillahminzalik...

Satu perkara yang harus benar-benar ditanamkan dalam hati kita adalah bahawa sebagai seorang muslim Solat Adalah Wajib dan Meninggalkan Solat Adalah Dosa Besar. Selama akal masih berfungsi, tidak dibenarkan untuk meninggalkan solat. Kalau hati sudah selalu tertanam perasaan itu insyaallah solat tetap jadi paling utama melebihi yang lain.

Kdg2, iman itu naik dan turun, dan jika sedang saat menurun demikian, ingatlah mati..,
ketika tangan tangan para kekasih menurunkan tubuh kita kedalam lahad dengan airmata kesedihan, setelah itu kita sendiri disana, dalam kesempitan dan kegelapan,
sendiri.. bukan sebulan atau dua bulan, tapi blh jd ratusan tahun atau ribuan tahun sendirian..

tak blh nak luahkan dgn sapa2..., tak dpt nk berhubungan dgn siapapun.., tak blh nk bergerak kemana mana..., tak ada pemandangan, tak ada warna, yg ada hanya kegelapan dan kegelapan.., menunggu dan menunggu.. ribuan tahun.. sendirian..

yg ditunggu adalah sidang akbar pertanggungan jawaban.. harap harap cemas diselingi putus asa dan penyesalan.. itulah yg terus menghantui kita kelak..

ketika mengingati ini maka leburlah segala kekerasan hati, iapun mencair, dan jiwa terpanggil untuk sujud sambil menangis, mengadu pada Allah jika ingat akan hal itu kerana hanya Dialah yg melihat keadaan kita saat itu..

Hanya Dialah yg ada saat itu.. untuk inilah kita ibadah dan berusaha setia pada Nya.. agar Allah SWT tak melupakan kita saat itu dan mengasihani kita yg telah terbujur kaku didalam tanah lembab ribuan tahun...sama2 kita muhasabah diri...

KITA TAK PUNYA ALASAN UNTUK MENINGGALKANNYA...(Solatlah sblm anda disolatkan)
disela-sela berjualan ketika azan berkumandang
biarpun dalam saat genting, Solat tetap menjadi utama

tetap Solat di gudang yg penuh dgn barang

mengharungi ais? tetap tidak lupa pd Solat...

dalam keretapi pun sang jeneral pun tidak lupa pd kewajipannya...


 biarpun salju yg dingin...tetapi lbh dingin lg hatinya...

 mengutamakan berjamaah dalam Solat...

sebelum belayar  lebih baik menunaikan Solat...


 walau pun kiblat tidak pasti, yg penting adalah niatnya...

 ni hanya pertandingan, ada yg lebih penting, iaitu Solat...

di mana tempat tidak tersedia, pagar pun jd sasaran sejadah...

 bersihkan diri, bersihkan hati..biarpun sgt sejuk...


 Kewajipan atas segalanya...


 berjamaah lebih utama, jgn peduli org...

Panasnya cuaca...sejuknya hati...

 tidak perlu tempat yg datar..



 di mana pun boleh, asal niatnya...


 biarpun kelihatan kasar, tp tidak mahu ketinggalan....kewajipan tetap dilaksanakan.

 di atas keretapi...

 Walau dalam keadaan banjir sekalipun, solat wajib dilaksanakan..

Jom...kita saksikan video2 ni...

Hidupmu adalah pilihanmu

Solat boleh di mana-mana. Tak ada sebab meninggalkannya - Must watch till die.


Solat Walau Di Mana Saja Kita Berada

 Moga video2 ini sama-sama dapat dijadikan iktibar.

Jangan sesekali mengabaikan waktu solat kerana solat itu merupakan tiang agama. Tidak solat bermakna merobohkan agama sendiri. Solatlah di mana jua kita berada & amalkan solat di awal waktu. Peringatan utk diri sendiri & sahabat2 fillah..


"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) ALLAH, nescaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
-(QS. Surah Muhammad, : 7)


Inilah salah satu tanda kebesaran Allah, andai kita benar-benar menjaga hak-hakNya.. InsyaAllah, apabila kita menjaga hak-hakNya, akan datang tanpa diduga, hak-hak untuk antara manusia akan turut terjaga..sama-samalah kita bermuhasabah diri, adakah kita benar-benar menjaga dan menunaikan amanah yang Allah berikan kepada kita.. 

wallahu'alam

~Nurmujahidah Solehah~


0 Komen tetamu yg baik :-):

Posting Komentar