sedarlah diri..
Tuhan Arasy sedang melihatmu..
Tahukah kamu, apakah balasan pada orang yang selalu buat dosa dan maksiat?
Neraka Sa’ir mengaum memanggil dengan suara yang penuh dahsyat,
Menerkam marah penuh murka ubun-ubun manusia yang berbuat jahat,
Buatlah maksiat semahu-mahu..nanti badanmu api menjilat
Menerkam marah penuh murka ubun-ubun manusia yang berbuat jahat,
Buatlah maksiat semahu-mahu..nanti badanmu api menjilat
Dengarlah nasihatku..maksiat jangan didekat,
Ingatlah kesalahan-kesalahanmu yang sudah banyak kau buat,
Jiwamu telah tergadai jika engkau tidak segera BERTAUBAT..
Ingatlah kesalahan-kesalahanmu yang sudah banyak kau buat,
Jiwamu telah tergadai jika engkau tidak segera BERTAUBAT..
********************************************************
Tuhan…
Masihkan ada ruang untukku bertaubat
Meniti MahrifatMu
Mendapat keberkatan DariMu
Memohon Nur CahayaMu
Tuhan..
Dosaku ibarat pasir di lautan
Yang tidak dapat dihitung
Kejinya hambaMu ini disisiMu...Ya Allah…
Ya Allah..
Ku pohon ampun dariMu
Hanya padamu kuserahkan segalanya
Leburkan segala dosaku
Agar aku tidak mendapat siksa di akhiratMu
Amiinn....
Masihkan ada ruang untukku bertaubat
Meniti MahrifatMu
Mendapat keberkatan DariMu
Memohon Nur CahayaMu
Tuhan..
Dosaku ibarat pasir di lautan
Yang tidak dapat dihitung
Kejinya hambaMu ini disisiMu...Ya Allah…
Ya Allah..
Ku pohon ampun dariMu
Hanya padamu kuserahkan segalanya
Leburkan segala dosaku
Agar aku tidak mendapat siksa di akhiratMu
Amiinn....
Hari demi hari berlalu, dosa demi dosa kita perbuat, kemaksiatan demi kemaksiatan menorehkan luka menganga dan noda-noda hitam di dalam hati kita, Maha Suci Allah!! Seolah-olah tidak ada hari kebangkitan, seolah-olah tidak ada hari pembalasan, seolah-olah tidak ada Zat yang maha melihat segala perbuatan dan segala yang terbesit di dalam benak fikiran, di gelapnya malam apalagi di waktu terangnya siang, innallaha bikulli syai’in ‘aliim (Sesungguhnya Allah, mengetahui segala sesuatu).
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحاً عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabb-mu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah (syurga) yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: ‘Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah Kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
(Qs. At Tahriim: 8)
Allahumma....betapa zalimnya diri ini, bergelumang dosa dan mengaku diri sebagai hamba, hamba macam apakah ini? yang tidak malu berbuat maksiat terang-terangan di hadapan pandangan Rabb ‘azza wa jalla, wahai jiwa… kenalilah kehinaan dirimu, sedarilah keagungan Rabb yang telah menciptakan dan memberikan nikmat tak berhingga kepadamu, ingatlah pedihnya siksa yang menantimu jika engkau tidak segera bertaubat.
Pepatah Melayu ada menyatakan: “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.” Acapkali di dalam hidup seseorang insan dia akan menempuh situasi penyesalan setelah segala-galanya terlambat dan tidak mampu dirubah lagi. Namun begitu apa yang sepatutnya kita semua fikirkan secara mendalam adalah penyesalan pada hari penghitungan ketika berada di Padang Mahsyar di mana segala amalan semasa kita hidup di dunia akan dihisab dan kemudian ditentukan sama ada kita akan ke syurga mahupun neraka. Ya, apabila ditunjukkan kepada seseorang hamba ALLAH segala keburukan ketika di dunia dahulu, maka akan timbul penyesalan kerana takutkan balasan yang pedih di neraka, maka terdetik di hatinya agar dilewatkan ajalnya ataupun dia dihidupkan semula ke dunia supaya dapat dia bertaubat atas segala kesilapannya dahulu. Namun sayang seribu kali sayang, penyesalannya itu hanya sia-sia kerana ketika di Padang Mahsyar pintu taubat telah tertutup rapat. Maka akan timbul dibenak fikirannya alangkah baik sekiranya aku di dunia dahulu tidak melakukan segala dosa-dosa tersebut. Namun begitu tiada apa lagi yang mampu hendak dilakukan melainkan menanti sahaja hukuman serta azab ALLAH S.W.T. atas kesilapannya yang lalu. Senario sedemikian rupa telah dirakamkan di dalam al-Qur’an melalui firmanNya:
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang KAMI berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai TUHANku! Alangkah baiknya kalau ENGKAU lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ". Dan (ingatlah), ALLAH tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan ALLAH Amat Mendalam Pengetahuan-NYA mengenai segala yang kamu kerjakan. (QS. Al-Munaafiquun 63: 10-11)
Bagi seseorang manusia yang banyak melakukan dosa seboleh-bolehnya pasti akan meminta untuk dilewatkan ajalnya walaupun hanya seketika demi untuk bertaubat kepada ALLAH S.W.T. dan mengerjakan amal-amal soleh tatkala hadirnya Malaikat Maut untuk mencabut nyawanya. Namun begitu permintaan tersebut tentunya akan ditempelak oleh Malaikat Maut kerana waktu datangnya ajal itu telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T. tanpa awal mahupun lewat walaupun sesaat. Seorang ulamak tafsir ketika mengulas firman ALLAH S.W.T. di atas telah berkata:
Manusia yang lalai itu apabila sudah tiba saat kematiannya lalu berkata kepada Malaikat Maut: Hai Malaikat Maut, sudilah kiranya tuan lewatkan kematianku ini sebentar sahaja, sehari pun jadilah, agar saya berkesempatan untuk bertaubat kepada ALLAH pada hari itu serta beramal soleh kematianku ini.
Jawab Malaikat Maut: Itu tidak mungkin terjadi, sebab hari-hari yang lalu sudah kau buang sia-sia sahaja. Jadi tidak boleh ditambah sekalipun hanya sehari.
Katanya pula: Jika demikian sesaat sahaja pun cukuplah.
Jawab Malaikat Maut: Dahulu sudah berjuta-juta saat yang kau sia-siakan. Jadi sesaat pun tidak dapat dipenuhi permohonan itu.
Setelah itu, lalu ditutup pintu taubat untuknya. Kemudan nafasnya tercungap-cungap beberapa kali sehingga akhirnya hilanglah nafasnya dan meninggal dunia dalam keadaan penyesalan.
Apatah lagi sekiranya orang yang ingkar kepada perintah ALLAH tersebut ketika hidupnya begitu sombong terhadap peringatan yang diberikan kepadanya. Kononnya kehidupan yang dilalui dengan berpakaian mendedah aurat, bercouple bersama pasangan yang bukan muhrim, minum arak, seks bebas, menjadi pengunjung tetap di kelab-kelab malam dan lain-lain lagi merupakan kehidupan yang sesuai pada zaman serba moden lagi canggih ini. Golongan yang cuba membawanya ke arah kebenaran ditempelak sebagai golongan yang jumud lagi ketinggalan zaman dan mengganggu hak asasinya untuk hidup sebagaimana yang dirasakan sesuai bagi dirinya. Pasti penyesalannya ketika di hari penghitungan akan lebih mencengkam jiwanya. Pasti terdetik di benak hatinya alangkah baik sekiranya aku dahulu menuruti nasihat mereka yang ingin mengembalikan aku ke jalan yang lurus serta diredhai ALLAH S.W.T.. Tentu juga terdetik di dalam hatinya alangkah baik sekiranya aku diberi kesempatan untuk kembali ke dunia agar aku boleh menjadi insan yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Namun segala-galanya sudah terlewat. Kesempatan yang ALLAH S.W.T telah berikan kepadanya telah dipersiakan dan kini dia sudah tidak memiliki jalan untuk berpatah ke belakang melainkan meletakkan untuk nasibnya di atas kehendak ALLAH S.W.T.. Senario sebegini juga telah digambarkan oleh ALLAH SWT melalui firmanNya:
"Atau berkata semasa dia melihat azab: “Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!” (Kata-kata yang tersebut ditolak oleh ALLAH dengan firman-NYA): "Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjuk-KU (melalui Rasul-KU), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!" Dan pada hari kiamat, engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap ALLAH (dan yang menyatakan kesedihan itu) - muka mereka hitam legam; bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong takbur? (QS. al-Zumar 39: 58-60)
Cepatlah kembali tunduk kepada Ar Rahman, sebelum terlambat. Kerana apabila ajal telah datang maka tidak ada seorang pun yang dapat mengundurkannya barang sekejap ataupun menyegerakannya, ketika maut itu datang… beribu-ribu penyesalan akan menghantui dan bencana besar ada di hadapan; siksa kubur yang meremukkan dan gejolak membara api neraka yang menghanguskan kulit-kulit manusia, subhaanAllah, innallaha syadiidul ‘iqaab (sesungguhnya Allah, hukuman-Nya sangat keras). Padahal tidak ada satu jiwa pun yang tahu di bumi mana dia akan mati, bila waktunya, dapat jadi seminggu lagi atau bahkan beberapa detik lagi, siapa yang tahu? Bangkitlah segera dari lumpur dosa dan songsonglah pahala, dengan sungguh-sungguh bertaubat kepada Rabb tabaaraka wa ta’ala.
Peringatan Bersama :
Peringatan Bersama :
Hidup ini tidak lama..Bahkan kematian itu teman yang paling dekat dengan kita.. Sentiasa letakkan jiwa dan hati dalam taubat padaNya.. Berdoalah semoga kita terus istiqamah dalam perjuangan Islam.. Berdoalah semoga kita terus tsabat berada di jalan Allah.. Berdoalah semoga Dia menjemput kita dalam husnulkhatimah..
Sama2 kira renungkan dan muhasabah diri…
~Nurmujahiddah Solehah~
0 Komen tetamu yg baik :-):
Posting Komentar