skip to main |
skip to sidebar
Posted in
Tazkirah
Posted by
nuriah mujahiddah
on Selasa, 09 Oktober 2012
at
07.28
Dari
Hadits Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan MAKSIATsedangkan kamu tidak
dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka
jahanamKu itu:
Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandung lautan racun yang hitam pekat.
Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000
rantai
Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Al Qur’an dengan jelas telah menggambarkan tentang
neraka termasuk ucapan2 penghuninya.
Jelas sekali bagi penghuni syurga akan terbiasa
kebahagiannya tinggal di dalam syurgaNya.
Sebaliknya penghuni neraka..banyak sekali penyesalan2.
Mereka mengakui perbuatan dosa semasa hidup di dunia.
Rata-rata mereka ingin kembali hidup di dunia untuk
memulakan perbuatan-perbuatan yang baik.
Nak tahu tak…apa yg mereka katakan?
Ni ada dalilnya;
“Mereka menjawab, ya Allah..Engkau telah mematikan kami
dua kali lalu kami mengakui kesalahan dosa2 kami.Maka adakah sesuatu jalan(bagi
kami) untuk keluar dari neraka?
(QS.Al Mukmin;11)
“Ya Allah, keluarkanlah kami darinya dan kembalikan kami
ke dunia. Jika kami kembali (jg kpd kekafiran)sesungguhnya adalah org2 zalim.”
(QS.Al-Mumin)
Betul ke kalau neraka itu sangat luas dan terdiri dari
beberapa pintu dengan penghuninya beragam?
Yup…Neraka itu memang mempunyai banyak pintu. Dan
penghuninya bermacam-macam juga..
Dalilnya?
Jom ..kita tengok hadist dan al Qur’an yang
menggambarkan pintu2 neraka dan penghuninya.
Berdasarkan keterangan yang ditulis dalam kitab
"As-Sab'iyatu Fi Mawa'idzil Birriyat", bahawa sesungguhnya Allah
menciptakan neraka pada hari ahad. Di situ disebutkan pula bahawa neraka itu
mempunyai tujuh pintu atau tujuh tingkatan.
Yazid Ar-Raqqsyi meriwayatkan dari Anas bin Malik…
“Malaikat Jibril datang kpd Rasulullah pada waktu yang
tidak biasa dengan raut muka yg berbeza dari biasanya.
Rasulullah bertanya: Wahai Jibril, kenapa aku melihat
raut mukamu berbeza?
Jibril menjawab:
“Wahai Muhammad,aku datang kepadamu pada saat Allah
memerintahkan supaya api neraka dinyalakan.Tidak pantas jika orang yang
mengetahui bahawa neraka, seksa kubur dan seksa Allah itu sangat dasyat untuk
bersenang sebelum dirinya merasa aman dari ancaman2 itu.
Rasulullah menjawab: Wahai Jibril..lukiskanlah keadaan
neraka itu kepadaku.
Jibril berkata:
Baiklah..Ketika Allah SWT menciptakan neraka, apinya
dinyalakan seribu tahun hingga berwarna hitam pekat, nyala dan baranya tidak
pernah padam.
Demi DZAT yang mengutus engkau kebenaran, seandainya
neraka itu berlubang sebesar lubang jarum,niscaya segenap penghuni dunia akan
terbakar kerana panasnya.
Demi Dzat yg mengutus Engkau dengan kebenaran sebagai
Nabi, seandainya ada baju penghuni neraka itu digantung di antara langit dan
bumi,niscaya semua penghuni dunia akan mati kerana bau busuk dan panasnya.
Demi Dzat yg mengutus Engkau kebenaran sbg Nabi,
seandainya sehasta dari mata rantai sebagaimana yg disebutkan didalam al Qur’an
diletakkan di puncak gunung,niscaya bumi sampai ke dalamnya akan meleleh.
Demi Dzat yang mengutus Engkau kebenaran sbg Nabi,
seandainya ada seorang berada di ujung barat dunia ini di seksa, niscaya org yg
berada di ujung timur akan terbakar kerana panasnya.
Neraka itu mempunyai 7 pintu dan masing2 pintu dibagi2
untuk lelaki dan perempuan.
Rasulullah bertanya;
“Apakah pintu2 itu seperti pintu kami?”
Jibril menjawab;
“Tidak.Pintu itu selalu terbuka dan pintu yg satu berada
di bawah pintu yang lain. Jarak pintu yg satu dgn pintu yg lain sejauh perjalan
70 tahun.
Pintu yang di bawahnya lebih panas 70 x lipat dari pintu
yg di atasnya.
Musuh2 Allah diseret ke sana dan jika mereka sampai di
pintu itu malaikat Zabaniyah menyambut mrk dgn membawa rantai dan belenggu.
Rantai itu dimasukkan ke dalam mulutnya dan keluar dari
duburnya, sedangkan tangan kirinya dibelenggu dengan lehernya, dan tangan
kanannya dimasukkan ke dalam dada hingga tembus ke bahu.
Setiap orang yang derhaka itu dirantai bersama syaitan
dalam belenggu yang sama, lantas diseret wajahnya tersungkur dan dipukul oleh
malaikat dengan palu. Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran
kesengsaraan mereka, niscaya mereka dikembalikan ke dalam neraka."
Rasulullah bertanya, "Siapakah penghuni masing-masing
pintu itu?"
Jibril menjawab,
"Pintu yang paling bawah namanya Hawiyah”
Pintu neraka Hawiyyah ini adalah pintu neraka yang
paling bawah, yang merupakan neraka yang paling mengerikan. Pintu neraka ini
ditempati oleh orang-orang munafik, orang kafir termasuk juga keluarga Fir'aun,
dalam neraka Hawiyyah.
Sebagaimana dalam firman Allah yg bermaksud ;"Maka
tempat kembalinya adalah neraka Hawiyyah" (QS.Al-Qari'ah :9).
Pintu kedua namanya Jahim.
Iaitu pintu neraka tingkat ke 6. Tingkatan neraka ini di
atasnya neraka Hawiyyah. Di dalamnya ditempati oleh orang-orang musyrik yang
menyekutukan Allah.
Hal ini sebagaimana arti firman Allah ini :"Dan
diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat"
(QS.Asy-Syu'araa :91).
Pintu ketiga namanya Saqar tempat arang-orang shabi'in.
Merupakan pintu neraka pada tingkat ke 5. Di dalam pintu
itu ditempati oleh orang-orang yang menyembah berhala atau menyembah
patung-patung yang dibuat bangsanya sendiri.
Tingkatan pintu neraka ini, terletak di atasnya pintu
neraka Jahim. Tentang neraka ini, Allah telah berfirman yang artinya
:"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)" (QS.
Al-Mudatstsir : 42)
Pintu keempat namanya Ladza
Berisi iblis dan orang-orang yang mengikutinya, serta
orang Majusi.
Merupakan pintu neraka pada tingkat yg ke- 4.
Di dalamnya ditempati Iblis laknatullah beserta
orang-orang yang mengikutinya dan orang-orang yang terpujuk rayuannya. Kemudian
orang-orang Majusi pun ikut serta menempati neraka Ladza ini. Mereka kekal
bersama Iblis di dalamnya. Tingkatan pintu neraka Ladza ini diatasnya pintu
neraka Saqar.
Dalam hal ini Allah telah berfirman :
Sekali-kali tidak dapat, sesungguhnya neraka itu adalah
api yang bergejolak". (QS. Al-Ma'arij : 15).
Dengan demikian, dapat disimpulkan bahawa Iblis dan para
pengikutnya akan dimasukkan ke dalam neraka Ladza. Seperti apa yang dikatakan
oleh Malaikat Maut (malaikat Izrail) ketika Iblis hendak dicabut nyawanya, maka
malaikat maut itu berkata, bahawa Iblis akan diberi minum dari neraka Ladza.
Pintu kelima namanya Huthamah tempat orang-orang Yahudi.
Merupakan pintu neraka pada neraka tingkat ke 3. Di
dalamnya ditempati oleh orang-orang Yahudi dan para pengikutnya. Pintu neraka
Huthamah ini, tingkatannya di atas pintu neraka Ladza yang dihuni para Iblis.
Tentang neraka Huthamah ini, Allah telah berfirman dalam
Al-Qur'an :
"Dan tahukah kamu, apa Huthamah itu? (yaitu) api
(yang disediakan) Allah yang dinyalakan". (QS. Al-Humazah : 5-6).
Pintu keenam namanya Sa'ir
Merupakan pintu neraka pada neraka tingkat ke 2.
Di dalamnya ditempati oleh orang-orang Nashrani dan para
pengikutnya. Pintu neraka ini berada di atas tingkatan pintu neraka Huthamah.
Mengenai neraka ini, Allah Ta'ala telah berfirman :"Dan dia akan masuk ke
dalam api yang menyala-nyala (neraka)".(QS. Al-Insyigaq : 12).
Jibril terdiam kerana merasa segan kepada Rasulullah
Saw.
kemudian Rasulullah bertanya,
"Kenapa engkau tidak memberitahukan penghuni pintu
yang ketujuh?"
Jibril menjawab, "Namanya pintu neraka Jahanam Merupakan
pintu neraka yang paling atas (pertama).
Di dalamnya berisi umatmu yang melakukan dosa-dosa besar
dan tidak bertaubat sampai mereka meninggal dunia."
Rasulullah pengsan mendengar penjelasan Jibril tersbt.
Jibril meletakan kepala Rasulullah di pangkuannya sampai
Baginda sedar kembali.
Rasulullah bersabda:
"Betapa besar cobaan yang menimpaku dan aku merasa
sangat sedih.
Jadi, ada di antara umatku yang akan masuk neraka?"
Jibril menjawab,
"benar, iaitu umatmu yang mengerjakan dosa-dosa
besar.
Kemudian Rasulullah saw. menangis, dan Jibril pun juga
ikut menangis. Rasulullah Saw. lantas masuk ke rumahnya dan menyendiri. Baginda
hanya keluar rumah jika hendak mengerjakan solat dan tidak berbicara dengan
siapa pun. Dalam solatnya baginda menangis dan sangat merendahkan diri kepada
Allah Ta’ala.
Pada hari yang ketiga, Abu Bakar r.a. datang ke rumah
baginda dan mengucapkan, ”Assalaamu’alaikum, yaa ahla baitir rahmah, apakah aku
boleh bertemu denganmu ya Rasulullah SAW. ?”
Namun tidak ada seorang pun yang menjawabnya, sehingga
Abu Bakar menangis tersedu-sedu.
Umar r.a. datang dan berdiri di depan pintu seraya
berkata, ”Assalaamu' alaikum, yaa ahlal baitir rahmah, apakah aku boleh bertemu
denganmu ya Rasulullah Saw.?"
Namun tidak ada seorang pun yang menjawabnya, sehingga
Umar lantas menangis tersedu-sedu.
Salman Al-Farisi datang dan berdiri di depan pintu
seraya berkata,
”Assalaamu'alaikum, yaa ahla baitir rahmah, apakah aku
boleh bertemu dengan junjunganku Rasulullah Saw.?"
Namun tidak ada yang menjawab, sehingga meraka pun
menangis dan terjatuh.
Kemudian Salman bangkit dan mendatangi rumah Fathimah.
Sambil berdiri di depan pintu ia berkata, " Assalaamu' alaikum, wahai
putri Rasulullah Saw”
sementara Ali r .a. sedang tidak ada di rumah.
Salman lantas berkata, "Wahai puteri Rasulullah Saw
., dalam beberapa hari ini Rasulullah Saw. suka menyendiri. Baginda tidak
keluar rumah kecuali untuk solat dan tidak pernah berkata-kata serta tidak
mengizinkan seseorang untuk masuk ke rumah baginda."
Fatimah lantas pergi ke rumah baginda (Rasulullah). Di
depan pintu rumah Rasulullah Saw. Fatimah mengucapkan salam dan berkata,
"Wahai Rasulullah, aku adalah Fathimah."
Waktu itu Rasulullah Saw. sedang sujud sambil menangis,
lantas mengangkat kepala dan bertanya, ”Ada apa wahai Fathimah, Aku sedang
menyendiri. Bukakan pintu untuknya."
Maka dibukakanlah pintu untuk Fathimah.
Fatimah menangis semahu-mahunya, kerana melihat keadaan
Rasulullah yang pucat lesi, tubuhnya tampak sangat lemah, mukanya sembab kerana
banyak menangis.
Fatimah bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah yang
sedang menimpa dirimu wahai ayahku?"
Baginda bersabda, "Wahai Fatimah, Jibril datang
kepadaku dan menggambarkan keadaan neraka. Dia memberitahu kepadaku bahawa pada
pintu yang teratas diperuntukkan bagi umatku yang mengerjakan dosa besar.
Itulah yang menyebabkan aku menangis dan sangat sedih."
Fatimah bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana
mereka masuk ke neraka itu?"
Baginda bersabda, "Mereka digiring ke neraka oleh
malaikat. Wajah mereka tidak hitam, mata mereka tidak biru, mulut mereka tidak
disumbat, dan mereka tidak dibelenggu ataupun dirantai."
Fatimah bertanya," Wahai Rasulullah, bagaimana
sewaktu mereka digiring ke neraka oleh malaikat?"
Baginda bersabda, "Lelaki ditarik janggutnya,
sedangkan perempuan dengan ditarik rambut ubun-ubunnya. Banyak di antara umatku
yang masih muda, ketika ditarik janggutnya untuk digiring ke neraka berkata,
”Betapa sayang kemudaan dan ketampananku.
”Banyak di antara umatku yang perempuan ketika ditarik
ke neraka berkata, ”Sungguh aku sangat malu.”
Ketika malaikat yang menarik umatku itu sampai ke neraka
dan bertemu dengan Malik, Malik bertanya kepada malaikat yang menarik umatku
itu, “Siapakah mereka itu? Aku tidak pernah melihat orang-orang yang tersiksa
seperti mereka. Wajah mereka tidak hitam, mata mereka tidak biru, mulut mereka
tidak disumbat, mereka tidak disamakan dengan golongan syaitan, dan mereka
tidak dibelenggu atau diikat lehernya?”
Malaikat itu menjawab, "Kami diperintahkan untuk
membawa mereka kepadamu dalam keadaan seperti itu.”
Malik berkata kepada mereka, ”Wahai orang-orang yang
celaka, siapakah sebenarnya kalian ini?” (Dalam hadis yang lain disebutkan,
bahawa ketika mereka ditarik oleh malaikat, mereka selalu menyebut-nyebut nama
Muhammad. Ketika mereka melihat Malik, mereka lupa untuk menyebut nama Muhammad
SAW. kerana seramnya Malaikat Malik).
Mereka menjawab,
“Kami adalah umat yang diturunkan Al-Quran kepada kami
dan termasuk orang yang mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan.”
Malik berkata, "Al-Quran hanya diturunkan untuk
umat Muhammad Saw .”
Ketika mendengar nama Muhammad, mereka berteriak seraya
berkata, “Kami termasuk umat Muhammad Saw” .
Malik berkata kepada mereka, “Bukankah di dalam Al-Quran
ada larangan untuk mengerjakan maksiat-maksiat kepada Allah Ta'ala?”
Ketika mereka berada di tepi neraka dan diserahkan
kepada Malaikat Zabaniyah, mereka berkata,
”Wahai Malik, izinkanlah kami untuk menangisi nasib
kami.”
Malik mengizinkannya, dan mereka lantas menangis dengan
mengeluarkan darah.
Malik lantas berkata,
”Alangkah baiknya, seandainya tangis ini kamu lakukan
sewaktu berada di dunia. Seandainya sewaktu di dunia kamu menangis seperti ini
kerana takut kepada siksaan Allah, niscaya sekarang ini kamu tidak akan masuk
neraka.”
Malik lalu berkata kepada Zabaniyah,
”Lemparkan, lemparkan mereka ke dalam neraka.”
Ketika mereka dilempar ke dalam neraka, mereka berseru
secara serentak mengucapkan kalimat: Laa ilaaha illallah...., sehingga api
neraka langsung menjadi padam.
Kemudian Malik berkata, ”Wahai api, sambarlah mereka!”
Api itu menjawab, ”Bagaimana aku menyambar mereka
sementara mereka mengucapkan kalimat: Laa ilaaha illallaah.
Malik berkata lagi kepada api neraka, ”Sambarlah mereka”.
Api itu menjawab, ”Bagaimana aku menyambar mereka,
sementara mereka mengucapkan kalimat: Laa ilaaha illallah.”
Malik berkata, ”Benar, namun begitulah perintah Allah
Arasy”.
Kemudian api itu pun menyambar mereka. Di antara mereka
ada yang disambar sampai dua telapak kakinya, ada yang disambar sampai dua
lututnya, dan ada yang disambar sampai leherya.
Ketika api itu akan menyambar muka, Malik berkata,
"Jangan membakar muka mereka, kerana dalam waktu yang
cukup lama mereka bersujud Kepada Dzat Yang Maha Kuasa".
**********************
Dalam Al-Qur'an, Allah telah menggambarkan neraka
Jahannam sebagai berikut :"Sesungguhnya neraka itu melontarkan bunga api
sebesar dan setinggi gunung".(QS. Al-Mursilat : 32)
"Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat
yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya.
(QS. Al-Hijr : 43)
Sahabat2 fillah rahikumullah…
Sama2lah kita muhasabah diri…smg kita tidak tergolong
hamba2Nya yg menghuni neraka yg paling teratas...nu'uzubillaminzalik..
Waallahu ‘aklam bissowaf…
~Nurmujahiddah
Solehah~ (nuriahhamsah)
0 Komen tetamu yg baik :-):
Posting Komentar