BismillahirRahmirRahim
Assalamualaikum Warah MatuAllahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, segala puji bagiNYA...Dia Yg Maha Penyayang masih memberi kesempatan utk diri ini menikmati sgl keindahan ciptaanMu..SubahanaAllah..
Sudah lama coretan tinta tidak dinukilkan diblog ini...kesibukan tugas yg tdk mengizinkan...smg dgn sedikit peringatan dan muhasabah yg ingin ana kongsikan ini dpt memberi manfaat buat diri dan juga sahabat2 fillah.
Kadang2 kita rasa kita sgt sihat, kadang2 kita rs kita dah amalkan diet yg seimbang. Pernah tak kita terfikir sejenak suatu hari yg kita akan dapat penyakit yg kita sendiri tidak pernah jangka? Apa perasaan kita ketika itu??
Tapi bagaimana, alhamdulillah...bersyukur sesiapa yg ditimpa penyakit, sekurang-kurangnya dapat mengingatkan kita ttg kematian selalu :)
Apabila malaikat maut dtg menjemput, sesaat tidak di awalkan dan sesaat tidak di lewatkan. Namun.... bersediakah kita utk menghadapi saat tersebut??
Sahabat fillah rahikumullah...
Pernah tak kita bayangkan saat nyawa ditarik, sekujur badan terbujur kaku di tengah rumah. Sahabat handai dtg menziarahi, kaum keluarga menyedekahkan al-Fatihah, alunan bacaan Al-Qur’an kedengaran dan bergema disegenap ruang.
Lantas tubuh yg kaku itu dibawa untuk dimandikan. Ditekan perutnya perlahan-lahan utk mengeluarkan segala kekotoran. Air disiram ke seluruh tubuh secara perlahan-lahan. Bersediakah utk melalui saat itu?
Seterusnya tubuh yg kaku dibawa utk dikafankan. Saat itu roh melihat bagaimana jasadnya diuruskan. Tubuh dibaluti dgn kain yg berwarna putih. Sanak saudara k mengambil kesempatan utk memberi penghormatan terakhir dgn mencium. Namun jasad itu hanya kaku...
Tiba2 terfikir sejenak dibenak ini...ya, hanya kain putih yg membaluti tubuh yg kaku...bukan dari kain yg mahal, bercorak mahupun berwarna...hanya kain putih yg paling murah. Siapa pun dia, tidak kira apa pun jawatannya, raja, perdana menteri, org bangsawan, mahupun rakyat biasa..hanya kain putih jg yg paling murah menjadi pilihan..muhasahabah seketika...sekaya apa pun dia...hanya kain putih jg yg membaluti tubuh yg kaku itu...masyaAllah...
Teringat pula ketika saat menyambut lebaran...masing2 sibuk mencari baju apa yg sesuai, cantik dan menarik utk di pakai ketika lebaran nnt. Pusat membeli belah menjadi tumpuan..mahal bukan ukuran asalkan hati puas dgn pilihan...tapi,bila saat kematian tlh dtg...semua itu tidak bererti lagi..tidak ada lagi kain yg cantik menjadi sasaran, hanya kain putih jua menjadi pilihan.
Ketika itu hanya org lain yg membaluti kain putih tubuh yg kaku ini..dan jg org lain jua yg akan menyolatkannya. Hanya doa yg diharapkan sbg bekalan saat akhir2 menuju perjalanan kekal abadi. Setelah selesai disolatkan, maka tibalah saat untk dikembalikan kepada yg asal.
Jika blh mendengar rintihan si mati ketika ini, pasti ramai yg akan mengingati akhirat dan tidak memasukkan dunia di dalam hati. Mungin ketika itu roh si mati akan berharap supaya pengurusannya dipercepatkan kerana amalnya yg banyak. Namun jg mgkn roh si mati itu merintih supaya pengurusannya dilambatkan krn amalannya yg sedikit. Nau’uzubillahminzalik..
Saat semuanya selesai, lazimnya bacaan talqin akan bergema. Sungguh indah islam itu. Saat berada di alam liang lahad masih di beri ilmu utk bekalan sepanjg perjalanan. Jom hayati pengertian talqim. Moga2 kita diberi kekuatan utk persediaan ke sana kelak. Namun bukan mulut yg akan menjawab segala pertanyaan, hanya amal dan iman yg akan menjawab segala persoalan malaikat kelak.
Maha Suci Tuhan yg Engkau bersifat dgn Baqa’ dan Qidam, Tuhan yg berkuasa mematikan sekalian yg bernyawa. Maha Suci Tuhan yg menjadikan mati dan hidup utk menguji sesiapa yg baik dan siapa yg kecewa.
Maha Suci Tuhan yg menjadikan lubang kubur sebesar2 pengajaran utk menjadi iktibar kpd org yg lalai dan sebesar-besar amaran kpr org yg masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa melainkan Zat Allah Ta’ala, ialah Tuhan yg Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadrat Allah Ta’ala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, Wahai SAYA Bin IBU SAYA, Wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji2 Allah yg mana kamu adalah bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yg disembah dgn sebenar2nya melainkan Allah, dan bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Ta’ala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan kamu?
Dan apakah kalimah kamu bawa bersama?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan2 mereka dengan cermat dan sehabis-habis tenang, tepat dan betul. Janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gopoh, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu menjawab begini:
Allah Ta’ala Tuhanku,
Muhammad Nabiku,
Islam agamaku,
Kitab suci Al-Qur’an ikutanku,
Baitullah itu Qiblatku, malahan solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat, dan mengerjakan haji diwajibkan ke atasku.
Semua org Islam dan org beriman adalah saudaraku, bahkan dr masa hidup hingga aku mati, aku mengucap: “La ilaha IllaAllah Muhammaddur Rasulullah”
Wahai SAYA Binti IBU SAYA. Tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yg paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di padang mashyar.
Insaflah wahai SAYA Binti IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, berkumpul dan berhimpun di padang mashyar adalah benar, dihisap dan dikira segala amalan kamu adalah benar.
Minum di kolam Nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari kiamat tetap akan ada. Begitu juga Tuhan yg Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yg di dalam kubur.
Di akhirat kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu di sisi Allah Ta’ala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kamu sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta’ala menjinakkan hati kamu yg liar dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yg berdagang seorg diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan yg kamu lakukan.
Ya Allah, ya Tuhan kami..kami merayu dan bermohon kepadaMu supaya tidak diseksa mayat ini dgn kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. subhanaAllah Rabbika Rabiil izzati amma ya sifun wassalamu alal mursalin walhamdulillahi Rabbil ‘alamin.
Semoga pengertian talqin ini membuatkan kita kembali tersedar dunia hanyalah satu persinggahan. Marilah kita sama-sama menambahkan amalan kita untuk persediaan bertemu Rabbul Izzati.
Cuba kita sebutkan nama kita dalam talqin tersebut...bergetar tak hati kita?
Renung....fikir sejenak....
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah pesanku walau satu ayat...” Sepuluh orang yg mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT.
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur “masing2 selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM< TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.”
Bertanya org kepada Rasulullah SAW: Bagaimana kita dpt mengenali org MUKMIN kelak di hr qiamat? Maka jawabnya Rasulullah SAW “Umat dikenal kerana WAJAH mrk putih disebabkan oleh WUDHU’.”
Bila qiamat dtg maka malaikat dtg ke kubur org Mukmin sambil membersihkan debu di badan mrk, kecuali pada tempat sujud. Bekas sujud tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari Zat yg memanggil. Bukanlah debu itu debu kubur, akn tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN mrk. Oleh itu ditinggalkan debu itu sehingga mrk melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang yg melihat para mukmin itu mengetahuinya bahawa mrk adalah pelayanku dan hamba2Ku.
Di dalam satu riwayat yg lain dari Jabir bin Abdullah r,a sabda Rasulullah SAW: “Apabila dtg hari qiamat dan org yg berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah SWT memberi wahyu kpd malaikat Ridhwan: “Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba2Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mrk di dalam keadaan letih dan dahaga” maka ambillah dan berilah mrk segala makanan yg digoreng dan buah-buahan syurga.
“Maka malaikat Ridhwan menyeru wahai sekalian kawan2 dan semua anak yg belum baligh, lalu mrk semua datang dgn membawa dulang dari nur dan berhimpun dkt malaikat Ridhwan bersama dulang yg penuh dgn buah-buahan dan minuman yg lazat dr syurga dgn sgt banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika malaikat Ridhwan berjumpa org mukmin maka dia memeberi makanan itu kpd mrk sambil mengucap sebagaimana yg difirman oleh Allah SWT di dalam surah Al-Haqqah bermaksud: “Makan dan minumlah dgn sedap disebabkan amal yg telah kamu kerjakan hari yg telah lalu itu.”
Smg perkongsian ini dpt memberi manfaat kpd kita semua. Ingatlah KEMATIAN itu dtg bila-bila saja. Smg kita semua tidak lalai dan alpa terhadap persediaan utk menghadapNya walaupun sibuk dlm menguruskan sesuatu.
Wallahu ‘aklam bissowaf..
Jom layan sat.....
~Nurmujahiddah Solehah~
0 Komen tetamu yg baik :-):
Posting Komentar