Jika hati keras dipujuk dosa
Kenangan seketika seksa neraka
jurang dalam hitam yang menyala
sumur nanah dan telaga bisa
jilatan membakar kobaran menggila
kau takkan tega di sana
Jika jiwa gelap dibujuk mazmumah
sentuh kulitmu yang tipis
mampukah kiranya menahan cairan besi
dapatkah ia bertahan di relau nan membuak
panas...panas...panasnya
70 ganda berbanding api duniaa
Jika dirimu liar dirasuk nafsu
bayangkan kau dipasung jahannam
teriak, tangis dan dengus berapi
dihembus dari lidah yang hangus
nafas berasap dan kau tercungap
hampir mati, kau dihidupkan kembali
begitulah....berulang kali
Assalamualaikum kpd pembaca budiman yg sudi singgah ke blog ana ini...dah lama benar tidak menulis di sini, kini kembali ingin berkongsi sedikit ilmu yg ada sebagai peringatan buat diri dan sahabat yg dikasihi krn Ilahi..
Cuba bayangkan, jika kita berusia 40 tahun ketika ini dan mula mengerjakan solat sejak akil baligh (9-15 tahun), bermakna kita sekurang-kurangnya telah memohon jalan yang lurus sebanyak 155,125 kali.
Apakah ALLAH tega mensia-siakan permohonan yang sebanyak dan sekerap itu? Atau kitakah yg mensia-siakan jawapan yg telah diberikanNYA? Pasti ALLAH tidak akan mensia-siakan doa hambaNYA.
FirmanNYa:
"Berdoalah nescaya akan KAMI perkenankan"
Jika pengemis yg meminta berulang-ulang kali di hadapan rumah kita, dgn wajah dan kelaparan, kita juga akan jatuh kasihan dan menunaikan permintaannya. Apatah lagi ALLAH yg Maha Pengasih lagi Maha Pemberi, pasti mengabulkan permintaan para hambaNYA.
ALLAH tidak zalim, tetapi kitalah yang menzalimi diri sendiri. Kitalah yg mengabaikan jalan mujahadah itu. Dalam hubungan sesama manusia kerap berlaku apa yang diungkap when you ask, listen!-maksudnya bila anda meminta suatu pandangan, nasihat dan tunjuk ajar, maka dengarlah jawapannya. Jangan hanya pandai meminta nasihat tetapi mensia-siakan apabila nasihat itu telah diberikan.
Dalam hubungan dgn ALLAH, kerap juga berlaku yg sedemikian. Kita selalu meminta kepadaNYA, tetapi apabila telah ditunjukan...kita sendiri yg tuli dan mensia-siakannya. Inilah berlaku apabila kita memohon jalan yg lurus. Jawapan ALLAH tidak kita dengar. Jalan yg ditunjukiNYA tidak kita ikuti. Teladan yg ditetapkan telah kita pinggirkan.
Semua ini berpunca daripada sifat keegoan. Hanya mulut yg meminta, tetapi hati tidak begitu. bila kita meminta sesuatu daripada pihak lain ertinya kita kekurangan, pihak yg lain itu yg punya lebihan. Kita lemah, pihak yg kita pinta itu yg kuat. Kita pinjam, ALLAH pemilik segala-galanya yg kita inginkan. Itulah rasa yg sewajarnya ada dalam hati para peminta (hamba) berbanding dgn Pemberi (ALLAH).
Dalam erti kata lain, hanya jalan ALLAH sahaja yg benar. Kita wajib melalui jalan itu. Jangan cuba merentang jalan yg lain. Manusia hanyalah 'tetamu senja' yg mesti melalui jalan itu dalam tempoh yg sangat singkat.
Umur kita tidak lama...umpama musafir singgah sementara di pohon yg rimbun dalam satu kembara yg panjang. Begitulah jangka manusia yg datang ke dunia - satu hari di akhirat samalah dgn 1000 tahun di dunia. Dan alangkah celakanya jika dalam masa sesingkat itu kita tersesat?
Sayangnya jalan mujahadah yg lurus itu sudah tidak lurus lagi pd pandangan kita.mengapa? Ini semua gara2 butanya mata yg ada di dalam dada.
Firman ALLAH:
"....kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati di dalam dada" (QS. Al-Haj: 46)
Buta mata tidak nampak jalan di dunia, manakala buta hati tidak nampak jalan ke akhirat. Padahal kita adalah warga akhirat. Bukankah datuk kita Nabi Adam a.s dan nenek kita Siti Hawa berasal dari syurga? Kita ingin kembali ke sana...Buta mata kerana tidak ada cahaya tetapi buta hati kerana bertuhankan nafsu hingga kita tidak sanggup lagi bersusah payah di jalan mujahadah!
Orang yg buta hati, hanya nampak kesenangan yg sementara dan melupakan kesenangan selama-lamanya.
Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Kejahatan itu menyeronokan pada awalnya, tetapi pasti ada penyesalan apabila kita lakukan pada akhirnya. Kebaikan itu menyusahkan pada permulaan, tetapi pasti ada kemanisan bila dilakukan. Justeru, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan dosa.
Percayalah, keletihan melakukan kebaikan akan hilang tetapi pahalanya akan terus berkekalan. Manakala keseronokan melakukan kejahatan akan sirna, tetapi dosanya akan kekal sampai bila-bila. Dan dosa itu bererti neraka dan neraka itu bererti seksa! Nauzubillahh.
Teman....
Bayangkan laut itu neraka
Bayangkan udara ini bara
Bayangkan bumi seluruhnya api
Kayu-kayuan, pepasir dedaun sepanas mentari
Balasan penghuninya yang berdosa
Maya pada ini bertukar menjadi neraka
Bayangkan...
Neraka itu lebih dasyat
Daripada apa yang dapat kau bayangkan
Marilah kita terima kesukaran ini
Demi mencapai kesenangan abadi
Biarlah bersusah di dunia yg sementara
Asalkan tak terjun ke neraka yang selamanya!
Wallahu 'aklam bissowaf...
·٠•●♥✿ Nurmujahiddah Solehah ✿♥●•٠·
0 Komen tetamu yg baik :-):
Posting Komentar