·٠•●♥ Sahabat fillah rahikumullah....jazakumullah khoir (✿◠‿◠) ♥●•٠·

Tahajjud Krunch


 بسم الله الر حمن الرحيم

Assalamualaikum wbt…entry kali ini ana nak kongsi tentang ‘Tahajjud Krunch’. Mgkn dh ada yg pernah bc...saje ana share dr bk kecil krafhati.blogspot.com yg ana bc...simple tp menarik :)



Tahajjud krunch pembekal tenaga di waktu pagi untuk kesegaran sepanjang hari!

PAGI: Inilah masa terbaik untuk membekalkan badan dengan tenaga, sebagai persediaan untuk menempuh hari baru dari menyempurnakan amanah sebagai HAMBA ALLAH dan KHALIFAHNYA.


Dapatkan tenaga yg anda perlukan daripada
 
semangkuk bijirin TAHAJJUD KRUNCH  yang penuh dengan KEBAIKAN!

  TAHAJJUD KRUNCH bukan sahaja LAZAT!
Ia mengandungi



NUTRIEN PENTING
 
 
                                     



 Demi menempuh 
HARI GEMILANG SEORANG KHALIFAH CEMERLANG!
Tahajjud Krunch diperbuat daripada


BIJIRAN KEIKHLASAN
KEMANISAN TAWAKKAL
PADA YANG MAHA KUASA
KESUCIAN AIR MATA KEINSAFAN,
 KEENAKAN RAMUAN TAQWA, dan
HIASAN SEBUAH PENGOBANAN

RAMUAN-RAMUAN ini
Membekalkan KETABAHAN dan KEKUATAN
Demi memulakan
HARI BARU
Dengan penuh
INSPIRASI


Kerana hakikat sekolah kehidupan memang penuh onak dan duri, kerana jalannya licin dan berlumut, basah dan berselut, kerana di sini tiada perhentian buat berehat, kerana dunia bukan tempat melepas penat….


Maka KHALIFAH BISTARI
Yang berjuang demi bahagia di kampung abadi
Amat memerlukan
Vitamin dan mineral KETABAHAN dan KESABARAN


Bijirin sarapan TAHAJJUD KRUNCH bukan mengandungi 1, malah pelbagai jenis vitamin dan mineral penting yang membekalkan tenaga waktu pagi untuk kecergasan sepanjang hari!

KALSIUM Tahajjud KRUNCH membantu membina “TULANG”
Yang kuat demi menyokong kehidupan yang sangat memerlukan KETABAHAN

Semangkuk Tahajjud Krunch setiap hari, dengan secawan air mata keinsafan, dan ketenangan mengingati Tuhan, membekalkan “kalsium harian” yang anda perlukan!

ANDA pasti TERSENYUM TENANG!

Hari-hari sepanjang kehidupan bukan selamanya diiringi episod suka dan ketawa…

Kerana syurga terlalu mahal untuk orang yang hidup sambil lewa di dunia, apatah lagi yang mencintai dunia yang sementara. Syurga itu hadiah buat mereka yang bersusah payah menunaikan amanah.

Walaupun SUKAR dan PERIT, janji untuk menjadi hamba yang TAAT dan mengurus dunia ini dengan keimanan harus ditunaikan. Biar rebah tersungkur, biar luka berdarah…KITA HARUS TERUSKAN!!!


Ramai yang hanya mengerti untuk meminta agar dipermudahkan jalan apabila diuji. Mengapa tidak meminta agar diperkuatkan jiwa dan ditabahkan hati demi menghadapi dugaan dan cabaran? Mengapa kita lupa kepada TAHAJJUD? Bersihkan diri dari noda, dekatkan diri dengan Pencipta, insyaAllah ALLAH janjikan anugerah yang lebih besar daripada yang diberikan buat mereka yang sempat meminta…

TAHAJJUD. SUNGGUH!
IA SATU ANUGERAH!


Ia penghibur, penawar duka. Kepada siapa lagi harus kita adukan suka duka ketawa derita? Kepada siapa lagi kalau bukan Pencipta Raja Sekalian alam!

Hanya dengan menjadikan ALLAH sebagai inspirasi, kita akan memperolehi KETENANGAN SEJATI.
TAHAJJUD. Sungguh! Ia bekal sebuah ketabahan.

Sahabat fillah…
Sesungguhnya kita pada siang hari mempunyai urusan yang panjang dan meletihkan. Maka bangun di malam hari, merintih dan mengadu kepada pencipta yang kita cinta sepenuh jiwa…
ITULAH UBATNYA!

Bangunlah di malam hari dan bacalah Al-Qur’an dengan tertil. Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepadaNya dengan penuh ketekunan...

 
Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (QS. Al-Israa’: 79)

Jangan lepaskan peluang selagi kesempatan masih ada…tunggu apa lagi, jom ‘tahajjud’ :)


·٠•●♥✿ Nurmujahiddah Solehah♥●•٠·

0 Komen tetamu yg baik :-):

Posting Komentar