بسم الله الر حمن الرحيم
Assalamualaikum wbt...Syukur alhamdulillah, Allah
masih memberi kesmpatan buat ana untuk mencoret lagi di sini...dh agak lama ana
tidak menulis di blog ini, kesihtan yg tidak mengizinkan dgn tugasan yg
banyak...nikmat sakit adalah ujian drNYA agar ana lebih menyukuri nikmat
sihat...kesibukan memang tidak akan pernah berakhir...kitalah yg kena bijak memanagekan
masa...
Muhasabah buat diri ini...
Bila ditimpa sakit, kita harus sedar bahawa sakit yang
kita alami ini datang dari Allah SWT “Tiada sesuatu pun bencana pun yang
menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis
dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang
demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya
kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu
jangan terlalu bergembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah
tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi menyombongkan diri.”
(Al-Hadid:22-23)
Hidup ini tidak
lama..Bahkan kematian itu teman yang paling dekat dengan kita.. Sentiasa
letakkan jiwa dan hati dalam taubat padaNya.. Berdoalah semoga kita terus
istiqamah dalam perjuangan Islam.. Berdoalah semoga kita terus tsabat berada di
jalan Allah.. Berdoalah semoga DIA menjemput kita dalam husnulkhatimah..insyaAllah,
aamiinn...
Sebenarnya ana
nak share tentang kaya dan miskin..ada sahabat ana tanya keadilan Allah dia
antara yang kaya dengan miskin..
Sifat bijaksana
Allah SWT sangat jelas terlihat ketika DIA berfirman:
“Dan Allah
melebihkan sebahagian kamu atau sebahagian yang lain dalam rezeki.” (QS.
An-Nahl: 71)
Setiap orang
ada rezeki. Orang yang sakit, yang cacat dan orang yang ditimpa kesusahan pun
semua memiliki rezeki masing-masing. Tidak dapat dinafikan bahawa harta,
anak-anak dan isteri yang solehah, kecantikan, ketampanan, kehormatan dan keturunan
itu semua adalah rezeki. Dan Allah SWT sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadits
ketentuan-ketentuanNYA lima puluh ribu tahun sebelum DIA menciptakan langit dan
bumi.
Allah SWT Yang
Maha Memiliki telah mengatur semuanya sesuai dengan keperluan hidup manusia
secara sempurna. Dalam erti kata lain, bahawa Allah tidak memberi seseorang
dengan mengambil bahagian atau rezeki manusia yang lain. Sebab jika teori
demikian, maka andai kata keinginan seseorg hamba dipenuhi seratus %, pasti ada
yang tidak memiliki apa-apa. Maka teori Allah adakalanya memberi seseorang
hamba dengan sesuatu yang lain. Adakalanya Allah memberinya banyak benda, kerana
hikmah yang tidak diketahui kecuali oleh DIA sendiri. Sedang hamba yang Allah
uji dengan ujian yang dasyat juga dengan hikmah yang hanya DIA saja yang tahu.
Sebagaimana
dikatakan sebahagian ahli tafsir, ketika Allah menciptakan Adam dan Hawa serta
lahirlah keturunannya, Adam lalu mandapat anak keturunannya sebahagian mereka
ada yang sakit (cacat), buta, pincangdan sebagainya. Adam bertanya, “Ya Rabb,
kenapa Engkau ciptakan anak-anakku itu seperti ini dan tidak Engkau ciptakan
anak-anakku itu seperti saudara-saudara mereka?” Allah menjawab, “Agar mereka
menjadi nasihat bagi anak-anakmu yang sihat, wahai Adam.”
Jadi kehadiran
orang-orang tidak sempurna atau cacat di sekitar kita ini adalah nasihat dan
peringatan bagi yang sempurna (sihat). Kalau ditainjau, berapa ramai orang yang
cacat? Berapakah jumlah orang yang sakit? Jumlah mereka sanagt sedikit jika
dibandingkan yang sempurna, sebab kehadiran mereka adalah sebagai ujian bagi
yang sihat dan sempurna...maka bersyukurlah dengan apa yg Allah kurniakan
kepadamu..
Sebenarnya,
asal penciptaan Allah adalah sempurna. Asal mula ciptaan Allah adalah tanpa
cacat. Tapi Allah menjadikan kecacatan itu kerana ada hikmah yang tidak
diketahui kecuali DIA dan agar menjadi nasihat bagi orang-orang yang sempurna
dan sihat sehingga mereka mahu bersyukur menunaikan hak kewajipan kepada mereka
orang-orang yang tidak sempurna.
Mari kita sama2
perhatikan firman Allah ini:
“Apakah mereka
membagi-bagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan
mereka dalam kehidupan dunia dan Kami telah meninggikan mereka sebahagian
mereka atas sebahagian yang lain beberepa darjat, agar mereka dapat
memanfaatkan sebahagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang
mereka kumpulkan.” (QS. Az-Zukhruf: 32)
Sahabat
fillah...
Boleh jadi
lelaki yang kita nilai tampan, beristeri cantik, kaya, memiliki jawatan tinggi
ini adalah yang nampak pada pandangan kita. Tapi hakikatnya kita tidak
mengetahui sedikit pun tentang keadaan yang tersembunyi. Seringkali orang yang
kita lihat bahagia, namun batinnya sebenarnya tersiksa. Betapa ramai lelaki
yang tampan memiliki isteri yang cantik, tapi tidak ada keharmonian rumah tangga
mereka. Di sisi lain, orang yang kita pandang serba kekurangan, miskin dan
sengsara, boleh jadi sangat bahagia dalam hidupnya kerana mereka tidak memiliki
persoalan besar seperti persoalan yang biasa dihadapi orang-orang kaya dan
berpangkat.
Selain itu, apa
yang harus kita fahami bahawa orang yang diberi kelebihan di dunia maka tentu
juga akan mendapatkan pertanyaan dan beban yang lebih di akhirat. Orang yang
kaya, pasti akan diminta segala pertanggungjawaban terkait dengan hartanya. Tapi
orang miskin tentu lebih ringan pertanyaan Allah kepadanya. Orang yang buta,
tidak akan mendapat pertanyaan tentang mata dan pandangannya. Orang yang bisu
tidak akan ada pertanyaan tentang ucapan dan kata-kata. Dan seterusnya,
begitulah keadilan Allah S.W.T...SubhanaAllah-Maha SuciMu Ya Allah...
Marilah kita
sama2 muhasabah diri...tidak ada yang harus kita bangga di dunia ini kerana tidak
ada satu pun yg kita miliki. Semuanya milik Allah...Jadilah orang yang sentiasa
bersyukur dengan nikmat2NYA...
Adakah anda
nampak perbezaan kubur orang kaya & kubur orang miskin?
Tiada perbezaan sama sahaja...
Jangan bangga
pada status...
Jangan pandang
hina pada orang miskin...
Kita semua
sama disisi Allah S.W.T...
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Q.S. Al-Hujurat 49: 13)
Wallahu 'aklam bissowaf...
·٠•●♥✿ Nurmujahiddah Solehah ✿♥●•٠
0 Komen tetamu yg baik :-):
Posting Komentar