·٠•●♥ Sahabat fillah rahikumullah....jazakumullah khoir (✿◠‿◠) ♥●•٠·

Tidak Semudah Lafaz Sakinah

Assalamualaikum wbt sahabat2 fillah...Entry kali ni terasa nak tulis pasal kahwin pulak...mana taknyer dalam bulan ni ramainyer yg kahwin dkt kawasan rumah sewa ana..lebih2 lagi br hbs praktikal di KUA (Kantor Urusan Agama). Sebenarnya dari rentetan ini, baru ana tahu, lafaz nikah ni bukanlah senang...maka tak hairanlah ada yang angkat nikah sampai banyak kali.. :)

Bila dah dengar je SAH, maka dari situ bermulalah satu tanggungjawab besar sang suami memandu arah hidup isterinya ke arah kebaikan...dan ana berharap semoga suatu hari nanti ada insan yang hadir dalam hidup ana serta mampu menjadi imam, memimpin ana ke jalan yg diredhaiNYa...amin Ya Rabb....tapi...jangan ingat kahwin ni boleh buat main suka-suka je...tapi sebenarnya, tanggungjawabnyer besar kerana ingin membina ‘baitul muslim’. 

Syurga dalam rumah tangga bukanlah bermaksud rumahtangga tersebut amaaannn je tanpa perselisihan, namun syurga itu dibina atas 3 dasar- iman,syariat dan akhlak… yang dimana,gabungan 3 elemen tersebut akan melahirkan satu keharmonian yang mengawal suasana rumahtangga agar sentiasa berada dalam lingkaran ketaatan pada Allah walau dalam apa jua keadaan pun.

Ana dapat rasakan mcm mana gementarnya time akad nikah ni...sampai berpeluh-peluh dahi si pengantin lelaki, tak kurang sama si pengantin perempuan, kerana tak lama lagi akan bergelar seorang isteri..kalau dilihat lafaz nikah ni mcm senang je, tapi rupanya taklah semudah ABC..Antum semua tahu tak apa maksud di sebalik lafaz nikah??

Lafaz dlm bahasa Arab

قَبِلْتُ نِكَاحَهَا وَتَزْوِيـْجَهَا بِالْمَهْرِالْمَذ ْكُوْرِ نَـقْدًا

Selesainya lafaz akad nikah...

Aku terima nikahnya si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM.."
Bunyi macam senang?
ini erti sebenarnya:

"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka, aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku."

Bukan semudah lafaz yang diucapkan ketika akad nikah...dalam membina satu rumahtangga muslim yang ideal memerlukan banyak pengalaman, didikan, disamping mujahadah untuk meruntuhkan perangai diri sendiri yang masih-belum-biasa-hidup-berdua.Banyak pasangan boleh tampak intim dan romantik pada pandangan masyarakat..segala gambar dan ucapan sweet sahaja di facebook. Namun tak banyak pasangan mampu menjadi intim,romantik dan harmoni pada pandangan Allah. Neraca rabbani, ingat kan?

Apa agaknya yang Allah nak dari sepasang suami isteri ye?, kahwin je ke.. buat anak.. lepas tu? Tak mungkin itu sahaja expectation Dia, punca penyatuan dua insan.

Susahnya….kalaulah boleh tanya Allah directly.

Oh mengarutlah ana ni…. Nak jawapan dari Allah.. rujuklah al-Qur’an

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu".. (QS. At-Tahrim 66: 6).

Tugas yang berat. Menyelamatkan keluarga dari api neraka.. suami menyelamatkan isteri dari api neraka, isteri menyelamatkan suami dari api neraka, ibu bapa menyelamatkan anak-anak, anak-anak menarik ibu bapa ke syurga, keluarga sendiri lagi,keluarga mertua lagi.. keluarga masyarakat lagi.. anak-anak usrah lagi..keluarga anak usrah lagi…

Hehe..and the list goes on and on… jangan fikir keluarga kita ada 6 ahli, maka yang perlu kita selamatkan adalah 6orang itu sahaja. Sedangkan saat satu pasangan diijab kabul, mereka menjadi salah satu entiti dalam masyarakat..dan masyarakat itu telah menjadi keluarga mereka! Allah…

Kemudian, belum cerita mendidik anak lagi. 

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu" (QS. Adz-Zariyat 51;56). 

Cuba kita faham ayat ni cara lebih spesifik- Dan ingatlah, Aku tidak menciptakan anak kamu melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.. kan kalau Allah cakap direct macam tu pada kita, sesungguhnya takkan penuh la labour room tu dengan ibu bersalin setiap hari T__T, bersalin luar nikah lagi tak perlu sebut T__T.  Pasti setiap ibu bapa akan teragak-agak nak menghasilkan zuriat, iyelah.. nak memastikan mereka sentiasa berada dalam lingkaran peribadatan dan penyembahan pada Allah?

Buat pendamba dalam mihrab cinta...hiasi diri dengan taqwa..moga dambaan mu diterimaNya..


Tajuk: Saat Lafaz Sakinah
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Lihat satu-persatu bait-bait lirik diatas..bukan ku pinta menghayati sehingga hati mu alpa...tapi lihatlah tugas dan amanah yang perlu digalas...
saat lafaz aqad termeterai, maka terlepaslah amanah sang ayah yang selama ini menjaga, mendidik anak gadisnya, kini beralih tugas itu kepada sang suami yang telah menyunting anak gadisnya...

dalam bahagia menggalas beban
dalam tangis menggunung sebuah harapan
taqwa dan iman menjadi siraman
agar rumahtangga tenang dan aman

P/s: "Jika si isteri hanya beranggapan akan berubah hanya apabila memiliki lelaki yang soleh untuk menjadi suaminya, maka alangkah ruginya si isteri kerana masa yang banyak akan di luangkan untuk mengajar si isteri, sedangkan sepatutnya masa si suami harus di habiskan di jalan Allah.”

Fikirlah wahai diri…..Muahasabah diri….semoga ALLAH permudahkan…(T__T), amin Ya Rabb..

p/s: tersedih sekejap bila dengar lagu ini... 

p/s 2: kepada sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan, semoga Allah permudahkan urusan rumahtangga yang bakal di bina, semoga berkekalan hingga akhir hayat dan berkekalan di jannah... semoga Allah menghadiahi dengan anak-anak yang bakal menjadi mujahid dan mujahidah agama... ameen...


 ·٠•●♥✿ Nurmujahidah Solehah ✿♥●•٠

0 Komen tetamu yg baik :-):

Posting Komentar