بسم الله الر حمن الرحيم
Assalamualaikum
wbt...Syukur alhamdulillah, sgl nikmat yg Engkau kurniakan buat diri ini,
Engkau masih memberi kesmpatan buatku untuk mencoret lagi di sini. Smg ilmu yg
ana kongsikan ini dpt bermanfaat buat semua pembaca budiman...:)
Bagi manusia yang lalai dan tidak
bertanggungjawab terhadap potensinya serta tidak menyedari atau memahami
potensi yang diterimanya, ia akan mendapat kerugian yang besar. Di antara
akibat kelalaiannya adalah diumpamakan Allah dengan binatang dan tanaman hingga
ia serupa dengan binatang atau makhluk lainnya yang lebih rendah.
Apabila potensi ini digunakan dengan
baik melalui ibadah dan amal saleh, maka ia akan berbahagia. Sebaliknya jika
potensi tersebut tidak digunakan, maka mereka akan mendapat penghinaan dan
status yang tidak bernilai di hadapan Allah SWT. Mereka diumpamakan dengan monyet,
anjing, babi, kayu, batu, labah-labah, lalat dan keldai.
Al-An’am (Bagaikan binatang ternak)
Manusia diberi hati, mata dan telinga
untuk mengenal tanda-tanda Allah tetapi jika tidak digunakannya maka sama
sahaja tidak mempunyai potensi tersebut. Binatang tidak mempunyai potensi
seperti yang dimiliki oleh manusia, maka wajar Allah berikan perumpamaan
terhadap manusia seperti binatang ternak.
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk
neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak
dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata
(tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat kebesaran (tanda-tanda kekuasaan
Allah), dan mereka mempunyai telingan (tetapi) tidak dipergunakannya untuk
mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seumpama binatang ternak, bahkan mereka
lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
(al-A’raf, 7: 179 )
Manusia sering menuruti hawa nafsu
sehingga menjadikan nafsu sebagai Tuhan sehingga lalai dengan tidak mendengar
dan tidak memahami firman Allah.
“Terangkanlah kepadaKu tentang
orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya, maka apakah kamu
dapat menjadi pemelihara atasnya. Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan
mereka itu mendengar dan memahami, mereka itu tidak lain hanyalah seperti
binatang ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya dari binatang ternak itu.”
(Al-Furqan, 25: 43-44)
Allah berikan hawa nafsu kepada manusia
agar kehidupan manusia menjadi dinamik. Dengan nafsu, manusia mempunyai
cita-cita, keinginan untuk berkahwin, bersungguh-sungguh dalam melakukan
pekerjaan, makan dan minum dan sebagainya.
Nafsu perlu dikendalikan dan dikawal
bukannya dituruti sepenuhnya seperti binatang yang tidak mampu mengendalikan
nafsu. Allah memberi perumpamaan seperti anjing apabila manusia terlalu menurut
hawa nafsu mereka.
“Dan kalau Kami Menghendaki sesunggunya
Kami Tinggikan derjatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada
dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti
anjing jika kamu menghalaunya dihulurkan lidah dan jika kamu biarkannya dia
menghulurkan lidahnya juga. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang
mendustakan ayat-ayat Kami. Cerita-cerita demikian bermaksud agar manusia
memikirkannya.” (al-A’raf, 7: 176)
Al-Qird (Bagaikan kera)
Mereka yang tidak beramal saleh dan
fasik mendapat balasan yang lebih buruk iaitu dikutuk dan dimurkai oleh Allah.
Ayat 160 daripada surah al-Maidah menyebut tentang perumpamaan terhadap orang
fasik (yang disebut pada ayat sebelumnya dalam surah tersebut) sebagai kera dan
babi.
“Katakanlah (Muhammad), “Apakah akan
Aku Beritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang
fasik) disisi Allah? Iaitu orang yang Dilaknat dan Dimurkai Allah, di antara
mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah thagut.”
Mereka lebih buruk dari tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.”
(al-Maidah, 5: 60 )
Al-Khinzir (Bagaikan babi)
Al-Khinzir (Bagaikan babi)
Dalam ayat 160 surah al-Maidah seperti
di atas juga menyebut perumpamaan seperti babi terhadap orang-orang fasik. Babi
adalah makhluk yang diharamkan oleh Allah untuk memakannya sebagai ujian kepada
manusia, dan ia memiliki berbagai karakter yang tidak baik. Manusia bagaikan
babi adalah manusia yang memiliki pelbagai karakter yang tidak baik.
Maksud hadith;
Dari ibnu mas’ud RA beliau berkata,
“RasulAllah SAW ditanyai mengenai kera dan babi, apakah ia merupakan binatang
yang dialihrupakan oleh Allah?” beliau menjawab, “Allah tidak membinasakan
suatu kaum”, atau beliau mengatakan, “Allah tidak mengalihrupakan suatu kaum
lalu menjadikan mereka berketurunan dan beranak cucu dan bahawasanya kera dan
babi ada sebelum itu” (HR Ats-Tsauri)
Adz-Dzubab (Lalat)
Semua kita pasti tahu
apa itu lalat!. Seekor makhluk ciptaan ALLAH SWT yg dikenal suka hinggap di
tempat-tempat yang kotor, dan banyak membawa penyakit mahupun kuman. Walaupun
begitu ia ada disebutkan di dalam Al-Qur’an dan juga hadis nabawi.
Lantas, apa keistimewaannya, sehingga Allah SWT menyebut dan menyinggungnya? Adakah hikmah di balik itu? Bagaimana kedudukannya di dalam hadits Nabi SAW? Adakah pernyataan ilmiah yang menunjukkan keistimewaannya? Melalui halaman yang singkat ini, Insya Allah subhanahu wata'aala kita akan menyinggung secara ringkas tema-tema tersebut.
Lalat di dalam Al-Qur’an atau dalam bahasa Arabnya
‘Adz-Dhubab’ disebut dalam satu ayat iaitu ayat 73, surah Al-Hajj.
Allah SWT yg bermaksdu: "Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun. Walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah." (QS.al-Hajj: 73)
Al-Hijarah (Bagaikan batu)
Mereka yang keras hatinya sehingga
ingkar dan tidak mahu menerima perintah Allah diumpamakan seperti batu bahkan
lebih keras lagi. Perkara ini dirakamkan dalam al-Quran yang menyifatkan sikap
bani Israil yang degil dan ingkar arahan Allah melalui rasulNya, nabi Musa.
“Kemudian setelah itu hatimu menjadi
keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu
sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh
ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh
ada yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-sekali
tidak lengah daripada apa yang kamu kerjakan.” (QS. l-Baqarah, 2: 74)
Al-‘Ankabut (Bagaikan labah-labah)
Manusia sering angkuh dan sombong
dengan kebolehan dan potensi yang Allah kurniakan. Mereka berbangga dengan
pencapaian dan kuasa yang mereka perolehi di dunia hingga menganggap tidak ada
perkara yang boleh membinasakan mereka.
Firaun begitu angkuh dan mendakwa dia
adalah Tuhan yang boleh menentukan hidup dan mati. Namun ternayata dia tidak
dapat melindungi diri apabila ditelan oleh laut yang ketika mengejar nabi Musa.
Hanya Allah merupakan pelindung yang
paling berkuasa dan tidak mampu ditandingi. Jika manusia mencari pelindung
selain Allah, ternyata ia amat sia-sia kerana makhluk tidak mempunyai kekuatan
dan amat lemah.
“Perumpamaan orang-orang yang mengambil
pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah.
Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah kalau mereka
mengetahui.” (QS. Al-‘Ankabut, 29: 41)
Al-Himar (Bagaikan keldai)
Al-Himar (Bagaikan keldai)
Orang yang mendustakan ayat-ayat Allah
diibaratkan seperti keldai. Mereka telah diberikan panduan tetapi tidak
mengambilnya. Suatu kerugian yang besar bagi manusia yang telah mengenal Allah
tetapi kemudian mendustakannya.
“Perumpamaan orang-orang yang
dipikulkan kepadanya Taurat kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti
keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruk perumpamaan kaum yang
mendustkan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum
yang zalim.” (al-Jumu’ah, 62: 5)
Al-Khasyab (Bagaikan kayu)
Manusia sering bersikap tidak jujur dan
hipokrit. Mereka hanya mengejar dunia dengan kemewahan, keseronokan dan
kecantikan yang bersifat sementara. Nilai ini dianggap penting dan dipandang
tinggi oleh manusia tetapi ianya bukan suatu yang bermakna di sisi Allah SWT
sehingga Allah umpamakan seperti kayu.
“Dan apabila kamu melihat mereka,
tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata, kamu
mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar.
Mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka.
Mereka itulah mush yang sebenarnya maka waspadalah terhadap mereka; semoga
Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan dari
kebenaran?” (QS. al-Munafiqun, 63: 4)
Firman
Allah Ta’ala yg bermaksud “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi silih
bergantinya malam dan siang bahtera yg berlayar di laut membawa apa yg berguna
bagi manusia dan apa yg Allah turunkan dari langit berupa air lalu dgn air itu
Dia hidupkan bumi setelah matinya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan
dan pengisaran angin dan awan yg dikendalikan di antara langit dan bumi;
sungguh terdapat tanda-tanda bagi kaum yg berakal.”
Haiwan-haiwan
yg bertebaran di muka bumi ini sangat banyak dan bervariasi serta penuh dgn
tanda-tanda kekuasaan Allah. Semuanya penuh dgn segala manfaat dan hikmah bagi
manusia. Wallahu 'aklam bissowaf....
SubhanaAllah-Maha SuciMu Ya Allah...
·٠•●♥✿ Nurmujahiddah Solehah ✿♥●•٠
0 Komen tetamu yg baik :-):
Posting Komentar