·٠•●♥ Sahabat fillah rahikumullah....jazakumullah khoir (✿◠‿◠) ♥●•٠·

Detik Terakhir...

بسم الله الر حمن الرحيم

Assalamualaikum wbt...Syukur alhamdulillah, sgl nikmat yg Engkau kurniakan buat diri ini, Engkau masih memberi kesmpatan untuk ana berkongsi sedikit ilmu, walaupun agak bz sikit dgn tugasan kuliah.  Smg ilmu yg ana kongsikan ini dpt bermanfaat buat sahabat fillah dan buat diri ana sendiri...:)


Kiranya inilah detik terakhir
Kita pun pamit tiba-tiba
Tanpa sangka kita berpisah
Ajal datang
Kita dijemput kematian

Akan adakah lagi pertemuan
Atau perpisahan berkekalan
Yang di dunia
Hanya mimpi
Yang kita lalui bagaikan ilusi
Aku, kau dan kita….
Bagai sejalur fatamorgana

Sesungguhnya detik terakhir ini
Adalah satu permulaan
Pada satu perjalanan
Yang tiada akhirnya!

Mari kita kembara seketika untuk mengungkap cebisan rahsia kematian dan kehidupan yang hakikatnya adalah ujian bagi setiap insan.

Apakah kaitan antara hidup dan mati? Apakah rahsia di sebalik kata-kata bahawa mati itu adalah tunang kepada kehidupan? Marilah kita ‘kembali’ sebelum pergi menemui kehidupan yang abadi!

Kata-kata yang sungguh dalam dan tersirat maknanya. Ia bermaksud, hanya apabila seseorang itu telah mati barulah hakikat atau realiti kehidupan ini tersingkap dengan sejelas-jelasnya.

Pedek kata, mati adalah program realiti yang benar-benar realiti. Setelah roh berada di alam barzakh (yakni alam kubur yang menjadi sempadan antara dunia dan akhirat), barulah kebanyakan manusia sedar apakah perkara yang benar-benar bernilai dalam hidupnya ketika hidup di dunia. Bila mata yang ada hancur dimamah bumi, maka ketika itulah mata hati yang alpa selama ini tersentak....terbeliak, lalu ketika itu barulah terserlah yang mana ‘intan’ dan yang mana ‘kaca’?

Menjelang kematian, setiap hari diri akan akur betapa bernilainya kebaikan dan kebajikan. Itulah hakikatnya intan yang selama ini dianggap kaca. Dan pada saat itu barulah kita sedar betapa intan yang selama ini kita puja hakikatnya hanyalah kaca yang tidak berharga. Itulah perbuatan dosa dan perkara yang sia-sia. Alangkah ruginya ketika hidup di dunia. Kita tersentak!!

Manusia seringnya tersedar apakah hakikat kehidupan yang sebenar setelah kematian. Dan lebih malang lagi, hanya ketika itu barulah manusia menyedari bahawa mati sebenarnya bukanlah satu pengakhiran, tetapi adalah satu permulaan bagi satu kehidupan yang tidak ada mati-mati lagi (hidup di akhirat kekal abadi).

 Manusia telah diingatkan bahawa di alam roh kita telah mengenal ALLAH. Firman ALLAH:

“Bukankah aku ini TUHANmu? Maka semua (roh manusia) menjawah: “Benar, KAMI (Engkaulah TUHAN kami) menjadi sakdi.” (QS. Al-A’raf: 172)

Bahkan telah mengakui sebagai rob yang sebenar (TUHAN kita). Mengenal ALLAH ertinya mencintai ALLAH. Ini kerana sesiapa sahaja yang mengenali ALLAH, pasti akan jatuh cinta kepadaNYA.

Namun, alangkah sedikitnya manusia yang benar-benar mengenal ALLAH. Kebanyakan manusia hanya mengetahui tetapi tidak mengenaliNYA. Mengenal dan mengetahui itu jauh berbeza. Mengenal dgn hati, mengetahui dgn akal. Mengenal hanya memahami, tetapi mengenali akan merasai. Kebanyakan kita hanya mengetahui ALLAH Maha Melihat. Dan kerana itulah kita masih tega dan tergamak melakukan kemungkaran walaupun kita tahu ALLAH Maha Melihat.

Pepatah Arab ada mengatakan, manusia menjadi hamba kepada apa yang dicintainya. Jadi, bila cinta itu sudah tersalah, maka tersalah jugalah ramai manusia meletakkan sifat kehambaannya. Hidup beralih arah, daripada menghambakan diri kpd ALLAH kepada ‘menyebah’ hawa nafsu.

Firman ALLAH: “Terangkanlah kepadaKu tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai TUHANnya, maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?” (QS. Al-Furqon: 43)

Akibatnya, tujuan hidup telah tersasar. Ini kerana hanya manusia yang menyedari adanya TUHAN dan memperhambakan diri kepadaNYA sahaja akan mempunyai tujuan hidup yang tepat dan jelas. Manusia tidak akan tahu apa tujuan hidup kerana manusia tidak pinta dihidupkan. ALLAH yang menghidupkan kita, maka ALLAH jua yang Maha Mengetahui untuk apa manusia dihidupkan. tanpaNYA, tidak akan ada tujuan hidup.

Setelah terhantuk (mati), barulah dia terngadah (sedar. Rupa-rupanya apa yang diburu selama ini hanyalah kepalsuan manakala apa yang dihindari adalah kebenaran. Ahh...betapa tersasarnya langkah selama di dunia, setelah mati baru terjaga! Pada ketika itu jugalah ramai yang mengharapkan agar dapat pulang ke dunia semula. Minta untuk dipanjangkan umur, bagi menukar perbuatan buruk selama hidup di dunia dahulu dgn amalan kebaikan.

Di alam kubur, ketika debu-debu tanah menjadi bumi dan langit kepada kita, barulah kita terjaga dari buaian mimpi selama ini. Tiba-tiba arus kesedaran melanda. Cahaya ilmu menerpa dgn tiba-tiba. Lalu tersentaklah dia bahawa hakikatnya hidup ini adalah untuk memperhambakan diri kpd ALLAH, beribadat kpdNYA. Rasa ingin bertaubat singgah tiba-tiba. Terasa dosa yang dilakukan begitu banyak, bagaikan buih dilautan.

Sayangnya segala-galanya sudah terlambat. Apa gunanya sedar di alam kubur krn pada saat itu kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi untuk memperbaiki keadaan. Jadi, kesedaran itu mesti dirasai semasa hidup di dunia lagi, barulah mempunyai makna dan berguna. Apabila hidup di dunia dilalui dgn penuh kesedaran akan hakikat kematian, maka barulah seseorang manusia akan berlumba-lumba melakukan kebaikan dan kebajikan.

Sebaliknya, jika kesedaran itu hanya berlaku di alam kubur, maka segala-galanya sydah terlambat. Jadi bertaubatlah sebelum terlambat, kembalilah ketika masih sempat! Mereka yang ingat mati inilah hakikatnya orang yang hidup. Merekalah orang yang berani, dan orang yang berani tidak pernah mati – the brave never die!


Firman ALLAH:
“Ketahuilah dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang.”(QS. A-Ra’du:56)

Sama2lah kita renung dan bermuhasabah diri...

Wallahu ‘aklam bissowaf

 Copy & paste: note fb Nurmujahidah Solehah 19/4/12

·٠•● Nurmujahidah Solehah ●•٠

0 Komen tetamu yg baik :-):

Posting Komentar