بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt...
syukur ALHAMDULILLAH~ syukur kpdNya kerana ana masih lagi diberi nikmat hidup hingga ke hari ini yang tidak ternilai di atas muka bumi ini. Syukur kpdNya juga kerana ana masih lagi dikurnia tubuh badan yang sihat dan sempurna untuk beribadah kpdNya. insyaALLAH. Syukur kpdNya juga kerana ana masih lagi hidup dalam nikmat iman dan Islam disamping orang-orang yang ana sayang . Syukur kpdNya juga kerana ana masih lagi diberi rezeki yang melimpah ruah sepanjang kehidupan ana sebagai muslim ini. Syukur, syukur, syukur Alhamdulillah..terima kasih ya Allah...
Sahabat fillah...
Suatu ketika engkau dapati dirimu sedang kehausan, tekak terasa sgt kering dan amat menyiksakan, seolah-olah diri berada di padang pasir yang tandus. Hampir saja tubuhmu rebah tak kuasa menahannya. Tanpa disedari, engkau bangkit dan berlari untuk mencari air. Ketika air itu menyentuh tekakmu, menyirami kerongkongmu yg sgt kehausan, apa yang kamu rasa?? Nikmat yg tidak terhingga,kan..kenapa?? Kerana ketika itu, saat itu engkau sgt memerlukan air sebagai pelepas dahaga.
Begitu jugalah dgn beribadah kpd Allah. Kita akan merasakan nikmat ketika kita memerlukan Allah, kerana lahirlah rasa cinta. Cinta nikmat manakala kesetiaan teruji. Itulah rahsia di sebalik ujian yg diberikanNya. Agar kita berlari mendekatiNya...lebih dekat...dan semakin dekat...sehingga kita dan DIA tiada jarak...
Untuk mencapai darjat kedekatan hamba pada Tuhannya, memerlukan proses. Ibarat mendaki gunung yg tinggi, jurang yg curam ataupun tangga yg tinggi di mana puncaknya adalah tujuan. Untuk naik dari satu anak tangga ke anak tangga berikutnya memerlukan tenaga yg luar biasa, menuntut pengorbanan seluruh fikiran, segenap jiwa dan setulus hati. Itulah keikhlasan sifat tertinggi seorang hamba untuk memperoleh darjat tertinggi yg bernama taqwa.
"Sesungguhnya orang yg paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antata kamu." (QS. Al-Hujurat 49: 13)
Apa sebenarnya pengertian dari taqwa itu?
Taqwa iaitu menjalankan amanah (kehidupan) yg dipercayakan Allah dgn rasa cinta sehingga melahirkan rs tanggungjawab (responsibility) untuk tidak menodai kesucian cintaNya. Oleh kerana itu, akan wujudlah rasa ihsan san islah.
Dan kerana itu juga, seorang yang bertaqwa pada Allah tidak akn merasa berat dan terbeban ketika disuruh memikul tanggungjawab atau berhadapan dgn ujian. Semua itu diterima dgn rasa cinta dan keikhlasan hati, di mana perputaran roda waktu yg dilakukannya hanyalah mengelilingi kerinduan Allah, sentiasa senang jika tiba-tiba dipanggil pulang. Dia selalu muhasabah dirinya untuk memperbaiki segala sesuatu yg tidak disukai RobbNya.
sahabat fillah....
Sesungguhnya kecintaan seorang mukmin pada Tuhannya tergambar jelas ketika dia menghadapi ujian Allah. Seseorang yg mencintai Allah akan sentiasa percaya bahawa di senalik cubaan atau ujian itu ada rahsia hikmah yg hendak diberikanNya. itulah keindahan seorg mukmin sejati hanya dpt diberikan pada mukmin yg mempunyai cinta sejati..
Allah SWT berfirman yg bermaksud:
"Jadilah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yg demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yg khusyu'. Iaitu orang-orang yg meyakini bahawa mereka akan menemui kembali kepadaNya." (QS. Al-Baqarah 2: 45-46)
Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yg sabar, maka bersabarlah dgn kesabaran yg baik. Bagaimana sabar yg baik itu, dan apa makna dari sabar itu?
Sabar adalah sikap tenang seseorg dalam menghadapi sesuatu masalah di mana dia dpt menahan dirinya, tabah menghadapinya, tetap istiqamah dalam beribadah kpd RabbNya, sentiasa muhasabah diri dgn teliti apa yg menyebabkan terjadinya masalah supaya dpt menanganinya sebaik mungkin. Kemudian, hasil dari segala usaha dan ikhtiarnya itu diserahkan kepada Allah SWT.
Sahabat fillah....
Marilah kita bersabar dalam menggapai taqwa. Sungguh. DIA amat sayang pada kita. Hampiri DIa dengan sepenuh cinta...
bersama muhasabah diri......
~Nurmujahiddah Solehah~
0 Komen tetamu yg baik :-):
Posting Komentar