·٠•●♥ Sahabat fillah rahikumullah....jazakumullah khoir (✿◠‿◠) ♥●•٠·

Katakan..Sayonara Pada Jahiliyyah!!!

Assalamualaikum wbt..

بسم الله الرحمن الرحيم

Kita hidup dalam ciptaan  Allah SWT yang indah penuh dengan skegembiraan tetapi, kenyataannya adalah bahawa orang dewasa ini sedang menikmati hidup mereka terlalu banyak sehingga mereka melupakan niat mereka hidup di dunia. Mereka bergerak di luar batas Islam. Evrything adalah semua duniawi tentang keseronokan. Duniawi, duniawi, duniawi. Kita lupa bahawa jam terus berdetak dan akhirat pasti akan datang lebih dekat daripada yang kita pernah tahu…


Tapi kemudian pertanyaannya sekarang bagaimana? Bagaimana menyingkirkan jahilliyah kita?


Pertama-tama kita harus tahu oleh hati apa Jahiliyah kita. Jika kita tidak tahu apa yang jahilliyah kita maka kita tidak mungkin boleh mendapatkannya dari, fikiran hati kita dan hidup. Jadi, apakah anda sedia? :)

Jahilliyah di sini bukan bererti era Mekah, Masa dulu-dulu Zaman Nabi Muhammad menyaksikannya. Tapi di sini ertinya waktu masa lalu kita yang kita tahu bahawa apa yang kita lakukan adalah benar-benar salah dan tidak ada dalam Islam, dan kita tidak  mahu seperti mereka dan kita ingin menyingkirkan jahiliyyah2 itu.   Bahkan kita  tidak mahu sedikit pun berada tetap dalam tubuh kita, hati dan fikiran kita. Kita sebagai manusia harus tahu bagaimana membezakan perkara yang benar, mana yang baik atau buruk. Kemudian  terpulang pada diri sendiri apakah kita ingin melakukannya atau tidak. Kalau kita menang melawan  nafsu, maka kita adalah orang yang berjaya, bahagia dan rasa nak   jerit satu dunia  bahawa  kita telah mengalahkan bisikan syaitan, namun kalau kita kalah dengan nafsu, rasa  tak nak keluar dari bilik sendiri, nak menyendiri , malu  orang lain akan tahu walhal tak tahupun yg  kita kalah dgn nafsu tu..
 

Tentulah setiap orang perlukan masa untuk berubah. Beberapa orang mungkin akn berkata, "Oh, tak pe lah, Esok-esok aku ubah diri aku." dan juga "Oh tunggu tahun depan atau hijrah depanlah  baru nak tukar diri sebab baru ada semangat (kerana orang akan mula bertanya, apa Aazam baru tahun ne)? "Juga banyak akan berkata," Oh belum sampai seruan ... .. "Tetapi sedikit akan berkata," Saya ingin menjadi orang yang lebih baik mulai besok, saya ingin memiliki kehidupan baru, sebuah awal yang baru "Ermm. tapi masalahnya adalah kekadang  kita lupa,  adakah masa akan menunggu kita untuk berubah? Adakah Malaikat Israil akan menunggu apabila kita dah siap nak jumpa Allah SWT? Adakah kita yakin  kita hidup akan selepas 5 minit ne? Hal ini juga kita harus melakukan usaha untuk berubah dan tidak hanya duduk di sana dan berkata, "ntah esok lusa." Mesti ada niat dan tindakan untuk melakukannya.


"Barang siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kpd (keredhaan) Allah dan RasulNya. Dan barang siapa yang hijrahnya kerana  dunia yang dikehendakinya tau kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya ( akan bernilai sebagaimana) yang ia niatkan." 
(HR. Bukhari & Muslim)


    "Jadi di dunia ini seolah-olah anda orang asing atau pengembara / musafir." 


    
Ibnu 'Umar biasa berkata:
    "Ketika malam datang, jangan berharap (untuk hidup sampai) pagi, dan ketika pagi datang, jangan berharap (untuk hidup sampai) malam. Ambil dari kesihatan anda (persiapan) untuk penyakit anda, dan dari kehidupan anda atas kematian anda ". (Al-Bukhari)


Kedua, kita harus menggantikan  jahilliyah kita dengan hal-hal yang baik. Dan kita harus sangat tegas untuk diri kita sendiri, Tanamkan disiplin pada diri sehingga kita tdk akan kembali ke jahilliyah lama… 


"Wahai orang yang beriman! Masukkan ke dalam Islam dengan sepenuh hati, dan tidak mengikuti jejak si jahat, kerana ia adalah musuh yang diakui "(QS Al-Baqarah 2: 208).

 
"Dan sungguh, inilah jalanKu yang lurus. Maka ikutikah jalan-jalan (yang lain) yang akan mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Demikianlah Dia memerintahkanmu agar kamu bertaqwa." (QS Al-An'am 6: 153) 


Ketiga, kita harus punya sahabat yang boleh menyokong kita dan mengingatkan dan mengoreksi kita ketika kita melakukan perkara-perkara yang salah. Sehingga kita akan tahu bahawa sudah ada orang yang ingin melihat kita Jadi Baik Jua. :) kebenaran selalu menyakitkan tetapi jika mereka bukan  sahabat kita mereka tidak akan mengatakan sesuatu yang benar yang boleh membantu untuk memperbaiki diri sendiri dan mereka mencintai kitaitu sebabnya mereka tidak mahu kita berada di jalan yang salah. :)  Persekitaran itu benar-benar mempengaruhi kita, jadi ada baiknya sekurang-kurangnya bertemu rakan baik  sekali dalam seminggu (yang kita sebut sebagai halaqah atau usrah).

 
"Sesungguhnya penolongmu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yg beriman, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, seraya tunduk  (kpd Alla)." (QS Al-Maidah 5: 55)


Banyaknya perkara yang terjadi dlm hidup kita seharian, kadang2 sempat untuk diselami pengajaran & tarbiyah yg Allah sediakan di sebaliknya, namun kadangkala mgkn kita terlepas pandang & ia berlalu begitu saja. Memori itu hilang ditelan masa tanpa sempat dikutip mutiara hikmah darinya. Alangkah rugi! Bagaimanalah utk menjadikan hari ini lebih baik dari semlm, kalau tidak direnungi apakah kekurangan semlm & bagaimana memperbaikinya? Namun InsyaAllah mana2 mutiara hikmah yg sempat kita kutip sepjg jlnan itu, akan ana diletakkan di sini.. dalam coretan dan sama2 kita doakan agar mampu menyentuh hati mereka yang mahu mengerti.


Maha Suci Allah yg membukakan pintu hati makhlukNya, mengangkat hijab yg selama ini menghalangi pandangan.. Siapa sangka kabut yg pernah menyelubungi & menggelapkan hati ini akan berlalu pergi? Digantikan pula dgn titis-titis keinsafan menyirami hati, membasahkannya dgn Hidayah.. meredhakan pemergian Jahiliyyah buat selama-lamanya, insyaAllah.


Ana ingin selalu berada dalam kebenaran.Ingin sentiasa di atas landasan iman.In gin bersama-sama mereka,menjadi di kalangan tentera Allah,sebhgn dari Ansarallah,setia memperjuangkan & beriltizam dgn Ad-Deen yg mulia ini.Tetapi rupanya ia tidak semudah yg disangka. Angan2 saja tidak cukup. Kerana sisa-sisa jahiliyyah yg pernah subur dlm diri ini itu perlu dikikis bersih-bersih terlebih dulu,lempar jauh-jauh.. supaya ruang di jiwa itu lebih luas, lebih mudah utk diisi dgn sesuatu yg lebih suci & haq, yg pastinya tidak bisa bercampur dgn yg batil.Lantas ini secara automatik menuntut pengorbanan yg bukan sedikit…


Benarlah,iman itu bukan perhiasan,bukan juga angan-angan.Ia adalah keyakinan yg sebenar-benar dlm hati,yg dinatijahkan melalui amalan.InsyaAllah berbekalkan sejemput fikrah Islam yg mengetuk pintu hati,kumulakan hijrah itu.Mengorak langkah-langkah pertama meninggalkan zaman Jahiliyyah.Tapi aku sedar langkahku itu belum jauh,masih perlahan,masih tersekat-sekat,malah sering saja terjatuh.Tapi tak apa.Yang pasti..jgn sekali ia berhenti.Kerana jalan ini masih panjang..


 “Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang-orang yang ada di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta(terhadap Allah).” (6:116) 


Ayuh,tinggalkan zaman Jahiliyyahmu & kita sama-sama buka era baru! Pada usia muda-17 tahun,Al-Maududi sudah mula berjuang dgn penanya dlm Akhbar di India utk membangkitkan kesedaran Islam, serta memperjuangkan kemerdekaan Pakistan. Usamah bin Zaid sudah menjadi Panglima perang yg memimpin tentera Islam seawal usia 19 tahun. Constantinople ditakluk oleh Sultan Al-Fateh semasa dia hanya 21 tahun. Pada usia yg sama, Ibnu Batuttah telah memulakan pengembaraannya menjelajah dunia. Nabi Daud pula telah menewaskan seorang general ketika hanya berumur 15 tahun! Mereka semua adalah pemuda! Tetapi telah mengubah dunia! Ana? Syukur masih di beri kesempatan untuk  keluar dari kepompong jahiliyyah, baru mula menghayati syahadah & masih bertatih mengenal apa erti aku menganut Islam. 


“Allah menganugerahkan al-hikmah(kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar benar telah dianugerahi kurnia yang banyak.Dan hanya orang orang yang berakallah yang dapat mengambil pengajaran dari ayat ayat Allah.” (2:269) 

Rasulullah juga pernah bersabda.. 

“sesiapa yang Allah hendaki kebaikan kepadanya akan diberikan kefahaman tentang deen nya…” 


Sahabat-sahabatku yg dikasihi, kita akan sama-sama menyusuri jalan ini. Hidayah yg dtg itu adalah hadiah Allah untuk kita yg tak ternilai harganya!Jgnlah dinilai zaman lalu kita,cukuplah kita faham.. Biarlah rasa ‘Izzah itu tumbuh subur tanpa disekat-sekat lagi… biar terasa benar-benar dlm hatimu; aku bangga dgn ad-Deen ini. Kitalah rijal-rijal yg mulai hari ini akan berdiri untuk Islam tanpa segan silu & tanpa menoleh ke belakang lagi. & moga kita istiqamah di jalanNya. InsyaAllah!


Ana yakin yang masing-masing akan cuba mengikis karat-karat jahiliyyah itu dan mengosok segala daki-daki Jahiliyyah yang memang masih kuat melekat kat diri sendiri sendiri.


Siapa pun tak terkecuali akan ada sedikit jahiliyyah pada dirinya.



Insya Allah, kita yakin yang di jalan tarbiyyah inilah kita akan cuba untuk membersihkan, menjulurkan dan membuang segala kotoran yang kita telah terbawa hingga ke hari ini.


Kpd sesiapa saja yang masih tinggal di negeri Jahiliyyah, maka berhijrahlah kepada cahaya Allah , iaitu cahaya yang akan membawa kita kepada maghfirah dan redha-nya...katakan 'sayonara' pada jahiliyyah...


Bahwasanya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berusaha bersungguh-sungguh pada jalan Allah, mereka itulah mendapat rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih ( 2: 218 )


Hari tu pernah terbaca satu hadis yang berbunyi begini :

“Sesiapa yang mati tetapi tak pernah berjihad dan tak pernah berniat untuk berjihad, dia mati dengan kematian jahiliyyah” – Hadith Sahih


Tersirap darah lepas baca hadis tu.. Kalau ditakdirkan Allah mematikan kita pada waktu itu dan pada waktu itu kita tiada niat lagi untuk berjihad, maka kita termasuk golongan yang rugi.. na'zubillahi min zalik.. Kalau boleh, perkataan jahiliyyah itu dibuang jauh dari hidup kita jauh2.. cukuplah ia tlh menghantui hidup kita dahulu.. Cukuplah dahulu selalu berbuat perkara yang lagha (yang sia-sia dan tidak berfaedah).. cukuplah dahulu banyak menitiskan air mata kerana benda2 yang tidak sepatutnya.. kalaulah anggota badan kita ini mampu berkata-kata, mesti mereka mengutuk diri kita kerana dahulunya kita tidak menggunakan anggota ke arah yang sepatutnya.. Maka, kita harus bersyukur kerana Allah masih lagi memberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini, maka wahai saudara2ku, kita sepatutnya gunakannya dgn sebaik2nya untuk agamaNya..


Maka, disini ana mahu kongsikan bersama satu firman Allah Taala dari surah Al-A'raf: 179


"Dan sungguh, akan Kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka miliki hati, tetapi tidak dipergunakannya utk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka miliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda2 kekuasaan Allah), dan mereka punyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah."


Ya, kita mesti keluar dari kepompong jahiliyyah..utk meneruskan misi yg blm berakhir..selamatkan jenerasi muda hari ini,.mrk mgkn saudara kita sahabt kita,tetangga kita, tp yg pasti..mrk adalah saudara seakidah dgn kita.. dunia semakin parah..maksiat berleluasa di sana sini...adakh kita msh mmpu utk menopang dagu, melihat mereka terus dlm kancah maksiat??..na'uzu billahminzalik.. 


'Kita tak akan merasai kemanisan iman sehingga kita merasa sukarnya untuk meninggalkan jahilliyah' 


Ya Allah, Kau tetapkanlah hati kami ini agar terus tsabat mencari redhaMu.. 


Puisi buatmu wahai para mujahid dan mujahidah Islam

Sedarkah kalian?

setelah kita berjanji untuk menazarkan
dan menginfakkan segala yang ada pada diri kita untuk Islam,
...bergerak seiring&sejalan dengan gerabak dakwah ini,
kitalah duta yang Allah SWT hantarkan,
buat manusia2 di muka bumi ini.


wahai para mujahid dan mujahidah Islam
tugas ini bukanlah mudah.


ya,
tiap kata2,
pemikiran,
tingkah laku,
pergaulan kita dengan yg lain jantina,
pemakaian,
dan akhlak yang dipamerkan oleh kita,
haruslah mengambarkan Islam yang sebenar.


kenapa?
kalian mungkin bertanya..


kerana wahai mujahid dan mujahidah Islam


Islam kini telah asing bagi manusia,
Islam hanya tinggal sebagai satu nama,
ajarannya semakin jauh dengan kita,
semuanya nampak kabur,
sedangkan Islam itu jelas hitam & putihnya.


Manusia rata2 kini sesat,
meraba-raba dalam kegelapan & kesamaran,
mencari-cari cahaya,
untuk dijadikan penyuluh buat perjalanan mereka menuju Allah SWT.
tercari-cari Islam sebenar,
untuk mereka berpegang teguh,
agar tak hanyut ke tepi jurang neraka.


Dan bila manusia menjumpai mu wahai duta Islam,

mereka akan lihat dan perhati,
segala tindak tanduk
dan kelakuan mu.
Islam akan dinilai melalui tingkah laku mu,
akhlakmu,
ikhtilatmu,
hatta pakaian mu yang akan diperhati.
untuk dijadikan ikutan,
dijadikan panduan,
kerana yakin dirimu pasti akan mengikuti Islam yang sebenar,
kerana kau seorang duta kpd Islam dan Allah SWT di muka bumi ini.


Perhatikanlah wahai mujahid dan mujahidah Islam
jika kita tersilap langkah,
jika masih bergelumang dengan maksiat,
masih lagi pergaulan jahiliyyah,
pakaian jahiliyyah,
akhlak jahiliyyah,
gaya hidup jahiliyyah,
manusia akan keliru!
manusia akan terus berada dalam kesamaran,
dan paling digeruni,
manusia tak percaya lagi pada duta Islam,
kerana duta Islam juga dilihat sama seperti duta jahiliyyah yang lain!
na'uzubillah!!!


harga syurga tak murah wahai mujahid dan mujahidah Islam
Islam itu benar & suci,
Allah takkan biarkan panjiNya dibawa oleh mereka yang tak layak.


marilah wahai mujahid dan mujahidah Islam
kita pasti ingin terus membawa panji Islam ini,
syurga pasti masih mengiurkan buat kita,
mari,
kita bersihkan jiwa & diri,
dengan taubat nasuha,
dengan istighfar,
dengan zikrullah dan ayat2 suci Nya,
bina aqidah & iman yang sebenar dalam jiwa kita.


wahai mujahid dan mujahidah Islam
celupkan,
dan lemaskan dirimu dalam celupan yang sebenar,
kerana siapa yang lebih baik celupannya daripada celupan Allah SWT??


katakan "SAYONARA pada jahiliyyah",


 Yang demikian adalah karena sesungguhnya orang-orang kafir mengikuti yang bathil dan sesungguhnya orang-orang mukmin mengikuti yang haq dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah membuat untuk manusia perbandingan-perbandingan bagi mereka. 
(Muhammad 47:1-3)





~Nurmujahidah Solehah~

0 Komen tetamu yg baik :-):

Posting Komentar