·٠•●♥ Sahabat fillah rahikumullah....jazakumullah khoir (✿◠‿◠) ♥●•٠·

Menanti Esok....

 
Bertafakur di penjuru waktu

Menatap senja berwajah jingga

ada cebis-cebis sinar mentari

masih berbisa

tersimbah jalur keemasan

sejuta warna

berserakkan di ufuk maghrib


semilir angin berbisik

menyusup di celah kelopak

senja kian mekar

meniti sebuah iktibar

senja adalah usia

senja adalah penentu

senja adalah nafas terakhir

menunggu diregut malam

kerana malam itu ajalnya


Tanya pujangga agung Al-Ghazali

yang dekat itu apa?

Lalu bangkitlah puluhan muridnya

dengan menjawab berbeza-beza

Namun satu pun tiada mengena


....yg dekat sekali

ialah mati!!!

Kita terus merapati

dan ia kian hampiri


bertafakur di penjuru waktu

wajah senja semakin kusam

Esok menjengah lagi

cuma senja esok

belum tentu untukku

belum tentu untukmu

kerana wak tu tidak berjanji

untuk bertemu kembali

walau sekadar di penjuru


Pun kita optimis

menunggu mentari esok

Agar azam. cita dan tekad

Tidak sekadar menghangat hasrat

menjadi hamba taat setia

Tunduk patuh pada perintahNya


Menjadi insan tekun berjasa

makmurkan umat dgn peradaban

dan nilai mulia

krn sedkit pun tiada gunanya

membina tamadun melangit tinggi

Jika perangai menyapu bumi



Justeru kita  pun bersedia

menanti esok menjengah

moga masih berbaki nafas

dibening subuh nan baru

di harinya nan baru...


Enam Persoalan Hidup

Suatu hari, Imam Al- Ghazali bertanya, pertama. "Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Al-Imran:185). 







Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. 






Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung,bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".(Al-A'raf :179).Maka kita harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka. 






Pertanyaan keempat adalah," Apakah yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan tersebut hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH"(Al-Ahzab). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya. 







Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,"Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab Kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan Solat". Disebabkan pekerjaan kita tinggalkan solat, meeting dan sebagainya.






Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini? Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...Benar kata Imam Al-Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".Kerana melalui lidah manusia ia boleh menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.
 


muhasabah diri..........


~Nurmujahiddah Solehah~

0 Komen tetamu yg baik :-):

Posting Komentar