Jalan dakwah ini
tidak ditaburi oleh
salji-salji yang
putih dan lembut...
tetapi oleh ais-ais yg licin
(yg boleh menyebabkan kita jatuh sakit)
“Jalan ini
tidak dibentangi dengan
bunga-bunga
dan permaidani merah,
tetapi ditaburi
dengan duri-duri yang terpacak”
Ana mulakan tinta ini dengan menyeru kalian merenung
sejenak, merenung tentang diri kita, siapa kita? di mana kita berada? siapakah
yang menjadikan diri kta? untuk apa kita dijadikan? apakah matlamat kita yang
sebenarnya? apakah langkah kita ini perlu diterus kan? bagaimana kah cara untuk
kita melalui semua ini?
Ahamdulillah ….ingatlah kalian suatu ketika
dahulu Nabi Allah Ibrahim alaihisalam, pernah terkapai-kapai memcari siapa
tuhan yang menciptakan alam ini…dihadapan mata nya ketika itu hanyalah kebilan
yang nyata sejak berkurun lamanya..tapi pernah kah hati ini berfikir
...bagaimanakah tinggi nya nilai mujahadah yang ada padanya pada diri Nabi
Allah Ibrahim ,sehingga beliau mampu bangkit menentang kebatilan dengan
kekuatan yang ada pada ketika itum sehingga beliau berjaya membuka hati-hati
mereka yang hidup ketika itu....
Ingatlah ketika dirinya memulakan perjalanan dakwah,
beliau juga pernah dihujani dengan berbagai-bagai ujian…namun adakah kita
pernah menilai tentang semua itu, tentang apakah sebab yang menyebabkan dia
sanggup untuk meneruskan jua perjuangan nya …pernahkah kita terfikir tentang
tinggi nya nilai keindahan tawakal pada kepada Tuhan yang Esa…
pernahkah kita memikirkan tentang suruhan dan
laranganNya pada kita hambaNya …kalian mestilah ingat..prjuangan ini bukan nya
mudah untuk kita harungi ,tiada hamparan permaidani merah untuk kita di
dunia ini ..Cuma balasan di syurga yang menanti kita.
Namun kalian, ingatlah jagan mudah tewas pada ujian,
jagan mudah rebahkan diri kepada mereka…ayuh bagunlah kita laksanakan
perjuangan ini sebelum kita pergi bertemu Tuhan Rabbulizzati….pernah di tanya
kepada Saidina Abu Bakar, ketika beliau menginfakkan hartanya untuk membantu
agama Islam…apakah masih ada lagi harta yang ditinggalkannya ketika
itu....jawapannya sungguh menyentuh hati-hati para mujahid-mujahid
ketika….jawapan yang keluar dari mulut insan yang bergelar assidiq itu …tidak
ada lagi hartaku,hanya ALLAH dan RasulNya bersamanya…marilah kita merenung
sejenak..
“Maka berangkatlah kamu ke jalan Allah sama ada kamu
senang atau berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu.” (At-Taubah : 41)
Wahai saudara-saudaraku, anak-anak muda-mudi Islam yang
beriman!
Perjalanan dakwah yang kita lalui ini tidak disediakan hamparan
permaidani merah sebagai alas, bahkan bukanlah pula perjalanan ini ditaburi
emas permata, banglo mewah dan kereta. Ia merupakan perjalanan panjang yang
penuh tentangan dan rintangan hebat dan berat, secara terangan mahupun secara
berlindung-lindungan, dari dalaman mahupun
luaran. Mehnah dan ibtila’ itu pasti menerjah dilorong-lorong sepanjang
perjalanan.
Jika dibuka kembali lipatan sejarah, jika
direnung kembali buku-buku sirah, maka kita akan dapati sudah
banyak sejarah orang-orang terdahulu sebelum kita mengenal tanggungjawab da’wah
ini, yang merasakan pahit getirnya perjalanan dakwah ini. Ada yang diusir. Ada
yang disiksa. Tidak ketinggalan juga, ada yang harus berpisah dengan sanak
saudara dan kaum kerabat mereka. Namun, pahit getir perjuangan tidak
membantutkan mereka. Buktinya, ada pada hebatnya pengorbanan mereka dalam jalan
dakwah ini. Mereka telah merasakan dan sekaligus membuktikan cinta dan
kesetiaan terhadap dakwah.
Lihatlah bagaimana Abu Huzaifah ketika peristiwa Ghazwah Badar.
Apabila mayat ayahnya ’Utbah Ibn Rabi’ah diheret untuk dicampakkan ke dalam
telaga buruk, berubah air mukanya. Lantas, Rasulullah saw yang melihatkan
perubahan itu bertanya, ” Wahai Abu Huzaifah, aku dapati kamu terasa sesuatu
terhadap ayahmu.” Lalu, apa yang dijawab Abu Huzaifah? ”Demi Allah, wahai
Rasulullah, aku tidak terasa kerana dia dibunuh, tetapi aku mengharapkan dia
masuk Islam dengan mendapat hidayah. Setelah dia mati dengan cara begini, aku
terharu kerana matinya kafir, tidak seperti apa yang aku harapkan.” Ini rijal
da’wah. Dia tak mengharapkan lainnya melainkan sinar Islam pada saudaranya.
Bapanya. Berpisah mereka bukan sikit-sikit. Bukan kecil-kecil sebagaimana kita
dizaman sekarang, yang baru nak keluar ke program da’wah dalam kampus. Dalam
kampus. Jauh sikit pun, di luar kampus. Bukan luar negara lagi.
Ini bukti keikhlasan mereka. Keikhlasan membuatkan mereka gigih
dalam pengorbanan dan menjadi permata bernilai buat sejarah umat da’wah ini.
Pengorbanan yang telah mereka berikan dalam perjalanan dakwah ini menjadi
contoh teladan kepada kita.
Berkata As-Syahid Sayyid Qutb,
"Kita akan merasai perjuangan ini sempit apabila memikirkan
bahawa kita yang memulakan perjuangan dan akan mengakhiri perjuangan ini.
Tetapi apabila kita memikirkan bahawa perjuangan ini bukan kita yang memulakan
dan menamatkannya, maka ketika itu terasalah kita bagaimana luasnya perjuangan
kita, bagaimana luasnya keluarga kita kerana keluarga kita bukan keluarga yang
diikat oleh keturunan darah tetapi diikat oleh kesatuan 'Aqidah la ila illallah
Muhamad al Rasullullah".
Wahai jiwa yang
membara-bara demi menegakkan tertegaknya daulah Islamiah,
Renungkanlah
pengalaman mereka sebagaimana yang difirmankan ALLAH SWT dalam surah At-Taubah:
42.
Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah
diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu,
tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan
bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami
berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri
(disebabkan sumpah mereka yang palsu) dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya
mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.
(At-Taubah : 42)
Tapisan ALLAH berlaku setiap masa. DIA memilih hamba-hamba-Nya
yang benar-benar ikhlas dan sabar dalam memikul beban da’wah ini. Meniti sirah
perjuangan Rasulullah dan para sahabat, mereka juga telah melihat siapakah
antaranya yang dapat bertahan dalam mengarungi perjalanan yang berat itu. Hanya
kikhlasan yang dapat mengukuhkan perjalanan dakwah ini. Keikhlasan dan
kesetiaan yang menjadikan pemiliknya sabar dalam menghadapi cubaan dan ujian.
Ini menjadikan mereka optimis menghadapi apa jua bentuk ujian, dan siap sedia
berkorban untuk meraih kejayaan. Keikhlasan dan kesetiaan yang membawa
jiwa-jiwa belia untuk berada pada barisan terdepan dalam perjuangan ini. Ini
lah perasaan yang membuatkannya berbahagia dan sangat bersungguh-sungguh
menikmati beban hidupnya. Setia dalam kesempitan dan kesukaran. Demikian pula
setia dalam kelapangan dan kemudahan.
Berkata si pujangga,
Keimanan yang benar menjadikan perjalanan hidup umpama sebuah
kisah cinta; kesetiaan dan pengorbanan menukar ujian pahit menjadi satu
kenangan manis, kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung ringan dan
mudah,
keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika
perjalanan begitu sukar, kerinduan padaNya menjadi pembakar semangat setiap
kali berdepan dengan kegagalan dan ujian berat...
Wahai sekalian
pencinta tertegaknya Negara Islam,
Demikian orang orang yang benar-benar jujur, ikhlas dan setia
dalam perjuangan. Sebaliknya orang-orang yang rapuh jiwanya dalam perjuangan
ini tidak akan dapat bertahan lama. Merungut pada banyaknya tanggungjawab dan
gerak kerja. Mengeluh pada beratnya beban, dan jauhnya perjalanan yang
ditempuh. Mereka menolak untuk menunaikannya dengan segala macam bentuk alasan
agar mereka diberi kelonggaran dan pengecualian untuk tidak turut serta.
Menjadi berat hati berada dalam perjuangan ini dan hingga akhirnya lemah dan
berguguran satu per satu, sebelum sampai pada tujuan perjuangan.
Serangan dari penyakit wahan telah merapuhkan hati dan melemahkan
mental sehingga mereka tidak dapat menerima kenyataan pahit sebagai risiko dan
sunnah dakwah ini. Malah mereka menggugatnya lantaran anggapan mereka bahwa
perjuangan dakwah tidaklah harus mengalami kesulitan, malah ianya mudah
lantaran adanya pertolongan.
Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang
yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan hati mereka ragu-ragu,
karena itu mereka selalu bimbang dalam keraguannya. Dan jika mereka mau
berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu, tetapi
Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Allah melemahkan keinginan
mereka. dan dikatakan kepada mereka: "Tinggallah kamu bersama orang-orang
yang tinggal itu."
(At-Taubah :
45-46)
Keikhlasan dan
kesetiaan yang ada pada diri merupakan faktor kuatnya daya tahan dan teguhnya
dalam dakwah ini. Sikap ini membuat mereka sentiasa bersedia dalam menggalas
dan menjalankan tanggungjawabnya. Mereka punyai sistem on-call, bukannya sistem
on the way. Bersiap sedia bila-bila masa. Mereka juga dapat menunaikan tugas
dengan sebaik-baiknya. Mereka tidak mengira apakah kedudukan mahupun posisi
dalam gerak da’wah. Sama ada mereka di atas, mahupun ditengah, ataupun di
bawah. Bagi mereka, itu bukanlah faktor utama. Itu hanyalah alat. Yang penting,
Islam tertegak. Da’wah berjalan lancar.
Wahai sekalian
perindu negeri akhirat,
Marilah kita menyelusuri perjalanan dakwah Abdul Fattah Abu
Ismail, salah seorang murid Imam Hasan Al Banna yang selalu menjalankan tugas
dakwahnya tanpa keluhan sedikitpun. Dialah yang disebutkan oleh Hasan Al Banna
orang yang sepulang dari tempatnya bekerja sudah berada di kota lain untuk
memberikan ceramah kemudian berpindah tempat lagi untuk mengisi pengajian dari
waktu ke waktu secara larian. Dia selalu berpindah-pindah dari suatu kota ke
kota lainnya untuk menunaikan amanah dakwah. Sesudah menunaikan tugas dengan
sebaik-baiknya, dia merupakan orang yang pertama kali datang ke tempatnya
bekerja (jangan cari alasan untuk datang lewat). Malah, ia yang membukakan
pintu gerbangnya. Pernah ia mengalami keletihan hingga tertidur di sofa rumah
Zainab Al-Ghazali. Melihat keadaan tubuhnya yang lelah dan penat itu, tuan
rumah membiarkan tetamunya tertidur sampaikan dia bangun. Setelah menyampaikan
amanah untuk Zainab Al-Ghazali, Abdul Fattah Abu Ismail bergegas untuk ke
tempat seterusnya. Kerana keletihan yang dialaminya, Zainab Al-Ghazali
memberikan wang untuk beliau bergerak menaiki teksi. Abdul Fattah Abu Ismail
mengembalikannya sambil mengatakan,
“Dakwah ini tidak akan dapat dipikul oleh orang-orang yang
manja.”
Zainab pun menjawab, “Saya sering ke mana-mana dengan teksi dan
kereta-kereta mewah, tapi saya tetap dapat memikul dakwah ini dan saya pun
tidak menjadi orang yang manja terhadap dakwah. Kerana itu, ambillah wang ini,
tubuhmu letih dan engkau memerlukan istirehat sejenak.”
Ia pun menjawab, “Berbahagialah ibu. Ibu telah berjaya menghadapi
ujian Allah swt. Berbentuk kenikmatan-kenikmatan seperti itu. Namun, saya
bimbang saya tidak dapat menghadapinya sebagaimana sikap ibu. Terima kasih atas
kebaikan ibu. Biarlah saya menaiki kenderaan umum saja.”
Duhai
saudaraku yang dimuliakan Allah swt.
Itulah contoh orang yang telah membuktikan
kesetiaannya pada dakwah lantaran keyakinannya
terhadap janji-janji Allah swt. Janji yang tidak akan pernah dimungkiri sedikit
pun. Janji yang tidak pernah gagal. Allah swt. telah banyak memberikan
janji-Nya pada orang-orang yang beriman, yang setia pada jalan da’wah berbentuk
pelbagai anugerah-Nya. Sebagaimana yang terdapat dalam Al-Qur’an.
Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah,
niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqan (petunjuk yang dapat membedakan
antara yang haq dan yang batil, dapat juga diartikan disini sebagai pertolongan)
dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)-mu.
Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (Al-Anfal: 29)
Dengan janji Allah swt. tersebut, orang-orang beriman tetap
bertahan mengharungi jalan da’wah ini. Dan mereka menyedari bahawa perjuangan
yang berat itulah sebenarnya menjadi kunci untuk mendapatkannya. Semakin berat
perjuangan ini semakin besar janji yang diberikan Allah swt. Kesetiaan yang
bersemi kukuh dalam diri, itulah yang membuat mereka tidak akan pernah
menyalahi janji-Nya. Dan, mereka pun tidak akan pernah ingin merubah janji
apatah lagi mengingkari kepada-Nya.
Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa
yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur.
Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun
tidak merubah (janjinya). (
Al Ahzab: 23)
Wahai teman –
teman sepejuanganku dunia akhirat,
Aktivis da’wah sangat menyakini bahawa adanya kesabaran membuatkan
mereka kuat menghadapi berbagai rintangan dakwah. Bila dibandingkan apa yang
kita lakukan serta yang kita dapatkan sebagai risiko perjuangan di hari ini
dengan keadaan orang-orang terdahulu dalam perjalanan dakwah ini, tidaklah
seberapa. Pengorbanan kita di hari ini masih dipermukaan pengorbanan waktu
untuk da’wah. Pengorbanan tenaga dalam gerak kerja untuk kepentingan da’wah.
Dan sebahagian kecil adalah pengorbanan dari harta kita yang banyak. Cuba lihat
pengorbanan orang-orang terdahulu, ada yang disalai di bawah panasnya mentari,
digergaji, ada yang diikat dengan empat ekor kuda yang berlawanan arah, lalu
kuda itu dipukul untuk lari sekencang-kencangnya hingga terkoyak orang itu. Ada
pula yang dibakar dengan tungku yang berisi minyak panas. Mereka dapat menerima
risiko kerana kesabaran yang ada pada dirinya. Dan mereka tetap tidak berpaling
dari medan da’wah ini. ALLAHUKABAR! Bekalan kesabaran mereka tidak pernah
berkurang sedikit pun kerana keikhlasan dan ke-taat-setiaan mereka pada Allah
swt.
Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah
besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah karena
bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula)
menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. (Ali Imran:
146)
Bila kita memandang kehidupan generasi pilihan, kita akan temukan
kisah-kisah brilian yang telah menyuburkan dakwah ini. Muncullah pertanyaan
besar yang harus kita tujukan pada diri kita saat ini. Apakah kita dapat menyemai
dakwah ini menjadi subur dengan perjuangan yang kita lakukan sekarang ini
ataukah kita akan menjadi generasi yang hilang dalam sejarah dakwah ini.
Ingat, dakwah ini tidak akan pernah dapat dipikul oleh orang-orang
yang manja. Kita perlu menilai pentarbiyyahan agar ianya menyeluruh dan mampu
mencetuskan al-yaqazah al-ruhiyyah (kesedaran rohani) supaya lahirnya beliawan
dan beliawanis yang punyai hidup yang bererti, bercahaya ruhaninya, mengakar
pemikirannya, dan berkembang gerakannya.
Dr Yusuf Al-Qardhawi dlm kitabnya Al-Iman wal Hayah menyatakan:
“Tidak mungkin manusia dapat menghindarkan diri daripada pelbagai
kesulitan, begitulah kenyataan hidup, ramai yang bersua dengan
kegagalan,ditinggalkan kekasih, penyakit menyerang tubuh, kehilangan harta
benda dan seterusnya. Kemudian beliau mengambil hadis Rasulullah bermaksud:
“Perumpamaan org beriman yg ditimpa ujian bagai besi yg dimasukkan
kdlm api lalu hilang karat dan tinggal yg baiknya saja”.
Dengarlah rintihan Zinnirah kepada Al-Khaleeq,
"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk
mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu
menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa
menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai
kesenangan.”
Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat
kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang
dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.
Apabila tiba hari akhirat kelak, Allah Taala akan menghimpunkan
seluruh mujahidin dalam satu saf semantara menanti masa untuk dimasukkan ke
dalam syurga-Nya.
Mengenangkan munajat Uthman bin Affan,
“Sekiranya aku dihadapkan di hadapan Allah, untuk menanti keputusan
sama ada aku diletakkan ke dalam syurga atau dicampakkan ke dalam neraka-Nya,
maka aku lebih rela untuk menjadi debu kerana takutnya hati ini”.
Sedangkan Umar Al-Khattab yang imannya di akui penduduk langit dan
bumi juga memukul dirinya kerana takut tergolong dalam golongan munafiq. Ini
kan pula kita yang iman senipis sel bawang, yang mana kita mengenal perjuangan
ini baru saja dipermukaan kulit buku, sebagai analogi nya.
Ya Allah, ampunilah dosa kami. Betapa tinggi ibadat mereka
sehingga mereka sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk berdialog
dengan-Mu sedangkan kami pula sebaliknya. Ya Allah, kasihilah kami. Betapa
khusyu’ dan tawadhu’nya hati mereka sehingga mereka menangis mengenangkan dosa,
sehingga berbekas aliran putih di bawah mata mereka lantaran tangisan mereka yang berpanjangan. Ya Allah, kami merindui
belaian lembut maghfirah-Mu. Ampunilah segala kesilapan dan kealpaan
kami.
Semoga Allah
mengampuni kita dan meneguhkan kita dalam perjuangan....
0 Komen tetamu yg baik :-):
Posting Komentar