·٠•●♥ Sahabat fillah rahikumullah....jazakumullah khoir (✿◠‿◠) ♥●•٠·

JALAN MUJAHADAH ITU INDAH

بسم الله الر حمن الرحيم

Sudah ditakdirkan, jalan menuju ALLAH penuh dengan godaan, ujian dan kesukaran. Tetapi apakah kita sengaja menempah susah? Tidak! Kita hanya rela dan tega menerima kesusahan yang sementara demi kesenangan abadi. Inilah tradisi orang bijaksana. Sedangkan orang yang ‘bijaksini’ rela mengorbankan kesenangan abadi di sana (akhirat) hanya inginkan kesenangan di sini (dunia).

Rasulullah SAW menerusi sabdanya:
“Neraka itu dipagari dengan penuh kenikmatan dan keseronokan manakala syurga itu dipagari oleh ujian dan kesukaran.” (al-Hadis)

Mujahadah atau jalan menuju ALLAH itu berasal daripada perkataan jihad ertinya berjuang bersungguh-sungguh dengan penuh kegigihan. Di jalan ini, hamba yang inginkan keredhaan ALLAH terpaksa berperang dengan musuh yang ada dalam diri sendiri - iaitu syaitan dan hawa nafsu. Dan perang dalam diri inilah yang paling hebat dan dasyat.

Dalam hidup ini, manusia akan berhadapan dengan dua perkara:

Pertama: Perkara yang perlu dilakukan.

Kedua: Perkara yang suka dilakukan.

Dan sudah menjadi sunnatullah, kedua-dua perkara itu saling bertindak bertentangan. Biasanya perkara yang perlu dilakukan adalah perkara yang tidak suka kita lakukan. Dan perkara yang suka lakukan adalah perkara yang tidak perlu kita lakukan..

Contohnya, solat subuh. Bila hampir masuknya waktu subuh, perkara yang perlu kita lakukan ialah bingkas bangun, membersihkan diri, bersuci dan berwuduk. Itulah perkara-perkara yang perlu kita lakukan. Namun, apakah perkara tersebut yang suka kita lakukan?

Kalau ikutkan rasa, kita suka je terus tidur dan bersenang-senang. Subuh itu sejuk, gelap, nyaman...waktu yang paling enak untuk menyambung tidur. Bangun subuh ialah perkara yang perlu, manakala terus tidur ialah perkara yang suka kita buat. Yang mana lebih baik? Tentulah sembahyang itu lebih baik daripada tidur. Tapi apa yang nafsu inginkan? Jawabnya, tidur!

Jadilah lawanlah nafsu. Tidak ada jalan pintas, tidak ada jalan singkat. Tidak ada jalan keajaiban perlu menempuh jalan susah. Lawan nafsu dan bingkas bangun. Ingat selalu, untuk berjaya dalam hidup, kita mesti lakukan perkara yang perlu kita lakukan walaupun kita tidak suka. Tidak ada pilihan, paksa diri untuk melakukannya! Lawan godaan dan rangsangan yang menggamit hati kita untuk melakukan perkara yang suka  dilakukan tetapi akan membawa kepada kegagalan.

Untuk berjaya dan bahagia, kita selalu melakukan perubahan. Kita perlu keluar dari zon selesa menuju zon mencabar kerana di zon yang mencabar itulah letaknya kemajuan, perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita. Zon selesa ialah keadaan yang kita berada sekarang, sementara zon mencabar ialah keadaan yang kita inginkan pada masa hadapan.

Untuk mencapai apa yang diinginkan, kita mesti melakukan perubahan. Kita perlu lebih berusaha, menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan. Ringkasnya, kita perlu bermujahadah dan berubah. Tetapi perubahan itu awkward – yakni canggung, kekok dan tidak selesa sifatnya.

“Orang yang berjaya ialah orang yang memaksa dirinya berubah manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!”

Untuk melakukan perkara yang perlu dibuat walaupun kita tidak suka membuatnya, menagih ketabahan, keberanian dan istiqamah (konsisten). Ini semua seolah-olah menyeksa diri sendiri. Ketika orang lain nyenyak tidur menjelang subuh, mampukah kita bangun? Ketika kawan-kawan leka melayari internet, bermain komputer atau video game, bolehkah kita terus belajar dan menelaah pelajaran?

No pain, no gain – tidak ada kesakitan, tidak ada ganjaran. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Begitulah dipesan sejak dahulu. Justeru, untuk berjaya mujahadah itu wajib.

Menentang hawa nafsu samalah dengan menentang diri sendiri. Terseksa. Ini yang menyebabkan satu mujahadah selalu patah. Atau belum pun bermujahadah sudah mengaku kalah. Terlalu sayangkan diri untuk disakiti. Padahal mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Letih sedikit, tidak boleh. Hendaknya...banyak rehat. Pahit sedikit sudah mengeluh. Pedih sekelumit sudah mengaduh.

Dunia hakikatnya adalah gelanggang mujahadah. Kita di sini untuk ‘menanam’. Di sana (akhirat) nanti barulah ‘menuai’. Musim bertanam memanglah payah, mencangkul, membaja, menjaga daripada serangga dan bermacam-macam lagi kesusahan. Apabila menuai nanti, barulah terasa nikmat dan seronoknya.

Dunia diumpamakan tempat ‘membayar’. Di akhirat nanti tempat ‘bermain’. Pay now, play later. Bayar di sini, ‘berseronoklah’ di sana. Apa sahaja di dunia ini menuntut bayaran. Pilihlah, sama ada untuk membayar dahulu atau membayar kemudian. Tetapi sekirnya kita membayar dahulu, kejayaan dikemudian hari akan menjadi lebih manis dan bererti. :)

Saiyyidina Ali Karamullahuwajhah pernah berkata:
Beribadatlah sehingga kita letih untuk melakukan kejahatan.”

Banyak kepahitan yang perlu ditempuh oleh orang mukmin untuk menempuh syurga. Demikianlah kehidupan, tidak ada yang percuma. Apatah lagi kehidupan di syurga. Justeru, marilah sama-sama kita berpesan agar rela menerima kepahitan yang sedikit dan sementara di sini demi menikmati kemanisan yang banyak dan abadi di sana. Alangkah jahilnya kita jika kita rela menanggung seksa yang begitu dasyat dan kekal di akhirat hanya kerana nikmat yang sedikit dan sementara di dunia. 

Sebaliknya, kita bijak kalau terus bermujahadah untuk melakukan perkara-pekara yang perlu dilakukan sehinggalah tiba ketikanya kita boleh melakukan apa sahaja perkara yang kita suka melakukannya. Di mana? Bila? Jawab, di syurga!

Sesungguhnya, jalan mujahadah itu adalah jalan kita. Di jalan itu, sering berlaku dialog dalam diri. Apabila susah melanda, kita merintih. Apabila godaan mendatang, kita cuba bertahan. Apabila nikmat menjelma, kita lega...tetapi tidak lama, sukar pun mendatang mencabar, kita cuba sabar..::D

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (QS. Az-Zumar:10)

Jom...kita dengar sat lagu nih :)

 
·٠•● Nurmujahidah Solehah ●•٠

2 Komen tetamu yg baik :-):

Novelgurl mengatakan...

Hawa nafsu y paling liat nieh..let's go !! kita tentg habis2an !Mujahidah tu phit sbb syurga tu mnis an ^^

nuriah mujahiddah mengatakan...

x pe ukhty Novelgurl...x rugi pn klu kita bermujahadah dan menentang kuncu2 hawa nafsu, krn klu iktkan nafsu, pasti nk yg senang je...

Janji Allah itu pasti kpd org2 yg bertaqwa..

"Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya (QS Ath-Thalaq:4).

"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al: Insyirah:5-6)

Posting Komentar