·٠•●♥ Sahabat fillah rahikumullah....jazakumullah khoir (✿◠‿◠) ♥●•٠·

~ Kesan Dari Radiasi Telefon Bimbit ~

Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telur telah dijalankan. Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit. Persediaan adalah seperti gambar di bawah:

Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. Hasilnya seperti berikut:



15 minit - tiada apa yang berlaku.
25 minit - telur mulai panas.
45 minit - telur telah panas.
65 minit - telur telah masak.

Gambar telur tersebut dipaparkan di atas:

Rumusan: Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah protein telur. Bayangkan apa yang ia dapat buat kepada protein otak anda apabila anda berbual untuk tempoh yang panjang menggunakan telefon bimbit.

Ana mengingatkan diri ana dan pembaca sekalian agar jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.

Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang? Apakah ianya memberi kesan yang sama? Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri?

MENGUKUR KADAR RADIASI

Mengikut Persatuan Industri Telekomunikasi Selular, satu cara menentukan sama ada radiasi yang dipancarkan oleh sebuah telefon bimbit itu sampai ke paras bahaya ataupun sebaliknya ialah dengan mengesan dan menentukan kadar penembusan radiasi itu (dipanggil specific absorption rate, SAR) kepada badan manusia.

Mengikut Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC), kadar SAR paling maksimum yang dibenarkan ialah 1.6W/kg (1.6 watt bagi setiap satu kilogram). Jika sebuah telefon bimbit itu mengeluarkan kadar radiasi yang lebih tinggi daripada kadar tersebut, ia tidak lagi dikira selamat kerana kadar radiasi yang lebih tinggi itu boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna.

Mengikut satu carta yang disediakan dalam sebuah laman web tajaan CNET, 10 jenis telefon bimbit di Amerika Syarikat yang dianggap hampir ke tahap merbahaya (tapi masih lagi di bawah paras maksimum yang ditetapkan oleh FCC) adalah seperti berikut -

(a) Ericsson T28 World - kadar SAR 1.49

(b) Nokia 5170i - kadar SAR 1.49

(c) Nokia Digital 5160 - kadar SAR 1.45

(d) Nokia 5170 - kadar SAR 1.45

(e) Denso TP 2200 - kadar SAR 1.44

(f) Samsung Uproar - kadar SAR 1.437

(g) Nokia 6162 - kadar SAR 1.42

(h) Nokia 6185i - kadar SAR 1.41

(i) Qualcomm QCP - 1960 - kadar SAR 1.41

(j) Kyocera QCP-6035 - kadar SAR 1.41

Alangkah baik sekali jika Kementerian Komunikasi dan Multimedia negara kita ini juga dapat mengeluarkan maklumat terperinci tentang kadar radiasi yang dipancarkan oleh beberapa jenis telefon bimbit yang ada dipasarkan di negara ini.

Dengan maklumat itu, kita boleh tahu apakah telefon bimbit yang kita miliki sekarang ini masih berada di bawah paras bahaya yang dinyatakan oleh FCC itu atau sebaliknya.

Sementara kita menunggu data sedemikian itu diumumkan oleh kerajaan kita, wajarlah sebagai langkah awalan kita gunakan alat telinga setiap kali kita berbual panjang menerusi telefon bimbit..

'Mencegah Lebih Baik dari Mengubati'

Nurmujahiddah Solehah: Copy n paste

0 Komen tetamu yg baik :-):

Posting Komentar