Bahawa  sakit yang  kita alami ini datang dari lah Subhanahu wa  Ta’ala ”Tiada  sesuatu pun  bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak  pula) pada  dirimu sendiri melainkan  telah tertulis dalam kitab (Lauhul  Mahfuzh)  sebelum Kami menciptakannya.  Sesungguhnya yang demikian itu  adalah  mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang  demikian itu) supaya kamu  jangan  berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu,  dan supaya kamu   jangan terlalu bergembira terhadap apa yang diberikanNya  kepadamu. Dan   Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi menyombongkan   diri.” (Al-Hadid:22-23)
Bahawa sakit itu  baik bagi kita. 
Di  balik sakit yang kita alami, terdapat hikmah dan  faedah yang  besar,  yang itu baik dan bermanfaat untuk kita. Tentunya apabila  ketika  sakit  itu datang kita hadapi dengan kesabaran.
Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita.
Ianya  adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser.  Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan  kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat  bantuan pernafasan.
Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel  Al-Wadi seorang ulama’ dari Kuwait . Ayah Ibrahim telah memohon kepada  Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk  berjumpa dengannya.
Ini gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim.
Ibrahim  tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau  membuka pintu biliknya. 
Kegembiraannya dapat digambarkan pada raut  wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.
Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim
Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel
Perhatikan alat pernafasan dileher Ibrahim…dia tidak dapat bernafas secara normal.
Syeikh Nabeel mencium dahi Ibrahim
Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel
Syeikh  Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan  segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi  cerita tentang perkara lain.
Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan  yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas  menghamburkan air mata.
Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan
Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim
Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ?
Syeikh  Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia  nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan  olehnya ?
Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis  sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di  dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis .
Dia  telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan  menunaikan sholat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan  menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah.
Wahai  saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat  kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah  kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa  berjam-jam di depan TV dan komputer ?
Sungguh menyayat hati...tp itulah ketentuan Allah terhadap hamba-Nya....
ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara...'ingat sihat sebelum datangnya sakit'
Kesihatan.  inilah nikmat yang paling sering dilupakan. kita baru boleh merasakan  kesihatan itu nikmat jika kita sudah sakit. kesihatan adalah nikmat yang  Allah berikan kepada kita. saat penyakit datang kita baru tersedar akan  pentingnya sihat. banyak saudara saudara kita yang harus dirawat di  rumah sakit dengan biaya yang sangat mahal kerana sakit. ada yang  terpaksa bergantung dgn oksigen, ada yang harus dicuci darah dan ada  pula yang harus memakai alat pacu jantung. berapa banyak wang yang harus  dikeluarkan setiap hari, minggu, bulan atau tahun hanya demi satu  nikmat iaitu kesihatan.
Saat kita sihat kita boleh bebas  menghirup udara tanpa harus dikenakan bayaran. kita bebas dari cuci  darah, pacu jantung dan bantuan lainnya yang tentulah sangat mahal.  kalau kita mahu berfikir, tiap harinya kita sudah menghemat wang yang  seharusnya buat bayar perawatan yang mahal tadi. so sebenarnya kita  diberi nikmat yang sangat mahal harganya.
Agar kita  semakin peka akan adanya nikmat kesihatan lihatlah saudara saudara kita  yang sedang sakit. atau ingatlah saat kita sakit. jika kita disuruh  memilih cukup harta tetapi sihat dengan berlimpah harta tetapi sakit,  saya yakin kita semua akan memilih sihat. saat sakit kita tidak akan  boleh merasakan nikmat nikmat lainnya. makanan seenak apapun akan terasa  pahit utk ditelan. Kereta yang selesa dgn penghawa dingin pn tidak akan  dpt kita manfaatkan buat tamasya kerana tubuh kita sakit.
Semoga  dengan ini kita akan menjadi lebih menghargai erti kesihatan. kita akan  semakin tahu kalau nikmat Allah kepada kita sangatlah banyak. seharian  kita berterima kasih mungkin belum cukup untuk membayar nikmat ini. oleh  karena itu perbanyakan rasa syukur kita. perbanyaklah ibadah kita  sebagai bentuk terima kasih kita kepada Allah. meskipn kita tdk dpt  membayar nikmat yang Allah berikan kepada kita, tetapi paling tidak kita  akan semakin sedar betapa kecilnya manusia dihadapan Allah SWT.
Sama-sama kita renung dan muhasabah diri....wallahu 'aklam bissowaf...
Copy n paste note fb Nurmujahidah Solehah










 














0 Komen tetamu yg baik :-):
Posting Komentar