Alhamdulillah, sgl puji hanya bagi Allah, memberi kesempatan utk ana mencoret dan berkongsi ilmu dgn semuanya...pernah tak terlintas dibenak kita, dalam kita mengerjakan ibadah solat kita kita itu berada ditahap yang mana?? Di sini ana ada kategorikan tahap2 solat yg dikerjakan..lepas baca ni, marilah kita sama2 bermuahasabah...solat kita berada ditahap yg mana...smg dgn  artikel ini, kita dpt memperbaiki mutu ibadah kita dari semasa ke semasa...
Wahai saudaraku, pernah tak kita terfikir, mengapa  ibadah Solat tidak membangunkan Insan?? Mgkn ulasan yg diberikan akn mnjawap persoalan ini..
          Peringkat-peringkat  sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki  diri ini, kita cuba check solat kita, nanti akan terjawab kenapa  kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa  umat Islam terbiar dan tiada pembela dan umat Islam kini tidak lagi  menjadi umat yang agung seperti dulu.
Golongan 1.
         Kita  boleh lihat hari ini sudah ramai umat Isam yang tak solat, bahkan  ramai juga yang tak tahu nak solat, mereka telah jatuh kafir. Imam  Malik kata jatuh kafir kalau tak solat tanpa sebab. Imam Syafie  kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.
Golongan 2.
         Orang  yang mengerjakan solat secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak  betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari  cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang  tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam  keadaaan derhaka kepada Allah Taala.
Golongan 3.
        Orang  yang mengerjakan solat, bahkan tahu ilmu mengenai solat,  tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi  mereka ini sekejap solat, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood  baik ia solat , kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri,  pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak  solat. Orang ini jatuh fasik.
Golongan 4.
        Orang  yang solat, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak  khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia  tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada  seolat yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia  baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan  alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam solat, orang ini  lalai dalam solatnya. Neraka wail bagi orang ini.
Golongan 5.
        Golongan  yang mengerjakan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham  setiap bacaan solat, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi  tak dihayati dalam seolat itu. Fikirannya masih melayang  mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati.  Golongan ini dikategorikan sebagai solat awamul muslimin.
Golongan 6
         Golongan  ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik  tali didalam solatya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai  pula. Bila teringat sesuatu didalam solatnya, teruslah terbawa  bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba  maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya  untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam solatnya.  Begitulah sehingga selesai solatya. Ia merintih dan tak mahu jadi  begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa.  Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba  baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa).  Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah  mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah  ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai solat itu. Ertinya  solatnya tiada memberi kesan apa apa.
Golongan 7.
        Golongan  yang mengerjakan solat yang tepat ilmunya, faham secara langsung  bacaan dan setiap lafaz didalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak  terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa  pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar solat itu tidak  mempengaruhi solatnya. Walaupun ia memiliki harta dunia,  menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan  sebagainya namun tidak mempengaruhi solatya. Hatinya masih dapat  memuja Allah didalam solatnya. Golongan ini disebut orang-orang  soleh / golongan abrar / ashabul yamin.
Golongan 8.
              Golongan  ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit  iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam solatnya,  malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan solatya itu, pada  setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya  pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati  sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi  namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap  Allah dapat dirasai pada gerak dalam solatya. Inilah golongan yang  dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )
Golongan 9.
              Golongan  ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu  bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam solat malahan ia  dapat mempengaruhi di luar solat Kalau ia bermasalah langsung ia  solat, kerana ia yakin solat punca penyelesai segala masalah.  Ia telah fana dengan solatnya. Solat telah menjadi penyejuk  hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti solat  Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia  lakukan solat dulu, maka di dalam solat itulah panah itu  dicabut. Mereka telah mabuk dengan solat. Makin banyak solat  makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan  tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya.  Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi  disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada  Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang  benar dan haq.
                Setelah kita nilai keseluruhan 9  peringkat solat itu tadi, maka dapatlah kita nilai solatkita  di tahap yang mana. Maka ibadah solat yang boleh membangunkan jiwa,  membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai  mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan  akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Solatnya ada  kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.
             Jadi  dimanakah tahap solat kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari  sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan  kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah  bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar  terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam. Insya  Allah...
Marilah kita berMUHASABAH....;
Dimanakah solat kita? 
 
Adakah  solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam gerakan  kita/penglibatan kita/tanggungjawab kita sebagai seorang ahli jemaah?
Moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama.
Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil kesan solat kita?
Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain.....wallahu 'aklam bissowaf
~Nurmujahidah Solehah~ copy n paste dan diubah mengikut kesesuaian...



















0 Komen tetamu yg baik :-):
Posting Komentar