سبحان الله, والحمد لله, ولا أله ألا الله, والله أكبر
Sebagai seorang muslim, kita selalu dituntut untuk berdzikir atau untuk selalu mengingati Allah SWT dalam keadaan apapun. Baik dalam keadaan berdiri mahupun duduk mahupun berbaring, baik dalam keadaan senang mahupun susah. Kerana dengan mengingati Allah SWT hati kita akan menjadi tenang. Hal ini sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
" (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah SWT. Ingatlah! Hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram. (QS. Ar-Ra’d: 28)
Dalam ayat ini seakan-akan Allah SWT mengatakan kepada kita: ketahuilah! Hanya dengan berdzikir kepada Allah, maka pasti hatimu akan tenang. Kerana yang mengatakan ini adalah Allah SWT, bererti ini pernyataan langit (ketentuan mutlak) yang tidak dapat ditawarkan lagi.
Dalam sebuah hadits, Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam bersabda:
Ertinya: perumpamaan orang yang berdzikir dengan orang yang tidak berdzikir adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati. (HR. Bukhari dan Muslim dari Abu Musa Al-Asy’ari).
Demikian pentingnya kita untuk selalu mengingati Allah SWT, sehingga Allah SWT mengumpamakan orang yang tidak berdzikir seperti orang mati. Na’udzubillahi min dzalik.

Betapa berharga setiap denyutan jantung berdetak
Cuba kita beristirahat sejenak dan konsentrasi menghitung denyut atau detak jantung kita dalam satu minit. Lakukan perhitungan beberapa kali untuk mendapatkan rata-rata jumlah denyutan per minit. Apakah angka rata-rata itu masih dalam batasan angka normal ?
Dalam melakukan percubaan sederhana di atas ada sebuah parameter penting yang bernama waktu. Seberapa penting dan bernilaikah waktu itu ? Menurut Marc Mancini ada beberapa hal yang harus kita sadari untuk menjawab pertanyaan tersebut, cubalah beberapa hal berikut :
* Untuk menyedari harga waktu satu tahun, cuba tanyakan pada seorang siswa yang tidak pergi kuliah.
* Untuk menyedari harga waktu satu bulan, cuba tanyakan pada seorang ibu yang melahirkan bayinya dengan prematur.
* Untuk menyedari harga waktu satu minggu, cuba tanyakan pada editor sebuah surat khabar mingguan.
* Untuk menyedari harga waktu satu detik, cuba tanyakan pada seseorang yang baru mendapat kkemalangan jalan rata.
Ternyata kita sepakat untuk menyedari betapa berharganya waktu itu, bukan ? Ada 24 jam dalam sehari, rata-rata 360 hari dalam setahun jadi rata-rata ada 8640 jam dalam setahun. 1 tahun ada berapa detik?
Secara peribadi ana ingin menambahkan beberapa pertanyaan berkaitan tentang hal ini.
* Ada berapa waktu yang dilewatkan dengan sia-sia?
* Berapakah waktu yang tersedia untuk beribadah?
Untuk menyedari harga waktu satu detik ibadah/berbuat kebaikan, cuba tanyakan pada seseorang yang dijatuhi hukuman mati yang sedang menunggu proses perlaksanaan keputusan hakim.
Akhirnya memang kita sedar bahawa satu kali detak jantung kita memang berharga. Betapa pentingnya mengelola, mengatur dan memanfaatkan waktu.

Waktu mempunyai nilai/harga melebihi nilai mata wang.
Waktu itu laksana pedang.
Pergunakan masa muda, sebelum datang masa tua.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya...
Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kebenaran,” (QS. Al-‘Asr[103]: 1-3)
Sama2lah kita renungkan dan muhasabah diri...wallahu 'aklam bissowaf
Nurmujahiddah Solehah
0 Komen tetamu yg baik :-):
Posting Komentar