·٠•●♥ Sahabat fillah rahikumullah....jazakumullah khoir (✿◠‿◠) ♥●•٠·

Untukmu wahai kaum Hawa

Assalamualaikum...

Mentari senyum lebar tanda kekuasaan kembali bertakhta. Setelah sekian lama membenarkan sang purnama bersuka-ria memadu rindu dengan sang pungguk. Sang helang berterbangan di ufuk timur, gagah, berani, bebas... terbang tinggi tanpa dinding membataskan, tanpa rintang yang menghalang...

Hawa... 
Bukan kerana Adam tewas dengan ribut angin alam yang kencang. 
Mereka ibaratkan dirinya hilang gagah perkasa di awan. 
Namun andainya sebelah sayapnya kuat tapi sebelah lagi tergeliat.... ah, belum lagi patah, mereka tidak mampu membahaskan ribut modernisasi dan globalisasi mengikut haluannya....

Hawa....

Andainya hilang ego lelaki, maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan. Kerana ego mencipta karisma dan kepimpinan. Namun tatkala ego mereka menjadi egoisme, maka di situ mereka perlukan coretan. Terbang di langit tanpa batasan, sering mereka terbabas ke angkasa larangan. Mereka harapkan teguran dan kritikan serta pesan berpanjangan, agar mereka tetap terbang di awan, tapi tafakurnya sejenak di pepohonan...

Hawa.....

Seandainya mereka perlukan mata ketiga yang sentiasa mengintropeksi...

maka begitulah jua dirimu yang tak kurang alpanya. Dunia kini, tiada hiburan tanpa kaummu yang menghiburkan.

Modenisme kini, tiada hiasan tanpa susuk dirimu yang menggiurkan. Ah, memang kaum Adam mudah mempercayai pada mata. Tapi siapakah yang telah hilang perasaan malu sanggup menjadikan dirinya sebagai hidangan enak buat mata, tapi racun pada jiwa?? Seandainya benar kaummu pemalu, mengapa tidak dibaluti tubuhnya dengan helaian sutera yang indah, yang telah diharamkan untukku mengenakannya? Seandainya malu itu lebih pada kaummu, mengapa tidak ramai kaum Adam yang kelihatan memakan pakaian menampakkan bentuk badan seperti yang dipakai oleh kaummu di khalayak ramai....?

Hawa......

Terkadang, tak kurang dikalangan kita yang amat tinggi malunya. Indah etikanya di khayalak. Sutera kausarung menghijab keindahanmu dari mata keranjang kaum Adam. Tatkala itu, kamu bangga dengan sifat itu. Namun di wajahmu terhijab, hatimu bertelanjang tanpa mahmudah... Kamu merendahkan orang lain, di hadapan orang lain. Kamu tidak akan puas seandainya perihal orang lain tidak kamu bicarakan.....

Ah, apakah mengumpat dan menfitnah orang satu santapan yang sedap? Bagaikan memakan daging saudara sendiri, namun sering dibayangi dengan bahasa indah, sekadar menjadi iktibar diri...
Padahal hasil hati kecilmu tidak kan puas seandainya aib orang tidak dibicarakan.....

kalau tidak kerana tubuh, kerana lidah pun hancur masyarakat Adam...

Hawa.....
Aku datang bukan untuk mencakar cengkraman kuku tajam di kaki...

bukan juga mematukkan paruh berbisa yang menyambar....

Tapi supaya direnungkan bersama, kerana kita adalah Hawa. Bahawa antara kita perlu sentiasa memperbaiki diri. Kerana itu, marilah kita saling memperingati demi maruah dan harga diri...

Hawa... 
Kerana kita adalah ibu yang mengandung dan melahirkan... kerana dalam asuhanmu, kita dibesarkan... kerana kau adalah teman hidup tempat emosi Adam berbicara kerana kau adalah taman nafsunya yang bergelora kerana kau adalah asset masyarakat yang mengundang ujian kerana kau ibarat hiasan indah bagai intan berlian....

Wallahu 'aklam bissowaf...

~Nurmujahiddah Solehah~

0 Komen tetamu yg baik :-):

Posting Komentar