Kita adalah makhluk pilihanNya. Bagaimana tidak, dari jutaan sperma yang dihasilkan ayah, dari jutaan sperma yang berlumba-lumba berjuang untuk menembus lapisan luar telur yang hanya satu-satunya dihasilkan ibu setiap bulannya, hanya satu sperma yang berhasil. darinya kita dibentuk menjadi manusia yang paling sempurna dari semua makhluk ciptaanNya.
Allah membentuk kita dalam rahim sebagaiman yang dikehendakiNya dengan ukuran-ukuran yang ditetapkanNya, dengan menyempurnakan dan meniupkan ke dalam tubuh kita roh ciptaanNya sebaik-baiknya, di mana hadirnya kita di dunia ini merupakan karya terindah dariNya.
"Ssesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." (QS. At-Tiin 95: 4)
Lihatlah ke cermin, tatap lekat wajahmu dan pandanglah lebih lama sampai ke dasar jiwa. Sungguh, kau sangat istimewa! Di antara trilion manusia, adakah sama sepertimu? Sungguh tidak akan pernah ada manusia yang sama wajah mahupun sifat walau manusia itu kembar sekalipun!..SubhanaAllah, hebatnya ciptaaNya...
Jika kita merenung ayat-ayat Allah, memandang lebih dalam makna dari semua yang diciptakanNya, maka sedarlah kita sungguh tidak ada satu pun ciptaan Allah yang sia-sia.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Kefahaman Hadis
1) Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim
Ayat-ayat yang berkaitan dengannya
"Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai."
(Al-Haj : 5)
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta."
(Al- Mu’minun :12-14)
Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat :
Sebagai pengajaran kepada manusia untuk mencapai tahap kesempurnaan ma’nawi mestilah melalui cara ((tadarruj)) beransur-ansur tidak gopoh atau gelojoh.
2) Ditiup Ruh
Sepakat ulama’ menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan.Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari bagi menjamin kesucian rahimnya (tak mengandung).
3) Menggugurkan Janin
Sepakat ulama’ menyatakan haram (setelah ditiupkan ruh) - dikira sebagai jenayah dan wajib membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu. Gugurkan sebelum ditiupkan ruh - juga haram pada kebanyakan pendapat. Ada yang kata boleh tapi pendapat yang dhaif.
4) Keluasan Ilmu Allah Maha Mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya.
Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-10).
"Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)."
Pengajaran Hadis
Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya - manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran.
Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'an dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka.
Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi - rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang. Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Bolehjadi dia sangat baik si sepanjang hayat - tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah sebaliknya.
Semoga apa yang dipaparkan dapat menjadi renungan dan muhasabah diri supaya kita menjadi hambaNya yang lebih bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. Ada yang Allah ambil penglihatannya, namun mereka justeru lebih bersyukur dapat melaksanakan ibadah dengan tenag daripada sebelumnya, kerana dengan mata hati dia lebih jenih melihat keberadaan Allah.
Ada yang Allah ambil kedua tangannya, namun dengan kedua belah kakinya, dia justeru lebih cepat dan lebih bersemangat merawat mendidik buah hatinya. Selalu ceria menjalani hari-harinya. Hal seumpama ini sungguh membuat setiap orang merasa kagum akan keperibadiaannya. Maha Suci Allah, Pencipta yang paling baik.
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (QS. Ibrahim 14: 7)
Sekadar berkongsi beberapa foto-foto koleksi fotografer berbangsa Swedish, iaitu Lennart Nilsson, yang terkenal dengan foto-foto embrio manusia dan berkaitan kedoktoran yang mana dahulunya dianggap tidak boleh diabadikan melalui gambar. Lennart menggunakan sebuah endoskop untuk menghasilkan gambar-gambar yang menakjubkan ini!.
Dalam seri foto ini, Lennart menyingkap semua rahsia - bagaimana manusia terbentuk, satu bukti keagungan Tuhan.
1. Jutaan Sperma-sperma yg berenang..
2. Proses pensenyawaan sperma bergerak ke ovum
3. Proses pensenyawaan berlaku
4. Proses pensenyawaan
5. Penempelan embrio pada dinding rahim |
6. Dinding rahim selepas embrio terbentuk |
7. Embrio mula membentuk bahagian kepala
8. Proses pembentukan |
9. Proses pembentukan
10. Proses pembentukan
11. Proses pembentukan
12. Proses pembentukan |
13. |
14. Lingkungan janin |
15. |
16 Kepala janin |
17. |
18. |
19. |
20. Pembentukan telah sempurna |
21. Menunggu hari untuk dilahirkan |
Hakikat Penciptaan Manusia...
Begitulah proses kejadian manusia di bumi ini...Sesekali teringat pula tentang diri kita sewaktu 'tercipta'. Apapun, ini adalah kejadian yang telah ditetapkan oleh PenciptaNya, BERSYUKURLAH.....Wallahu 'aklam bissowaf...
~Nurmujahiddah Solehah~
0 Komen tetamu yg baik :-):
Posting Komentar