·٠•●♥ Sahabat fillah rahikumullah....jazakumullah khoir (✿◠‿◠) ♥●•٠·

Mengadulah Pada Kekasihmu..

 “Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah suatu permainan.” (QS. Al-Hadid 57: 20)

“Dan bahawanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (QS. An-Najm 53: 43)

Sahabat fillah..kita ini sesungguhnya sedang bermain dalam sebuah panggung kehidupan yang diciptakanNya. Dengan berbagai peranan, keadaan dan penjiwaan.

            Peranan apa yang sedang engkau mainkan? Seorang yang kaya atau miskin? Seorang  yang miskin? Kaya jiwa atau harta? Miskin harta atau batin? Seorang insan penuh duka atau seorang hamba yang sentiasa ceria dan bahagia?

            Suatu ketika akan tertawa, dan di lain waktu kita juga akan dipaksa menangis. MasyaAllah, itulah KuasaNya Allah SWT, walaa illa ha ilallah, wallahu Akbar!

            Duhai yang sedang dilanda duka, La Tah Zan wala takhof, janganlah sedih dan janganlah takut. Allah SWT berfirman:
            “Tuhanmu tidak meninggalkan kamu dan tidak pula benci kepadamu.” (QS. Ad-Dhuha 93: 3)

            Dekati Dia...

            Bukankah dengan Sifat Maha PenyayangNsayang? Bukankah engkau sebut Dia Yang Tersayang? Bukankah dengan sifat pengasihNya engkau sebut Dia Sang Kekasih! Mengadulah Pada Kekasihmu!

            Dia akan menguatkan jiwamu, mententeramkan qalbumu. Dia sebaik-baik penolong. Sebaik-baik pelindung. Percayakan semua padaNya, kerana dalam cinta harus ada kepercayaan. Ucapkan padaNya “Yaa Habibi...wahai Kekasihku, aku ingin mengadu padaMu.

            Dengan kelembutanNya Allah berfirman:
            “Bangunlah untuk solat di malam hari. (Iaitu) seperduanya atau kurang sedikit dari padanya sedikit atau lebih atasnya.” (QS. Al-Muzzammil 73: 2-4)

            Solatlah dengan penuh rasa cinta dan kerinduan. Itu akan membuatmu khusyu’. Kemudian, tumpahkanlah segala yang menyesakkan dadamu. Curahkan segala isi hati, gundah gelisahmu, sampaikan semua padaNya. Dengan pilu atau diiringi tangisan yang lembut, kerana sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik pendengar.

            Rabbi adkhilnii mudkhala sidin-wa akhrijnii mukhraja sidqin-waj ‘al lii min-ladunka sulthonan nasyiraa.
            “Ya Tuhanku, masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkan aku daripada pintu kebenaran dan juga kurniakanlah bagiku daripadaMu seorang penolong.” (QS. Al-Israa’ 17: 80)

            Ataupun doa-doa lain yang menjadi keinginan. Hantarkan ia dengan bahasa yang mudah bagimu dan jangan pernag rasa malu.
            Rasulullah SAW bersabda:
            “Sesungghuhnya Raabmu itu pemalu lagi pemurah, merasa malu apabila tidak mengabulkan doa kepada hamba-hambaNya yang mengangkat kedua tangannya untuk berdoa lalu dikembalikan kosong.” (HR. Muslim)

            Sahabat fillah...Bagaimana keadaanmu sekarang? Adakah terasa ringan? InsyaAllah, dan saat-saat yang indah bersamaNya ini takkan kau lupakan. Di mana engkau akan sentiasa rindu dan ingin selalu menemuiNya. Jika tidak bertemu sehari saja, adasesuatu yang hilang. Dia pun semakin sayang dan cinta padamu.

            Sesungguhnya, Sang Kekasih itu sntiasa ada bersamamu, tidak pernah jauh. Dia begitu dekat, sangat dekat. Mampukah engkau merasai keberadaanNya?

            Dia ada di sini....melihat ana menulis untukmu.

            Dan melihatmu...yang kini sedang meresapinya.

            Dengarkan bisik qalbumu...dan engkau pun akan merasakannya....

wallahu ‘aklam bissowaf


~Nurmujahiddah Solehah~

0 Komen tetamu yg baik :-):

Posting Komentar